/>
Bicara Bumbung
=) salam terakhir
Jumaat, Oktober 22, 2010 | 9:07 PTG | 5 comments
In the name of Allah.

korang , usna speechless ni !

PERTAMA : hari Khamis tempoh hari , kelas usna buat jamuan akhir tahun. Lepas tu, guru kelas kami suruh usna buat kad. Jengjengjeng Lidda , kad tu dah siap. Nak tengok sangat kan kan ? :P

--
---
-
--
--
---
--
----
--
----
---
--
--
-
----
----
 ------
-
-----
--
-----
--
--
--
---
--
----
---
----
--
-----
---
-----
-
-----
----
-
-
-
-
-
-
-
-
----
--
-
--
-
-
-
----
--
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
--
-
-
-
-
-
-

-
-
-
-
--
-
-
-

*sedih* Lidda , tiba tiba henfon buat hal. Tak boleh tranfer gambar. Ala ala sedihnya :') Lain kali ye huhuhu. Dah la usna tengah blurr. Semua prob datang pun macam pandang sebelah mata je :P Tak boleh selesai dengan otak yang under construction. Sikittttttt la. Sikit lagi macam dah ok :) terima kasih.

hint : kad tu warna peach + orange. Ustazah Maizan yang beli main card. Dia memang suka warna-warna lembut macam CheHusna. EHEM :P

Perasaan masa jamuan ? Haha mestilah best. Sebab , usna yang buat kad dan kawan-kawan tolong. Pasti ustazah suka dengan kad yihiii yhoooo :P Sampai siap mesej ustazah lagi ;

Zah, kalau tak cantik jangan sedih tau HEHEHE.*ceyhh buat gelak comel.
UM : Husna buat confirm cantik la hehe.

Tak taula ustazah pujuk ke puji ikhlas. Tapi, tak baik buruk sangka betul tak? Ekekeke jadi jom terima kata-kata manis ustazah Maizan bermaia-ramai dengan hati terbuka. Dan, usna yakin ustazah puji ikhlas :) eh korang takde niat nak bangga cuma nak menyokong kata-kata je. JE.

KEDUA : Hmm apa cerita lagi ye ? Sejak menjak ni cerita semuanya sedih dan mensedihkan. Semua macam pelik-pelik. Campur-campur. Macam ABC special campur jagung. *eh panjang bebeno description. Tapi TAK SEMUAAA. Tak semua sedih. Ada banyak lagi yang sweet dan sour. Ye, banyak sangat sweeeeeet nya :) Macam malas nak cerita , korang fikir-fikirkan dan selamat beramal ye :P
KETIGA : Hari ni Jumaat , mula-mula ummi kata takpayah sekolah sebab nak kemas baju. Tapi adek usna ni haaaaaaaa ngade ngade nak jugak pergi sekolah. Terpaksa baba hantarkan , agak janggal dan lain sebab ummi yang selalu hantar kami kan. Nak tau apa yang best ? Baba suruh bawak Upin bawak sekali HAHA. Comel gilaaa :) Dia comel , betul betul comel! Dia tido kat kaki bila kiteorang dah sampai sekolah. Nasib naik tak over excited kat sekolah ~.~

Korang tau tak ?
" Kiteorang lambat sampai sekolah ==" "


SEBAB ? Dah bertolak lambat pastu bangun lambat pastu Upin macam bising miaw miaw melambatkan pemanduan (takde kaitan) pastu beli roti kejap pastu berbual kejapppppp je dengan acik kedai roti tu pastu jam hehehe. *pronouns JEM bukan jam tangan ~.~ ekekeke.

Ye, kiteorang sampai pukul 8:** ekekeke tu pun kira awal sebab masih perhimpunan ustaz berucap dengan panjang. Dan , semua kawan bising nak pukul-pukul usna sebab usna semalam usna cakap tak datang tapi tak alih-alih datang haha. Memanglah terkejut kan! Sebab diorang kan sayang usna lalalala~ thanks korang <3

KELIMA : (sengaja buat kelima bagi nampak kelainan :P) Hari ni banyak sangat kejadian best dan manis. Manis macam apa ye ? Manis macam teh tarik. Teh tarik tu banyak kalori tauk? Ekekeke pengajaran : Kurangkan penggunaaan teh tarik ~.~

Lepastu ustaz Ghazali yang comel suruh kemas meja sebab nak exam kan. Balut-balut semua pastu angkat meja pergi bawah kat dewan dengan kerjasama. Usna dengan Ad takde keje angkat kerusi macam main kereta. Konon-konon kat jalanraya. Siap ada traffic light , selekoh , kenderaan berat terbabas sebab ada orang halang. Ya Allah apa keje la budak2 ni ~.~ APA YANG PENTING ? KERJASAMA! :P

Bila dah siap semua , main-main kejap kat dewan. Tiba-tiba ..
" Husna, ada something nak bagi awak "
Usna diam. Angkat kening je :P " Ye , apa nye ? HEHEHE  "

Ad keluarkan vcd Sami Yusuf.....


actually bukan ni cover dia tapi warna biru. entah tak jumpa kat google ~.~

Usna baca dia punya list lagu. Best..... Macam-macam lagu ada. Ada 15 la ^^
Meh usna listkan lagu dia mana yang usna ingat.

* My Ummah
* For The Of My Life cehh!ni Maher Zain :P
* Try Not To Cry
* Mother

INI JE YANG USNA SEMPAT. SEKALI IMBAS JE ~.~

Tiba-tiba, air mata mengalir. Terimakasih sangat Ad. :') Ahibbuki fillah ^^ sekali TETTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTT , semua kongsi air mata dengan saye. alamak terharunya. Dahlah diorang buat backgroud lagu ni :') 

dah tu, ustaz Ghazali nampak. alamak habis ustaz rampas...... Sebab ustaz nak dengar kat kereta ekekeek :P minggu depan ea ustaz pulangkan. siap pesan lagi jangan hilang.

" USTAZ! Saya bagi ni ustaz doakan saye eh exam nanti :) "

" Saye sentiasa doa ^^ " * terus ustaz seluk kocek simpan vcd tu.







=) KORANG ! Percaya tak pagi esok ummibaba bertolak dah ke Senai Airport. :') doakan usna kuat thehehehe. Sejak kebelakangan ni emotional betul. Ok dah shhh shhhh :')

p/s; Usna dok rumah makcik nanti. Tapi usna taktau boleh update camana. Tak dapat bayang lagi suasana kat rumah makcik cemana. So Husna.............

SELAMAT DATANG KE DUNIA BARU :)

siyes, mesti rindu blogger punya lah. wassalam ^^

sape2 nak dengar citer meh ym. ekeke :P gurau2. siyes ttibe rindu ym =='

Label: , , , , , ,

Saye suka balik kampung kerana ......
Isnin, September 06, 2010 | 2:12 PTG | 9 comments
In the name of Allah.

amaran : entri yang sangat panjang. kalau penat , sambung sambung esok pun boleh. sengaja wat macam novel gaya taknak update 5 tahun :P
  senior sekolah yang paling usna rapat yang bagi. even dia form 4 tapi kiteorang kamcing betoi. haha ada je dia nak cite , usna tukang dengar je. nak potong pun tak boleh. sedih , dia pindah sekolah sains demi mencapai cita-cita beliau. ;P

aisyah :) besday kiteorang dekat dekat. usna muda sehari je daripada dia. hah tak kira, usna muda jugak eh.

bestfriend dari sekolah rendah lagi. sayang Ama' lah <3 :) terharu ummi dia yang bagi.

jumaat haritu dah mula cuti , usna call dia. tiba tiba ......

