/>
Bicara Bumbung
Perempuan sokmo kahwin lambat ops
Isnin, Mei 30, 2011 | 7:23 PTG | 5 comments
Bila cakap pasal nikah or kawin ni, semua dok gah cerita. Lagi kakak-kakak awak ni haaa. Ye lah, kitorang dah nak masuk gaung puberty. Korang belum. So jangan ikut! :P

Kelas masa tu berlangsungnya subjek ; Sains. Yeah I know agak dah basi cerita ni kot sebab dah lepas berapa hari dah. Tapi nak cerita jugak! HEHE Macamane entah class boleh terbahagi kat 3 kelompok dan kelopak. Satu kelopak : bertapa kat depan dengan guru subjek tanya-tanya and share stories something macam tu la. Sukaaaa eh tanya-tanya kat cikgu Sians. Amboiii


Kelopak kedua : bertapa di belakang kelas berbincang. Ceh buat discussion. Discussion love-love. Amboiii lidah semua jadi lembut macam gummy jelly dah.

Kelompok ketiga : aku la tuuuuu *bangga Tersepit antara tengah-tengah. Kesiannnn. Duduk diam kat tempat sendiri, terpasang telinga curi-curi dengar perbualan diorang. Kononnya tak sengaja mencuri.



: Saya nak kahwin umur 23

Adi : Oh kalau macam tu saya nak 20. Awal sikit
: Awalnya! Dah collect duit ke?


Err HAHAHA Siryes tak boleh tahan gelak dah ni. Nani, please don't be too serious. Comel sangat.

OH ye, kita sebagai perempuan pun kena collect duit jugak eh? Aku keliru pulak tiba-tiba. Haihh cakap pasal benda ni, aku ni dah ready belum ek. OPSS censored! Backspace banyak kali! Alamak

Daripada end of the story macam tu je, sini aku share maklumat. Maklumat sikitttt je. Tak boleh banyak-banyak. Aku bawak umur lagi.

Rukun Nikah ada empat :
Lafaz akad
Suami
Isteri
Wali
Saksi


Korang rasa, umur berapa untuk seorang perempuan tu kahwin? Lelaki pun boleh jugakkk lah. Baru teringat, aku ada terdengar kat radio minggu lepas kot pasal perempuan kat Malaysia ni sokmo kahwin lambat. Banyak ah aku dengar feedback daripada pendengar radio tu. Sampai sekolah pun lambat. Pukul sepuluh haha. Bukan salah radio, tapi salah jalan. Dan dan je dengan topik pagi yang hot kat radio. Kus semangat 
Inspirasi aku
Sabtu, Mei 28, 2011 | 11:01 PTG | 4 comments
Aku tengah down. Ulangan; down. Apa sebab? Entah, aku pun tak tau. Siryesly

So aku ambik keputusan untuk masuk bilik. Bukak lagu. Buat jadual. HEHEHE peace! Orang lain nangis tekup mata sampai jadi panda, aku pura-pura sengih sambil buat jadual. Apa kes ni?

Tiba tiba kan

1 NEW MESSAGE!

Budak ni! Kawan lama. Ingat jugak dia kat aku.

................
" Saya call awak boleh tak? Kejap, saya solat dulu ea "

" O-kay! Kita solat sama-sama. Nanti kita calling-calling eh "






Aku bukak spect. Tinggalkan kerusi. Stopkan lagu yang damai je berkumandang. Amik wuduk dan aku solat Isyak dalam senyuman :)




Terima kasih sebab bagi saya gelak kecik
Terima kasih sebab sabar tadah telinga
Terima kasih sebab sudi bukak cerita
Terima kasih sebab dah mengalir fulus sebanyak 9RM
Asmaa, you are totally inspired me


Aku kagum dengan dia. Secara tiba-tiba

Kadang-kadang kawan jugak yang jadi motivate diri. Takde orang lain. Sabo je lahh 

