/>
Bicara Bumbung
Diberi masalah, selesaikan dong!
Sabtu, Mei 17, 2014 | 8:43 PG | 0 comments
Alkisahnya, anggap ja watak uatam (alaaaahai takda auto correct ke pls) utama adalah hangpa sendiri, iaitu pembaca blog ni.

Sila imagine anda berada dalam suatu suasana, iaitu dalam satu majlis ilmu yang dinaungi malaikat; ceramah perdana der. Majlis dimulakan pada waktu maghrib; jadi solat maghrib dulu.

Anda bersama kakak sepupu, yok panggil beliau kak Pupu (Popo ialah nama sebenar). Kak Pupu diminta teman.

Bagi pihak anda pulak, anda sebenarnya dah TERjanji dengan sorang kawan untuk bersama sepanjang majlis ni. Ala-ala perjanjian yang tak dizahirkan, batin lah ye. Let's called her kaWan. Nasib baik Wan datang berteman, so takda la rasa anda pinggirkan dia kot.

Nampak tak arah masalah saya ni?? Haha eh eh. Arah masalah anda okay. (Sarkastikus habiss)

Sejurus selepas itu, anda terlihat kelibat...........kawan lama anda! Kawan semeja kot masa primary school dulu. Anda pun tevurlah err tegurlah dia, sebagai penyambung silaturrahim. Orang yang menyambungkan tali kasih sayang panjang umurnya tau. Borak tanya kabor sikit, dan fokus pada ceramah. Ini ceramah ya adik-adik, bukan laman web sosial. Tempat duduk dah bertukar. Wawawa. Penuntut majlis ilmu semakin ramai, tu yang semakin sesak. Kak Pupu dan kaWan berada jauh sehasta.

Ceramah. Fokusssss. Ceramah. Walaupun agak tenggelam timbul suaranya dek kerana speaker yang echonya agak tinggi. Ditambah pula dengan suara-suara anak kecil yang turut sama membuat ceramah mini.

Ustaz ada berkongsi satu doa ;
" Ya Allah, kurniakan aku ilmu yang bermanfaat dan juga kefahaman......."
Ceramah Israk Mikraj, tentang peri pentingnya solat dalam kehidupan kita.

Ceramah pun habisss. Anda kembali duduk sebelah kakPupu kerana tadi menemaninya mengambil ayaq (air).

Telah ditakdirkan, anda bertemu pula kaksenior. Salam dan berbual pendek dan plan nak ke kantin bersama untuk jamuan makan. KaWan dan kakPupu ikut serta jalan secara berjemaah.

Di kantin, ustazah ada panggil, "Awaaaaak tolong jagakan anak saya jap" Anda mengiyakan je sebab ala bukan susah hendak mengendong baby. Yang susah nak makan sambil mengendong. Hihi. Takkesah la lagipun anda suka baby.

OK, mari tamatkan telenovela ini secara drastik. Tetiba pengarah besar dah mengajak sarapan. Persoalannya adalah, dalam situasi yang ramaaai kita kenal dan memerlukan perhatian anda, anda tau anda layan mereka sehabis baik tapiiii......

Entah aaa rasa macam tak sedap hati. Rasa macam, eh takpe ke aku layan camtuu?

Tapi kata hati, NIAT DI HATI NAK DENGAQ CERAMAH TUNTUT ILMU KAAAAN. Pikiaq orang boleh, tapi jangan dok overthinking. Ianya anooying ye wahai diri sendiri!

Senangg kata, setiap masalahcpastu ada jalan oenyelesaiannya yang berbeza. Mesti ada banyak jalan punyaaaa. Macam soalan Math la.

Sekian, saya sudahi telenovela ini dengan surah Al-Asr. Demi masa hanggg tau dak. AssalamualIkum.
SPM; A bunch of memoir.
Khamis, Mei 08, 2014 | 11:41 PTG | 0 comments
Salam alaik pembuka bicara,
Seulas senyuman pemanis kata.

Seperti yang kita semua tau, trek perjalanan kita untuk sampai ke SPM tu mengambil masa 2 tahun. Dari situ lah kita dah kena duk pikiaq nak menceburi bidang-bidang yang tertentu.

Saya??

Dengan besar hati dan perut, saya macam excited nak cerita di balik tabir sepanjang perjalanan SPM saya. Allah sangat la teratur dan halus dalam perancangan. Untuk hambaNya, Allah tak pernah merancang yang sia-sia. Banyak sangaaat Allah nak ajar sebenarnya. Kita je sebagai hamba kena la guna akal yang dah dikurniakan ni dengan sebaiknya.


Biasa la bebudak nak membesar, dicampur lagi dengan suasana yang menggasak... pehhh ayat. Kita sesimple sudah la ey. Korang mesti tau, bidang sains tulen boleh kata memang dipandang tinggi dan katanyew untuk bebudak cemerlang dalam PMR. Kalau excellent PMR tu, automatik kita dah set haaa budak pandai ni mesti amek sains tulen punya kalau tak rugi ah. Gittew.

Al-kisahnya, saya cemerlang PMR. Alhamdulillah la rezeki Allah nak bagi.