" HUSNA , KAN hari tu besday awak. saye asyik teringat kat awak je. kejap kejap nak sebut nama awak. kejap kejap awak singgah kat kepala tapi tak bayar tol. laa rupanya hari tu besday awak ! saye nak sangat call tapi duit syiling takde. "

// ama' ialah pelajar yang berasrama ye. 

* TERSENGIH SUMBING MALU AUW

" HA HARI tu saye ada terpegang kad kat kedai , terus teringat awak. kad tu gambar kucing , awak mesti suka. nanti saye kirim kat adik , saye tertinggal kad tu kat asrama la hehehe "

habis sweet tak ni ? :P sayang ama' lah <3 *lagi

terima kasih. ^^

syafikah's :) 2 in 1 lagi tuu. kad raye campur wish besday. sayang awak <3 

Ok , sesi berlagak tunjuk menunjuk dah habis setakat di sini. lain kali jumpa lagi ~





in life , Allah does not give you the people you want. instead HE gives you the people you need to teach you , to hurt you , to love you , and to make you exactly the way you should be :)
pertama , YEAY YEAY dah cuti muahaha. semangat tak hingat dunia ;P oh ye , usna post entri agak kelewatan ye sebab agak sibuk mensibukkan diri 3 hari ni ciscis. Jumaat malam , sekolah usna buat majlis berbuka dekat sekolah. syok dapat jumpa Ama' ! ngee~ pastu dapat solat tarawih berjemaah. pastu dapat jumpa Kak Mar , senior sekolah yang bagi keychain tu. suka dia tengok usna pakai keychain tu kat beg :)

hari sabtu pulak, rumah usna ada majlis berbuka puasa khas EHEM untuk famili yang terdekat serta terjauh. so dari pagi sampai petang tu asyik memsibukkan diri menkemas rumah. ha kan kantoi rumah bersepah lalala.

Ahad pulak ye , usna pulang ke kampung menaiki kereta bersama keluarga tercinta bagi membuka puasa bersama-sama. yeah yeah suka sangat balik kampung :)

so , usna isytiharkan 3 hari berturut turut adalah hari MAKAN secara berjemaah. * bunyi kompang ;P

ok , jom balik kepada tajuk. tadi tu gimik pendahuluan haha.


SAYA SUKA PULANG KE KAMPUNG KERANA. . . . .
( harus lebih daripada 500 huruf )

PERTAMA : dapat jumpa ma'atok saye yang comel :) sebab sekarang usna tinggal nenek sebelah ayah sorang je. atuk , tok , tokwan dah tinggalkan usna start kecik lagi. jadi usna sempat manja-manja time besar dengan nenek belah ayah. ngee~ nasib baik usna simpan lagi gambar usna kena pengapit dengan tok n tokwan dalam album masa kecik :) tu gambar favourite eh tu. nampak usna pendek lagi rambut macam maggi tak cukup kerinting dok atas kerusi punggung kedalam sebab kerusi tu lembut ;P

semalam ma'atok (panggilan nenek) ajak usna berbuka dengan dia dalam bilik. tapi cik mu'ah suruh berbuka kat luar nanti kacau ma'atok. biar makcik saye aje yang jaga ma'atok lagi selamat daripa di tangan usna ;P muka cik mu'ah dah la sama dengan ma'atok. mesti cik mu'ah akan menjadi nenek kesayangan juga satu hari nanti. ngee~

KEDUA : dapat mensedut udara kampung yang jauh lagi best dan mantop. tapi sekarang ma'atok tinggal dengan makcik usna dekat institut pengajian blablabla sebab makcik usna tu seorang pensyarah yang berjaya. jadi balik kampung pun macam balik bandar tapi still dapat rasa macam kat kampung sebab ramai ramai orang kat asrama mahasiswi. dah macam jiran dah kami muehehe. kalau usna rajin usna tolong makcik usna mengajar cehceh tolong mengajar ? bukan tolong beliau berada di kelas sambil bawa apa yang patut fuh fuh konfem penat bawak fail sebegitu. tapi ia sangat menseronokkan. nampak , balik kampung pun boleh belajar jadi tak semestinya balik kampung ialah masa bermain. ^^

KETIGA : dapat mentengok dan menjenguk serta menggaul dengan sedara mara makcik dan pakcik yang lamaaaa sangat tak dengar cerita. tak lupa jugak anak-anak buah dan anak kucing dan anak tekak mintak air untuk diteguk. time balik kampung je la yang dapat gather gather dengan famili besar macam ayah usna yang 16beradik ni hohohoho. tapi balik kampung pun bukan selalu , cuti pun jarang dapat. so EHEM EHEM , bukankah hari raya telah termaktub cuti yang amat panjang ? jangan lepaskan peluang , pergilah BERCUTI. dijamin tidak merugikan. malah income boleh digandakan kepada 2. * cis tetibe je ~

KEEMPAT :

// kejap , rasanya macam cukup dah tiga. haha sambung ke rancangan seterusnya jom jom :)

" EHEM LIST JE ? GAMBAR TAKNAK LETAK ? "

cari punya cari....... 



kampung usna yang ori. gila banyak kenangan tu kat sini. siyes banyak , and the most are time usna kecik-kecik. sayang sangat time kcik-kecik takut nak ronda-ronda kampung , jadi dok rumah takpun main bungapi kat luar ataupun bagi ayam makan. kadang-kadang rajin makan durian ke rambutan ke kat dusun sebelah :') hah ! jiran depan Wak Limah namanya dulu selalu jual jajan jajan berkhasiat pastu ada tempat gores kalau ada nombor nanti dapat free lolipop. usna pandang je sepupu sepapat makan. usna tak pernah sentuh langsung , kecik lagi duit pun tak kenal :P alamak , kenangan gila la. rindu <3


// alaaa... cari gambar ma'atok tak jumpa :(

semalam agenda utama nak balik kampung tu untuk pack pack makanan nak bagi kat jiran-jiran dengan orang kampung dengan famili famili jauh dan dekat jua. jadi kami ehem KAMI ye , sebagai anak perempuan harus lah tolong bagi mengeratkan silaturrahim dan menghidu makanan apa apa yang patut. oh ye , dengan usna menolong pack makanan makanan , baru usna tau yang usna lemah bab makanan. banyak lagi resipi resipi makanan yang usna tak tau nama dia. lagi lagi makanan johor jawa keturunan ( ayah usna mmg famili jawa ).

