Jumaat, Jun 07, 2019 | 3:19 PTG | 0 comments
Selamat Hari Raya guys! Maaf zahir batin hihi.
Ok tak rasa nak citer pasal raya pun, tapi nak citer pasal sorang kakak misteri ni.
Kami ada sorang senior ni, kakak ni orangnya jenis melebihkan orang dalam segala hal. Makna katanya, kalau orang mintak tolong apape sikit en, dia akan dengan cepatnya berkata "Haa boleh-boleh". Punya susah nak berkata tidak ataupun beralasan kalau orang mintak tolong.
Ada sesetengah panggil dia 'Ithar terlebih'. Ithar tu perkataan arab maknanya melebihkan sahabat daripada diri sendiri. Gitteww.
Aku pulak antara orang banyak kali jugak mintak tolong dia. Masa sem 2 dulu kan aku tak bawak kenderaan, kakak ni pulak ada motor. So kekadang nak balik kelas ke apa dia yang tolongo amekkan.
So aku ni kan, rasa serba salah and susah nak tolak permintaan dia kalau nak mintak tolong orang. One day tu, dia mintak tolong temankan dia pergi Shah Alam (dari Tg Malim) naik motor sebab nak interview orang untuk fyp (final year project) dia. Aku tanpa berat hati terus kata okay. Ntah.. rasa okay je nak tolong dia hari tu. Padahal esok pagi class, malam tu pulak ada perjumpaan persatuan and aku baru lepas ada keje apantah kat luar masa. Tapi aku cakap dengan dia nanti lepas settle keje luar nanti terus pergi eh. Dia pun okay je.
Dan aku pun taktahu kenapa aku tak offer je dia naik kereta waktu tu. Padahal aku dah bawak kereta masa tu. (tepuk dahi sendiri) Tapi bila tanya balik kakak misteri ni, dia memang sengaja nak bawak motor je. Sebab dia nak jimat minyak and lagipun motor tak payah bayar tol. Plus dia suka bawak motor hahah.
Maka petang dalam pukul 3 macam tu kami pun masuk highway. Ada satu kejadian lawak weh before masuk highway ni. Aku punya helmet boleh pulak terbang ke belakang dan aku menonong je tengok helmet tu terbang. Kitorang berhenti ke tepi nak amek, sekali ada mamat motor amekkan and pesan ikat kuat-kuat. Aku syak sebab aku ikat longgar pastuuu aku pakai terkebelakang helmet tu. Nak jaga awning tudung la katakan (wahaha). Visor pun habis tertanggal and calar. DAN! Helmet tu orang punyaaa uwuwu maka perlulah aku ganti balik.
Then kitorang sambung perjalanan.. Aku terpaksa pegang tali helmet tu sebab dia punya pengunci dah patah. Memang sepanjang perjalanan aku dok pegang tali tu bagi ketat. Haa ko rasaa?
Then masa kat Bukit Tagar, tetiba si kakak ni kata "Husnaa minyak motor habis". Aku gelabah dah. Haa sempat sampai stesen minyak tak? Aku tanya dalam keadaan tergagap-gagap. Tak sempat nak kakak tu jawab, motor tersadai tepi jalan dah. Aku tercengang habis masa tu. A..ku kat high..way???
Ha nak bukti sangat kan. Ini dia. Tengah terik wey kitorang tersadai. Memang masak aa.
Kitorang minum air jap..pikir nak buat apa. Memula call emergency tu. Report then taktahu pun dia nak buat apa. Dia kata jangan expect dia bawakkan minyak. Ok fine.. cam takleh berharap sangat je ni.
Kitorang pun call kengkawan kat Tg Malim. Mintak dorang hantarkan minyak. Tengah duk call tu, tetiba dorang suruh confirmkan dulu emergency tu nak buat. Karang dorang hantar minyak tapi orang tu pun datang serentak kan dah naya. Ok kami call balik then baru lah dorang cakap dorang akan datang.
Ini la kakak misteri tu. Dia tengah sibuk call orang aku duk sibuk amek gambar. Well photographer berjaya kan.
