/>
Bicara Bumbung
Diari Ramadhan husna
Selasa, Ogos 31, 2010 | 12:31 PG | 10 comments
Assalamualaikum.

usna check check emel , ahaa ada satu yang syok dikongsi bersama. ianya pasal kesilapan yang kita selalu sangat kita buat bila sampai bulan Ramadhan. selamat membaca dan sila ketuk hidung sendiri kalau terkena.


Some Common Mistakes in Ramadaan

1 : Taking Ramadaan as a ritual

2 : Too much stress on food and drink

3 : Spending all day cooking

4 : Eating too much

5 : Sleeping all day

6 : Wasting time

7 : Fasting but not giving up evil

8 : Smoking

9 : Skipping Suhoor

10 : Stopping Suhoor at Imsaak
 - sebenarnya Imsaak tu bukan masa berhenti sahur tu. tapi kira macam dah ready nak berhenti takut terlajak. sebaiknya bila waktu imsak berhenti makan. tinggal minum air je tambah tenaga

11 : Not fasting if they missed Suhoor

12 : Saying the intention to fast out loud or saying a specific dua to start fasting
- pernah dengar tak " Alamak saye lupa niat lah. cemana ni batal eh ? " terus dia makan haha~ sebenarnya niat tu tak semestinya lafaz kuat-kuat. dalam hati kira esok saya nak puasa tu pun kira niat. ha lepas ni takde eh alasan tu taknak puasa.

13 : Delaying breaking fast

14 : Eating continuously until the time for Maghrib is up

15 : Missing the golden chance of having your Dua accepted
The Prophet (Sal Allaahu Alaiyhi wa Sallam) said: "Three prayers are not rejected: the prayer of a father, the prayer of a fasting person, and the prayer of a traveler." (al-Bayhaqi, saheeh by al-Albaani).
- pastu , usna pernah dengar time doa paling mustajab bila waktu berbuka tu. so , kalau dah doa bukak puasa , rajin rajin la doa untuk diri sendiri :)

16 : Fasting but not praying

17 : Fasting and not wearing Hijaab

18 : Not fasting because of exams or work

19 : Mixing fasting and dieting
- yang ni paling best. rupanya tak boleh campur. maksud di sini ialah ; puasa hanya kerana Dia. bukan sebab nak diet SEMATA-MATA. hah macam tu la.

20 : Fighting over the number of Rakaah of Taraweeh

21 : Praying ONLY on the night of the 27th

22 : Wasting the last part of Ramadaan preparing for Eid
- ha'ah bila first Ramadhan penuhh bersesak je surau. bila dah nak akhir-akhir teruss zuppp bunyi cengkerik je tingal muehehe.

23 : Iftaar parties

yang kena italic tu macam best. sebab kena sangat dengan kita selalu.

-----------

DIARI NIA RAMADHANI HUSNA
5 : 00 a.m : bangun sahur alarm kejut kan. selalunya kalau alarm bunyi lagu kegemaran baru bangun dengan senang hati sambil tersenyum. kalau bukan lagu kegemaran berdendang , jangan harap bangun. entah entah tak dengar langsung. tapi kadang-kadang lagu kegemaran yang berdendang lagi syok mendendangkan untuk terus tidur. apapun , sahur ni ajar usna jadi bangun lagi awal. sebab bangun je , makan. tu yang semangat :P

5 : 45 a.m :   siap sahur dan duduk dalam bilik buat apa yang rasa patut. kadang-kadang boleh je tertido tapi tido dalam keadaan duduk. konon nak bagi nasi terjun dalam perut dengan selamat dan sentosa. then terus mandi pastu solat secara berjemaah. kalau cuti sekolah , ngaji dulu then hehehe tengok sunrise ape lagi ! amek angin pagi sedap dan bahagia. segaar je semacam. kalau sekolah , kira-kira pukul 7 dah gerak dari rumah.
7 : 30 a.m : sampai sekolah takde perhimpunan. best betul! takde la usna je yang kena tahan dengan pengawas yang aktif sengih je bila usna jalan kedek-kedek masuk lingkaran sekolah :( hah kalau bulan puasa , perhimpunan sesunguhnya ditiadakan lalu diganti dengan membaca Quran secara berjemaah di surau mengikut kumpulan. best :)

2 : 00 p.m : habis sekolah! syok betul! dah balik rumah tu , kena beli dulu kuih muih kalau perlu. dah sampai rumah , kena berpadu tenaga dengan ummi nak pikir masak apa. kesian kami ye tak ? tapi time puasa ni kalau masak memang best. sebab aura semangat tu tinggi nak makan masakan sendiri. * ceh tetibe.

