/>
Bicara Bumbung
Instead of being too positive, I choose to change my way of thinking.
Ahad, September 20, 2020 | 7:00 PG | 0 comments

 Semalam tiba-tiba dapat satu ilham.

Okay, saya ni jenis orang yang kalau orang nampak macam jenis positif je sokmo. Senyum je. Susah nak nampak saya ni negatif macam marah ke merungut ke, all my media social stuffs semua contain benda suci murni je hahha done claim. KECUALI! Kecuali part nangis kalau penat or bad mood hahah itu negative habit yang tak dapat dibendung lagi.

Okay tu pun bukan topik utama ye kawan-kawan. Itu baru pendahuluan.

I macam tiba-tiba come out with one way of thinking baru tau. Instead of positive je selalu like inshaAllah semua dipermudahkan nih, all is well and all positive thoughts yang menyedapkan hati dan memujuk, I tukar macam ni.

"OKAY dearself, what can I do make this better?"

Bagi saya, pemikiran macam ni like membangun tau. Tak buat kita di takuk yang terlampau selesa.

Sebab saya perasan, way of thinking saya yang sebelum ni buat saya rilek sangat. Rasa cukup apa yang dah dibuat. Tak rasa nak improve apa-apa. Which is not really good la kan.

Okey disclaimer! I bukan nak cakap nak buang positive thoughts whatnot tau, tapi point saya ialah ubah cara pemikiran untuk menambahbaik lagi sesuatu kerja.

I think that point suits well kot. Ke korang ada idea lain? Hahaha harap benda ni dapat disampaikan dengan sebaiknya.

Oh penambahan sikit, saya perasan jugak cara pemikiran yang lama tu buat saya hanya berharap dan berdoa je tapi tak memikirkan usaha. Yes i feel it! I think yeah kita sebagai Muslim sangat dianjurkan berdoa okeh sebab menunjukkan pergantungan kepada Allah. Tapi apa usaha kita?

Allah kan suruh usaha kawan-kawan. Jadi, pemikiran yang baru ni membuatkan saya bergerak ke arah usaha pulak selepas dah doa pada Allah.

Hmm, tiba-tiba rasa macam bukan pemikiran baru sangat pun. Tapi tambah soalan improvement kepada diri sendiri. Sebab pemikiran sebelum ni like berdoa dah bagus apa. Hahaha jeng fatin husna.

OK, I hope you got my point. Toodles!

Dah kembali pada UPSI untuk gerak kerja RSK dan Program Orientasi untuk kemasukan September nanti. Selamat kembali sibuk wahai diri sendiri! Anggaplah balik Johor haritu sebagai me time dan percutian anda kihkih sebab siyesss memang saya lepak betul duduk rumah.

Jalan-jalan Kluang teman baba seminar and discovered Laman Kreatif dengan ummi.
Pernah dapat Gold Award macam tu lah. Nice lah jugak~ 
Just kena pandai amik gambar.


Older Post | Newer Post





بسم الله الرحمن الرحيم

Selamat datang ke Bicara Bumbung kepunyaan NFatin Husna. Jemput baca entri mana yang suka. lepas tu, silalah tinggalkan jejak ya?


Template edit by: Faiz
Background by: Fazeera
Basecode by: Lettha