/>
Bicara Bumbung
Internship.
Khamis, Disember 02, 2021 | 1:48 PTG | 0 comments

Holaa, aku sudah berada di sekolah untuk internship.

Huiyoo sudah intern kan aku? Dulu waktu aku menulis di sini, waktu tu masih lagi kat UPSI. Hahah sebab tu aku suka menulis and baca balik, sebab ia akan mengingatkan aku cerita zaman dahulu kala.

Ni nak cerita sikit pengalaman di sekolah la.

Watak aku sebagai guru kaunseling di sekolah, sebenarnya sangat besar peluang aku untuk tahu cerita selok-belok pelajar-pelajar ni. Especially macam mana dia di rumah dan keluarganya.

Boleh aku katakan, kebanyakan pelajar yang ada isu kerisauan berlebihan, kemurungan dan lain-lain, puncanya dari rumah. It's about family issue.

Kalau bukan sebab ibu bapanya berpisah, ibu bapanya bekerjaya sehingga sangat sibuk. Kesannya perhatian dan belaian kasih sayang tu kurang. Tak kurang juga isu anak angkat, anak luar nikah dan sebagainya.

Also, coping mechanism pelajar tu agak rendah sebab tu dia tak boleh nak tampung tekanan yang dihadapi. Mereka berada pada fasa sangat fragile.

Aku yang dengar cerita mereka ni, ya Tuhannnn rasa kesian sangat. They're too young untuk menghadapi cabaran sebegini.

Bagi pelajar yang masih ada ibu bapa, kami masih boleh panggil parents untuk konsultasi dan tindakan seterusnya pada pihak mereka. Sama ada improve quality time atau lebihkan belaian emosi, ataupun rujuk ke klinikal untuk rawatan selanjutnya yang melibatkan pakar.

Yang taknak melibatkan parents (adaaaa tuan2 dan puan2. sebab yelah maybe parents tak faham.. or boleh kena pukul balik japgi and so on, they know their parentss), kami sebagai guru di sekolah ni la yang menjadi support system mereka. Yakinkan kat mereka bahawa mereka berhak rasa selamat dan bahagia juga. Mereka berhak untuk mendapat masa depan yang cerah)

Pengalaman aku, ada satu minggu tu rasa exhausted sangat. Setiap hari jumpa pelajar and handle pula kes berat-berat. Also, jumpa ibu ayah untuk konsultasi. Fuhh rasa berbatu woo atas kepala. Balik rumah tidur macam tak jumpa hari esok. Kalau orang tak call, mana maunya nak bangun tu. (hyperbolaaa)

Apapun, aku bersyukur untuk pengalaman ini. Sangat precious. Ada waktu jugak rasa kepala ni dah tak lalu nak dengar cerita pelajar lagi. Hahaha. All the best laa untuk batch kami internship ni. Pheww. Another a week!

Yang leganyaa, aku dapat follow up para pelajar selepas sesi kaunseling, and dapat melihat perubahan-perubahan yang mereka tunjukkan. Memang indescribable la feeling dia. Also dapat peluk mereka as a good bye :')



One with para pelajar untuk Ujian Saringan Minda Sihat.

Saja menulis di sini untuk kenangan. Thank you Allah for this experience. 



Older Post | Newer Post





بسم الله الرحمن الرحيم

Selamat datang ke Bicara Bumbung kepunyaan NFatin Husna. Jemput baca entri mana yang suka. lepas tu, silalah tinggalkan jejak ya?


Template edit by: Faiz
Background by: Fazeera
Basecode by: Lettha