Aku rasa aku la yang pelik dalam family ni. Atin anak _______ ke? Ape entah ayah cakap. Kecik limpa aku tauu. Lari rumah! Lari lah, sampai mana je haa 
Contest: Saya sayang ibu saya
Sabtu, Mei 07, 2011 | 4:11 PG | 11 comments
Lagu P sedih dan touching memang dah serasi sangat pasal ibu ni. Asal ibu je mesti lagu sedih. Tak, aku tak kata lagu sedih tak bagus. Tapi sedih la ibu asyik lagu sedih je dapat. Why must kalau lagu love jiwang dan happy? Pernah tak korang fikir? Hmm aku pun tak sure kenapa aku pulak kena fikir ^^'




Aku nak dedikasikan lagu Baby nyanyian JustinBieber kepada umi tapi umi hate(s) lagu bahasa penjajah yang pelik-pelik. Baby Baby Baby OOOOO~ I know you love me, I know you care blabla tak hafal pun. Lagi2 lirik laju, double process pulak dalam organ auditory nerve nak masuk otak. Jadi, aku dedikasikan lagu ini


Permataku - Mirwana

Igt anak je ke permata? Parents tak boleh?

 Sunyi...selubungi malam...
Mengusik minda yang terlontar jauh...
Masih hangat terasa ...
Tangan yang membelai yang mengusik manja...
Daku damba kasihmu...
Biar jadi pedoman...
Buat penyuluh jalan kugapai impian...
Angin...kau nyanyikan lagu...
Untuk permataku...tenang selalu...
Bayu...sampaikan berita...
Daku kini ceria...aman dan bahgia...
Selimutkan rinduku bersama malammu...
Hadirlah...kau dalam mimpiku...
Agar kau selalu...ada disisiku...
Rindu belaian kasihmu...Rindu senyumanmu...
Penawar lukaku...
Dengarkan laguku...hadiah untukmu...
Jasa dan baktimu ku kenang selamanya...


Lagu ni tak rancak menari-nari, tak lembik macam jeli. Eh lembut sikit. Tapi tetap ada power of inspiration tudiaa lirik dia. Aku pernah buat lagu dalam blog jadi kalau dengar je mesti rasa mood dulu-dulu bukak blog? Faham tak miracle benda ni bila rewind balik rasa macam terbang kat Jupiter. Haha eh aku je yang rasa macam tu? ^^'



Hmm.. pasal ummi aku.

Apa yang aku ingat masa kecik-kecik, aku tengah baring tido atas peha ayah aku dan mesti la hadap siling atas kan. Takkan duit syiling bawah kot. Kebetulan tepat-tepat seh atas siling aku tengah tido ni ada lampu  sebijik. Terang benderang memancar je kan dia tenyeh mata aku yang tido-tido panda ni. Tau la mata saya comel ^^'

Tau aku kat mana tu? SAYA KAT KLINIK  Umi tengah dok berhempas pulak nak lahirkan adik aku tuuuu, Uma. Tu je lah yang aku ingat. Ayah dan aku terbongkang kangkang kat luar wad tunggu umi ") Moment aku banyak masa lepas Uma lahir. Waktu aku single-anak tunggal dulu tak bape jelas memori nya. Dah terbakor agaknye.

Bermula lah episod umi menjaga aku dan adik(s) cewahh yang kini dah tak single-tunggal ni.


Hmm aku sendiri blurr nak mula dari mana. Sorry cik Cahaya Azyla atas kekurangan ini hehe. Saya taip tengah-tengah malam pukul ______ AM.

Sambung cite. Kat mana tadi? Pasal ummi aku. Nama beliau bila diterjemahkan pung pang pung pang, jadi la 'Matahari'  Aku percaya nama ummi aku sangat special sebab senang disebut dan jarang orang nama simple macam ni. Boleh la kata triple-, Sweet, Simple, Special~ Ini lah kisah Matahari aku :)

Dengarlah Matahariku suara hatiku
Ku bersedih kerna panah cinta menusuk jantungku..


Aku rapat dengan umi kot. Sebab ayah aku memang garang + tegas opss haha. Tapi sekarang dah takk. Dulu-dulu kan, apa aku buat memang ngadu kat umi lah. Dulu aku ni pendiam lah kot, takde kawan banyak sangat kot. Jadi umi tempat aku ngadu-ngadu je sebab baba aku seorang lelaki tulen. Aku pun taktau topik apa yang patut aku bincang dengan ayah sendiri kalau nak berbual pun. Tapi bab sakat-kacau-lawan, aku sukaaaa lawan dengan ayah haha sebab kalau datang mood, baba hentam kuat-kuat. Semua dia buat, siku kepala-geletek-tarik kepala. Kejap, ni segmen ayah ke ibu? Cepat gila aku disretarded =='


Umi cakap umi mengidam sangat makan Twisties masa mengandungkan aku Haha.