So kitorang decide tunggu orang Jalanraya. Ah sebat je panggil. Kitorang puzzled gak sebenarnya nanti dorang datang nak buat apa.. Sebab macam digantung tak bertali jawapan dia tak janji boleh bawak minyak sebab bahaya katanya bawak minyak kat jalan raya. Pastu nanti korang bawak apa?? Diorang boleh cakap dorang akan bawak kon. Weh aku dah nak tergelak pasrah dah waktu tuuu. Apakah? Ok fine kami tunggu.
Tunggu dalam 15 minit camtu, pasukan penyelamat tiba. Dorang datang untuk tanya berapa rm minyak nak kena beli. Si kakak misteri cakap RM7 jer. Tapi kami kena bayar laa, dorang tolong belikan je. OK bangg bolehh.
Oh aku lupa nak citer, si kakak misteri ni bolehh terlupa nak isi minyak. Tu sebab kami tersadai tepi jalan ni. Nak tolak motor, memang nun jauh di sanaaaa stesen minyak. Memang ni pengalaman pertama sungguh la. Kalau duk rumah memang non hado laa aku dapat merasa macam ni hikhik.
Sementara tunggu brother2 tu beli minyak, kami duk lepak tepi motor bertukar cerita. Sebenarnya aku dah lama cari peluang nak bercerita and tanya akak ni macam-macam tau, tapi selalu tak sempat. So waktu tu aku ada rasa macam Allah bagi peluang untuk aku buat demikian.
Aku pernah tanya, "Kak, kenapa akak selalu tolong and lebihkan orang??" --Pastu akak ni jawab, "Sebab akak ni orang susah, akak rasa dengan buat macam tu akak rasa bagi manfaat kat orang. Lagipun akak hidup susah dari kecik, so akak taknak orang lain rasa susah macam tu" Lebih kurang cam tu jawapan dia. Insofff dan menginspirasikan betul. No wonder ada orang jadikan dia idola.
Dan kami pun bercerita macam-macam... seronok moment tu. Dengan bawah kepulan awan dan matahari lagi. Memang draf masa berejam jugak la citer dia. Si brother jalanraya tu lama betul beli minyak haha. Sebab stesen minyak jauhh and dorang nak pusing lagi.
Waktu brother tu sampai diorang siap bawak vitagen lagi. Sempat dengar ceramah sikit daripada dia. Dia suruh spare minyak dalam botol. Sebenarnya kami kehabisan minyak sebab memang tak isi dari awal, bukan sebab tak cukup huahua. Stesen minyak tu pun dicipta memang cukup-cukup kalau sekali orang isi full tank.
Sambung lagi perjalanan.... Pastu hujan lebat!! Imagine laa naik motor dengan hujan lebat. Visor patah pulak tu. Menangisss weh kena peluru hujan kat muka ni (ok tak nangis pun tipu jee). Memang rasa macam kena tembak kat muka ni. Aku duk tekup muka kat belakang si kakak tu je sambil peluk dia. Dah laa dia bawak laju woo motor. Mana tak seram woo.
Sunset ni amek masa kat rnr.
Solat kat rnr then sambung perjalanan. Tetiba kami dpaat tengok sunset!! Cantik gilaaaa weh mashaAllah. Aku rasa tu macam hadiah untuk kami. Kami memang terujaaa time tu.
Ni gambar amek masa tengah tersadai tu hikhik ni pun cantikkk kan
Jumpa ustaz tuu malam lepas maghrib jugak lah. Kami boleh settle makan and solat lagi time tu. Ustaz pulak baikkkk sangat. Syukur jumpa insan--insan baik seperti mereka. Ustaz bagi hadiah nama dalam khat balik tu wehehe.
Adorable kann kan.
Kami balik time tuu dalam pukul 12 malam. Wakaka. Gila tak gila. Samppai rumah dalam pukul 1 pagi. Aku siap tidur on the way balik tu fuhh memang pengalaman yang seronok ah bagi aku. Alhamdulillah Allah jaga semua. Balik rumah memang sakittt badan haha.
Ni status kakak misteri tu haha.
Udoh-udoh ler tuu. Selasa depan aku final exam. Doakan saya ya!