 ni rendang buat yang tak mengenalinya


namanya sambal goreng. mmg makanan jawa ye. ada tauhu kering , tempe , kentang , soohoon (eja cane entah) , cili bawang dan sebagainya. dulu usna tak suka tau benda ni sebab ada tempe. hesh hesh usna anti tempe lah sejak berzaman lagi. tapi kan hehehe , semalam nak buka usna makan ketupat dengan ni je. tak sentuh langsung ayam kicap , ikan asam , kuah , kuih dan apa apa la yang sepatutnya. usna gagah kan diri ke makan sambal goreng ni dengan ketupat. mula mula memang terkulat-kulat tapi lama-lama sedap woo. sampai balik rumah pun usna makan ratah je sedap ya ampun menyesal tak makan dari dulu :P

lagi , ada kuah lodeh. warna dia kuning-kuning. korang , semua ni makan dengan ketupat nasi ye. bukan dengan mee :P usna pun baru tau nama nya lodeh padahal sebelum ni makan zapp suap je tak tanya nama.

 kredit : google

ok , habis cerita pasal makanan. lagi ? kita cerita pasal dapo. macam nak dekat sama dengan makanan tapi tak sama ye.

lepas solat zuhur dan 'abang abang' pergi hantar makanan , kami sebagai orang perempuan harus lah ke dapo sebab dah nak masuk jam 4. apa lagi ?? dapo... dapoooo saye datang saye datang.

usna sorang je kanak-kanak perempuan yang masuk dapo. sepupu sepapat semua pemalu sembunyi dalam bilik takmau keluar. pelancaran mogok pemalu agaknya. geliiiiiii je :P

cik mai suruh usna potong buah. macam-macam buah lah. honeydew , tembikai cina yang warna kuning tu pastu potong timun. cik mai kata nak buat jus & pencuci mulut. pastu lepas blend setengah honeydew n tembikai , kena potong pulak bagi dadu. agak teka teki kan ape laaa cikmai ni nak buat. pelik-pelik tapi nampak sedap. tau cik mai BUAT APE ?? nom nom.

---
--
--
--
----
---
--
---
--
---
--
---
--
---
--
--
-
----
--
--
--
--
---
--
--
--
--
-
-
--
--
--

NO PICTURE FOUND lalala

:p buang tabiat agaknya menangkap nangkap sesukahati gambar kat dapo. tu la, sayang kat rumah takde yang suka menangkap gambar. kalau tak boleh jadi kenangan. huuu~

rupanya cik mai buat jus timun campur lemon. macam first time dengar tapi best. rasa pun sedap. wah promoter tak berbayar tetibe. sedap lagi berkhasiat ^_^ pastu yang honeydew , tembikai lalala tu buat kinda koktel tapi taktau la betul ke tak. sebab kuah guna santan. then letak sagu rebus , pastu letak honeydew tembikai cina yang dah dipotong dadu. sound macam sedap. siyes usna tengah menaip sambil bayang benda ni kat kampung semalam. huarghhh~ putera lelaki beliau pun mentambah sampai dua kali. maka , MISI kami berjaya ahaha. sangat sedap ^^ cik mai kata , ilham buat koktel ni dapat dari hotel kat terengganu dia hidang macam ni. terus cik mai fikir nak buat. whaa sound interesting la cik mai. good kreatif betol :)

ummi kata , benda ni nama HONEYMOON. sebab ? honeydew campur tiMOON. haha~ markah 57 usna bagi lalala :P

ok tutup cerita pulak pasal dapo , kita bergerak ke dalam bilik mentengok anak anak buah kesayangan usna ^^

ANAK TEKAK KESAYANGAN :)

dulu usna pernah post pasal budak ni kat entri ni. yes , Puteri lah tu. dah makin besar dah dia ngee.

aucak aucakkk cepat 

awatif. ni time dia kecik lagi. sekarang dah petah dah berkata-kata ^^

yang lain-lain kesayangan usna :)

ada lagi yang lain-lain tapi henset sangat mengada-ngada nak jadi pemalu sampai taknak tangkap gambar diorang. selalunya kat kampung , diorang la yang buat bising dan kecoh kat sana. ish ish lagi lagi Atif dengan Puteri. diorang tak puasa makan senyap senyap dalam bilik dua orang secara privasi sambil bercerita antara satu sama lain mengenai cerita kehidupan sebagai anak kecil. usna masuk je........

" HAH TAK PUASA EA "
* semua diam tersipu sipu. konon malu tapi menggigit gigit lagi jajan hijau tu

tiba tiba , ATIF DUDUK SEMAKIN JAUH. dia macam nak lari dari usna tapi dalam keadaan duduk.

" eh ? kenapa awak lari ? "
* teruskan membuat muncung sedepa buat gantung baju

terus dia pergi duduk kat kerusi tempat lain. usna tanya puteri kenapa. 

" DIA GERAM DENGAN BUDAK BESAR. DIA TAK SUKA DENGAN BUDAK BUDAK BESAR "
" la kenapa dia geram ? "
" TAK TAU. BUDAK BESAR BLABLABLA. BUDAK KECIK BAIK , MUKA PUTIH. "

usna pun macam , hahaha puteri ! melebih pulak budak ni. siap tersirat sirat maknaya nya kata budak besar hitam. bang sebijik lima kali takmo kawan :P

* Atif terus buat muka penyangkut baju ....

tiba tiba , 

" AWAK , NAK LAGI " 
* oo dia nak jajan hijau tu. lapa kot sebab muncung panjang sangat

usna sengaja hulur dua batang jajan tu. dia menyambut kesempatan yang ada. yes yes ada respon ! dia makan , makan , dan makan sambil sambil muka macam innocent blurr gitu.

tibe tibe dengan drastik dia mula cerita macam-macam. haha cepatnya ! atif ni 2 tahun dah petah macam burung kakak tua. best je lawan lawan cakap dengan dia :P

" AWAK TADI KITE NAMPAK ADA KUCING "

" ha kat mane ? "

" KAT TAMAN PERMAINAN lah "

" iye ? awak suka kucing ? "

" SUKA "

tidak lama kemudian.....

" AWAK AWAK EH KAKAK TADI KITA JUMPA HANTU "

" AWAK EH KAKAK BUKAK KAN "

" AWAK AWAK EH KAKAK KITA TADI NAMPAK MAYAT KAT JALAN. KITE TAKUT PASTU KITE blablabla "

siyesly fun layan budak-budak ni. semua budak lah fun. diorang ni jujur tau ^^ ingat usna nak record je pensyarahan dia tu tapi fon ada dalam bilik yang famili sedang mesyuarat. macam segan .. 

Awatif dengan Puteri ni kawan. even jarak umur memisah kan , kami TETAP KAWAN SELAMANYA. korang ni comel sangat la. satu video je yang usna sempat snap tu pun hampir nak balik dah time tu.

ignore2 je la ye suara mintak koko kat awatif ni ye. haha~ yeah ini lah awatif dan puteri. kesayangan husna ^^
Puteri. 

puteri ni dia nak pegang kucing tapi takut. ha cemana tu ? ada satu hari terjumpa kucing , dia duduk atas usna. pastu saje show off dekat dia tau.


" HAA tengok , miaw dok atas saye "

" haa ? YE LA.. SEBAB AWAK PAKAI TUDUNG "

* blurr. apa kaitan dengan tudung ?

" YE .. NI KUCING ISLAM "

" ooo ahaha :) :

// selang dua minit , dia cakap..

" AWAK , KEJAP EH. SAYE NAK AMEK TUDUNG KEJAP "

betapa gigihnya puteri :P

kadang-kadang sweet puteri suka lariii pastu terkejutkan usna dengan mempeluk dari belakang. pastu kami pun saling berpelukan di khalayak ramai.

