
Burger adalah sejenis hidangan sandwic yang terdiri daripada daging burger (diperbuat daripada daging kisar) yang dimasak sama ada digoreng, dikukus, dipanggang atau disalai, serta selalunya dihidangkan dengan pelbagai inti atau "topping" di dalam roti burger yang dibelah dua.hari nie sengaja usna amek tajuk pasal burger. biar glamour siket burger nie. heh. semalam ayah usna bawak balik burger. tercetus idea nak masukkan cite pasal burger. hoho.
Burger memang popular dikalangan warga kota maupun luar bandar terutama kanak-kanak. Ia nampak ringkas dan sesuai bagi mereka yang mengejar masa. Tetapi tahukah anda bahawa burger mempunyai kandungan lemak lebih kurang 35%?
Burger biasanya disediakan separuh masak didalam lemak dan kemudian dimasak sekali lagi sebelum dihidangkan. Jumlah berganda dalam satu hidangan ini mengandungi lebih 11 hingga 16 peratus gm lemak. Jika ditambah keju yang bercampur garam, gula, asid laktik, pengawet, pewarna dan perisa bertambahlah lagi keburukannya. Jadi jika anda ingin mengurangkan berat badan baik ambil nasi yang sedikit dari makan burger yang kecil.
hoho. amat menyeramkan bukan ? ya yaa, terimakasih kepada u.Aishah yang memberi info nie. jadi buat awak & awak & awak, preferlah kopi daripada burger. haha. sekalisekala. :) better ambil burger sebulan skali. hee.
mgkin lepas nie jarang update kot. :)
Label: artikel

isk isk,,siapa dah baca berita semalam.?
hari ni.?
haaa,,teka sikit berita apa.?
uiks,,,betul betul..
dah hebah kan.?
wooo,,usna pun terkejut dengar berita tu.
jadi.??
kita kena buat apa?
yeay!
jaga Bumi kita!
*ayat semangat nie*
entah mengapa dalam minggu ni saja dah dua subjek sentuh mengenai Bumi..
uish,,terasa terasa..
tu yang nak post entri pasal bumi..
dalam kelas lagi dah fikir fikir skrip nak letak.
ngee~
oke oke,,
apa kata?
lepas nie kita jaga bumi.?
hohoho.
*cakap nie mcm tak pernah jaga saje*=p
cikgu kata.......
✖ kalau ada pasti kat rumah tu,guna lah pinggan yang washable..
jangan ngengada guan pinggan pakai buang tuu!
✖ kalau kertas dah tak guna,,jangan buang!
hohho.buat la ceconteng keee,
kira kira add math..
haaa!jimat pokok...
✖ selalu recycle!
✖ tanam pohon-pohon renek depan rumah..
mesti lawa! ngee~
✖ KURANG kan penggunaan plastik..
*nie yang susah nak buat..aiteeyh*
✖ semarakkan kehijauan..
hoho.nie best...
usna suka sangattengok pokok hijau..
ngeee~
oke oke,,
ada cadangan lain??
meh kongsi..

bumi,,usna sayaaaaaaaaaaaang awak tau..
ingat tu..
ngee~
Label: artikel, husna, luahan hati

Label: artikel, husna, karya, kita

-haha.,nie ke contoh couple.?ngeeeeh~trjumpe satu artikel best..


