/>
Bicara Bumbung
#Lesson 4: Study at university
Isnin, September 28, 2015 | 11:24 PTG | 0 comments
Gaya belajar di alam persekolahan dan universiti totally tak sama.
Kadang-kadang saya rasa sem 1 ni macam trial and error untuk saya adapt dengan suasana university. No specific guidance. Semua belajar melalui pengalaman haha (ni prinsip belajar kanak-kanak jugak) Agak terumbang ambing jugak ah saya di lautan bergelora nii fuh sempat la lemas beberapa kali so thankyou kepada supporters dalam dan juga luar negara ecewah kau.

SO Alhamdulillah, bersempena dengan fatrah exam ni saya diilhamkan oleh Allah untuk dapat idea untuk gaya study kat U ni. Ni semua based on pengalaman sendiri and bantuan orang sekeliling. So hoyeah here we go.



Kenali cara belajar
Tahu tak manusia ni ada 4 jenis?
AUDITORI, VISUAL, DIGITAL dan KINESTETIK
Meh kita tengok satu satu.

AUDITORI
Orangnya bercakap ada nada dan ton. Rasa mendayu-dayu je bila dia cakap tu. Dia tau nak cakap apa tapi tak sampai-sampai point dia sebab bercerita berjela-jela katako.
Dia jugak jenis #punchlinetaksampai. Erti kata lain lambat pick-up hoho.
Kalau cakap tu, tak sah kalau takda bunyi sound effect. Nak describe game pou pun siap bunyikan lagi.
Untungnya budak audi ni adalah; nota dia selalu lengkap. Thumbs up bebeh.

VISUAL
Orangnya bercakap laju dan kalut. Mungkin satu kerdipan satu ayat.
Dia juga seorang yang menjaga appearance. Uish, paling pantang ada kotor kat kasut dia mesti nak gosok. Ups.
Aha, kalau berhadapan dengan pilihan, dia cepat buat keputusan -- tapi daripada keyakinan orang, pastu cepat menyesal,
Gaya belajar untuk visual is mind-mapping. Dia boleh #pickupline kalu belajar dengan mind-map.

KINESTETIK
Ya, orangnya banyak bergerak! Dan boleh kata hyper jugak lah. Tak boleh duduk diam.
Mula-mula study tegak je badannya, nanti 20 minit pastu bersila pulak. Dah masuk bab lain, ewah duduk macam apek. Dah habis study, eh kat katil sudah.
Selalunya kanak-kanak ada sifat ni. Tapi tak mustahil dewasa pun ada jugak. Classmates saya ada sorang camni. Setiap subjek tu kalau boleh nak berubah-ubah tempat dia haha.

DIGITAL
Fuh, misteri budaknya. Dia seorang intrapersonal. Banyak interaksi dengan diri sendiri sokmo.
Sangat kenal diri sendiri la. Kalau besday kan, dia beli hadiah untuk dirinya sendiri kih kih sebab dia rasa dia je yang tahu apa yang dia nak.
Dia jugak seorang yang cepat terancam dengan orang yang dia tak kenal. Ayatnya selalu abstrak. Tak banyak cakap, tapi mungkin banyak angguk sorang-sorang sebab dia tengah interact dengan diri sendiri. Ehh memang wujud tau golongan camni, antaranya orang yang tulis ni la haha.
Budak ni sangat la mementingkan kualiti.


So dimanakah anda? Maybe ada rasa semua sifat kita ada sikit sikit kan. Tapi caye la, mesti ada yang menonjol kat diri kita. So bila dah kenal diri sendiri, boleh la tau gaya belajar yang sesuai.


Tahu nama penuh lecturer
Kitaorang kat UPSI ni awal-awal dah digertak oleh para pensyarah supaya hafal ejaan nama diorang untuk elak potong markah hahaha so tips ni khusus untuk UPSIan sahaja. Taktau la U lain kena tulis nama lecturer ke dak kat buku jawapan tu.


Build a good relationship with lecturer
Ni tips common para senior dan motivator kalau tanya pasal tips belajor kat U. Sebab lecturer yang buat soalan, lecturer jugak la yang tanda. So satu benefit kalau dia kenal kita ye ehem ehem.
Apa cara dia? Jumpa lecturer bagi salam ke. Bodek tolong angkatkan beg ke. Lagi berkesan, kalau tak faham terus tanya lecturer. So beliau akan nampak kesungguhan kita. Phewh kalau lecturer sampai panggil kita dengan nama manja tu memang benefit ah.

