Jumaat, Jun 19, 2020 | 1:54 PG | 0 comments
Sebelum solat Maghrib tadi aku saja tanya random question kat ummi"Ummi perasan aten suka buat apa??"
Aku ni pesen suka tanya ummi soalan yang annoying. Soalan budak-budak. Soalan yang saja-saja. Entah eh, sebab dia seorang emak kot. Dia tahu fasal kita macam-macam. Dan dia je yang sudi layan kerenah aku ni.
"Tido"
"Betul!"
"Lagi?"
"Baca buku."
"Hmm, salah. Main henfon."
"Main henfon tu membaca sekali la kan?"
"Memang laa.. Kan banyak perkataan dalam henfon tu" *muka pelik
Aku tanya lagi.. "LAGI??"
"Hmm, dulu suka tulis. Tapi sekarang jarang nampak dengan pen."
Aku menjawab, "Haah betul tu ummi. Menulis ten dah tak ada."
Aku terus teringat blog. And tadi memang macam-macam pun benda stumble in my mind yang buat rasa nak menulis. Memang rasa nak membebel je.
FIRST, ya betul. My passion in writing has going nowhere :( Aku dah takda buku kecik yang selalu aku buat tulis idea yang ada dalam kepala. Planner aku masih ada, tapi tak serancak dulu dalam planning & writing. I really have lost it weh... :(
Hmm, yang aku perasan, aku lagi banyak borak dengan orang sekarang. Enjoy berbual, tengok life orang, baca posting orang, dan masih suka baca buku (genre tertentu saja). And these are sign of extroversion? Sikit lahhh.
Berbanding dahulu, aku akan tulis apa-apa yang aku fikir yang aku rasa cam bernas dan bermakna. Aku lebih suka tengok orang. Aku enjoy termenung panjang tanpa hiraukan suasana hiruk pikuk orang. Tapi satu kekurangan, aku tak reti bercakap dengan orang haha. Aku tak reti start perbualan. Aku pandai cakap dengan diri sendiri sahaja.
Sekarang... kebanyakan waktu pun dah dengan henfon. Sikit-sikit phone. Dengan tanggungjawab nak reply pertanyaan orang as tanggungjawab MPP, tanya kawan pasal assignment, bisnes, reply status orang, tengok resepi kat youtube, share story yang deep-deep. Dah kurang refleksi diri sendiri :(
Yes, that's the difference.
I did the self-reflection. Tapi jumpa orang, tengok henfon, memang hilang da refleksi diri tu. Huahua rasa insaf dan tenang tu macam entah mana. Nanti sorang-sorang baru pikir balik pasal life.. future..diri sendiri. Halahaii.
Ni dah kenapa eh tiba-tiba? Hahaha. 24 dah oii Husna tahun ni. Eh tak, bulan 8 ni baru official bulan 8 :P
Instagram and facebook is so public. Kepada blog jualah aku akan kembali untuk membebel sendiri ahaks.
Sejak umur 13 aku blogging (tiba-tiba senyum sendiri) Dari tulisan banyak titik, gelak hehe hoho hihi, yang suka merepek dan agak pendiam kepada seorang Husna yang sudah berumur 24. Dah belajar di universiti, belajar bercakap dengan orang, public speaking, belajar bisnes, belajar matang dan tak judging dan sebagainyaa.
MashaAllah, sangat banyak benda berbeza!! Nak nangissss T_____T
Yang masih sama, suka kucing, suka merepek (masih ada tinggalan sikit sikit haha). itu je kot yang detect masih sama. Berat badan pun lain dah (gelak tutup mulut)
I don't know whether masih ada yang baca blogku ini. Hello everyoneeeee???
Aku masih selesa mengekalkan blog ini private. Maksudnya tak war-warkan kat sesiapa pun link ni. Cukup yang pernah tahu kewujudan blog ni.
Okay, no motive pun. Just ambik balik mood menulis kot. Hihihi. Sambil-sambil reminiscing the old memoriesss aihhh. (You know, now is 1:49 am, hujan and I'm listening to instrumental music. Tenangnyaa~ Lama tak rasa camni. Dengan dunia sendiri)
A lot of thing that I want to change. Yah betul, banyak benda aku nak perbaiki dalam life aku sebenarnya. Dari gaya hidup, disiplin, pengurusan masa and so on. Tak pernah terlambat kan :(
Harap Allah masih pandang dan perasan aku. Fuhh. Kata Yasmin Mogahed, if you revolve your (spouse, children and dunya) in your life, you'll lost. But if you revolve Allah and His Messenger in your life, that's the deep thought. Sangat la something.
Okay lah, patik minta izin mengundur diri. Sebenarnya tengah cari balik mood study jugak hahah dateline 5/7 oii.
Tak syok la takda gambar setepek kan.
Me in Zanist tshirt.
Photobomb tu Alip.