/>
Bicara Bumbung
Kisah saya dan dQ
Rabu, Januari 15, 2014 | 10:36 PTG | 5 comments
Kisah saya dengan dQ ni terpatri sejak setengah tahun lepas......agaknya. Yelah cinta tu fitrah dia boleh datang secara tiba-tiba maka dengan tak sengaja saya pun tak ingat la the exactly date kami boleh ada sejarah bersama.



Tak heran la tempat ni port lepak feveret bagi para photographer.

Tapi memang, secara tetiba je teringin nak masuk dQ. Teringin punya gila teringin. Teringin yang bersifat sangat-sangat. Sebab ada la akak ex-dQ sorang ni pernah encaorage kitaorang masuk sana dan menghafal dan menjadi seorang hafizah di sana. Padahal akak nii orang UIA tapi dia boleh lagi galakkan kitorang pergi dQ.

KENAPA EH?

"Sebab dQ kan suasana dia lain...."

Hanya dengan patah perkataan tu je dah buat hati ni melonjak teringin ya amat nak masuk dan menerokai dQ!!
Yang saya tau maksud akak ni kita akan dapat rasa suasana yg berbeza..chillin kot? Dan jugak cas-cas ukhuwah dia lain macam feel dia. Peh sapa yang tanak rasa perasaan cemtu?

Start daripada detik tu la saya mula memasang angan-angan terhadap dQ. Kat badan pensel mekanikal pun ditatah nama 'dQ' tu sebagai pembakar petrol semangat untuk lebih rajin wuhahah. Siap lepas baca ma'thurat lepas sekolah je kat tapak perhimpunan tu en, saya doa sungguh-sungguh nak pi masuk dQ dengan dua orang classmates yang nak ikut sama. NAK. SANGAT.



Hmm, kita terus maju kehadapan dan straight to the point ye. Almaklumlah citer tragis tidak manis dicerita dan dikupas dalam-dalam kelak lukanya akan parah haha.

Senang citer, borang permohonan ke interview ke apa segala bagai kitorang tak amek port langsung. Macam confident habis yang all that things nanti-nanti la pikiaq lepas SPM lekluuu kita fokus ekzem dulu.
Tup tup esoknya dah interview, harini baru tahu. Wuhahaa nanges golek-golek di situ. MASA TU DALAM MINGGU SPM pulak tu. Tak ke naya wehhh kitorang yang naif ni T____T

Lagi sekali, buat taktahu sebab alaa takkan sekali je interview dia...kan.
Sampai la dah habis SPM. One of my my bestfriend from SMKA pun dah nak terbang pun ke sana. Saya masih boleh rileks bergoyang kaki dan menggaru hidung....sebab...haha ummi pun macam dah plan nak masukkan saya ke dalam STAM iaitu tingkatan 6. Acah-acah rela dalam paksa la gak saya ni.

Di STAM pada minggu orientasi yang lepas, I feel sooo not belonging. Ha.ha. Gelak setepek. Padahal sekolah lama..takde yang berubah pun. Emosi je yang berubah. Mungkin inilah yang dikatakan mencari identiti diri. Crisis personality (?) Umur lapanbelas nak jadi belia ni memang cemni ke perasaan dia?

Bila hati separuh je kat STAM, saya cuba usaha jugak untuk dQ. Call dQ untuk double confirmation boleh tak nak amek akuu yang tercicir ni haha. First time call tu, "Saya nak tanya dQ amek tak lepasan STAM?" -- "Hmm saya tak pasti la." Eh krik krik di situu. "Err ok habis tu dQ amik siapa?" --"Maaf la ni pondok pengawal. Hari ahad tutup jadi sambung ke guard". Brek mengejut segala neuron otak di situ haha. Pastu esok-esok asyik tak menyempat je nak call sebab balik sekolah lambat tengok tengok dah pukul lima lebih pejabat dah tutup --''

SO, tadi punya cerita.

"Maaf la untuk lepasan STAM hanya ada tawaran diploma sahaja. Kalau Sijil Tahfiz tu kita ambil berdasarkan result trial..tutup dah"

Buatpanya dah amek STAM pastu amek diploma...sedangkan taraf mereka sama.

Sudah jelas lagi sohih, serta terang lagi bersuluh dengan limpahan cahaya pendaflour la yang saya ni dah takde harapan nak buat Sijil Tahfiz keluaran dQ. Terasa binaan kaca yang dipenuhi dengan harapan bersama dQ pecah berderai begitu je.

Ummi kata,

"Alaa hafal je surah-surah untuk STAM tu"

ALL IN HIKMAH. Chill. Setiap takdir yang berlaku pada kita sure ada kemanisan yang Allah nak tunjuk.

Yayayah. imma hereee. Cak. Saya masih berstatus budak sekolah. STAM is my destination for this year. Entah tetiba tadi dah tersuka kat subjek Hadis. Tapi Mantiq dan Nahu otak cepat benar terbang melayang. Easily lose focus la recently. Tapi takpeee lama-lama nanti ala biasa la tu!

Muhasabah balik weh. Almoralnya, just be yourself with a faith. Selalu la berfikiran positif dan bersangka baik dengan Tuhan. Doa jangan pernah putus dengan Tuhan sebab Dia Maha Tahu apa yang di dalam hati kita.


Tema lagu untuk post ni, ---> Kisah kita, berakhir di Januari~



Older Post | Newer Post





بسم الله الرحمن الرحيم

Selamat datang ke Bicara Bumbung kepunyaan NFatin Husna. Jemput baca entri mana yang suka. lepas tu, silalah tinggalkan jejak ya?


Template edit by: Faiz
Background by: Fazeera
Basecode by: Lettha