Banyak sangat kenangan aku dengan umi. Ehem baba pun. Eeee sayang  dua-dua lah *larimasukbilikkuncipintu kan Aku dah kate aku ni genetik pemalu

Bawah tadika ; Umo 1-4 - Aku tak ingat pape seh untuk tahun keemasan nih. Gambar-gambar je kalau ditengok aku ingat. Time ni otak tak matang lagi kot, semua terbakor jadi shot-memory. Maaf

UPDATED: Umi hantar aku dekat rumah jiran bila umi masuk keje. Tok Zan aku panggil. Aku ingat dia sampai sekarang sampaikan bau pun aku hafal. Minyak wangi tok Zan pakai aku pun tak sure. Tapi kan, tok Zan ada anak bujang. Tiap-tiap hari layan kiteorang adik beradik sambil petik gitar. Aku bukak-bukak seluar nampak pampers pun dia ternampak. Dah, tu je aku ingat. Aku asyik tersave imej abang ni macam AhmadIdham. Hahaha tahun lepas aku singgah raya kan, tok Zan kata aku dah besar. Memang la takkan makin kecik kut. Dia kata aku manis auw malunya saya. Paling memualkan, dia kata aku dah macam orang Arab dah. Apa biskut arab?!! Haihh bila la nak jumpa tok Zan lagi~

Jadi, tok Zan la yang jage berak kencing aku semasa umi keluar mencari rezeki di sekolah. Kalau tak pun, umi angkut je aku bawak pi kelas nak mengajar. Hehe ingat lagi, umi selalu tunjuk tangan umi benjol sebab dukung kiteorang. 

Tadika - Masa ni zon aku rapat dengan ayah aku gila-gila. Sebab gi sekolah same-same, sarapan same-same, pakai seluar baju tudung pun baba yang buat ")

Primary school - Pergi balik sekolah dengan umi dah. Masa darjah satu rumah aku sekangkang dua dinasour dari sekolah. Tiap-tiap hari umi ulang alik semata nak mengajar dan membawak aku keluar menuntut ilmu =)

Pertama: Aku ingat. Selalu aku balik sekolah mesti siapkan homework dulu. Mesti! Punya gigih aku buat depan pintu sambil Uma yang takde homework melunjur kaki je tengok kartun. Kenapa aku susah2 je buat homework ni? Sebab umi pesan; Tak siap homework, Tak boleh keluar main dengan jiran. Sampaikan jiran aku pun sanggup tunggu aku siapkan homework Math kena salin sifir hoiii banyak mana sempat nak habis satu petang. Malam pulak ade keje kaler-kaler buku english, pehh aku ingat macamane tension masa tu. Nak nangis je kan. Tapi kan, umi sanggup tolong aku kaler-kaler tu dengan aku berendam air mata tu. 
Kedua: Umi selalu penat driving sebab rumah kteorang jauh. Tengah aku siap-siapkan homework kat bawah, ummi panggil aku dengan suare jerit tapi lemah. Cepat-cepat aku lari naik atas, tengok umi terbaring dalam pakai telekung. Masa tu memang ah, dah fikir macam-macam sambil panik. Mana tak panik bila dapat tau mak sendiri pengsan pastu tangan tak boleh gerak --mcm kebas. Pergi jauh-jauh tepi toilet, baca Quran sambil nangis teresak-esak. Tu sweet memory la aku kire :) 

Ketiga: Aku dengan jiran sebelah tekad nak bukak pagar dawai hijau tu. Sebab kiteorang main masak-masak tak selesa gilaa nak pass penumbuk lesung kat atas. Leceh. Kiteorang yang naif ni bukak takat mana je. Umi nampak, umi dengan ibu jiran sebelah tolong bukak pagar tu sampai kiteorang boleh main masak-masak yeayy. Aku terharu niiii.