SEKIAN :) SAYE SUKA SANGAT BALIK KAMPUNG ^^ ngehee~


yes yes , dah terbuat pun 1 jenis kueh hari ini. 99.9% hand made haha~ lagi 0.01% tu pembakar oven. cepat cepat sementara stok last , call 999 :P

Label: , , ,

Ingat dah besar sangat ?
Sabtu, Ogos 28, 2010 | 1:01 PTG | 13 comments
Bismillahirrahmanirrahim.

AMARAN ; ENTRI DITAIP 26 OGOS 


Memories are precious. Forever , are memories ^^
Sebelum kejadian - 24 Ogos 2010;

Wawa : Husna ! Happy Birthday ! * nada terlebih semangat
; Eh ! Belum lagi lah. Hehehe.
Wawa : Takpe , saya nak jadi orang pertama wish awak tau tau.

- 25 Ogos 2010 -

Nadya : Husna nanti saya nak jadi orang first wish awak tau! Tunggu 12 malam nanti eh.
* sengih sengihan blurr tersemat di bibir Nadya

Bangun sahur je , tengok Munny yang wish dulu. Sampai sekolah tak buzz buzz henfon dok tunggu dia wish. Hish nadya ni ! :P

Oh ye , aku bangun pagi sahur dengan senyuman. Ah suka nye !

Aku sampai sekolah lambat. Haha dah memang muka lambat pun ye. Naik kelas je , ternampak Mai Nana n Nani menikmati pemandangan padang yang indah di pagi hari kat koridor tangga. Aku yang berniat jahat terus sergah secara comel " Haaaa ! " hehehehe.

" Haish husna nih ! " marah secara sopan Nana.

Nani pulak cepat-cepat naik tangga masuk kelas. Sempat lagi dia cakap " Husna ! Jangan naik eh. Jangan ! Tunggu. Kalau naik siap usna " Mula ingat gurau-gurau sebab dah nama pun datang lambat. Konon dengki ah. Tak kira nak naik jugak tapi cuba control jalan jadi slow sikit padahal Nani dah lari masuk dalam kelas.

Kanan , kiri , kanan , kiri kaki dihentak berarak ke kelas. Pintu kelas tutup pulak dah ! Terus terpandang Ustaz A merangkap pengetua sekolah kat hujung bangunan yang dari tadi macam pandang aku je. Ustaz , ustaz , nak wish birthday ke ? Dengan tak terduga , ustaz A panggil! Tapi suruh bagi surat kat cikgu H je. Alangkah berkecainya hati ~ :P

Nak masuk kelas dengan hati yang kecewa , pintu terbukak je..... Pap ! Semua mata memandang. Oh malu.

music cute Pictures, Images and Photos " Happy Birthday to you ..... Happy Birthday to you.... 
Happy Birthday to Husna.........  Happy Birthday to you..... "
* baca dengan penuh perasaan ye

Mula-mula diorang macam malu-malu kucing je keluarkan suara , aku pulak dok beria kuat kan lagi kuat kan lagiiiii nyanyi tuu. Muahaha :P Sweet sangat la korang ni. Ilysemua ^^ Tiba tiba nak jalan menuju ke tempat duduk je....

" PAP !! " aku jatuh bah. Tau angkara siapa ? Muny !! Dia hulur kaki kat tempat jalan sampai aku jatuh secara sopan. Satu kelas gelak mengilai. Ah benci la.

------------------> Tamat hahaha. Sedutan cerpen Selamat Hari Jadi yang sadis. cehcehceh.

siyes tak reti la taip formal-formal gitu macam kat atas. siap caps lagi lepas titik. kaku je bila nak taip sebab nak susun ayat bagi matang sikitttt. cehcehceh sila geli.

korang , harini rasa bebas sangat ! rasa nak terbang ke utara selatan gayanya. tu pun kalau ada lesen. oh ye , usna harini baru je habis trial exam. sangat lah suka sebab jatuh sama hari dengan birthday sendiri. muahaha.

terharu and speechless sangat bila classmates buat macamtu.

tadi tengah konon la KONON bincang dengan kawan-kawan pasal paper setererusnya , Sai dari form 2A datang menyergah secara sopan. " Ustaz H nak jumpa Husna " classmates semua dah kecoh-kecoh. time tu gugup betul.

bila nampak selipar lambang Spain kat depan bilik guru , telah tahulah bahawasanya ustaz ada kat dalam bilik beliau. bila masuk je , terus wish " Selamat Hari Lahir , Husna " .alamak kan kan dah gugup lagi :P

" Terima Kasih ustaz. "

terus ustaz hulur hadiah. adoi lagi la terharu ! macam malu pun ada muahaha. lepas hadiah disambut , usna hulur pulak plastik hijau hadiah untuk anak dia.

" Ha ustaz , ni untuk anak ustaz * SENYUM "

usna bagi hadiah untuk anak ustaz sebab birthdate kiteorang sama. umur je lain. oh ye , JANTINA pun lain ye muahaha :P mula-mula memang blank taktau nak bagi apa. tapi terfikir bagi duit pun boleh je kan. siap dengan sampul duit raya tahun lepas punya. tambah seri sikit , bagi keychain gambar koala. tapi lepas sahur je , bukak bukak laci tengok ada satu pencil box warna biru terbungkus rapi lagi murni. YES ! dah dapat hadiah yang sesuai. usna tak guna pun pencilbox tu sebab kecik pastu ada gambar teddy bear macam segan nak pakai. daripada simpan best jugak bagi kembar tak pernah jumpa usna ni haa. LALALA~

oh ye , terima kasih dekat semuaaaaaaaaaaaaaaa yang wish , hadiah dan surprise whatever lah. siyes , TERHARU sangat. ^^

SELAMAT HARI LAHIR , NFHUSNA. DAH 14 DAH AWAK YE. SEMOGA JADI BUDAK YANG LEBIH MATANG , DAN MAJIKAN KEPADA BUDAK-BUDAK BUNCIT YANG COMEL. OH YE , SEMOGA LEBIH MENGHARGAI KAWAN. SEMOGA SIFAT SAYANG TAK MALU LAGI NAK SONDOL KAT AWAK. HARAP BUANG SIFAT OVER MALU TU JAUH-JAUH. MALU BERTEMPAT YE.

kawan kawan tanya " Tiger bagi apa dekat husna ?! "

" hmm , bagi najis je " ha tu lawak kotor dia dah keluar pulak dah. macam tak senonoh , tapi betul lah. macam mustahil dia bagi bulu kambing. tak baik menipu.

eh kejap. masa nak bertolak pergi sekolah pagi tu , tau tak usna nampak apa ? hehehe SUNRISE lawa sangat-sangat ! its okay je anyway even tak boleh snap the memories. henfon lopak je tak boleh snap bende lawa mueheeh.

usna tak bape suka lighting dia kat henfon. lain en macam terang sangat. takde ciri-ciri golden moment yang diidamkan.

oh ye , terima kasih banyak banyak kepada..... jengjengjeng.

baba en ummi ^^ novel idaman nih. yes! alhamdulillah.

ustaz H bagi ~~ siap reben warna pic , simple soft.
Muny yang buat slack halang guna kaki jatuhkan usna kat kelas huhuhu. dia ni tauke bisnes keluarga kerongsang dengan minyak wangi. apa-apa hadiah , mesti kerongsang. takpun minyak wangi.
oh ye , kerongsang merah tu untuk besday. yang letter F , semua kawan dapat tanda FRIENDFRIEND. yang cendawan tu hadiah tahun lepas dengan celak sekali. yang kereta hadiah saja-saja.
dia nak bagi lagi dua sepit rambut apaentah kat usna sebenarnya. tapi usna menolak secara lemahlembut cehcehceh tanda malu begitu. lagipun usna tak reti pakai nanti tersorok je tak pakai buat apa ye tak. 

farah yang bagi ;) dia ada bagi satu nama HUSNA dia potong kat suratkhabar. tapi usna paste dekat bawah meja kat kelas

kalau rajin usna update lagi kalau sempat pasal present muahaha cis cis berlagak :P rasa macam patut ke sambung ?