Bila kita sebut tentang bercouple,akan terbayang keadaan lelaki dan wanita yang asyik dilamun cinta,ada yang bertahun-tahun lamanya,walaupun penghujungnya tidaklah sampai ke pelamin.
Berkasih sayang itu memang salah satu dari lumrah setiap insan,terciptanya lelaki dan wanita di alam dunia ini ada maksudnya,Habis tu kenapa harus dipermasalahkan? Bukankah cinta itu fitrah setiap anak Adam? Bukankah setiap orang memerlukan masa penyesuaian sebelum pernikahan?...Hmmm
Berkata Imam Qurthubi: ALLAH SWT memuliakan wanita kerana kebanyakan manusia menginginkannya, juga kerana mereka merupakan jerat-jerat syaitan yang menjadi fitnah bagi kaum lelaki, sebagaimana sabda Rasulullah SAW: Tiadalah aku tinggalkan setelahku selain fitnah yang lebih berbahaya bagi lelaki daripada
wanita. (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim, Tirmidzi, Ibnu Majah).
Oleh kerana cinta merupakan fitrah manusia, maka ALLAH SWT menjadikan wanita sebagai perhiasan dunia dan nikmat yang dijanjikan bagi orang-orang beriman di syurga dengan bidadarinya.";})();ButtonMouseDown(this);'>
""Dari Abdullah bin Amr bin Ash r.a. berkata: Rasulullah SAW bersabda: Dunia ini adalah
perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah (Hadis Riwayat Muslim, NasaI, Ibnu Majah, Ahmad, Baihaqi)""
Oleh kerana itu, Islam tidak membiarkan fitnah itu tersebar tanpa batasannya. Islam telah
mengatur dengan tegas bagaimana menyalurkan cinta, juga bagaimana batasan pergaulan antara dua insan berlawanan jenis sebelum nikah, agar semuanya tetap berada pada landasan etika dan norma yang sesuai dengan syariat.
Diantaranya:
1: Menundukkan pandangan.
ALLAH memerintahkan kaum lelaki untuk menundukkan pandangannya, sebagaimana firmanNya: Katakanlah kepada laki-laki yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya (an-Nuur: 30). Sebagaimana hal ini juga diperintahkan kepada kaum wanita beriman, ALLAH erfirman: Dan katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya (an-Nuur: 31).
2. Menutup aurat.
ALLAH berfirman: Dan jangan lah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka melabuhkan kain tudung ke dadanya (an-Nuur: 31). Juga Firman-NYA; Hai nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: Hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah dikenali, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan ALLAH adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang (an-Nuur: 59). Perintah menutup aurat juga berlaku bagi semua jenis. Dari Abu Daud Said al-Khudri r.a. berkata: Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seseorang lelaki memandang aurat lelaki, begitu juga dengan wanita jangan melihat aurat wanita.
3. Adanya pembatas antara lelaki dengan wanita.
Kalau ada sebuah keperluan terhadap kaum yang berbeza jenis, harus disampaikan dari balik tabir pembatas. Sebagaimana firmanNya: Dan apabila kalian meminta sesuatu kepada mereka (para wanita) maka mintalah dari balik hijab. (al-Ahzaab: 53)
4. Tidak berdua-duaan di antara lelaki dan perempuan.
Dari Ibnu Abbas r.a. berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seorang lelaki berdua-duaan (khalwat) dengan wanita kecuali bersama mahramnya (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim). Dari Jabir bin Samurah berkata: Rasulullah SAW bersabda: Janganlah salah seorang dari kalian berdua-duan dengan seorang wanita, kerana syaitan akan menjadi ketiganya (Hadis Riwayat Ahmad & Tirmidzi dengan sanad yang sahih).
5.Tidak melunakkan ucapan (percakapan).
Seorang wanita dilarang melunakkan ucapannya ketika berbicara selain kepada suaminya. Firman ALLAH SWT: Hai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara (berkata-kata yang menggoda) sehingga berkeinginan orang yang ada penyakit di dalam hatinya tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik. (al-Ahzaab: 32) Berkata Imam Ibnu Kathir: Ini adalah beberapa etika yang diperintahkan oleh ALLAH kepada para isteri Rasulullah SAW serta kepada para wanita mukminah lainnya, iaitu hendaklah dia kalau berbicara dengan orang lain tanpa suara merdu, dalam pengertian janganlah seorang wanita berbicara dengan orang lain sebagaimana dia berbicara dengan suaminya (Tafsir Ibnu Kathir 3/350). 