7 : 15 p.m : makan apa lagi ! lalalala usna suka mula buka dengan air kosong tu setengah botol ala sedapnye. cehceh pastu terus kenyang HEHE. pastu baru pandang kurma. nasi sangat tak boleh dipandang sebab perut penuh. tapi lepas solat Isya' confirm kuis kuis balik dapo tu nanti. seterusnya kita solat Maghrib berjemaah dan ayah pergi surau. sepanjang ni , usna tak pergi lagi surau hehehe sebab seminggu ni exam jadi solat tarawih kat rumah. tengah berazam nanti cuti seminggu nak pergi surau atau lagi best kat masjid sebab besar. boleh dengar suara ustaz tuu baca.
8 : 40 p.m : solat isya' dan tarawih time. setakat ni tak menyempat lagi pergi surau huhuhu. sebab minggu sekolah pastu kalau weekend solat kat rumah yang sempat. lalala pastu kalau ada masa ngaji la yang setakat mampu. kalau sekolah kena bertungkus lumus beres kan homework. hwarghh agak seksa kalau tengah mengantok buat homework. takde feel yang umphh.

10 : 00 p.m : mimpi yang indah ~ time sekolah usna target tido pukul 10 sebab macam dah biasa takut jugak tak boleh bangun esoknya.


APA YANG BEST DALAM RAMADHAN HUSNA
1. kalau makan tu mesti cuba sama-sama dengan satu family. kalau time biasa mana sempat sebab pejabat kadang-kadang kudukut tak kasi balik awal. * rase macam takde kena mengena
2. boleh belajar resipi macam-macam sebab time ni je usna cehcehceh masuk dapo. kalau hari lain konon nak siapkan homework tak boleh nak turun dapor berjuang memasak tengahari.
3. tak payah fikir sangat nak makan ape. sebab kadang-kadang rasa lapar ya ampun tapi blank je nak makan ape. tak ke nama menyusahkan. sekurangnya puasa merehatkan minda hehehe.
4. sekolah selalunya bagi balik awal sebab time rehat di-cut cut kan jadi fit kan semua period. seterusnya sangat menjimatkan masa.
5. duit saku pun dipotong dipotong menjadi lima bahagian. jadi sepanjang Ramadhan takde chance nak kumpul duit sehari seringgit. so kena la berjimat pandang sebelah mata je tengok duit dalam tabung T_T
6. takde perkataan " Belanja saya ! " sepanjang sesi persekolah hehehe. dan , takde sesi menunjuk nunjuk bekal makanan apa yang di bawak pergi sekolah.
7. time puasa rasa nak buat kerja semua senang. rasa ringan dan selesa ! :P berat rasa tak berat dan smooth je nak buat kerja. sangat mengesyokkan. semangat even haus dalam kepuasaan.

oh ye , usna ada dengar beberapa hadis pasal perut penuh dengan perut kosong. tapi usna tak sempat recall sebijik-bijik hadis tu. tapi yang pasti , ada satu hadis cakap Perut yang kosong lagi baik daripada perut yang penuh sebab perut penuh buat kita jadi malas dan tak larat serta kekejaman mula menguasai untuk tidur. kalau perut kosong buat kita rasa sedar dan alert sentiasa. ha macam tu lah. BETUL TAK NI ?

dipublish pada 30 Ogos 2010 jam 0931 ^^

Label:

Ingat dah besar sangat ?
Sabtu, Ogos 28, 2010 | 1:01 PTG | 13 comments
Bismillahirrahmanirrahim.

