/>
Bicara Bumbung
fotografi
Khamis, Ogos 27, 2009 | 5:30 PTG | 4 comments
:40::40::40:

isk,,boleh ea post lagi.??
saje nk teman korang smpena cuti niee.
haha,,puitis punyer ayat.
boleh husna berkongsi hobi hari nie.?

:44:
ngeeeeh~

oke oke,,sape kat sini minat
berfotografi.???
ehh,,awak.??
ehh,,same laaa..

give me five.!
huhu~

okee,,sebenarnye saje husna cari member bagi kongsi minat..
tu sajee.
huhu~

husna ade pkcik sedara sebelah umy yang memang terer wuu bab fotografi niee..

:16::16::16:
mdpai nama manjanya..XD
paksu,tkpe ea husna jaja nama paksu.??
huhu~~bole laa..

his daughter.,comel rite.?nie ank buah ksygn nie,,
huhu~
papepun shot die mmg lawa..
geramm.

nie unik,!!
sesuai buat blogger yg rasa malas tuh,,
haha,.
baik amek award nie.
=p =p

huhu~oke..
attention.!

dengan rasa berat hati husna tunjukkan jua hasil-hasil
photo yg tk bape nk cun tuu..



her..no comment..u.??


mnunjukkan betapa she haus sgt time tuu,.
haha.,
tk jadi sgt nie


haaa,,tak cayeee kan.?
she ponteng.,!
isk,,,,,,,


flowers photo..,
nie tk sengaja..
macama ntah boleh jadi mcm nie..
heheh~

time drawing..,
tapi husna memang suke gamba nie.!
mcm brtingkat..
excited maaa.

outside.
time kami maen badminton..
yap,,!she ikut tau..
sayang jgk she kat kami..
=p =p

edited..,!
kalu sudi..
klik untuk tumbesaran..
huh,,mmg feeling edit pic nie..
ngeeeh~~
syg shee.
saya memang gila bayang.,!
setuju.??

baru je edit tadi..
huhu!~boleh laa.

soooo.,!
ade sesapa yang minat berfotografi..??
meh cepat beratur..'

:7::5::7:

Label: , , ,

wanita.
| 12:29 PTG | 2 comments
Dirimu terhias sebagai sebaik-baik ciptaan..
Maka jadikanlah dirimu nisa'
yang boleh menjadi mujahidah,jihad di jalan Allah..
Jadikanlah dirimu antara fatayat yang dijulang..
Cantik dipandang,
tetapi susah untuk dipegang.
Jadikanlah dirimu gadis manis yang
tak pernah kalah dengan redup panahan mata adam.
Biar nafsumu hidup dalam tarbiyyah di jalan dakwah
bertintakan darah dan air mata perjuangan,
dititip atas warkah penuh kemuliaan
dan dikirimkan untuk mujahadah menuju Tuhan...
Salam Mujahadah para muslimah..
p/s:yang di line& warne tuu trharu(yeke trharu.?) sgt bila baca..
huhu~ nape ntah..

Label: , , ,

artikel menarik,! -COUPLE-
Rabu, Ogos 26, 2009 | 5:26 PTG | 1 comments
-haha.,nie ke contoh couple.?ngeeeeh~
:48:
yipeee..:44:
trjumpe satu artikel best..




Bila kita sebut tentang bercouple,akan terbayang keadaan lelaki dan wanita yang asyik dilamun cinta,ada yang bertahun-tahun lamanya,walaupun penghujungnya tidaklah sampai ke pelamin.

Berkasih sayang itu memang salah satu dari lumrah setiap insan,terciptanya lelaki dan wanita di alam dunia ini ada maksudnya,Habis tu kenapa harus dipermasalahkan? Bukankah cinta itu fitrah setiap anak Adam? Bukankah setiap orang memerlukan masa penyesuaian sebelum pernikahan?...Hmmm

Berkata Imam Qurthubi: ALLAH SWT memuliakan wanita kerana kebanyakan manusia menginginkannya, juga kerana mereka merupakan jerat-jerat syaitan yang menjadi fitnah bagi kaum lelaki, sebagaimana sabda Rasulullah SAW: Tiadalah aku tinggalkan setelahku selain fitnah yang lebih berbahaya bagi lelaki daripada
wanita. (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim, Tirmidzi, Ibnu Majah).

Oleh kerana cinta merupakan fitrah manusia, maka ALLAH SWT menjadikan wanita sebagai perhiasan dunia dan nikmat yang dijanjikan bagi orang-orang beriman di syurga dengan bidadarinya.";})();ButtonMouseDown(this);'>:26:

""Dari Abdullah bin Amr bin Ash r.a. berkata: Rasulullah SAW bersabda: Dunia ini adalah
perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah (Hadis Riwayat Muslim, NasaI, Ibnu Majah, Ahmad, Baihaqi)""

Oleh kerana itu, Islam tidak membiarkan fitnah itu tersebar tanpa batasannya. Islam telah
mengatur dengan tegas bagaimana menyalurkan cinta, juga bagaimana batasan pergaulan antara dua insan berlawanan jenis sebelum nikah, agar semuanya tetap berada pada landasan etika dan norma yang sesuai dengan syariat.