TARIKH PENTING BULAN OGOS !
9 0gos - senior shaibah
10 0gos - khadijah
12 0gos - farah , ayah fatihah
19 0ogos - nazifah , jihan
24 0gos - alia
23 0gos - anniversary ummi en baba, besday blog sys tasha
25 0gos - aisyah
26 0gos - nfhusna :) , nicon david , anak ustaz H
27 0gos - fruitheart sys mieya

hadiah tahun lepas sebenanye. tak bukak agi muahaha. sayang!

 
kad comel seringgit lapan sahaja!


balik tu pergi kedai nak beli hadiah. sebenarnya dah lama nak bagi hadiah dekat kawan-kawan tapi TAK RETI NAK PILIH. macam sadis , tapi betul pun.

kad untuk aisyah besday dia semalam . alolo comel nye kad ni :)

tulis repek repek bagi die terharu. kalau tulis bahasa puitis , kang tak faham. aisyah bukan budak sastera muahaha. cis cis cakap macam usna pandai sastera.

oh ye , usna tengah susun kueh mueh untuk juadah berbuka. tiba tiba henfon menjerit kecil minta disusukan diangkat. haila... ustaz H telefon !

bertukar salam dengan ustaz H. tiba tiba..

" ASSALAMUALAIKUM KAKAK "

" SELAMAT HARI JADI KAKAK ! "

" KAKAK BUAT APA TU ? "

" KAKAK DAH MAKAN ? "

" KAKAK MASAK APA ? "

" HA , TERIMA KASIH KAKAK "

" ASSALAMUALAIKUM "

anak ustaz H rupenya. comel je. usna tak sempat nak jawab sepatah pun sebab dia cakap laju petah pelat-pelat sangat , padahal dah dengar dah suara garau bagi skrip kat belakang muahaha. Thanks budak kecik yang tak pernah jumpa...... ^^ * jangan ngada ngada panggil adik. jangan buat adik orang macam adik sendiri ye.

KORANG ! SAPE TERER BELI HADIAH. SELALUNYA ORANG SUKA HADIAH APA LA EH ?

sempena bithday , korang bagi hadiah doa ye. tau tau hehehe. thanks.

Label: , ,

saye yang pendek. *erk ?
Selasa, Ogos 10, 2010 | 9:31 PTG | 15 comments
Assalamualaikum.


SITUASI 1 




flashback flashback ~
2008 ; kelas 6

ustaz tu pakai baju merah muehehe. tapi tengah ajar ajar , dia suruh semua orang dalam kelas berdiri. sebab ape entah. mengalami kejutan keterlupaan :P ~ bila dah diri lama sikit , rasa macam sakit perut pastu tak tahan. rasa nak duduk jeee. 

tiba tiba husna nampak keliling kelas sume hitam hitam. kabur je pemandangan yang indah. hwaaa nervous betul. tetibe je ? dengan rasa tak sedar diri , gedik gedik nak lentok kepala kat member sebelah muahaha. ye lah , dah kata pun tak sedar diri. masa tu rasa semua benda yang buat tak sedar. dah lah pemandangan gelap. tiba tiba kepala rasa pusing pusing gitu naik rollercoaster. lagi lah kepala ni gatal nak landing baikk punya kat bahu member sebelah , Yaya.

ustaz tu muka memang garang. tapi buat lawak wahh muka nak nak cute je hahaha. so Yaya yang pentakut lagi lah tambah takut. pehal husna ni tibatiba nak manja gesel gesel kat bahu orang. Yaya tetap try kejut kan husna yang tak sedar diri.

ustaz kat depan tiba tiba panggil " husna.... husna..... " erk erk. kepala lagi nak goyang goyang lagi macam over nak pitam la :P ustaz suruh duduk. muehehe yeay yeay dapat duduk lalala.

bila duduk je , rasa badan semua macam sejuk semacam. selamba je bila habis masa ustaz je , Umar perli semacam. " husna wat pengsan nak duduk eh "  ape tah lagi die membebel lalala~ tak amek port di situ. tak pe orang jeles memang macam tu.

terus cepat cepat pergi tandas. en apa yang husna ingat , pagi tu husna sarapan kuih apam je. yang warna pink dengan hijau. haha ingat lagi. sejak tu macam terask ask macamana la boleh ngade nak pitam masa belajar.


ada rasa nak baham pintu ? muahaha patutnya tajuk tu saye yang berdarah pendek. ngee~~

SITUASI 2




TAHUN 2009 ; taman perhimpunan

biasa la , kalau dah nama nye perhimpunan mesti cikgu berucap panjang. hwaaa dah kena time tu tak bagi duduk pulak dah :( mula mula biasa je pastu lama-lama rasa sakit perut. muahaha mula dah sakit gedik nih. nasib bukan sesungut ye kawan-kawan :P tiba-tiba pandangan jadi kabur. ok bagi yang tak berpengalaman pitam , meh sini husna yang berpengalaman makan garam dulu berkongsi ye ye ? muahaha :P rasa pitam ni kan bila mata rasa macam tak nampak ape ape. tak de lah hitam terus tapi nampak black en white je ha. macam tengok filem p.ramlee zaman dulu dulu yang takde warna.

pastu kan , badan rasa sejuk semacam tau. bibir pun rasa sejukk dingin macam kat moscow. muehehe ha tu lah rase nye menjadi pitam. best ke tak best nih ?

bila badan mula tak sedap , bila pandang belakang je classmate dah panik tengok bibir pucat :( siyes sampai sekarang rasa nak sangat ngidam nak tengok bibir biru lawa macam tu. hwaaa ~ agak-agak ada rupa macam artis takde keje pakai gincu biru tak ?