AMARAN ; ENTRI DITAIP 26 OGOS 


Memories are precious. Forever , are memories ^^
Sebelum kejadian - 24 Ogos 2010;

Wawa : Husna ! Happy Birthday ! * nada terlebih semangat
; Eh ! Belum lagi lah. Hehehe.
Wawa : Takpe , saya nak jadi orang pertama wish awak tau tau.

- 25 Ogos 2010 -

Nadya : Husna nanti saya nak jadi orang first wish awak tau! Tunggu 12 malam nanti eh.
* sengih sengihan blurr tersemat di bibir Nadya

Bangun sahur je , tengok Munny yang wish dulu. Sampai sekolah tak buzz buzz henfon dok tunggu dia wish. Hish nadya ni ! :P

Oh ye , aku bangun pagi sahur dengan senyuman. Ah suka nye !

Aku sampai sekolah lambat. Haha dah memang muka lambat pun ye. Naik kelas je , ternampak Mai Nana n Nani menikmati pemandangan padang yang indah di pagi hari kat koridor tangga. Aku yang berniat jahat terus sergah secara comel " Haaaa ! " hehehehe.

" Haish husna nih ! " marah secara sopan Nana.

Nani pulak cepat-cepat naik tangga masuk kelas. Sempat lagi dia cakap " Husna ! Jangan naik eh. Jangan ! Tunggu. Kalau naik siap usna " Mula ingat gurau-gurau sebab dah nama pun datang lambat. Konon dengki ah. Tak kira nak naik jugak tapi cuba control jalan jadi slow sikit padahal Nani dah lari masuk dalam kelas.

Kanan , kiri , kanan , kiri kaki dihentak berarak ke kelas. Pintu kelas tutup pulak dah ! Terus terpandang Ustaz A merangkap pengetua sekolah kat hujung bangunan yang dari tadi macam pandang aku je. Ustaz , ustaz , nak wish birthday ke ? Dengan tak terduga , ustaz A panggil! Tapi suruh bagi surat kat cikgu H je. Alangkah berkecainya hati ~ :P

Nak masuk kelas dengan hati yang kecewa , pintu terbukak je..... Pap ! Semua mata memandang. Oh malu.

music cute Pictures, Images and Photos " Happy Birthday to you ..... Happy Birthday to you.... 
Happy Birthday to Husna.........  Happy Birthday to you..... "
* baca dengan penuh perasaan ye

Mula-mula diorang macam malu-malu kucing je keluarkan suara , aku pulak dok beria kuat kan lagi kuat kan lagiiiii nyanyi tuu. Muahaha :P Sweet sangat la korang ni. Ilysemua ^^ Tiba tiba nak jalan menuju ke tempat duduk je....

" PAP !! " aku jatuh bah. Tau angkara siapa ? Muny !! Dia hulur kaki kat tempat jalan sampai aku jatuh secara sopan. Satu kelas gelak mengilai. Ah benci la.

------------------> Tamat hahaha. Sedutan cerpen Selamat Hari Jadi yang sadis. cehcehceh.

siyes tak reti la taip formal-formal gitu macam kat atas. siap caps lagi lepas titik. kaku je bila nak taip sebab nak susun ayat bagi matang sikitttt. cehcehceh sila geli.

korang , harini rasa bebas sangat ! rasa nak terbang ke utara selatan gayanya. tu pun kalau ada lesen. oh ye , usna harini baru je habis trial exam. sangat lah suka sebab jatuh sama hari dengan birthday sendiri. muahaha.

terharu and speechless sangat bila classmates buat macamtu.

tadi tengah konon la KONON bincang dengan kawan-kawan pasal paper setererusnya , Sai dari form 2A datang menyergah secara sopan. " Ustaz H nak jumpa Husna " classmates semua dah kecoh-kecoh. time tu gugup betul.

bila nampak selipar lambang Spain kat depan bilik guru , telah tahulah bahawasanya ustaz ada kat dalam bilik beliau. bila masuk je , terus wish " Selamat Hari Lahir , Husna " .alamak kan kan dah gugup lagi :P

" Terima Kasih ustaz. "

terus ustaz hulur hadiah. adoi lagi la terharu ! macam malu pun ada muahaha. lepas hadiah disambut , usna hulur pulak plastik hijau hadiah untuk anak dia.