6.Tidak menyentuh kaum berlawanan jenis. Dari Maqil bin Yasar r.a. berkata: Seandainya kepala seseorang ditusuk dengan jarum besi itu masih lebih baik daripada menyentuh kaum wanita yang tidak halal baginya (Hadis Hasan Riwayat Thabrani dalam Mujam Kabir). Berkata Syaikh al-Albani Rahimahullah: Dalam hadis ini terdapat ancaman keras terhadap orang-orang yang menyentuh wanita yang tidak halal baginya (Ash-Shohihah 1/448). Rasulullah SAW tidak pernah menyentuh wanita meskipun dalam saat-saat penting seperti membaiat dan lain-lainnya. Dari Aishah berkata: Demi ALLAH, tangan Rasulullah SAW tidak pernah menyentuh tangan wanita sama sekali meskipun saat membaiat (Hadis Riwayat Bukhari). Inilah sebahagian etika pergaulan lelaki dan wanita selain mahram, yang mana apabila seseorang melanggar semuanya atau sebahagiannya saja akan menjadi dosa zina baginya, sebagaimana sabda Rasulullah SAW: Dari Abu Hurairah r.a. dari Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya ALLAH menetapkan untuk anak Adam bahagiannya dari zina, yang pasti akan mengenainya. Zina mata dengan memandang, zina lisan dengan erbicara, sedangkan jiwa berkeinginan serta berangan-angan, lalu farji/kemaluan yang akan membenarkan atau mendustakan semuanya (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim & Abu Daud).
Hukum Bercouple
SETELAH memerhatikan ayat Quran dan hadis tadi, maka tidak diragukan lagi bahawa bercouple itu haram, kerana beberapa sebab berikut:
1. Orang yang bercouple tidak mungkin menundukkan pandangannya terhadap kekasihnya.
2. Orang yang bercouple tidak akan boleh menjaga hijab.
3. Orang yang bercouple biasanya sering berdua-duaan dengan pasangan kekasihnya, baik di dalam rumah atau di luar rumah.
4. Wanita akan bersikap manja dan mendayukan suaranya saat bersama kekasihnya.
5. Ketika Bercouple kerap terjadi saling menyentuh antara lelaki dan wanita, meskipun itu hanya berjabat tangan.
6. Orang yang bercouple, boleh dipastikan selalu membayangkan orang yang dicintainya.
Diantara Fatwa Ulama':
Syaikh Muhammad bin Shaleh al-Utsaimin ditanya tentang hubungan cinta sebelum nikah. Jawab beliau; Jika hubungan itu sebelum nikah, baik sesudah lamaran ataupun belum, maka hukumnya adalah haram, kerana tidak boleh seseorang untuk bersenang-senang dengan wanita asing (bukan mahramnya) baik melalui ucapan, memandang, atau berdua-duaan. Sebagaimana Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seorang lelaki bedua-duaan dengan seorang wanita kecuali ada bersama-sama mahramnya, dan janganlah seseorang wanita berpergian kecuali bersama mahramnya.
Syaikh Abdullah bin abdur Rahman al-Jibrin ditanya:
Jika ada seseorang lelaki yang berbual-bual mesra dengan seorang wanita yang bukan mahramnya, yang pada akhirnya mereka saling mencintai, apakah perbuatan itu haram?
Jawab beliau: -Perbuatan itu tidak diperbolehkan, kerana boleh menimbulkan syahwat di antara keduanya, serta mendorongnya untuk bertemu dan berhubungan, yang mana menjalinkan hubungan seperti
itu banyak menimbulkan fitnah dan menanamkan dalam hati seseorang untuk mencintai penzinaan yang akan menjerumuskan seseorang pada perbuatan yang keji, maka dinasihati kepada setiap orang yang menginginkan kebaikan bagi dirinya
untuk menghindari surat-menyurat, pembualan melalui telefon serta perbuatan semacamnya demi menjaga agama dan kehormatan diri kita.
Syaikh Jibrin juga ditanya: Apa hukumnya kalau ada seorang pemuda yang belum menikah menelefon gadis yang juga belum menikah?
Jawab beliau: Tidak boleh berbicara dengan wanita asing (bukan mahram) dengan pembicaraan yang boleh menimbulkan syahwat, seperti rayuan, atau mendayukan suara (baik melalui telefon atau lainnya). Sebagaimana firman ALLAH SWT; Dan janganlah kalian melembutkan suara, sehingga berkeinginan orang-orang yang berpenyakit di dalam hatinya (al-Ahzaab: 32).
Tetapi jikalau pembualan itu untuk sebuah keperluan, maka hal itu tidak mengapa apabila selamat daripada fitnah, akan tetapi hanya sekadar keperluan.
Oleh itu,Marilah kita sama-sama menjauhi perkara yang seumpama itu dan mejauhi hal-hal yang telahpun dilarang (haram). Tegakkanlah yang benar dan katakanlah salah kepada yang batil. Janganlah berhujah untuk membenarkan perkara yang telah terang haramnya di sisi ALLAH...
[ нʋƨиα ]
Label: artikel

