/>
Bicara Bumbung
Pengalaman Pasca Covid.
Khamis, Mac 10, 2022 | 5:01 PTG | 0 comments

 Hai Assalamualaikum!

Saya sekarang berada di rumah Selangor (rumah suami ehem) dan sudah unofficially habis belajar. Tinggal nak betulkan FYP sajo and boleh jilid. Yipeeee.

Okay, nak tahu tak, sebenarnya saya sekarang dalam tempoh kuarantin, kerana menjadi close contact with my husband. Suspect suami kena daripada guru pengawas SPM tempat dia bertugas. Saya memang teman dia jumpa cikgu tu untuk settlekan beberapa urusan. Balik tu dapat berita dia positif. Apa lagi, kitaorang pun beli self test kit sebab suami pun tak berapa sedap badan. Hasilnya, dia positif. Ya Allahhhh, this is our second time you know.

But Alhamdulillah, kali ini gejala dia tak berapa teruk sangat. Harini hari ketiga dah boleh kata hilang semua gejalanya. Dulu memang badan lesu, takde deria baru dan rasa.

Kuarantin kali ini, kitaorang tak tahu nak pisah macam mana dah haha. Nak asing bilik pun, bilik air memang kat luar which is bahagian dapur (rumah apartment). Ada antara kami pulak (tak boleh bagitau siapa haha) memang tak boleh berasingan sebab nanti macam pishangggg sangat duduk terkurung. 

So yeah, kuarantin kali ini takde berasingan sangat. Just tak berapa salam and bersentuhan la. 

Kalau kuarantin sebelum ni, memang kami asing bilik. Suami duduk dalam bilik yang ada bilik air (time tu di rumah lama) dan bertutup pintu. Saya kat luar memang sensorang tengok phone dan masak sendiri. Ada waktu masak sambil video call. Pastu makan pun video call wakaka. Lama-lama tu kan, saya makan depan bilik dia pulak. Duduk jauh-jauh and bukak pintu sikit. Petang-petang spend time nyanyi karaoke. Malam-malam bercerita pulak sambil deep talk and buat planning 5 dan 10 tahun akan datang. Alah alahhh kenangan.

Kuarantin kali ni, non hado lah asing-asing semua tuu haaha. Seksa la asing. Ada sorang tu emosi tak stabil aje kalau berpisah ni haa (taknak cakap siapa :p)

OK, and harini alhamdulillah saya dah berstatus risiko rendah. Sudah biru. Simptom semua tak ada syukurrr.


OH ya, teringat jugak awal tahun 2021 pernah kuarantin dengan Shiha. Kitaorang pergi Rawang dari UPSI sebab nak setelkan benda berkaitan bank. Beberapa hari lepas tu, kami berdua tak ada deria bau dan rasa. Ha sudahhh. Mula-mula ingatkan masak memang tawar, sekali pergi cium minyak wangi ehh memang takde bau la. Terus inform Pusat Kesihatan UPSI. Kitaorang di bawa ke bilik kuarantin.

Result swab test menunjukkan Shiha positive covid while me negative. Masa tu sebab first time kan, syahduuu je bilik waktu tu wuwuuuwu. Esoknya dia pindah bilik lain. Tinggallah guwe keseorangan beberapa hari. Pishangg beb.

Oh ye, masa tu jugak la detik-detik awal perkenalan dengan husband. Ciah ciah ciah.

kui kui


Alhamdulillah, beberapa hari lepas tu dah boleh beybasss dan kembali ke kolej asal. Hihi what an experience.






Till then, tadaa!  take care semua.



Older Post





بسم الله الرحمن الرحيم

Selamat datang ke Bicara Bumbung kepunyaan NFatin Husna. Jemput baca entri mana yang suka. lepas tu, silalah tinggalkan jejak ya?


Template edit by: Faiz
Background by: Fazeera
Basecode by: Lettha