/>
Bicara Bumbung
Pengalaman sebagai MPP ketika PKP
Isnin, Jun 29, 2020 | 2:39 PG | 0 comments


Tanggal 18 Mac 2020, negara kita telah diisytiharkan PKP oleh YAB PM a.k.a Aboh kita. 18 Mac hingga 1 April 2020 untuk fasa pertama. Seluruh premis ditutup waima pelancongan, ekonomi dan juga institut pendidikan. So kami yang di IPT Perak sini (sana) terjejas jugak haa. Terus cuti esoknya. Berbondong-bondong student balik pada malam tu dan esok paginya.

Weols yang MPP? Memang non hado lah dapat balik. Kami diberi arahan supaya tetap kekal di IPT untuk bersedia dengan apa-apa arahan dan tugasan.

Yes, ini malam 18 Mac 2020. Siang tu baru dapat pekeliling daripada IPT, so malam tu semua students pakat balik dah. Aku menyempat cod Chocojar hihi sebab kebetulan hantar kawan ke Taman Bahtera ni.


Bermulalah gloomy episodes kami sebagai MPP di sini. Kawan-kawan sudah semakin ramai yang pulang meninggalkan kami. Rumah sewa aku tinggal 3 orang je jadinya. Tak lama lepas tu jadi 2 orang sebab sorang tu balik rumah kakaknya di KL. Lepas pulak naik KTM tu kan ahah yea sebab dekat je kan, lagipun naik public transport dan memang ikut laluan budak ofis bekerja.

Untuk fasa awal, kami banyak terlibat dalam pengagihan makanan kepada pelajar yang masih terdampar di kampus dan juga luar kampus. Sebelum nak agih, kena tahu data pelajar yang masih ada, contact syarikat untuk tempah makanan, packing, kira-kira, dan baru lah proses pengagihan berlaku dengan bantuan Pihak Pengurusan Kolej.









Cerita lawak di sebalik hand sanitizer ni; aku bawak untuk kegunaan sendiri je la kan. Aku letak la atas meja supaya senang guna apa semua. Sekali budak-budak yang datang untuk ambil bantuan makanan semua selamba je picit botol ni lepas tulis nama. Wahh wahh begitu sekali ya aku berkata dalam hati.


Sorting mengikut kolej

Packing~





Ada banyak siri sebenarnya pengagihan makanan ni sebenarnya. Namanya dari Kasih MPP  1.0 sampai la jadi 3.0 dah. Waktu tu dah fasa ke berapa ehh PKP dalam fasa 3 atau 4 jugak lah. Seadanya kami buat semampu mungkin. Mula-mula seronok laa kan dengan kawan-kawan passing makanan apa semua, makin lama fuiyoh tercabar juga lah sebab mestilah semangat kita makin turun kan sebab penat and mentally exhausted. Tetapi percayalah, ini baru sahaja permulaan perjalanan..

Selain daripada menjadi katering agihan makanan kering, kami juga dilatih menjadi operator. Kami kena call sorang demi sorang pelajar untuk memastikan sama ada student tu betul ada di kampus. Sebab data tu semua nak digunakan untuk pengkreditan wang bantuan daripada kerajaan tuu. 

Ada yang sampai kena video call weh untuk make sure diorang betul ada kat Tanjong Malim. Wahaha gigih tak gigih oii. Budak-budak ni yalah risau kan tak amanah lagi fathonah dalam memberikan maklumat. 

Lepas dapat job ni, memang suara kitorang semua dah ala-ala scammer. Cakap dah macam robot. "Hello assalamualaikum. Saya Husna MPP IPT X. Saya bercakap dengan saudara XYZ ke? Okay saya ingin membuat kepastian, awak masih berada di Tanjung Malim kan? Blablabla" Siyes cakap, daripada dulu pemalu tak reti bercakap terus konfiden nak cakap dengan sesiapa pun.





Kenangan lewat malam balik hihi konvoi dengan budakbudak Golongan Kiri.

Masa ni ambil / confirmation data pelajar LM/LI yang terkandas di luar kampus. Untuk bantuan wang dan bantuan pulang ke kampus tak silap saya.

Me and Nuria at MPP's room.


SETERUSNYAA, banyak gambar packing barang lagi... untuk kesekian kalinya. We got soo many sources from the NGOs outside there. So THANK YOU SO MUCH YEA.




















