Isnin, Jun 22, 2020 | 3:15 PTG | 0 comments
Hari ni aku bangun awal pagi, Subuh berjemaah dengan Uma which is benda tu rasa lama tak buat dengan dia. Rasa happy. Rasa tenang. Berazam nak konsisten amalkan dengan dia semula.Yelah, kami ni baru je merasa duduk rumah lama-lama selepas dah lama bertebaran keluar rumah untuk belajar. So baru nak adapt, nak rapat balik, jetlag pulak (kunun), nak sesuaikan diri dengan online learning lagi. So sejujurnya aku baru dapat 'mood' dan semangat untuk hidup ni (haha).
Kalau nak diceritakan, masa awal-awal online learning memang macam otak si Kosong. Masuk kuliah, catat pastu tidur. Tak ingat pasal dateline assignment langsung. Tengok kawan tanya-tanya macam blurr je semedang. So memang hari-hariku dipenuhi dengan aktiviti yang tidak berfaedah dan tidak mengeluarkan peluh.
Mungkin jugak sebab terlampau penat dengan kerja-kerja di universiti sebelum ni, so balik rumah tu macam satu kebebasan sakti untuk aku buat apa yang aku suka tanpa dipaksa dan disuruh itu ini.
Kesannya, jiwa jadi kosong. Kosong kosong kosong~ Aku tercari-cari pengisian untuk hati dan jiwa, aku mula terfikir pasal masa depan, like apa aku buat ni ada bagi kesan pada hidup akan datang? Buntu.
ITULAH. DIRI INI PERLUKAN TARBIYAH (DIDIKAN).
Sebab tu kena cari pengisian dalam hati dan jiwa. Bukan sekadar baca Quran sahaja. Jujur, aku cuba konsisten baca Quran setiap hari pun masih rasa kosong. So nak katanya di sini, membaca saja tidak cukup andai tak menghayati. Nak hayati benda tu.. banyak medium boleh cari. Youtube, kelas mengaji online dan banyak lagi. Memang tinggal nak atau tak saja.
Kena doa banyak-banyak untuk diberikan rasa hidayah. Siyes. Even rasa kosong, teruskan solat dan baca Quran semua. Perasaan tenang tu bukan Allah nak bagi on the spot. Banyak lagi proses Allah nak kita buat. Yang penting effort. Nak pikat perempuan pun tengok effort kannn.
Tak tipu jugak, kawan-kawan dan sahabat-sahabat sangat main peranan. Kawan yang ingatkan dan nasihatkan tu memang salah satu kunci kepada hidayah dan ketenangan tu. Memang, ada masa kita rasa nak tolak semua nasihat tu, rasa menyampah, rasa macam elehh dia ni, tapi sebenarnya jauh sudut hati kita perlukan benda tu :)
After subuh, I planned to spray some dettol in my room. Bukak tingkap luas-luas bagi udara masuk. Buang sampah bilik yang dah penuh. Tukar alas kaki. Rendam telekung. Lap tingkap yang berhabuk. And bukak blog.
All of these were starter for my mood today. Suddenly I realised,
"Eh eh I'm homed lah!"
Senyum segaris.
Nak fokus pada diri dan keluarga pula sekarang. Fully utilize the moment.