Keempat: Dah besar sikit, aku dah pandai gaduh haha. Aku dengan umi memang selalu balah dalam satu-satu kes ikut opinion masing-masing. Aku ego, aku selalu menang dalam kalah haha. Tapi umi, mengalah dalam menang. Haishh~ Lagi best, aku malu sendiri pastu mula la merajuk. Umi takde pujuk-pujuk camni, umi cakap je. Cakap dalam kelembutan.



Secondary school : Aku cakap " Umi nak berhenti sekolah!Nak kawin hehehe "

Umi balas sepatah je, " ME-NGADE

Ingat dah ada calon untuk aku ==' Tapi, terima kasih umi sebab masih sayangkan saya hingga besar gedabak begini. Kenapa umi sabar eh dengan perangai aku ni? Kenapa la tak campak aku ke tasik tepi tuu? Sebab, she is still a mother.


Umi DAN aku...
Tak banyak cakap sangat. Cakap bila perlu dan jawab bila ditanya. Tapi kalau mengajar, semua cakap umi ni banyak cakap kat kelas. Siryes kalau subjek umi masuk taktau nak act sebagai anak yang dara atau anak murid sahaje. Tapi aku ambik inisiatif sebagai anak murid sebab kat sekolah. Pehh kaku gila jadi anak murid. Secara drastik jadi pendiam depan 'guru' ni. Tapi pernah satu hari, aku tengah buat kerja kumpulan kot, aku tak faham. Terus teriak sambil angkat tangan, "UMMII!" Aku diam. Nape rasa lain eh bunyi dia?  Aku jadi malu bila satu kelas senyap dan memandang sorang budak yang tangan tak turun-turun tu.
Act macam kanak-kanak sometimes. Dah anak-anak dia yang ajar HAHA. Ini kes terpengaruh. Kadang umi tiru aku, aku tiru gaya umi. Kadang-kadang jugak umi ajak main. Scrabble, Carrom, Monopoly, Dam Ular, Dam Haji dah jadi mangsa kiteorang.
Kalau jalan berdua, orang akan cakap aku adik. Woho ni ke rasa ada kakak? Rasa camne tu? Entah. Rasa...BIASA je! Cuma ni versi kakak yang melahirkan adik =='
Ada orang cakap aku macam umi, ada orang cakap aku macam ayah. Tang muka ikut ayah yang bujur. Kalau suara mesti la umi HEHE. Tapi sampai sekarang aku cari-cari part mana yang sama.
Umi takde la masak macam hotel, tapi sardin dengan telur masak kicap pun buat kiteorang sefamili kenyang ") Takde sape boleh lawan jemput-jemput jagung umi yang molek dan rangup. Umi sekali buat mee spaghetti atau steak daging, aura sedap mcm trserap kat lidah padahal first time buat.
Umi suka durian, aku tak berapa. Aku suka kek, umi tak suka. Bab makan, kitedueorang memang suka Ngihaha.
Umi tak bagi aku hadiah macam-macam pun, tapi kalau aku mintak sikit kalau umi bagi tu kira oh malunye ") Umi sabar je dengan perangai aku ni. Budak-budak kacau aku pun, umi cakap tak marah. Sebab diorang gurau =)

... Cause my mom is amazing

Ni suku je daripada macam-macam benda aku belajar dari umi. Kadang-kadang words cannot describe best feeling tu.

UMMI, SELAMAT HARI IBU - SELAMAT HARI GURU -
dan juga HAPPY BIRTHDAY  :) 
Tiga benda umi sambut dalam sebulan sehh. Berpeluh aku melabur duit. Takdelah gurau je. Allah je yang layak balas jasa-jasa umi. Pee aku harap umi tak baca ni dan harap-harap internet connection tiba-tiba terputus.

http://pabilajejarikumulaberbicara.blogspot.com/2011/04/contest-sayangi-ibu-anda.html

Jom lah join. Kalau menang, bukak sama-sama hadiah tu hehe macam best. Sape-sape baca ni, tolong jangan mention benda ni balik kat aku kat aku yang luar. Nanti aku ngaumm :P

Tag :  Kak Saybee  Mario  Alia    Nak join, sangat dialu-alukan
Karangan hari ini
Selasa, Mei 03, 2011 | 9:06 PTG | 2 comments
Aku betul-betul dah gila menulis. Sejak diari aku tamat riwayat mukasurat. Muny dan aku memang contrast. Aku pendiam dan suka tulis-tulis. Dia benci menulis forever dan pembising. Err macam hyperbola bunyinya. Tapi tak menghalang kiteorang kawan kan?

