/>
Bicara Bumbung
No euww to weird people.
Sabtu, Februari 26, 2011 | 11:16 PG | 3 comments
Fakta : Weird people awesome seh. Weird people is limited in edition.



Wajib tengok. Five thumbs up

GET IT NOW?


Hari Jummat lagi. Tak tau la kenapa hari Jumaat banyak je benda nak dikupas. Eceh acah je.

Time tu pung pang pung pang habis kelas Sejarah. Makanya berakhirlah sesi persekolahan untuk minggu ke 32 untuk tahun 2011 dengan agak jayanya. Selalunya akan ada usrah kat surau tapi untuk Jummat yang ini tiada. Sebab ahli warga emas asrama ada latihan Malam Kebudayaan eh hei kejap tak payah lah terangkan kot. Korang pun taknak tau kan kan~

Lepas latihan bola tampar mestilah penat kan kan. Tak cukup minum air, mesti mau makan! Makan nasi lauk sayur bayam ye lah nasi bujang kan tak sampai Ringgit Malaysia 3 pun *rolling eyes*

Bila bukak je plastik sayur bayam tu, ALAMAK ADA TAUHU SEH ADA TAUHU! Oh nak cakap Husna teruja nampak tauhu lah kan. Sebenarnya tak, faktanya saya bukanlah pemakan tauhu. I'm the carnivor types.

Tiba-tiba Z cakap EY AWAK LAPAR TAK. SAYA TAK MAKAN TAUHU LAH.

MBMZ pun cakap dia tak makan tauhu seh. Pergh remaja belia Terengganu dengan Kelantan memang tak makan tauhu apa? Memang, orang tua selalu cakap tauhu atau sepupu dia air soya kalau makan masa mengandung tu confirm anak putih. Err kajian siapa seh? Desperate sungguh suruh orang pregnant makan tauhu. Takpe air soya boleh telan pun cukup putih apa.

Lagi pun comel apa bila tanya kenapa anak putih. Gah la sikit cakap anak saya putih soya tauuu. Tak ke like errr-aaa-uuu anak putih tauhu? Ooo sangat tak best.

" APA , KORANG TAK MAKAN TAUHU?! " Oooo o, Pikul dah terkejut ni.

See, dalam banyak-banyak kiteorang Pikul sahaja yang mampu telan tauhu. It's not a weird thingy kan tapi majoriti kami pun tak makan tauhu. Nampak macam pelik ah kot.

*ada kesan gigitan tikus kat border*
Sampai macamtu sekali Pikul terror pasal tauhu. Expert betul~

Tiba-tiba kan,




Woah is that really a big issue? Nak kata tak basuh tangan, Malaysia kan kaya dengan bergelen air boleh guna untuk basuh tangan. Langsung tak patut jadi isu kot. Entah Pikul ni banyak sangat sudu kat rumah agaknya. Tadi pun basuh guna ais LALALA~

h : Ey pelik sangat ke? *start dah panik ni.
p : Tak de la. Selalu kat restoran orang pakai sudu & garfu apa.
Masalahnya sekarang kat sekolah cik akak! Grr~
n : Kan pakai tangan sunnah Nabi
h : Tak biasa ah guna sudu&garfu. Ini SIRIES.
p : Tak de. Kat restoran kan memang pakai sudu garfu.
h : Eee kat restoran kan ada tempat basuh tangan.

Oh okay maybe Pikul nak cakap kat hotel kan pakai sudu garfu. Ye, kat sana pun akan pakai tangan jugak! Gasak lah takde basuh tangan pun. Mintak lah kat pakcik tu nak mangkuk basuh tangan. Tipu besar kalau takde mangkuk. Silap-silap mangkuk bertingkat seh dia bagi. Ngihaha~

Pikul best. Pikul terbaik. Saya sayang Pikul. Sebab makan tauhu dan pakai sudu. So, she is one of the weird people. (HAHA)


Takpe takpe, taknak tegur korang 5Hari 3Malam.