Saya dapat tawaran satu sekolah ni. Mari kita gelar dia Sekolah Aeroplane [SEKAERO bukan sukarno ok] sebab sekolah tu dekat dengan airport. Siapa laa weh tak suka bebudak nak membesar kan haha excited la nak pergi tempat baru. Saya sempat pergi interview kat SEKAERO tu bulan Disember 2011 dengan sorang kawan yang sama-sama mohon kat sana. OK kekonon la kan pasang impian setinggi pelangi, berangan nak belajaq sama-sama duk asrama sesama.

TAPI, ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari~~

UMMI berat hati nak bagi pergi. Ummi kata nanti jarang jumpa. Dengan saya dok asrama lagi, dicampur kalau ummi busy tiada di rumah pada hujung minggu. Kata ummi lagi, tak puas lagi dok bela saya. Ehh ummi? Hakhak. Ibu kan mempunyai sifat empati dan kasih sayang tinggi. Hiks. Kami berdua ada konflik je sepanjang cuti tu. Saya memang nak sesangat pergi. Tapi pagi pendaftaran asrama tu lepas solat istikaharah kan, tetiba je saya boleh cancel nak pergi.

BABA, lelaki cool di dunia. Baba rileks je haa nak pergi mana pun asalkan pandai menjaga diri sebagai seorang Muslim dan anak perempuan. Baba la yang dok hantar ke SEKAERO untuk interview tu. Baba la yang tengok orang dok nangis memalam wakaka dalam kereta sebab tak pergi SEKAERO ni pun.

"Baba percaya ada kebaikan dalam keputusan yang atin pilih. Baba bangga sebab atin pilih ummi dulu. Mana tau result SPM straight ke kan.. Baba doakan"

Banjir di situuuu. O yeah ku terima hakikat.

Kekallah saya di sekolah yang sama. Aucak aucak.

Plan untuk terjun dalam bidang sains tulen tak dibiarkan berkubur begitu saja. In fact, sekolah kami ni tak provide bidang sains tulen. So kalau nak belajar pun, kena buat kelas sendiri selepas P&P. Ada beberapa la cikgu yang sanggup turun padang balik lewat bersama kitorang yang berapa ketul je masa tu. Orang lain enak tidoq berdengkur atas katil, kami kena mengira mol la, tengok cell membrane telap ke tak telap, kira momentum segala.

Kelas untuk sains tulen hanya la seminggu sekali. You know...subjeknya berat, pastu masa limit pulak tu. Hadap buku fizik hari Ahad pepagi tu boleh terlelap bertangkup dahu tanpa rasa berdosa haha. Sejak tu pun, ustazah Su [guru kelas] ada perasan yang saya nampak penat. Sokmo tersengguk je dalam kelas Sejarah. Kantoiiii percuma di situ.

Tapi tu ah, saya berkeras gak nak amek sains tulen. Sebab nak buktikan yang kami belajar dalam serba kekurangan camni pun boleh buat. Dalam bebanyak subjek, saya paling tak minat Bio sebab kena menghafal. Fizik pulak saya dapat markah 18 over 50 untuk test pertama. Kimia saya enjoy kira-kira dia punya mol je. Wahaha. AddMath? Minggu lepas belajar, minggu depan lupa. Guane tu?

Diri saya bertemu dilema sekali lagi. NAK AMEK KE TAK? Ummi baba suruh istikharah je. Ustazah pulak pesan, 'Jangan sampai yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran' Maksudnya di sini adalah dok fokusss sangat kat science stream sampai lupa kat subjek teras. Biarlah sedikit tapi kita kuasai betul-betul. Tapi laaagi baik kuasai betul-betul + banyak.

Memula ingat nak drop Fizik je. Tetiba cane entah boleh 3 subjek sekali gus menyusul. Tata acceleration, nucleon dan paramecium.

Jadi, saya hanya stick dengan AddMath je. Sebab ada sorang kak senior, KekNis pun begitu. Sunbae pulak kata AddMath ni tak kurang penting jugak untuk masuk ke IPT. Lagipula, I do enjoy AddMath walaupun berdenyut kepala lepas keluar dewan untuk test yang pertama. Jalan pun terhuyung-hayang. Mabuk AddMath namanya.



Umur 16 jugak saya didedahkan dengan DnT [Dakwah dan Tarbiyyah]. Pentingnya bahawa kita menyebar kemurnian agama Islam kita ni. Seeeee, all in hikmah.



Umur macam dah meningkat, kok ketinggian tak meningkat. Lalala



Lepas niii kita sambung form 5 pulak. InshaAllah. Idea fasal memoir niii dah lama tersimpan dalam medulla oblongata + sereberum tapi tu ah tulang belakang bagi alasan nanti bongkok *tetiber. Dan saya menulis ni pun sebagai salah satu medium untuk melepaskan tekanan buat kertas kerja untuk hari guru haha. Adiossss kalian.


Older Post | Newer Post





بسم الله الرحمن الرحيم

Selamat datang ke Bicara Bumbung kepunyaan NFatin Husna. Jemput baca entri mana yang suka. lepas tu, silalah tinggalkan jejak ya?


Template edit by: Faiz
Background by: Fazeera
Basecode by: Lettha