Skip kejap. Pagi-pagi KHB dah kena turun bengkel. Ingat projek ketuk-ketak-ketuk harini. Tapi postponed memandangkan exam nak dekat. Super-dekat. Tapi aku langsung tak berperasaan. Rasa "macam oo minggu depan eh exam? OOOO~ Oh-kay terima kasih bagitau ==' " Apa kena entah dengan aku ni.

Pelik jugak dengan orang yang cuak tak buku sehari. Aku ni ha boleh pulak tak berperasaan. Nape ni? Bikin karangan kat B-L-O-G-G-E-R rajin aje. Doa-doa kan la Uyun Aten Una ni :D

Pergh menyimpang lagi sekali. Aku nak proses maklumat kejap.

Tadi teriak,

" PMR LAGI 155 HARI ! "

" AIK NAPE LAMA LAGI? "

Bunyi macam angkuh je. Kawan sape entah tu~

-x-x-x-x-x-x

Tadi turun rehat awal. Lamanya tak turun kantin . Lamanya tak merasa suasana restoran. Lamanya tak sapa kucing. Lamanya tak berlabur duit kat sini. Tarik nafas dan simpan bau kantin untuk ubat rindu.



" Rindu kan kat kantin? Ingat tak dulu selalu dok makan kat belakang? Sempat je kan bual lama-lama dulu. Sekarang..... "

Mula lah sesi mengadu domba dan luahan perasaan kat hujung kantin tu.

x-x-x-x-x-x

Oh ye kiteorang ada kawan baru hari ni. Patutnya dah masuk Jumaat dah tapi belum sempat intro dah balik rumah. Camne tu? Hai hello selamat datang ke 3Q. Jangan alami kejutan budaya tau awak. Fenomena biasa, budak baru mesti kena buli kena bagi pengenalan kat kelas. Tanya tanya tanya, aku saje tanya hobi pulak.

" Hobi saya membaca "


" HAA?! Memancing? "


Punya la old school kan kawan sape la ni. Hempuk nak?

Cita-cita?

" PILOT "

Whoa respect lah. Punya tinggi cita-cita. Good luck eh Putri ______ :) Rajin-rajin tau study kat sini. Saya kan ada tali pinggang pink!


-x-x-x-x-x

Berbual berbual dan berbual. Datang sekolah berbual je eh? Tiba-tiba boleh timbul pasal mengingau. Mula-mula pasal dengkur pastu kencing malam. Ni ngigau pulak. Maybe semua nak tido sebenarnya tapi tak kesampaian. Tolong jangan salah paham. Kiteorang belajar dalam berbual. Belajar sains tau HEHE.

Pikul punya cerita :

Kakak sepupu dia, Am. Biasa la kat asrama, mesti ada sketsa ngigau ngigau ni. Pukul pagi Am bangun tapi dalam keadaan tak sedar bila si A baru lepas study dan tengah iron baju.

Ngigau ngigau boleh pulak Am ni bawak penyapu. Gaya macam nak turun bawah. Bila si A tanya nak pergi mana,

" Nak gi kenduri "

Gelak berpecahan lagi. Aku ni yang jarang ngigau, rasa menyesal takde experience ngigau macam ni hohoho.

Dah dah, turun kantin. Rehat rehat  -- Ayok pengawas nampak.

Alaaaaaaaa.

Ustaz G diri sebelah aku bila aku ke kaunter untuk membayar wang mihun. Aku senyum je lah. Ustaz makin kurus. Yang pasti, ustaz cakap dia nak belanja aku mee soto tapi harini takde jadi esok pun takpe lah haha. Ustazah kat depan perli " Soto ada hari Isnin je lah ustaz. Belanja tapi taknak ikhlas la ustaz niiii " *SOBSS picit hidung*

Banyakkkkkkk nye aku cakap. Takpe aku tak paksa baca kan?
Bangun 4 pagi
| 5:02 PG | 2 comments
SELAMAT PAGI. Awal kan aku bangun? Aku still percaya kalau tido dalam muka senyum dan perasaan yang bahagia, bangun pun senang :)


Brrr~ Dingin dia tak boleh angkat & menusuk kalbu. Kejap lagi mesti bersin ni.