SITUASI 3




tahun 2010 - rumah -
time pagi pagi lepas bangun nak mandi

usna bukak air shower yang macam air terjun jarang tu lamaa-lamaa. muehehe sedap je macam mandi hujan. tengah usna gosok gigi sambil konon konon ada hujan melanda , tiba tiba terus mata jadi kabur. terus then rasa tak boleh diri. ha time ni memang zupp ting macam magik. macam mulamula rasa sakit perut dulu pastu baru kabur. hah takde takde terus direct jadi kabur pemandangan :(

cepat cepat usna duduk kat kerusi jamban duduk tu untuk meneruskan gosokan gigi yang tergendala. even dah duduk pun tak hilang lagi tau rasa sakit kat kepala.pastu hitam hitam pun tak hilang.  tu yang nervousss sangat. takuttttt! :( terus usna gosok gigi then sabun sume cuci muka terus keluar lari anak-anak menuju dapur nak rengek rengek dengan ummi lalala.

ummi terus suruh baring bagi minum kopi. muehehe

yang usna ingat , ni proses pitaman yang paling serius antara ketiga-tiga nye. fuh fuh ~






2010 - pagi.
sekolah pasir gudang , johor.

ada taklimat tuttt tutt pasal hari kecemerlangan untuk 11 Julai. tengah cikgu kat depan bercakap-cakap ucap panjang berjela jela jela. usna relaks je buat muka tak bersalah kerut kerut kan muka sebab sakit perut. dah sakit perut........

tiba tiba Mai pusing belakang. terus dia bising husna husna ! biruuu gila awak punye bibir. duduk lah duduk. asyik asyik gila yang kena huhu. again , sape ada cermin ??! muahaha ngidam nak tengok bibir sendiri ni.

bila time lain , ustaz pulak tegur. " eh husna demam kan ? " usna angguk senyum je sambil buat muka tak larat sakit perut lapaaa * helleh demam pun nak sebar-sebar satu sekolah :P bila cikgu sebelah dengar je , terus menyampuk " eh saye pun demam jugak " terus cepat cepat ustaz balas balik " eh yeke saye pun demam jugak " la haish ni sesi demam secara berjemaah ke ? nak jugak sorang-sorang, cikgu.. cikgu..

oh yes , ni sesi mempucat bibir untuk kali kedua pada hari yang sama. sah usna darah pendek rendah :(


ada lagi satu kes kat kelas kena diri lagi kat kelas sebab cikgu nampak semua macam ngantuk. biasa lah kan , mengada lagi nak pitam-pitam. cikgu nampak je terus suruh duduk. padahal bila duduk kejap je , dah rasa ok dah. ha'ah sebenarnya sikit je time tu :) haish gedikkk betul. nampak macam kita ni lemah. tapi bukan usna yang mintak nak pitam pun. tapi takpe , best ape pitam pitam ni haha :P

Tanda dan Gejala Tekanan Darah Rendah

Seseorang yang mengalami tekanan darah rendah umumnya akan mengeluhkan keadaan sering pusing, sering menguap, penglihatan terkadang dirasakan kurang jelas (kunang-kunang) terutama sehabis duduk lama lalu berjalan, keringat dingin, merasa cepat lelah tak bertenaga, bahkan mengalami pingsan yang berulang.

Pada pemeriksaan secara umum detak/denyut nadi teraba lemah, penderita tampak pucat, hal ini disebabkan suplai darah yang tidak maksimum keseluruh jaringan tubuh.


- kredit -

usna tau korang mesti faham punye sebab korang kan tengok cite bawang puteh bawang merah :P

hmm ada lah jugak tanda-tanda macam tu. tapi macam confuse betul kat kunang-kunang tu. kunang kunang yang cantik tu dikatakan penglihatan kurang jelas ? blurr di situ ye. confuse jugak kurang jelas yang hitam-hitam ke short-sightedness ? ahhh kan dah mula blurr ni.

Penanganan dan Pengobatan Darah Rendah

Minum air putih dalam jumlah yang cukup banyak antara 8 hingga 10 gelas per hari, sesekali minum kopi agar memacu peningkatan degup jantung sehingga tekanan darah akan meningkat
~ padahal usna dah lah suka suka minum air jarang. suka sangattttt lagi lagi dalam botol. tak suka minum dalam cawan , rasa macam tak best. tapi slack betul la kalau bawak air pergi sekolah ramai target usna nak mintak air. hwaaa sampai level 1 diorang kerja kan.

Mengkonsumsi makanan yang cukup mengandung kadar garam
~ garam ? tadi suruh minum air jarang ni garam pulak ? sesi mengenal resipi ke ? :P confuse pulak , kadar garam tu nak tinggi mana. kang usna ni kan blurr sikit sekali zuppp haha terus jadi darah tinggi.

Berolah raga teratur seperti berjalan pagi selama 30 menit, minimal 3x seminggu dapat membantu mengurangi timbulnya gejala
~ usna selalu basikal petang-petang sampai jumpa anjing cukup tak ? haha padahal main basikal main-main. dah nama nye pun main.

Pada wanita dianjurkan untuk mengenakan stocking yang elastis
~ tak pernah dengar pulak stokin elastik. stokin hitam putih sekolah punya je pernah dengar. lagipun usna masih berstatus kanak-kanak tua. takde lagi tu pangkat wanita. muahaha

Pemberian obat-obatan (meningkatkan darah) hanya dilakukan apabila gejala hipotensi yang dirasakan benar-benar mengganggu aktivitas keseharian, selain itu dokter hanya akan memberikan vitamin (suport/placebo) serta beberapa saran yang dapat dilakukan bagi penderita.
~ jelas , usna tak pandai telan pil. hehe lalalala

- kredit - 

usna pun taktau sejak bila usna ada darah pendek ni. tau tau je pitam. tak ke nama gedik tu. pakar tangan pernah check tangan usna dia terkejut tengok tapak tangan usna pucat je. die terus tanye tak makan sayur ke ???? muehehe ha'ah cik , peaceeee nak puasa ni tak baik buat kerut-kerut muka :P sejak tu terus berazam macam nak suka suka sayur :) kecuali tauge dengan batang sayur hijau.

sesapa yang ada darah spesis macam usna ni ha meh la share share sape tau macamana boleh ada darah spesis ni. hohoho :P terfikir jugak takkan sebab makan kuih apam warna pink dengan hijau terus jadi macam ni :P

entri ni dah lama dah tersorok dalam draft dari 2 minggu lepas. tapi sekarang baru siap. waa terer tak ? jangan pelik lah kalau macam eok eok sikit post ni T_T

oh ye , hehehe selamat datang Ramadhan. moga Ramadhan tahun ni lebih baik sangat-sangat daripada tahun sebelumnya.. :) amiin. 