" Ha ustaz , ni untuk anak ustaz * SENYUM "

usna bagi hadiah untuk anak ustaz sebab birthdate kiteorang sama. umur je lain. oh ye , JANTINA pun lain ye muahaha :P mula-mula memang blank taktau nak bagi apa. tapi terfikir bagi duit pun boleh je kan. siap dengan sampul duit raya tahun lepas punya. tambah seri sikit , bagi keychain gambar koala. tapi lepas sahur je , bukak bukak laci tengok ada satu pencil box warna biru terbungkus rapi lagi murni. YES ! dah dapat hadiah yang sesuai. usna tak guna pun pencilbox tu sebab kecik pastu ada gambar teddy bear macam segan nak pakai. daripada simpan best jugak bagi kembar tak pernah jumpa usna ni haa. LALALA~

oh ye , terima kasih dekat semuaaaaaaaaaaaaaaa yang wish , hadiah dan surprise whatever lah. siyes , TERHARU sangat. ^^

SELAMAT HARI LAHIR , NFHUSNA. DAH 14 DAH AWAK YE. SEMOGA JADI BUDAK YANG LEBIH MATANG , DAN MAJIKAN KEPADA BUDAK-BUDAK BUNCIT YANG COMEL. OH YE , SEMOGA LEBIH MENGHARGAI KAWAN. SEMOGA SIFAT SAYANG TAK MALU LAGI NAK SONDOL KAT AWAK. HARAP BUANG SIFAT OVER MALU TU JAUH-JAUH. MALU BERTEMPAT YE.

kawan kawan tanya " Tiger bagi apa dekat husna ?! "

" hmm , bagi najis je " ha tu lawak kotor dia dah keluar pulak dah. macam tak senonoh , tapi betul lah. macam mustahil dia bagi bulu kambing. tak baik menipu.

eh kejap. masa nak bertolak pergi sekolah pagi tu , tau tak usna nampak apa ? hehehe SUNRISE lawa sangat-sangat ! its okay je anyway even tak boleh snap the memories. henfon lopak je tak boleh snap bende lawa mueheeh.

usna tak bape suka lighting dia kat henfon. lain en macam terang sangat. takde ciri-ciri golden moment yang diidamkan.

oh ye , terima kasih banyak banyak kepada..... jengjengjeng.

baba en ummi ^^ novel idaman nih. yes! alhamdulillah.

ustaz H bagi ~~ siap reben warna pic , simple soft.
Muny yang buat slack halang guna kaki jatuhkan usna kat kelas huhuhu. dia ni tauke bisnes keluarga kerongsang dengan minyak wangi. apa-apa hadiah , mesti kerongsang. takpun minyak wangi.
oh ye , kerongsang merah tu untuk besday. yang letter F , semua kawan dapat tanda FRIENDFRIEND. yang cendawan tu hadiah tahun lepas dengan celak sekali. yang kereta hadiah saja-saja.
dia nak bagi lagi dua sepit rambut apaentah kat usna sebenarnya. tapi usna menolak secara lemahlembut cehcehceh tanda malu begitu. lagipun usna tak reti pakai nanti tersorok je tak pakai buat apa ye tak. 

farah yang bagi ;) dia ada bagi satu nama HUSNA dia potong kat suratkhabar. tapi usna paste dekat bawah meja kat kelas

kalau rajin usna update lagi kalau sempat pasal present muahaha cis cis berlagak :P rasa macam patut ke sambung ?