So yeah, boleh nampak laa kan betapa banyaknya benda nak pack. Dari pagi ke malam pun itulah kerjanya. We had so many fun actually. Sambil bungkus maggi sambil borak, menyanyi, bercerita. Memang tak fikir mende-mende sangat, just enjoying our present time there.

Ada satu kali tu buat penghargaan kepada frontliners. Kami bagi kek kepada polis dan pegawai keselamatan. So ni gambaq seketoi bersama YDP satuu. Fuh bukan selalu amek gambaq selfie dengan dia berlatar belakangkan pagar utama YuPiSi.

Antara MT di bilik YDP

Sedar tak sedar weh, hampir nak ke bulan Ramadan. 1 Ramadan jatuh pada 25 April tak silap so yeah sebulan lebih la kami bertapa kat Tanjong Malim sebenarnya buat kerja-kerja amal kebajikan untuk warga YuPiSi terchenta.

Masa 2 Ramadan kami berbuka dan bertarawih bersama. 




Ada satu waktu tu kena masak untuk juadah berbuka. Ni masak di rumah Fedaus bersama golongan kiri hahaha #ytjt

Moreh moreh dengan le girls. 

Ini status aku pada satu malam. Sebab rasa sangat penat tapi at the same time macam puas, ni je mampu aku ekspresikan. Sebab macam-macam respon dari pelajar untuk kami waktu tu. Terima kasih dan penghargaan semua lah tapi tak termampu nak balas lagi. Kami just mampu minta doakan ja untuk kekuatan dan semangat waktu tu.

MPP beraya ahaha sebenarnya belum puasa pun lagi. Tapi dah buat satu hari macam beraya; pakai cantik cantik, masak shedap shedap dan buat suasana raya dengan bukak lagu raya, bergambor dan dsb. Haih missing all those moments!

KERJA TERAKHIR.. hantar pelajar pulang ke kampung halaman. Waktu ni kerajaan dah umum supaya pelajar yang terkandas dibenarkan pulang oleh IPT masing-masing. So oyeah, MPP bekerja lagi dengan mengumpul data pelajar yang akan pualng.

Team kami dibahagikan kepada dua; team Semenanjung yang uruskan pelajar bahagian sana dan team Borneo yang mengurus pelajar Sabah, Sarawak dan Labuan.

Kami dinamakan Taskforce Borneo yang dikepalai oleh Encik Fadhil bin Abdullah. Aku panggil tuan je haha. Nic panggil boss. 

Aku rasa bertuah terpilih untuk menjadi sebahagian tim Borneo sebab aku jadi kenal lagi daerah-daerah kat Sabah Sarawak (hahaha). Siyes banyak gilaa daerah diorang nama pula aneh-aneh. Aku lagi didedahkan dengan bahasa Sabah dan loghat Sarawak. Haih semua benda baru aku jadi seronok!!

Terus pasang impian nak travel ke Sabah Sarawak habis PKP ni.


Team Borneo

Team Semenanjung yang dirindui


Depan ni Tuan Fadhil laa. Aku dah anggap macam ayah haa. 

The Kamal yang kuat drama

Waktu berbuka kami makan ramai-ramai ehek macam 1 family at home kaan?

1 Borneo family at office~ Malam berbuka yang pertama ni.







Sesi saringan kesihatan sebelum bertolak.







Kau bayangkan, kitorang almost 24 hours dekat office ni saja sebab dari awal pagi dah masuk ofis (terkadang tu ada jugak terbabas ketipang ketipung aiwah) then sampai laa berbuka sampai laa malam sampai laa sahur ada lagi. Sebab flight pulak selalunya pagi-pagi so mesti kena ready dari malam sebelum. 

Hah ko rasa? Memang pishang beb duk dalam ofis je hadap muka sama tiap hari tapi itulah yang mengeratkan kot. Dah macam family dah kitorang kat sini. Solat pun berjemaah itupun inshaAlla kalau ada yang ingatkan. Bacaan Quran pun ada kedengaran bila petang-petang. 

Semua kepala pun masuk air jee semua termasuk Tuan Fadhil sendiri. Gurau dah macam adik beradik. Sesiapa yang tertido memang habis laa muka dia kena tangkap gambar. Aku punya boleh jadi koleksi siap dibuat video lagi -,-

Kitorang punya la buat countdown kan untuk hari pulang ke rumah. Semangat ni nak habiskan kerja.

Nak bagitau ni, sangka panas hingga ke petang... rupanya hujan waktu tengahari.