Label: ,

opah penattttt. panadol ?
Jumaat, April 30, 2010 | 10:09 PTG | 11 comments
oke opah nak cepat ni. opah sibuk. hahaha opah sangat bergaya :p
pertama nya ; kalau nak tengok gambar cucu opah yang tak terbelah bahagi tanpa edit , wow sangat live. siilaaa jangan malu pergi ke (sini) opah sangat bergaya sanggup buat flickr untuk mereka

rasa nya la kot tak banyak sangat gambar kat situ. tapi mengertilah bahawa opah sangat busy okeh. sila pahamm nenek yang berjaya memang begini. tapi jangan gigit ataupun marah kalau gambar tidak memuaskan. opah sangat in rush. nak tau personaliti mereka ? tolong. lain kali aje yeh. haha ye opah memang kejam.
opah penat.

esok , 1 Mei 2010. ok dah mula bukan yang menakutkan. bulan Mei adalah bukan yang seram lagi busy. along 4 weeks , opah's schedule are very tight. haha *broken broken

betul , opah busy ni. doakan opah dunia dan akhirat yeh. again , opah tak dapat berdiri dengan betul. sememangnya jiwa opah sedang berimaginasi. siyes , lately suka cakap sendiri T______T takutttt
umi kata ; umur macam ni , someone still searching for her its own identity. yeah absolutely :)

phewww update yang express. hot hot ~

eh till then assalamualaikum ^__^

Label:

cucu opah ada empat.
Ahad, April 25, 2010 | 3:01 PTG | 4 comments
salam && hello coffeemateTM

A man who won't die for something is not fit to live.

hari ni opah nak cerita pasal cucu opah yang empat ekot tu. haha nampak sifat kenenekan tak ? sila geleng menandakan YA ! jadi sila jangan malu mengambil husna sebabagai nenek angkat ! ;P
* tetibe sayu sebab tok kedah takde masa 2003. tok BP tak sihat pulak T____T

errr sengaja guna opah dalam post ni supaya cucu merasa kasih sayang tak terbelah bahagi


diorang. opah sayang cucu opah tau. walaupun nakal macam monyet berspesis semut campur kambing , mereka terbaikkk !


cemana dorang ada kat bumi ni hah ?

aii, soalan perli ke ? hahaha


suspek yang telah membuat tiger mengandung buat kali kedua. ohh menantu ku. si Kelabu memang baik. cuma banyak kurap T____T menantu ku tak pernah mandi. sedih opah.



saje tepek perangai anakku yang tak berbelah bahagi. sangat tak matang anakku, Tiger. dah menandung pun tak sedoo lagi. *opah tak bertanggugjawab dengan keblurran video haha

ok ok, pendahuluan yang terpanjang. sengaja opah kan baik ekeke. ;P jom kenal dengan cucu sweet opah.


diorang lahir pada 11 Mac 2010 pada pukul lebih kurang 3pagi. malam tu , (10 Mac) opah tidur kroh kroh dengan nyenyak skali. ye lah, berstatus nenek memang memenatkan hoho. tapi bila ayah opah baru balik dari surau, Tiger mengiow amat semamcam. pelik aje ? ha-ha takkan opah nak bagi contoh ngiow tu. kang tak tido malam cucu dengar opah mengiow lalala ;P bila dengar Tiger ngiow pelik semamcam, opah buatbuat tido. nanti dea mintak frieskies terus tak nyenyak tido opah !


bila opah sambung tido , opah mimpi. nak tau mimpi apa ? entah opah pun taktau. tak nampak apepun. gelap aje. petunjuk Tiger da beranak la kot. tibatiba opah terbangun. Tiger yang kejutkan. haha haish tiger ni ! terkejut opah je. again , Tiger mengiow semamcam. pelik lagi misteriiiiiiiiiiii. opah takut, yelah opah kan penakut. terus opah kejut atok pulak. dea tido lagi nyenyak tapi tak kira demi tiger kejut jugak. dea anak kita tokkk

bila atok bangun, opah dan atok gelabah semacam. ye lah, anak kita ni heii. terus opah dan atok pergi cage nak bagi makan sebab tiger kebulur ye lah mengandung la katakan. tapi tiger pelik jugak mengiow dan mengiow lagi. lepas burpp kenyang, tiger pergi katil pulak. dea nak tido dengan opah wahaha. ni lah contoh anak solehah. opah nak sambung tido tapi tiger kacau opah. dea geletek , main sembunyisembunyi bawah selimut , haishh susah betul opah nak tido. opah terus bangun. pelik. ok pelik sangat. tiger ! are u sleeping ? eh silap are u crazy ? eh silap are u want to push push ?
opah dan atok dengan tragis ambil kain buruk. kain buruk je huhu. nak alas tiger takut dea nak berak tapi tak boleh keluar kan. opah sangka hujan di tengahari rupanya malam pun ada hujan jugak. tiger mula terkeluar darah sikit. fuhhhh cemas yang amat opah dan atok time tu. fuhh fuhhhh tergugat status sebagai nenek ok ?

kiteorang start tak boleh tido. terus terjaga dan bertekad menjaga tiger buat sepenuh hati. takut tiger buat bukan kerana nervous yang amattt. akhirnya , opah bertekad untuk letak dia dalam cage. biarlah dea terus di sana.

akhirnya ;

Tiger bersalin jua ! dalam pukul 1:20 pagi gitu lah. opah sangat gembira. habis kedutan serta penuaan hilang begitu saja. hoh terik secara tibatiba. tiger bersalin macam manusia biasa. bunyi 'ergkkkkkkkkk' still ada. ha-ha opah dan atok hanya bertugas sebagai pembesar suara 'push push !'

again ; diari



HAHA act nak tepek gambar diorang yang banyakkkkk lah sangat dalam post ni. tapi kenapa ye kenapa ye asyik tak sempat pastu ada halangan jeeeee. grrrr sekarang ; trpaksa mengalah dengan atok. dea nak guna pulak pc. main game woww atok sangat maju. bila upload gambar cucu opah ? entahhhhh :(

ish best pulak guna nama opah. terasa comel di situ wakaka. terus kan je lah ye ?
tiger kat hospital. tak tak bukan sakit tapi nak bedah nak buang ape tahhhh T_____T opah mintak doakan tau moga tiger selamat. ameeen :) 

Label: ,

eh, husna bagi tips lah. tolong percaye
Jumaat, April 23, 2010 | 11:34 PTG | 9 comments
salam && hello coffeemateTM

Give the world the best you’ve got anyway. You see, in the final analysis, it is between you and God

malam ni terasa rajeen la sangat nak bagi tips. harr harr ^^ bersedia ? okeh :)

TIPS WRITING DALAM BLOG

bende ni usna wat sendiri aje. so memang banyak salah pun. just my opinion. tips ni berguna *haha berguna la sangat* untuk blogger baru yang mencari identiti untuk memfofuler kan diri. ngaa kalau yang private tak yah laa haish.

# hah ni yang penting. entri yang sempoi adalah entri yang pendek tapi ada isi. hakhak usna awal-awal dah fail kan kan ? ;P so make sure nak post something , tau matlamat & tujuan. whoaa macam gah gitu ye ? heh selamat beramal ~

# writing & font pun kena jelas dalam setiap post. writing yang penuh la senang. contoh ? nak eja makanan eja full jangan eja mknn aje hahaha pemalass ! tulisan tu pun biar jelas so kepada yang rabun sila sedar *kutuk diri sndiri T_T

# ending yang betul dalam setiap post. kang kang tetibe camni. "saye ada makwe. makwe saya cantek. tetibe dea makan buah. terus kite kawin." wakaka unik betul story dea heh. tak pun macam ni. " Upin comel. Apin comel jugak. tapi Ipin lagiiiiiiiii comel. eh eh Opin tercomel !" habisss. haish * gigit boleh ?

# haha yang ni samngat sesuai untuk kanakkanak seperti kita. lala siapa rasa bukan kanakkanak naik pergi sana ! kalau nak tulis , formal tak perlu. kang makin banyakk salah sape nak derma pen merah hei ? tak murah sekarang barang mahal. lagi lagi CP 2ringgit sembilan ok T___T grrr.tapi loghat yang santai digalakkan. sebab blogging bukan sesuatu yang formal. expect ada things yang tertentu. entri pun lebih happening seperti gula mentos. segar lagi berbau. *sape perasan eja except pun da salah hahaha. tereja expect. hei husna sangat tetttt. tak kelakar pun.