Listen , " World without weird people just like an icecream vanilla without sprinkle "

Jadi saya adalah sprinkle dalam aiskrim vanilla awak tau 3Q sekalian. Hehehe :P


Dia memang.  Pelikks~

Terbuntang mata bila dapat tajuk KerjaKursus Sejarah. Waa~ Korang dah dapat? Confius setiap negeri sama tajuk atau tak.
Badan penat, mulut pun nak tergeliat
Jumaat, Februari 18, 2011 | 10:41 PTG | 1 comments
" Ok, masa belajar dah habis. Tak larat dah ni. Mari kelas menuju ke makmal komputer "

Ayat NFHusna bila melihat laptop kat meja depan terbukak luas tak berpenghuni. Sekarang ni time untuk beronline tak lagi macam berehat-rehat lepas penat belajar. Tapi beronline tu adalah masa untuk rehatkan otak kejapppppp je lepas setengah jam study. OO eh study?

Baru lepas buat note Sains bab 3 sekerat jalan. Tapi otak..... ok takpe abaikan.

 

Sempat jugak la hadam laju-laju novel ni. Hadam tak hadam, baru sampai mukasurat **. Ceh tak bagi peluang!

Novel ni best. Kalau la baca ikut kena mood, memang habis melayan perasaan sebab semuaaa pasal kawan. Pasal memori. So so nice ^^


Subjek Matematik. 

Ustaz S tanya ada apa pada Circle. Circle ye kawan-kawan. Bab tiga dalam form 3.

" PERIMETER ! "

" RADIUS ! "

" ARE-REE-ARE ! "

" CHOOT! "

Jom sebut perkataan yang ditebalkan dengan sopan santun. Ye, ARE-REE-ARE untuk AREA dan CHOOT untuk CHORD. Boleh gelak sekarang HAHAHA :'(

" Takpe, Husna orang Kedah memang camtu " Ustaz pandang belakang sambil sengih. Cehh apo ni main negeri-negeri ni ustaz! Ada ketegangan kaum nanti.

ARE-REE-ARE NAAA....

Lagi satu.

" Kira angle guna apa ? "

Dengan 100% confident tuu jawab,

" PRO-TRACK-TOOR, ustaz! "

Seisi kelas senyap. Pandang bawah. Gigit bawah bibir slow-slow.

Eeee ustaz sengih perliiiii ! "



 

Minggu ni minggu berpenat-penatan. Daerah PG berpanasan dan berangin jadi terwujudlah Pesta Layang-Layang. Satu pagi Isnin.

" Tau tak iklan teh yang kalau minum tu perut jadi ringan ? "

" OH YANG NANTI PERUT JADI 'BEBAS, RINGAN DAN SELESA!' TU EH ? "

" Ha ah. Eee teringin la nak minum teh tu."

Bila rehat je , M pi kasi Milo panas. Apa kes ni ?

" Minum je NANTI PERUT RINGAN "


HA AH PERUT MEMANG RINGAN PETANG TU. Subjek Sejarah, terangkat-angkat tangan nak ke toilet untuk memuntahkan isi perut menjadi ringan.

Sekian terima kasehh.

Entah apa-apa cerita yang saya buat, untuk difahami atau sekadar dibaca pun saya taktahu. Titik! Dan 'Publish'
' Macamane nak senyum ikhlas? '
Ahad, Februari 13, 2011 | 5:18 PTG | 2 comments
Saye sayang awak the way you are Grrr 

Satu hari Uma tengok-tengok gambar lama. Tetibe tanya dan sampai sekarang kalau tengok cermin MESTIIIIII nak test senyum dia dan tanya, senyum camni ikhlas tak?

Eee nak senyum kat sape seh sampai perlu test-test segala kat cermin?

' Ten, camne nak senyum ikhlas ? ' Dia tanya.

Senyum ikhlas mana ada kena tanya dan test2. Ikut hati ah. Perumpamaan ikhlas tu sendiri macam 'semut hitam yang berada atas batu hitam di malam yang kelam'

Sebenarnya saye pun takde jawapannya. Apa yang saye tau, senyum di bibir tu biar seiring dengan hati. Saye pulak pikir kalau senyum tenyeh gigi tu kira ikhlas. Tapi cemana yang takde gigi? Kira tak ikhlas ke weh. Eee mana adil!

camera crazy :D
Sebenarnya ada satu cara nak tau ;)

Sampai la satu ketika kat kelas masa Bahasa Inggeris. Budak-budak nak buat perform kat perhimpunan , jadi haruslah berlatih kang ada tercacat di mana-mana. Tiba-tiba teacher tercakap satu benda yang saye tercari-cari selama ini ecewahh.