TARIKH PENTING BULAN OGOS !
9 0gos - senior shaibah
10 0gos - khadijah
12 0gos - farah , ayah fatihah
19 0ogos - nazifah , jihan
24 0gos - alia
23 0gos - anniversary ummi en baba, besday blog sys tasha
25 0gos - aisyah
26 0gos - nfhusna :) , nicon david , anak ustaz H
27 0gos - fruitheart sys mieya

hadiah tahun lepas sebenanye. tak bukak agi muahaha. sayang!

 
kad comel seringgit lapan sahaja!


balik tu pergi kedai nak beli hadiah. sebenarnya dah lama nak bagi hadiah dekat kawan-kawan tapi TAK RETI NAK PILIH. macam sadis , tapi betul pun.

kad untuk aisyah besday dia semalam . alolo comel nye kad ni :)

tulis repek repek bagi die terharu. kalau tulis bahasa puitis , kang tak faham. aisyah bukan budak sastera muahaha. cis cis cakap macam usna pandai sastera.

oh ye , usna tengah susun kueh mueh untuk juadah berbuka. tiba tiba henfon menjerit kecil minta disusukan diangkat. haila... ustaz H telefon !

bertukar salam dengan ustaz H. tiba tiba..

" ASSALAMUALAIKUM KAKAK "

" SELAMAT HARI JADI KAKAK ! "

" KAKAK BUAT APA TU ? "

" KAKAK DAH MAKAN ? "

" KAKAK MASAK APA ? "

" HA , TERIMA KASIH KAKAK "

" ASSALAMUALAIKUM "

anak ustaz H rupenya. comel je. usna tak sempat nak jawab sepatah pun sebab dia cakap laju petah pelat-pelat sangat , padahal dah dengar dah suara garau bagi skrip kat belakang muahaha. Thanks budak kecik yang tak pernah jumpa...... ^^ * jangan ngada ngada panggil adik. jangan buat adik orang macam adik sendiri ye.

KORANG ! SAPE TERER BELI HADIAH. SELALUNYA ORANG SUKA HADIAH APA LA EH ?

sempena bithday , korang bagi hadiah doa ye. tau tau hehehe. thanks.

Label: , ,

tutorial ; link menjadi jelita
Jumaat, Ogos 20, 2010 | 11:05 PTG | 13 comments
Assalamualaikum.

wah tajuk mesti nak comel muahaha. :P

 music interprets the feeling

usna suke betul gambar warna warni macam tu. hohoho ok ok tuto link jelita kali ini cehcehceh di request secara sopan oleh senior sekolah husna. muehehe MALU tetibe.

senior yang bertuah ialah.... jengjengjeng :P

picit jangan tak picit untuk zupp terbang ke blog beliau. inilah senior saye ! lalalala.

siyes mula mula terkejutttt sangat bila dapat komen daripada beliau (guna bahasa melayu yang best). tertera nama glamor yang dikenali SAYBEE. bila dengar je nama saybee , auto usna terbayang lebah terbang cari madu haha comel nye. usna pelik tau macamane beliau dapat tau link blog usna sebab usna tak pernah pun kecoh-kecoh kat sekolah usna ade blog. macam segan gitu :P tapi nasib baik kak Saybee nama nye comel macam lebah , kalau tak confirm ye confirm usna tukar link muehehe.

tapi sampai sekarang usna tak tau dari mana die dapat tau link ni. segan cehceh segan nak tanye :P hope beliau diam diam saje ye , takmau kecoh kecoh tau. hehehe.

ok , kita masuk tajuk kepada link menjadi jelita.

link menjadi jelita ni nama baru entah sape yang reka entah. proses ni berlaku kalau kursor kat blog bergerak secara comel kat mana-mana link kat blog tu , nanti keluar macam corak-corak yang comel. macam ni ,,

haa , try layang kan sikit kursor cepattt jalan ! ada nampak corak-corak comel ye tak ?



yeay , jom cuba buat nak tak ? ha mari dekattt mari dekattttt. kita nak masak telur dengan mayonis ni. ready ? settt go !!!

pertama ; pergi Design and direct dekat Edit Html. secara pantas picit Ctrl + f secara serentak pastu search a:hover. nanti keluar lah macam ni....