suka sangat blog dye..matured tu,,!baru 18 years old dah pandai bawk diri..sejuk perut umie die..
huhu,,oke,,just share a bit info..amek dari blog die la tu..
AURAT WANITA DALAM ISLAM
1. Rambut
" Wahai anakku Fatimah ! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya
hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup
rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya "
[Riwayat Bukhari dan Muslim]
2. Kaki ( tumit kaki )
"Dan janganlah mereka ( perempuan ) membentakkan kaki ( atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan "
[An-Nuwr 24:31]
a ) menampakkan kaki Goimaalik: yaKni betis, kerana Rasuwlu-(a)llah S'AWS tak mahu pakaian menyentuh tanah (HARAAM!), kerana jika menyentuh tanah, kain tersebut akan tekena kekotoran.)
b ) menghayungkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki
3. Wangian
"Siapasahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaumsupaya mereka itu mencium baunya , maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina."
[Riwayat Nasaii , Ibn Khuzaimah dan Hibban]
4. Dada
"Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka."
[An-Nuwr 24:31]
5. Gigi
"Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya."
[Riwayat At-Thabrani]
"Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah."
[Riwayat Bukhari dan Muslim]
6. Muka dan leher
"Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasanmu seperti orang jahilliah yang dahulu."
a ) bersolek ( make-up )
b ) menurut Maqatil : Sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.
7. Muka dan Tangan
"Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis .
Sabda Rasullulah: "Wahai Asma ! Sesungguhnya seorang gadisyang telah berhaidh tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja."
[Riwayat Muslim dan Bukhari]
8. Tangan
"Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya "
[Riwayat At Tabrani dan Baihaqi]
9. Mata
"Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya"
[An-Nuwr 24:31]
"Jangansampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya . Kamu hanyaboleh pada pandangan yang pertama , ada pun pandangan seterusnya tidakdibenarkan."
[Riwayat Ahmad , Abu Daud dan Tirmidzi]
10. Mulut ( suara )
"Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik "
[Al-Ahzab 33:32]
"Sesungguhnyaakan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain ,iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan , maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi "
[Riwayat Ibn Majah]
11. Kemaluan
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kemaluan mereka (jangan berzina)."
[An-Nur24:31]
"Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu , puasa di bulanRamadhan , menjaga kemaluannya (tidak berzina) dan menta'ati suaminya ,maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya."
[Riwayat Al Bazzar]
"Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya , melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah."
[Riwayat Tirmidzi , Abu Daud dan Ibn Majah]
12. Pakaian
" Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan dihari akhirat nanti " [Riwayat Ahmad , Abu Daud , An Nasaii dan Ibn Majah]
"Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat . Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akanmencium baunya." [Riwayat Bukhari dan Muslim]
a ) Berpakaian tipis / jarang
b ) Berpakaian ketat / membentuk
c ) Berpakaian berbelah / membuka bahagian-bahagian tertentu
"Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar ) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali .Lantaran itu mereka tidak diganggu . Allah maha pengampun lagi mahapenyayang." [Al Ahzab 33:59]
13. Bulu kening
MenurutBukhari " Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur (menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening)."
[Riwayat Abu DaudFi Fathil Bari]
"Bagi wanita-wanita yang memelihara dirinya danmenta'ati suaminya , segala makhluk , burung yang terbang , ikan dilaut, malaikat dilangit , matahari dan bulan dan lain-laiN memohonkeampunan Allah untuknya "

Label: artikel, luahan hati, tips
/>
Sabtu, Januari 02, 2010 | 12:32 PTG | 