# tak salah guna kaler kaler. sape kata salah ? kalau salah baik salahkan pencipta kaler sekarang jugakk !
tak silap nama dea kalerpul bin jingga bin pink. wakaka klasik lah nama. *ok perkataan tak berisi, abaikan :( sebena nye tak salah nak letak kalerkaler dalam writing tapi kena pandaiii pilih. pilih dulu sebelum fikir. eh eh (?) kan kaler tu merangsang otak , sekaligus menarik reader baca entri tau tak ?

# letak gamboo lagi sesuai. fungsi macam kaler jugak. attracting ^____^ gahh gah !\

#  banyakkan membaca ! harr harr kempen pulak. tapi betullah membaca membuka minda. secara tak langsung, membaca boleh bagi idea nak tulis something. senang cerita, baca blog otai. hah hah ! cingxing

# menulis entri mestilah tak menyentuh mana mana sensitiviti. harr ecewah sangat gramatis lah ayat. tak kisah la sensitiviti baju,selipar,spect,wajah. huhu lagi sensitif pasal indivisu. dangerous. jaga hati, jaga adab :)

ehh rasa macam sikit pulak tips nye ye tak ? tulis macam panjang dalam buku. hoo apelah. dah entri jumaat, 23 April lalala. esok ? ada kotttt. macam makin boring kan blog ni ?


heh siryes lawa sangat gambar ni

heii bila nak update gambar & cerita anak mama ni ? AIOUpin tu haaa. grrr malas kenapa kua datang ?

tak tau pulak tips ni berguna ke tak. para sifu dan otai sila iktiraf hohoh

Label: ,

hutang tag & award !
Sabtu, Mac 27, 2010 | 12:39 PG | 8 comments
salam & hello coffeemate TM

bertangguh adalah pencuri masa
ching ching ! hahaha eh berkedip lah mata. usna buat quotes tu haaa. ekeke tu contoh perubahan la kot untuk writing usna. :) kata nak jadi budak matang ? haiih matang la sangat T___T * takpe boleh cuba !

whoaa tergulup ayaq liuq ceq. :P hoho banyak betul hutang award & tag. btw ; terima kasih banyak banyak tau sesapa yang bagi. appreciate sangatt.

first sekali ;
harr harr terpesona bila tengok award ni lah. woh woh beautiful di situ ! sila caps lock kan ye. :P berkelip-kelip dahh ni haaa bulu mata ni haa. heii percaya lah dapatt award tauu. hahhh * agak JKN ye kawan-kawan* 

terima kasih pertama pada mario si pangkin rest
ok ye kawan, rasa tetibe mood macam rajin pastu ada scene membodek ni haa jadi pasang mata betul-betul !
mario ; secara jujur lagi berdedikasi, sampai sekarang usna tak tau nama sebenar dea. femes mario aje ataupun gahh lagi rio. haha ohh mario sungguh perahsia. :) mula-mula dea jejak cerita kedai kopi , dea tanya pasal pangkin. haha siryess blurr aje. heh pangkin pun tak tau haha :P *ketawa lah cepat , org bagi chance ni haa. ok dah, abis masa *

terima kasih kedua buat Eqin ! harr harr eqin pulak kiteorang baru kenal kan kan ? :) cuma blog dea kawaiii ~
hoho hope kiteorang akan terus kawan ok ? wee~


terima kasih jugaa buat farah nasuha
farah ; kiteorang ? sama umor ye kawan-kawan. haha cumaa kan cumaa kan , usna lagi pendek ehh takk ! typing error lalala. *gugup tetibe lah* firstly kiteorang ni kawan pena tau. ohh samngat shuweet kalau ingat balik. haha memangg JKN first time dapat surat daripada dia masa 2006 bulan Ogos. dah lah nak dekat hari kelahiran, heh kira macam hadiah pulak. time tu alala sesi berkenalan gitu lalala haii eh malulah ! farah, sweet kan ? harr harr sekarang tak main surat lagi sebab zaman dah berubah. jalur lebar kan ada ? :P

lagi terima kasih untuk ilah

1. Thank & link the person that gave you the award

2. Pass this award onto 15 bloggers you've recently discovered and think are fantastic

3. Contact said Blogs and let them know they've won the award

4. State 7 things about yourself.


whoa ilah ! thanks sygss. ilah ni kiteorang pun baru kenal lalala. :) haha kekadang panggil kakak & adek macam oh sweet pulak. ohh terperahsantan :P 

gulp kejapp . STATE 7 THINGS ABOUT YoURSELF ?

warghh alaa malulah *ecece gelis aje

takpe lah redha aje. kan ia sifat terpuji ? hoh hoh ! usna list kan sifat pelik aje lah. kalau setakat suka tambah nasi lima pinggan tu buat ape kan hah haha :P
- sukaa sangat quotes. sesapa ada stok quotes atau dengan kata melayu , kata-kata hikmah eh mutiara kata sila sumbang dengan menghantar emel ! hoho
- admire awan & bulan. shhh ~ jangan bilang dorang. malulah *
- ada pensel 3 batang je :P tapi satu buat tinggal kat rumah. sayanggg mana tau Tiger nak pakai kan bilang anak-anak dea hoho. lagi dua tu bawak pergi sekolah. even burukkk semacam takpe lah takde orang nak pinjam har har !
- suka cakap sesorang dalam hati wakaka. ye lah sape lah nak bercakap dengan usna nie kan sobsss :P
- sangat clumsy ye kawan-kawan. alamakk kantoi pulak dahh lalala *abaikan* bak kata senior sekolah , emergency ye haha. nak list satu-satu keclumsyan usna ? ohh sangat banyak. nanti usna terbit kan heh.
- teman terbaik ialah umie. kcingkcing kedua tak lain tak bukan ? Tiger ! yeayy ~ telinga mereka merupakan mangsa cakapcakapcakapcakapcakap usna yang tak reti nak berenti di rumah. :)
- sukaa menuliss :) tulis ape ? haha fikir lah sendiri :P
- ehhh usna sayang Tiger !

ekeke alamakk terlebih lapan pulak. takpe lah rezeki tu heii. jangan ditolak :D
TERIMA KASIH ^^

ishh malu lah kat makcik kantin. kan haaa berangan lagi. tu lah clumsy sangat ? wakaka padan muke hanya mampu diucapkan ! heii sekian. ^_^
status ; cuti yang sibuk kot ? hihi nak edit gamba hantar ke kunang-kunang. ;) baba <3

nak award ni ? eh amek je lah. tak marah pun lalala. yang takmau amek tu tak rase rugi ke kehkeh ;P ishh ni backup update je tau. esok tak tau la bole update ketak wuwuw.

Label: , ,



Older Post





بسم الله الرحمن الرحيم

Selamat datang ke Bicara Bumbung kepunyaan NFatin Husna. Jemput baca entri mana yang suka. lepas tu, silalah tinggalkan jejak ya?


Template edit by: Faiz
Background by: Fazeera
Basecode by: Lettha