/>
Bicara Bumbung
Babbling at Thursday morning
Khamis, Januari 07, 2021 | 1:10 PG | 0 comments

 Assalamualaikum dan hai uols

Sekarang jam 12:25 pagi dan saya tidak dapat tidur. Punya la nawaitu sauma dhodin nak tidur awal jam 10 malam so that kalau rajin nak bangun awal sambung kijer. Dah baring berselimut bagai, dengar live and terlelap jap, habis live jee eh tak boleh tidur pun.

Try pejam mata, tak dapat lagi. Terkebil-kebil lagi. Ada jugak dalam otak nak menulis di blog tapi malassss haha so masih ku layankan dan usahakan untuk tidur. Stil tak dapat jugak.

Bukak phone semula, wassap si kawan baik, Izzati. Dia tengah cari artikel/inventori untuk FYP. #ohkuterbakar Tapi tak heran lagi, borak2 sikit then bukak surah di Youtube and cuba pejam mata. Sangaaat tenang dengar kemerduan suaranya tapi masih tak dapat tidur.

Finally, okay fine. Ku gagahi jugak bukak laptop dan on study lamp. Lemme revise my activity today, can I? Because today was great I tell youuuu.

This morning was planned to go to the library. Nak start penulisan proposal lah kata orang. Dah siap-siap semua tu kan, dapat info Prof TNC nak buat makan-makan untuk lunch and nak mintak tolong kami bantu isterinya memasak. Tolong masak tu no hal, but I just don't like last minute changing plan tau. Tu yang macam hmmm ragu-ragu. Memang waktu tu tak cukup orang. Perlukan lagi 2 orang.

Aku dengan Shiha (housemates) dah gelabah nak pergi option mana satu. Kahkah, sama-sama plan nak ke library jugak.

That time I performed Dhuha prayer. And alang-alang istikharah la sekali. Memang dalam dilema nak ke mana satu. Sebab serba salah jugak tak cukup orang and ada orang nak belanja makan tapi kita tak tolong. You know the serba tak kena?

After solat, telah terima satu panggilan daripada Faiz Farhan. Hah sudaah. Tahu dah maknanya ni! To make it short, kitaorang setuju la untuk ke rumah Prof untuk tolong memasak tu ahahaha.

So yeah, we cooked. Settle sayur pucuk paku, kupas petai, blender cili and goreng ayam. Berborak-borak, teasing each other. Wehhh masa nak menunggu ayam digoreng tu, memang aku rasa vibe kat kampung. Seronoknyaaaa. Rumah prof pulak cantik, penuh hijau-hijauan.

Settle masak, kitorang makan duluuu ahaha taknak terlepas ke hape ke kat majlis nanti. Dah makan tu, borak lagi. Auntie (isteri prof) bercerita pasal insurans, peranakan duit and about kewangan lah senang citer. Nice topic and eye opening.


Ini kami. Seronok wei kumpul ramai-ramai gini.


We got Ferrero Roche as upah. Percaya la, budak-budak macam kami ni memang suka coklat lagi-lagi yang mahal gini :p

After that, ada program adhoc. Menteri Agama nak datang as Pengerusi YaPiEm untuk beri bantuan pendidikan kepada UPSI. Dapat duit raya uiiii alhamdulillah. Aku tepek gambor je la ea. Nothing much. Ucapan alu-aluan. Pemberian duit raya. Photographyyyy.

Kecik kan akuuu T___T

Pastu, nak keluar dengan Shiha sebenarnya tau. Tetiba semua nak mengikut! Hahaha. Pergi la PT kitorang dengan 2 biji kereta. Lawak wei. Aku and Shiha nak beli barang keperluan je.

Then, aku singgah umah kawan jap kat belakang PT tu. Bagi hadiah energy drink. Kawan sekolah dulu actually. Dia pindah sekolah masa form 3 then jumpa kat UPSI. So bila kita ada kawan yang since sekolah kan dia punya friendship tu rasa strong tau haagitu. So saja borak-borak then wish goodluck apa semua. Esok pun dia nak balik Johor tu. Yang lawak lagi sekali, kitorang datang sana dengan 2 kereta. Haiyaaa.

After that, fetch Nuria kat bus stop PT. Dia agak down sebab FYP dia kena buat semula wehhh. Adoiyai. Aku harap dia strong and I know dia memang kuat. Kental wo dia bangun tengah malam sambung penulisan. (Dey roomate, bila mahu contohi dia? Hihi) So untuk release tension sikit, tanya laa diorang nak pergi mana. Nak jalan-jalan ke nak makan. At the end, nak jalan-jalan jee dalam kereta pun takpe. Okay takpa aku bawak jalan jauh sikit. Pastu singgah beli goreng pisang cheese.

Sudah pulang, aku menggoreng telur 7 biji. Kitorang dapat nasi kosong banyak weiii. Aku pulak merasa nak makan telur goreng and sambal tempoyak. Enough for me. Aku goreng banyak untuk bagi deme-deme sekali makan. Diorang cakap banyaknya goreng sebab lauk lain banyak dah. Hahaha sekali habis weh. Sukanya akuu.

Harini aku memang mood nak kacau and usik orang. Diorang pun perasan. Kihkih. Sebab lama tak jumpa diorang :(

And I realised that I miss everyone. Rindu nak kumpul ramai-ramai dengan Family MPP. Ahhh.


 I just prefer raincoat. Because it's more convenient and simple than umbrella. Dah la senang tinggal merata payung ni.

I think tu je lah kot. Cipisan je kan? Entah la tapi rasa nak tulis jugak. Sebab somehow ada rasa happy harini..... senang hati yang lain macam tau. My hear feel fullfilled. Hah amek ntah betul ke tu english.

Oh ye, doakan aku semangat dan idea mencurah-curah ea untuk proposal FYP ni. Mashehhh.


But I didn't forget rakan-rakan yang terkesan dengan banjit kat Kelantan, Perak, Pahang and Johor tu. Saya harap kalian semua tabah, dilapangkan hati dan dimudahkan urusan ya. It's not about event, it's how we respond to it. You can do this! :)

And buat aku terpikir balik personaliti aku ni. Aku enjoy jumpa orang; but yang dah kenal lama laa. Tapi jumpa orang baru ke kadang2 untuk terserempak dengan orang pun aku malas sebenarnya tau. Tu macam introvert dah. Hmmmmm~



Older Post | Newer Post





بسم الله الرحمن الرحيم

Selamat datang ke Bicara Bumbung kepunyaan NFatin Husna. Jemput baca entri mana yang suka. lepas tu, silalah tinggalkan jejak ya?


Template edit by: Faiz
Background by: Fazeera
Basecode by: Lettha