kedua ;  tukar kan yang berkotak merah tu dengan link yang lemak berkrim digemari ramai.
    http://dl5.glitter-graphics.net/pub/602/602355k2suf9v03y.gif

  http://dl2.glitter-graphics.net/pub/702/702442jd36r8s7ma.gif
 
   http://dl2.glitter-graphics.net/pub/742/742382pyavahriwb.gif
 
   http://dl10.glitter-graphics.net/pub/794/794030y9lhwmvbm1.gif
 
     http://dl4.glitter-graphics.net/pub/729/729494slbsccif1n.gif

     http://dl6.glitter-graphics.net/pub/729/729486iv295fow9b.gif

        http://dl5.glitter-graphics.net/pub/730/730935lytfuafo0j.gif 




bonus ;     http://i603.photobucket.com/albums/tt117/misdollymie/rainbowhover.gif 
kredit ; kak mieya punye :)

kalau rasa macam comot ke tak lawa ke boleh search kat photobucket tapi usna pun tak jumpa lagi keyword yang sesuai. so many thanks to kak ema (ahaa ex-senior jugak nih!) winkwink sebab yang ajar usna lalala. kalau nak yang best kat glitter-graphics.com and search falling. ngee cuba jangan tak cuba.

EHEM , kak SAYBEE !! tutorial dah siap muahaha. kat sekolah bagi duit tak kira tak kira. :P pelik usna kat sekolah umpama lebah berterbangan dengan khusyuk tak tegur apepun. kalau kat sini , macam tak malu muahaha. ok , ampun gurau mengeratkan silaturrahim ^_^

buka puasa tadi usna masak cekodok pisang. haha usna pepandai tambah oat sume lalala. nervous hoo bila part nak hidang tengok sume hitam-hitam. lagi la nervous bila part tengok ayah usna suap ke mulut. eh eh ! baba suap lagi. eh ! baba amek lagi. eh ! baba amek lagi. eh ! eh ! hahaha habis jugak akhirnya. sape kata hitam tak pakai ? hitam adalah manis~~

Label:

saye yang pendek. *erk ?
Selasa, Ogos 10, 2010 | 9:31 PTG | 15 comments
Assalamualaikum.


SITUASI 1 




flashback flashback ~
2008 ; kelas 6

ustaz tu pakai baju merah muehehe. tapi tengah ajar ajar , dia suruh semua orang dalam kelas berdiri. sebab ape entah. mengalami kejutan keterlupaan :P ~ bila dah diri lama sikit , rasa macam sakit perut pastu tak tahan. rasa nak duduk jeee. 

tiba tiba husna nampak keliling kelas sume hitam hitam. kabur je pemandangan yang indah. hwaaa nervous betul. tetibe je ? dengan rasa tak sedar diri , gedik gedik nak lentok kepala kat member sebelah muahaha. ye lah , dah kata pun tak sedar diri. masa tu rasa semua benda yang buat tak sedar. dah lah pemandangan gelap. tiba tiba kepala rasa pusing pusing gitu naik rollercoaster. lagi lah kepala ni gatal nak landing baikk punya kat bahu member sebelah , Yaya.

ustaz tu muka memang garang. tapi buat lawak wahh muka nak nak cute je hahaha. so Yaya yang pentakut lagi lah tambah takut. pehal husna ni tibatiba nak manja gesel gesel kat bahu orang. Yaya tetap try kejut kan husna yang tak sedar diri.

ustaz kat depan tiba tiba panggil " husna.... husna..... " erk erk. kepala lagi nak goyang goyang lagi macam over nak pitam la :P ustaz suruh duduk. muehehe yeay yeay dapat duduk lalala.

bila duduk je , rasa badan semua macam sejuk semacam. selamba je bila habis masa ustaz je , Umar perli semacam. " husna wat pengsan nak duduk eh "  ape tah lagi die membebel lalala~ tak amek port di situ. tak pe orang jeles memang macam tu.

terus cepat cepat pergi tandas. en apa yang husna ingat , pagi tu husna sarapan kuih apam je. yang warna pink dengan hijau. haha ingat lagi. sejak tu macam terask ask macamana la boleh ngade nak pitam masa belajar.


ada rasa nak baham pintu ? muahaha patutnya tajuk tu saye yang berdarah pendek. ngee~~