Diantaranya:

1: Menundukkan pandangan.
ALLAH memerintahkan kaum lelaki untuk menundukkan pandangannya, sebagaimana firmanNya: Katakanlah kepada laki-laki yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya (an-Nuur: 30). Sebagaimana hal ini juga diperintahkan kepada kaum wanita beriman, ALLAH erfirman: Dan katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya (an-Nuur: 31).

2. Menutup aurat.
ALLAH berfirman: Dan jangan lah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka melabuhkan kain tudung ke dadanya (an-Nuur: 31). Juga Firman-NYA; Hai nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: Hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah dikenali, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan ALLAH adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang (an-Nuur: 59). Perintah menutup aurat juga berlaku bagi semua jenis. Dari Abu Daud Said al-Khudri r.a. berkata: Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seseorang lelaki memandang aurat lelaki, begitu juga dengan wanita jangan melihat aurat wanita.

3. Adanya pembatas antara lelaki dengan wanita.
Kalau ada sebuah keperluan terhadap kaum yang berbeza jenis, harus disampaikan dari balik tabir pembatas. Sebagaimana firmanNya: Dan apabila kalian meminta sesuatu kepada mereka (para wanita) maka mintalah dari balik hijab. (al-Ahzaab: 53)

4. Tidak berdua-duaan di antara lelaki dan perempuan.
Dari Ibnu Abbas r.a. berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seorang lelaki berdua-duaan (khalwat) dengan wanita kecuali bersama mahramnya (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim). Dari Jabir bin Samurah berkata: Rasulullah SAW bersabda: Janganlah salah seorang dari kalian berdua-duan dengan seorang wanita, kerana syaitan akan menjadi ketiganya (Hadis Riwayat Ahmad & Tirmidzi dengan sanad yang sahih).
5.Tidak melunakkan ucapan (percakapan).
Seorang wanita dilarang melunakkan ucapannya ketika berbicara selain kepada suaminya. Firman ALLAH SWT: Hai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara (berkata-kata yang menggoda) sehingga berkeinginan orang yang ada penyakit di dalam hatinya tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik. (al-Ahzaab: 32) Berkata Imam Ibnu Kathir: Ini adalah beberapa etika yang diperintahkan oleh ALLAH kepada para isteri Rasulullah SAW serta kepada para wanita mukminah lainnya, iaitu hendaklah dia kalau berbicara dengan orang lain tanpa suara merdu, dalam pengertian janganlah seorang wanita berbicara dengan orang lain sebagaimana dia berbicara dengan suaminya (Tafsir Ibnu Kathir 3/350). 6.Tidak menyentuh kaum berlawanan jenis. Dari Maqil bin Yasar r.a. berkata: Seandainya kepala seseorang ditusuk dengan jarum besi itu masih lebih baik daripada menyentuh kaum wanita yang tidak halal baginya (Hadis Hasan Riwayat Thabrani dalam Mujam Kabir). Berkata Syaikh al-Albani Rahimahullah: Dalam hadis ini terdapat ancaman keras terhadap orang-orang yang menyentuh wanita yang tidak halal baginya (Ash-Shohihah 1/448). Rasulullah SAW tidak pernah menyentuh wanita meskipun dalam saat-saat penting seperti membaiat dan lain-lainnya. Dari Aishah berkata: Demi ALLAH, tangan Rasulullah SAW tidak pernah menyentuh tangan wanita sama sekali meskipun saat membaiat (Hadis Riwayat Bukhari). Inilah sebahagian etika pergaulan lelaki dan wanita selain mahram, yang mana apabila seseorang melanggar semuanya atau sebahagiannya saja akan menjadi dosa zina baginya, sebagaimana sabda Rasulullah SAW: Dari Abu Hurairah r.a. dari Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya ALLAH menetapkan untuk anak Adam bahagiannya dari zina, yang pasti akan mengenainya. Zina mata dengan memandang, zina lisan dengan erbicara, sedangkan jiwa berkeinginan serta berangan-angan, lalu farji/kemaluan yang akan membenarkan atau mendustakan semuanya (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim & Abu Daud).



PENTING,,!