" Senyuman itu lahir dari hati. Terpancar di mata bukan di bibir semata "

Wah macam iklan Downy hati yang suci lahir dari hati pulak dah. Sebenarnya teacher itu speaking English tapi sebagai orang Melayu cintakan bahasa tak salah gunakan translate google err ngihehe :D

That's it! Bukan kat bibir je tau, mata pun tersenyum. Sungguh la metafora. Ingat ye kawan-kawan, senyuman tu lahir dari hati tapi diorang tak mengandung. Bersalin jauh lagi =='

Uma, dah dapat jawapan ni. Lepas ni kalau test senyum kena test mata sekali. Tapi sebenarnya tak perlu test pun kalau dah betul-betul nak senyum. Pahe dop ni? Haihhhh.. Sungguhla saye ni tak berbakat jadi cikgu. Wartawan lagi lah.


 
Saye ni dari kecik kalau nak tangkap gambar WAJIBUN tunjuk gigi. Kononnya gigi tersusun rapi putih berkilat lagi kan. Dah tunjuk gigi, mulut mesti nak terbukak luas.



Tengok tu nangis pun tunjuk gigi. Sape tahh dengki candid. Kat kampung, tak lain tak bukan mesti pakcik(s) yang nakal. Tak silap nangis sebab ada kakak tu pegang kite punya patung orang kerdil ngihaha.


Saye rasa la sekarang pun kadang-kadang tak sedar terduduk terkehel macamni. Selalu nya dalam kereta & kelas. Effect dari kecik la ni.

Rindunya kat kampung , sungguh lah :')


 Gigi susu time2 ni la amat hebat untuk diperagakan.

Dan paling tak boleh dihantuk serta digeleng..











RAWRRRRRR~ *bunyi macam burung je.


Tak ingat langsung kejadian ni. Ini seriesss~ Ke ni bukan husna? Ngehehe.

Kan, saye memang suka tunjuk gigi. Sebab dengan senyum macamtu rasa muda. Terasa diriku begitu berharga~ Takde lah. Senyum gigi kan, buat seseorang tu rasa dia dah buat dengan senyuman yang terbaik :) Eh, it depend on you sebenarnya. Asalkan senyuman tu memang betul-betul lahir dari hati anda.

Selamat menyebarkan senyuman , semua! :) Eh senyum pagi-pagi boleh control mood untuk satu hari tu tau.

Paling....... paling sadis kan masa nak tangkap gambar IC pun sengih-sengih. Kawan pulak cakap " Ishh nak sengih, pelik pulak dalam IC sengih sorang2" bila turn dia nak buat IC. Ini yang taknak tunjuk IC bawak pi sekolah ni.

Yang paling diingat, bila kena bawak IC pi masuk dewan periksa. Pengawas tu kata " Awak memang periang ea? " Err ye ye saye memang penyiang ikan yang berjaya. Sekian terima kasih.
Apa kau nak sebenarnya?
Rabu, Februari 02, 2011 | 6:12 PTG | 0 comments


Sometimes I'm just wondering..

" apa aku nak sebenarnya dalam hidup eh ? "

Ni kalau soalan kat formspring mesti tak pass. Hahaha~ Gelak.. gelak.. Kena muhasabah diri selalu ni. Nak ke berlalu macam tu je hari ni? No way. I want today is my day~

Esok dah bergerak ke KL. Saje rompak masa jalan-jalan kot sebelum busy cuti semester. Haih.. pra-Kerja Kursus kau belum siap kau masih boleh angkat kaki lagi ye Husna?


Haha kadang-kadang kita tak sedar kita ada kawan yang betul-betul care dan sayang sepenuhnya kat kita, kenapa la susah sangat nak hargai. :)


Older Post | Newer Post





بسم الله الرحمن الرحيم

Selamat datang ke Bicara Bumbung kepunyaan NFatin Husna. Jemput baca entri mana yang suka. lepas tu, silalah tinggalkan jejak ya?


Template edit by: Faiz
Background by: Fazeera
Basecode by: Lettha