Masa tu kecoh la ada kes di sini. So kami terpaksa kuarantin 2 minggu di mana tak ada pergerakan pulang pelajar dah. Walhal kalau habis 2 minggu tu memang dah raya.

Terduduk! Terdiam! Serius. Ada yang menangis. Wehhh bab raya ni memang takboleh buat main kalau orang Melayu. Mesti nak dengan family.

Aku pulak.. mula-mula sedih la jugak. Sekali bila call baba ummi, diorang okay je rilek macam tarak apa hal. Baba siap cakap "Alahh raya tiap tahun pun boleh. Baba dulu raya kat luar negara lagi tak dapat balik." Ummi pulak kata... "Takpa la pengorbanan"

Wahaha jiwa besar betul eh kedua ibu bapa saya ni.

Sepanjang 2 minggu kuarantin, kami ada job lain pulaa. Bagi makanan untuk bilik ke bilik. Beli barang-barang untuk budak-budak (hahhahadoi ni lawak bila ingat balik tapi malas nak citer banyak. Sakit bahu dah ni)




Ni waktu nak bagi makanan
Tengok tuu Myvi Budak Kuat Jalan aku tuu, banyak berjasa sepanjang PKP ni. Dia jadi kuda yang bawak makanan dan barang-barang. Pergh memang sangat berguna ekau ni. Thanks Wan jugak sbb jaga dia baik-baik.

Waktu beli barang di pekan untuk budak-budak. Hmphh budak jaket hijau lumut tuuuu yang bikin lawak citer ni. 

Ramai-ramai hantar makanan hihi.



Buat kira-kira harga barang yang budak-budak dah pesan. Aku time ni loqlaq sangat memang tak membantu langsung. So yang aku tahu aku beli barang jee xD

Aku dengan Nic memang rapat and selalu bercerita ngan Tuan Fadhil ni.

Lubuk tidur diorang.

Hari kedua kuarantin kalau tak silap.

Beli kipas dan pasang untuk pengudaraan yang baik. 

Muka cuak nak swab test hahah

Kami team Taskforce Borneo!

Bas nak bertolak ke airport waktu ni. Wkatu gini dalam 4,5 pagi tak silap. Hah ko rasa?? Memang tak tido selalunya kalau ada pergerakan pelajar pulang.

Time ni tengah siapkan data untuk airport mana ntah. Yang sure aku belajar buat master data yipee seronok!! One achievement unlock.

Meeting-un

Tuan Fadhil beraksi

Bersama MMK.

Students yang dah sampai airport. Mengalir air mata kesyukuran wehh tengok dorang selamat sampai.




Jeng jeng, aku jadi editor atau bahagian data malam pergerakan pelajar. Aku dengan Kamal yang ubah kalau ada apa-apa kesilapan pada maklumat pelajar. Then, buat 5 copy untuk LO, polis, driver dan pegawai.
Hantar Mar pulang


Tetiba tepek ni. Biar la. Waktu ni shooting video promo Pertandingan Hero Siswa Challenge.

Askar hantar sampai depan rumah youu.

Ingat tak yang aku citer memula tak dapat nak balik raya kan, rupanya ada pegawai yang usahakan untuk kami dapat balik sebelum raya. Sebab result swab test semua negatif. So usaha tu smapai ada buat permohonan ke Balai Polis Bukit Aman.

Cuma yang kesiannya, pelajar Borneo still kena stay tunggu flight sebab yolaa mana boleh suka hati arrange flight sendiri. Ni deal dengan pihak MAS semua kan so kita sebagai rakyat marhaen kena lah ikut.


Malam terakhir sebelum balik

Pagi sebelum balik

Yang berkereta semua konvoi hihi

Sekitar suasana sebelum pulang

You all will be missed


Al hasilnya,




Saya beraya di samping keluarga lagi tahun. Tak dapat pecah record nak beraya di perantauan uhuk. Nantilah dah kahwin baru merasa nak raya jauh daripada family. Haaa.

Apapun, alhamdulullah thumma alhamdulillah!

Pengalaman sebagai MPP adalah pengalaman paling berharga dan mahal bagi aku untuk tahun ini; tahun 2020; wawasan 2020!



Older Post | Newer Post





بسم الله الرحمن الرحيم

Selamat datang ke Bicara Bumbung kepunyaan NFatin Husna. Jemput baca entri mana yang suka. lepas tu, silalah tinggalkan jejak ya?


Template edit by: Faiz
Background by: Fazeera
Basecode by: Lettha