Untuk sape-sape yang pernah jadi kawan aku ")

Iklan kejap. 

Tanpa aku sedar, terlalu ramai yang hadir dalam hidup aku. Sekadar lalu bersapa hai dan pergi tak kembali. Ataupun berborak panjang berajak minum bertepuk tampar. Ada jugak bergelak-gelakan. Sape-sape je lah.

Selagi walaupun sekali kau pernah buat aku tersenyum. Walaupun pernah sekali kau buat aku gelak. Walaupun sekali je kau buat aku rasa hidup ni bermakna. Selagi kau pernah buat aku tak merasa keseorangan. Selagi kau pernah motivate aku tanpa kau sedar bila aku terjatuh. Selagi kau pernah jujur dengan aku. Selagi kau pernah bagi kenangan memorable untuk aku kenang. Aku akan ingat insyaAllah.

Aku akan ingat selagi ingatan yang Allah pinjam pada aku ni masih fresh dengan ingatan-ingatan aku terhadap kau.

TERIMA KASIH la sebab sudi bertandang dalam hidup aku. Buat aku rasa hidup ni bermakna. Sungguh la.


Peh peh ayat aku semakin jiwang. Terima kasih. Sape yang baca ni, we're strangers dulu kan? Tapi sekarang kita kawan~ Aku sayang kawan 

Semalam tengah susun buku, sengih sorang-sorang. Bila dah layan kawan macam kawan gile-gile, rasa taknak kahwin pulak. Huiyoo manisnya kan ukhwah kerana Allah?

 ")


Tak kisah lah apa pun tanggapan kau pada aku. Asalkan aku tau tu aku. Dan aku cuba perbaik kalau salah :) Yeay dah matang sikit. Sikit je


Its's 5am. Jom pi sekolah *click!
Budak takbole tido
Isnin, Mei 02, 2011 | 2:09 PG | 0 comments
Amboi, tamak nya engkau. Post nak sampai tiga kali sehari. Sekali sekala kan? Haihh bila la aku nak sedar ni. Kejap sedar kejap tak.


Habit aku kadang-kadang curi-curi bukak laptop bila berlabuhnya waktu malam dan bila semua tengah tido. Huahua syok kot sambil stalk sape-sape dan takde sape tahu. Best nye best nye. Secara rasminya kantoi la habit aku kalau ummi dengan baba baca. Kantoi jugak la dengan kawan, tu pun kalau diorang tahu blog ni ^^'


Tadi tiba-tiba kan, BATTERY LOW dan ter'shut down' sendiri kejap. Aku terkejut pastu mengeluh. Tadi macam baki sejam lagi. Kejap je dah kong? Eh banyak soal pulak engkau. Caj balik tak reti-reti ke?


Aku bangun dan menuju ke dapo. Dapo aku terang lagi sebab... entah memang dapo rumah aku berfungsi main-light-source bila waktu malam. Bukak-bukak mata je cari dapo. Niat di hati nak pergi bilik hantar telekung HEHE. Sebelum tu aku minum air dulu. Tetibe aku pandang cage. Eh mana budak-budak ni? Aku tutup pintu dapo sebab terbukak. Buat ape tutup pintu yang memang dah tutup pulak kan?




Aku masuk bilik. Terpampang imej adik aku lena dibuaian mimpi. Jelesnya akuu grr ==" Bila aku nak sangkut je telekung, terpampang pulak imej dua ekor budak kecik ni atas katil.

Stokin, Panda, Senduk
Stokin- Kenapa? Sebab saya pakai stokin :)
Panda- Rase mcm nak panggil panda. Aku start suka binatang panda weh. Sejak filem ape entah aku tak sure
Senduk- Saje nak bagi real Melayu.. kononnya lah. Last2 bila bagi kawan ayah, sekali berdesup nama Jimmy dia dapat. Dasar lupa kan majikan~ Taktau malu plak tu tido dalam kereta tuan baru dia pi holiday
Batch kalu ni takde makna sangat nak bagi nama. Kasi makan pun macam angkat batu. Tak semangat langsung macam batch lepas-kot.