Hukum Bercouple

SETELAH memerhatikan ayat Quran dan hadis tadi, maka tidak diragukan lagi bahawa bercouple itu haram, kerana beberapa sebab berikut:

1. Orang yang bercouple tidak mungkin menundukkan pandangannya terhadap kekasihnya.

2. Orang yang bercouple tidak akan boleh menjaga hijab.


3. Orang yang bercouple biasanya sering berdua-duaan dengan pasangan kekasihnya, baik di dalam rumah atau di luar rumah.

4. Wanita akan bersikap manja dan mendayukan suaranya saat bersama kekasihnya.

5. Ketika Bercouple kerap terjadi saling menyentuh antara lelaki dan wanita, meskipun itu hanya berjabat tangan.

6. Orang yang bercouple, boleh dipastikan selalu membayangkan orang yang
dicintainya.



Diantara Fatwa Ulama':

Syaikh Muhammad bin Shaleh al-Utsaimin ditanya tentang hubungan cinta sebelum nikah. Jawab beliau; Jika hubungan itu sebelum nikah, baik sesudah lamaran ataupun belum, maka hukumnya adalah haram, kerana tidak boleh seseorang untuk bersenang-senang dengan wanita asing (bukan mahramnya) baik melalui ucapan, memandang, atau berdua-duaan. Sebagaimana Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seorang lelaki bedua-duaan dengan seorang wanita kecuali ada bersama-sama mahramnya, dan janganlah seseorang wanita berpergian kecuali bersama mahramnya.

Syaikh Abdullah bin abdur Rahman al-Jibrin ditanya:
Jika ada seseorang lelaki yang berbual-bual mesra dengan seorang wanita yang bukan mahramnya, yang pada akhirnya mereka saling mencintai, apakah perbuatan itu haram?
Jawab beliau: -Perbuatan itu tidak diperbolehkan, kerana boleh menimbulkan syahwat di antara keduanya, serta mendorongnya untuk bertemu dan berhubungan, yang mana menjalinkan hubungan seperti
itu banyak menimbulkan fitnah dan menanamkan dalam hati seseorang untuk mencintai penzinaan yang akan menjerumuskan seseorang pada perbuatan yang keji, maka dinasihati kepada setiap orang yang menginginkan kebaikan bagi dirinya
untuk menghindari surat-menyurat, pembualan melalui telefon serta perbuatan semacamnya demi menjaga agama dan kehormatan diri kita.

Syaikh Jibrin juga ditanya: Apa hukumnya kalau ada seorang pemuda yang belum menikah menelefon gadis yang juga belum menikah?
Jawab beliau: Tidak boleh berbicara dengan wanita asing (bukan mahram) dengan pembicaraan yang boleh menimbulkan syahwat, seperti rayuan, atau mendayukan suara (baik melalui telefon atau lainnya). Sebagaimana firman ALLAH SWT; Dan janganlah kalian melembutkan suara, sehingga berkeinginan orang-orang yang berpenyakit di dalam hatinya (al-Ahzaab: 32).

Tetapi jikalau pembualan itu untuk sebuah keperluan, maka hal itu tidak mengapa apabila selamat daripada fitnah, akan tetapi hanya sekadar keperluan.

Oleh itu,Marilah kita sama-sama menjauhi perkara yang seumpama itu dan mejauhi hal-hal yang telahpun dilarang (haram). Tegakkanlah yang benar dan katakanlah salah kepada yang batil. Janganlah berhujah untuk membenarkan perkara yang telah terang haramnya di sisi ALLAH...

ish,,best sangat..!suke suke..
credit to faiz yemen.
psst,,what nice blogg..



yg penat memicit keyboard,,
[ нʋƨиα ]


:44::44::44:

Label:

tanx a lott.
| 3:23 PTG | 2 comments
:50:
huhu~entri takde niat nk mnunjuk-nunjuk..
cume nak korang tawu nie la bukti perasaan menghargai itu..
hee~ :39:



from mine : fiera..tanx!


from.?k.zanaa.
nie plg trharu..
akk plg sweet penah husna jumpee,.
hee~~~
bagi teddy bear.??:44:
gulp.,

Photobucket
bukti.,!!bukti name saya husna..haha,
:45:

hadiah dari ustaz p.i sefamily..
syukran jazilan ustaz..


hihihi,,kad dari farah yg comel.
tanx dear..
Photobucket
oke,,dah bukak surat nie tepat pukul 12 lebih smlm..
huhu~dashyat.??
=p =p
yg pic bawah tu picit untuk tumbesaran yg lebih besar..
sila lah membelek perkatan yg dibulat.
:50:
ngeeeee~~
farah,,,,,,,
u are cute soo.


yg penat memicit keyboard,,
[ нʋƨиα ]

Label: ,



Older Post | Newer Post





بسم الله الرحمن الرحيم

Selamat datang ke Bicara Bumbung kepunyaan NFatin Husna. Jemput baca entri mana yang suka. lepas tu, silalah tinggalkan jejak ya?


Template edit by: Faiz
Background by: Fazeera
Basecode by: Lettha