Tapi sungguh la, baik ngan lecturer bukan sebab nak markah je. Tapi kita boleh treat them just like our parents. Yelah kita ni hidup merantau hu hu pandai-pandai la cari tempat berteduh dan menumpang kasih. Lecturer juga boleh guide dan nasihat kita sebab diorang ni educational punya orang beb.

Be a proactive person, not a spoon-feeder
Being proactive; kat kelas dan jugak ketika buat assignment. Bukannya hanya makan suappppp je menunggu arahan dan desakan orang adoi. Dah jadi mahasiswa kan kita kena la berfikiran kreatif dan kritis. Kalau kat kelas time lecturer tu bina persoalan-persoalan untuk aktifkan minda, haa baru la sel-sel otak berhubung. Kalau kita dok terimaaa je lecture tu, kita sebenarnya taktahu pun kita tak faham wakaka *ups tertelan sudu*

Record kuliah
Haaa cer teka ni sesuai untuk orang apa? Yezza auditori. Tapi semua pun boleh buat no problem.
Sebab alaa kita ni bukannya 100% fokus pun kat kelas kan. Time puan highlight benda penting la kita tersengguk jap. Kita pulak bukan senang nak jumpa lecturer macam kita dok lepak bilik guru time sekolah dulu hihi. So dengan dengar balik recording boleh jadi belajar jugak. Dah la fleksibel benda ni time dalam bas pun boleh study tau wah gitu.




Intihanya, ni la yang saya dapat simpulkan sepanjang sem 1 ni. Ada je lagi sebenornya nii tapi penat sudah. Kalau ada experience ke apa meh ler share. Saya budak baru belajor kalau salah tolong tunjukkan *lap hingus*

Pst pst, doakan saya ya! Eh eh, kami. Dalam exam ni :)
Daerah ini: Tg. Malim
Khamis, September 03, 2015 | 9:03 PG | 2 comments
Hello there. Assalamualaikum.

Lintas langsung daripada saya di Tanjong Malim, Perak.
Sebuah daerah yang masih belum menerima arus pemodenan yang pesat.
Dikelilingi gunung-ganang yang tinggi serta udara boleh tahan sejuk. Part pemandangan alam sekitar memang win.
Tapi, agak pedalaman la. Barang-barang pun agak mahal.

Saya akan berkampung di sini 2 tahun untuk pengajian diploma. Sekarang dah masuk 3 bulan.

Masih ada orang tanya,
"Macamana alam baru?"

Wah! Seperti bertanya khabar kepada orang yang sudah meninggalkan dunia ini.



UPSI.
Pendidikan Awal Kanak-Kanak.


Saya reply macam ni je,

"Alhamdulillah, macam-macam pelajaran&pembelajaran Allah bagi"

SANGAT WEH. SANGAT.
SYUKUR.
SMILE.

Keh keh keh.

I would like to share it anyway. But yeah you know, not everything we can share and express it. Sometimes it all about time beybeh.

I'll try it. Kalau bukan penulisan di blog, mungkin penggambaran di instagram.
Sebab saya berpegang pada manusia yang baik itu pada bagaimana dia memanfaatkan dirinya untuk orang lain, yes?

Remember, syukur tu bukan hanya sebab kita dapat nikmat kesenangan je.
Tapi kalau disebabkan ujian dan kesusahan tu kita belajar sesuatu itu juga satu benda yang harus kita syukuri.

Ada orang buat buku bertajuk "Dari KLCC ke Tanjong Malim" heh. Saya mampu post new entry dan bertajuk.......


Udah ler tu. Ada kawan ajak lepak pekan. Chaw!

Ohye, Daerah Ini sebenarnya sebuah lagu.


Older Post | Newer Post





بسم الله الرحمن الرحيم

Selamat datang ke Bicara Bumbung kepunyaan NFatin Husna. Jemput baca entri mana yang suka. lepas tu, silalah tinggalkan jejak ya?


Template edit by: Faiz
Background by: Fazeera
Basecode by: Lettha