Aku dah dok risau kot-kot diorang bagi free show najis. Tak boleh caye sangat. Banyak kali kena huahua. Serik aku dengan korang ni. Aku tarik nafas. Hmm wangi lagi. Nasib baik.

Diam-diam aku senyum. Stokin dengan Panda harini diam je. Rindu kat Senduk aka Jimmy eh? Peh syahdunya. Kita rindu dia jugak *garu hidung

Slow-slow aku angkat diorang dan aku usap. Lembut nya bulu korang. Pakai Sunsilk kah? Skip-skip. Aku angkat diorang dan masukkan dalam cage. Aku bagi air dan kunci gate cage.

Selamat Malam budak kecik! Aku start sayang diorang dah-kot sejak diorang bagi aku najis. Siryes.

Rupanya makin malam kita online, mangkin orang care pasal kita sebab tido lambat. Haha point takent
You expected, you didn't hope
Ahad, Mei 01, 2011 | 2:22 PTG | 2 comments
Kadang-kadang bila tengah syok feel berangan kan. Zupp tersedar. Tiba-tiba senyum dan cakap sendiri,

" Haish berangan je lebih aku ni. Lempang karang "

Terus geleng-geleng kepala dan stop berangan.

Why not?

Berangan je la. Tak masuk rekod polis pun hehe. Orang pun mana tau kita berangan ape kan. Kecuali la awak dok heboh satu dunia. 

Tau tak, Kate Perry rakyat jelata yang kahwin dengan Prince William (hentam je nama lalala) tu sebenarnya dari kecik dia dok berangan kahwin dengan anak raja. Dia tetap berangan dan berangan serta berharap sampai hari ni, dia berjaya seh kahwin dengan anak raja. Haha ey ni FAKTA! Nothing is impossible. Percaya la.

Tak salah pun berangan dan berharap. Asalkan usaha dan bersangka baik dengan Allah. Kita kan Muslim, kenapa tak gunakan the power of doa sebaiknya? Pehh aku rasa, doa dan mintak dekat Allah adalah benda yang paling mudah sekali. Usaha usaha dan ikhlas and leave it to Him the rest :)

Senang kan?





Aku nak ada suami macam.... eh ok bye. Salah berangan dan salah timing pula.

The other way to know yourself is to be hidden most of the time..

Diari minggu ini
| 12:17 PTG | 0 comments
Macam-macam cerita kot aku bawak minggu ni. Tambah-tambah pulak mukasurat diari dah habis. Kejap eh, tengah meng'recall' satu-satu benda.


Sabtu :


Sekolah buat Hari Puteri Pink. Macam tahun lepas, dah nama pun puteri mesti wajib ada memasak. Tahun lepas kiteorang kena buat nasi goreng. Tahun ni naik la level sikit suruh buat mee pastu kena ada air dan dessert. Huyoo takmau kalah sama itu hotel dan masa diberi hanyalah sejam. Memang menguji kesabaran sungguh la. Kelam kabut.

Apa yang penting? KERJASAMA. Eh tak boleh bagi nama Wonderpets, nanti ada orang terasa~

Kiteorang buat mee hong-kong (ala yg ada salut telur pastu luah pekat tu peh peh), dessert puding roti, air oreo milkshake & teh lemon ais. Slurpp! Aku yang tengah taip tertelan-telan air lioq. Yang dok baca ni tak terasa banjir ke? Percaya la. Puding roti tu aku gigih sungguh la cari resipi kat internet. First time pun buat kat hari pertandingan. Berani tanggung risiko sungguh la budak ni ^^'

Kiteorang :
 Tak ade seni perhiasan langsung. Alas meja takde. Lilin ala-ala hotel ngan tisu hapo pun takdak. Kiteorang guna suratkhabar je. Sob sob.
 Puding roti yang lembik. Nak sangat ikut bulat-bulat resipi internet. Terang-terang tambah susu dengan telur banyak, tapi part agar-agar kalau boleh nak ikut resipi. Haha cute kot kelam kabut buat puding sambil kejap-kejap tengok buku hafal resipi. Patutnya puding kan boleh potong-potong, kiteorang punya makan macam guna sudu. Macam makan bubur.
Orang lain air nak satu je. Kiteorang tamak sikit nak sampai dua. Satu oreo-susu satu teh-lemon. Aneh-aneh betul.

