/>
Bicara Bumbung
Rumusan 2023, dan 2024
Selasa, Oktober 15, 2024 | 2:08 PTG | 0 comments

 Assalamualaikum yuhuuuu blog. Wahaha lama tak bersua kan. Aku tak kisah dah orang baca ke idok blog ni sebab aku buat memang macam diari sendiri je.

Now aku kat Perpustakaan Shah Alam, spending time masa cuti sekolah. Wakaka agak tragik bukan? Nope lah, saja masing-masing decide gi sini me time and settlekan beberapa kerja.

Well, pagi tadi aku sempat masa kuetiaw goreng, sidai baju and iron baju. Tu pon dah rasa penat ye em haihh fasa ketuaan sudah mula dirasai.

Selepas tu, kami pergi Aeon Shah Alam. Saja mencuci mata dan makan-makan roti. 

Now, di sini kami berada. Library. Me time.

Suami settle kerja dia. Aku pakai komputer. Bukak blog. Baru ada feel bukak blog guna desktop!! Hahahaha rindu ah zaman dulu guna desktop kat rumah.

OK meh la sini aku ceria kenapa aku lamaaaaa ilew tak update blog. Satu sebab laptop aku dah rosak. Dah habis belajar lew dia nak rosak kan. Innalillah dah kot dia. Nak repair pun duit takde sebab tak kerja. Mungkin beli baru je kot nanti dah ada gaji. Al-Fatihah untuk laptop Asus ku, since 2015 to 2022. Alhamdulillah berjasa sangat dia sejak zaman diploma dan degreee. Besar pahala baba yang hadiahkan laptop tu untukku.

OK, well what's my update for now?

Alhamdulillah, I'm finally graduated on December 2022. So setahun dah la citer dia.

After that, aku direzekikan anak syurga on February 2023. Tu moment berdukacita untuk kami pada tahun ini. Pahit untuk ditelan pada waktu itu tapi perlahan-lahan kami terima. Syukur, kami anggap dia anak syurga a.k.a wildan yang akan menunggu kami di sana. Tak lekang weh ingatan aku kat dia, teringat moment scan dia, dapat tengok muka dia dalam 4D and moment bersalinkan dia secara normal.

Dia pergi pada umur 6 bulan dalam kandunganku. Dah cukup sifat semua syukur. Allah lebih sayangkan dia. 


-x-x-x-x-xx--xx-x--x-x-

Sebenarnya ni post tergendala. Pada 15 Oktober 2024 aku bukak balik. Senang citer tahun 2023 tahun kehilangan. Tapi 2023 juga Allah rezekikan kami rumah dan aku lulus interview guru. 

Now dah Oktober 2024. Selamat bersalin sudah anak kedua kami. Aisyah Humaira pada April lepas. Nak citer pasal pengalaman kat hospital memang panjang boleh buat satu post ikikiki. 

Nak masuk 6 bulan dah Echa tu. Tengah buat preparation untuk makan dia.

Kehidupan aku semakin pack sebagai isteri, ibu dan juga guru. Perlahan-lahan business ku tinggalkan huhuhu. Sedaya upaya nak sustain tapi memang tak boleh. Alasan? MUngkin ya mungkin tidak. 

Tapi kalau ada orang cari barang, aku orderkan aje.

Ada satu masa aku rasa jadi ibu yang bekerja ni memang semua benda kena cepat. So aku pun lajukan speed la. Semua benda buat cepat-cepat. But lama-lama aku sedar yang aku semakin penat dan emotional. So aku try balance kan balik iaitu fokus pada here and now and buat semua benda sekarang secara sedar. BUkan hanya fokus kepada cepat semata-mata.

Kiranya try balance. Buat cepat tapi at the same time sedar dengan keadaan sekarang jugak. Sebab before this buat cepat tu aku terlalu fokus nak cepat sampai jadi exhausted.

So yeah, now i'm trying to be happy happy santai santai jeee hahahaha. Tak sempat, ya udah biarin aja. Gak usah repotin.




Older Post | Newer Post





بسم الله الرحمن الرحيم

Selamat datang ke Bicara Bumbung kepunyaan NFatin Husna. Jemput baca entri mana yang suka. lepas tu, silalah tinggalkan jejak ya?


Template edit by: Faiz
Background by: Fazeera
Basecode by: Lettha