SITUASI 2




TAHUN 2009 ; taman perhimpunan

biasa la , kalau dah nama nye perhimpunan mesti cikgu berucap panjang. hwaaa dah kena time tu tak bagi duduk pulak dah :( mula mula biasa je pastu lama-lama rasa sakit perut. muahaha mula dah sakit gedik nih. nasib bukan sesungut ye kawan-kawan :P tiba-tiba pandangan jadi kabur. ok bagi yang tak berpengalaman pitam , meh sini husna yang berpengalaman makan garam dulu berkongsi ye ye ? muahaha :P rasa pitam ni kan bila mata rasa macam tak nampak ape ape. tak de lah hitam terus tapi nampak black en white je ha. macam tengok filem p.ramlee zaman dulu dulu yang takde warna.

pastu kan , badan rasa sejuk semacam tau. bibir pun rasa sejukk dingin macam kat moscow. muehehe ha tu lah rase nye menjadi pitam. best ke tak best nih ?

bila badan mula tak sedap , bila pandang belakang je classmate dah panik tengok bibir pucat :( siyes sampai sekarang rasa nak sangat ngidam nak tengok bibir biru lawa macam tu. hwaaa ~ agak-agak ada rupa macam artis takde keje pakai gincu biru tak ?


SITUASI 3




tahun 2010 - rumah -
time pagi pagi lepas bangun nak mandi

usna bukak air shower yang macam air terjun jarang tu lamaa-lamaa. muehehe sedap je macam mandi hujan. tengah usna gosok gigi sambil konon konon ada hujan melanda , tiba tiba terus mata jadi kabur. terus then rasa tak boleh diri. ha time ni memang zupp ting macam magik. macam mulamula rasa sakit perut dulu pastu baru kabur. hah takde takde terus direct jadi kabur pemandangan :(

cepat cepat usna duduk kat kerusi jamban duduk tu untuk meneruskan gosokan gigi yang tergendala. even dah duduk pun tak hilang lagi tau rasa sakit kat kepala.pastu hitam hitam pun tak hilang.  tu yang nervousss sangat. takuttttt! :( terus usna gosok gigi then sabun sume cuci muka terus keluar lari anak-anak menuju dapur nak rengek rengek dengan ummi lalala.

ummi terus suruh baring bagi minum kopi. muehehe

yang usna ingat , ni proses pitaman yang paling serius antara ketiga-tiga nye. fuh fuh ~






2010 - pagi.
sekolah pasir gudang , johor.

ada taklimat tuttt tutt pasal hari kecemerlangan untuk 11 Julai. tengah cikgu kat depan bercakap-cakap ucap panjang berjela jela jela. usna relaks je buat muka tak bersalah kerut kerut kan muka sebab sakit perut. dah sakit perut........

tiba tiba Mai pusing belakang. terus dia bising husna husna ! biruuu gila awak punye bibir. duduk lah duduk. asyik asyik gila yang kena huhu. again , sape ada cermin ??! muahaha ngidam nak tengok bibir sendiri ni.

bila time lain , ustaz pulak tegur. " eh husna demam kan ? " usna angguk senyum je sambil buat muka tak larat sakit perut lapaaa * helleh demam pun nak sebar-sebar satu sekolah :P bila cikgu sebelah dengar je , terus menyampuk " eh saye pun demam jugak " terus cepat cepat ustaz balas balik " eh yeke saye pun demam jugak " la haish ni sesi demam secara berjemaah ke ? nak jugak sorang-sorang, cikgu.. cikgu..

oh yes , ni sesi mempucat bibir untuk kali kedua pada hari yang sama. sah usna darah pendek rendah :(


ada lagi satu kes kat kelas kena diri lagi kat kelas sebab cikgu nampak semua macam ngantuk. biasa lah kan , mengada lagi nak pitam-pitam. cikgu nampak je terus suruh duduk. padahal bila duduk kejap je , dah rasa ok dah. ha'ah sebenarnya sikit je time tu :) haish gedikkk betul. nampak macam kita ni lemah. tapi bukan usna yang mintak nak pitam pun. tapi takpe , best ape pitam pitam ni haha :P

Tanda dan Gejala Tekanan Darah Rendah

Seseorang yang mengalami tekanan darah rendah umumnya akan mengeluhkan keadaan sering pusing, sering menguap, penglihatan terkadang dirasakan kurang jelas (kunang-kunang) terutama sehabis duduk lama lalu berjalan, keringat dingin, merasa cepat lelah tak bertenaga, bahkan mengalami pingsan yang berulang.