Alhamdulillah, kami menang motor eh silap dapat tupperware. Nanti boleh la bawak bekal pi sekolah. Kiteorang dapat tempat pertama :) Kawan cakap ramai cikgu suka mee hong-kong tu sampai mintak resipi haha. Puding roti pulak sebab lain daripada yang lain dan manis. Pastu ada rasa macam something like jelly gigit-gigit auww nyum nyum. Sebab agar-agar tu tak hancur betul-betul. Api slow sebab angin mendayu-dayu menari haha. Dugaan sungguh.


Lepas two, Puteri Warrior pulak. Ala-ala macam Fear Factor. Rancangan kegemaran aku dulu. Eee baru tau seh rasa dia bagaimana bila kena makan nasi petai + wasabe, roti belacan, air halia kot, tembikai, tiba-tiba durian! Bayangkan la, dah lari-lari round blok sekolah nak cari klu tapi syarat kena makan. Bila masuk klu last pulak, kena masuk satu bilik dan salam klon Mak Limah Balik Kampung. Wuuu sampai ada yang nangis tu. Tak kurang jugak ada yang gelak-gelak pi kacau.

Dalam banyak-banyak group, kiteorang yang kena denda sebab hilang barang amanah. Why must us? WHY? Nasib baik kena nyanyi Lagu Puteri je sambil harus buat tangan macam Usop.

Lepas three, Teng-teng - Khat - Galah panjang. Pilih salah satu dan ia berjalan secara serentak. Aku ambik teng-teng secara paksa sebab dah takde wakil. Aku langsung taktau peraturan teng-teng. Yang aku tau baling-baling batu je.

Jalan punya jalan, sampai la aku ke kotak yang ke empat. Dugaan jugak la nak sampai batu empat tu sebab rupanya melompat pun aku tak terer. Tangan nanti mesti cecah lantai untuk halang aku daripada jatuh.



Agak-agak rupa teng-teng tu macam ni. Rupanya kalu kotak semua dah penuh dengan batu lawan, boleh pijak tangga tu. OOOO baru tau~

Ni pun boleh kata dugaan lagi. Mula-mula main kat tanah lapang. Tiba-tiba hujan. Kena pindah kat koridor. Hujan makin lebat dan menempias. Pindah lagi kat kolong dalam. Ah finally! Tapi licin woo. Kak M nak tunjuk cara-cara main tiba-tiba zupp meluncur terjatuh. Macam jet skiiii hehe Comel.

Main benda ni lambat habis. Dah la 10 orang main. Punya lama tunggu turn. Disebabkan tu, teng-teng di'postponed' ke hari Rabu bila ko-kurikulum nanti. Ah finally!

Lepas four, pertandingan menghias kek pulak. Acara makan banyak tapi kempunan woo tak dapat makan mee.

You are a bad cake. Tettt tett takde la hehe sayang kek ni sebab sedap hoho


Cuba teka mana menang? 

Kek kiteorang la paling comot. Tapi cikgu-cikgu cakap sedap sebab krim tu campur jem strawberi haha. Dan kek tu kiteorang belah tengah dan letak Nutella koko tu pastu letak kacang tumbuk. Muah muah strawberi + coklat gandingan ideal. 

Fuu tamatlah Hari Puteri Pink hari Sabtu dengan jayanya. Sungguh la, penat tapi best hoho. Balik rumah, buat matematik tiba-tiba tak dapat jawab terus tertido. Memang baik ^^'

Jumaat kelmarin balik rumah terus mop lantai dapur. Sebab kucing-s budak gendut main-main najis. Haihh sabo je lah. Suka aku main-main air ni haha. Tak cukup lagi, malam tu kemas bilik dan tukar tempat almari. Luas sikit bilik aku jadinya

Sambung kejap lagi kot. Nak mandi. Ops aku masih wangi hehe :P


Older Post | Newer Post





بسم الله الرحمن الرحيم

Selamat datang ke Bicara Bumbung kepunyaan NFatin Husna. Jemput baca entri mana yang suka. lepas tu, silalah tinggalkan jejak ya?


Template edit by: Faiz
Background by: Fazeera
Basecode by: Lettha