Pada pemeriksaan secara umum detak/denyut nadi teraba lemah, penderita tampak pucat, hal ini disebabkan suplai darah yang tidak maksimum keseluruh jaringan tubuh.


- kredit -

usna tau korang mesti faham punye sebab korang kan tengok cite bawang puteh bawang merah :P

hmm ada lah jugak tanda-tanda macam tu. tapi macam confuse betul kat kunang-kunang tu. kunang kunang yang cantik tu dikatakan penglihatan kurang jelas ? blurr di situ ye. confuse jugak kurang jelas yang hitam-hitam ke short-sightedness ? ahhh kan dah mula blurr ni.

Penanganan dan Pengobatan Darah Rendah

Minum air putih dalam jumlah yang cukup banyak antara 8 hingga 10 gelas per hari, sesekali minum kopi agar memacu peningkatan degup jantung sehingga tekanan darah akan meningkat
~ padahal usna dah lah suka suka minum air jarang. suka sangattttt lagi lagi dalam botol. tak suka minum dalam cawan , rasa macam tak best. tapi slack betul la kalau bawak air pergi sekolah ramai target usna nak mintak air. hwaaa sampai level 1 diorang kerja kan.

Mengkonsumsi makanan yang cukup mengandung kadar garam
~ garam ? tadi suruh minum air jarang ni garam pulak ? sesi mengenal resipi ke ? :P confuse pulak , kadar garam tu nak tinggi mana. kang usna ni kan blurr sikit sekali zuppp haha terus jadi darah tinggi.

Berolah raga teratur seperti berjalan pagi selama 30 menit, minimal 3x seminggu dapat membantu mengurangi timbulnya gejala
~ usna selalu basikal petang-petang sampai jumpa anjing cukup tak ? haha padahal main basikal main-main. dah nama nye pun main.

Pada wanita dianjurkan untuk mengenakan stocking yang elastis
~ tak pernah dengar pulak stokin elastik. stokin hitam putih sekolah punya je pernah dengar. lagipun usna masih berstatus kanak-kanak tua. takde lagi tu pangkat wanita. muahaha

Pemberian obat-obatan (meningkatkan darah) hanya dilakukan apabila gejala hipotensi yang dirasakan benar-benar mengganggu aktivitas keseharian, selain itu dokter hanya akan memberikan vitamin (suport/placebo) serta beberapa saran yang dapat dilakukan bagi penderita.
~ jelas , usna tak pandai telan pil. hehe lalalala

- kredit - 

usna pun taktau sejak bila usna ada darah pendek ni. tau tau je pitam. tak ke nama gedik tu. pakar tangan pernah check tangan usna dia terkejut tengok tapak tangan usna pucat je. die terus tanye tak makan sayur ke ???? muehehe ha'ah cik , peaceeee nak puasa ni tak baik buat kerut-kerut muka :P sejak tu terus berazam macam nak suka suka sayur :) kecuali tauge dengan batang sayur hijau.

sesapa yang ada darah spesis macam usna ni ha meh la share share sape tau macamana boleh ada darah spesis ni. hohoho :P terfikir jugak takkan sebab makan kuih apam warna pink dengan hijau terus jadi macam ni :P

entri ni dah lama dah tersorok dalam draft dari 2 minggu lepas. tapi sekarang baru siap. waa terer tak ? jangan pelik lah kalau macam eok eok sikit post ni T_T

oh ye , hehehe selamat datang Ramadhan. moga Ramadhan tahun ni lebih baik sangat-sangat daripada tahun sebelumnya.. :) amiin. 

Label: ,



Older Post | Newer Post





بسم الله الرحمن الرحيم

Selamat datang ke Bicara Bumbung kepunyaan NFatin Husna. Jemput baca entri mana yang suka. lepas tu, silalah tinggalkan jejak ya?


Template edit by: Faiz
Background by: Fazeera
Basecode by: Lettha