/>
Bicara Bumbung
Mereka dan kita pada masa tua.
Khamis, Mei 09, 2019 | 12:29 PG | 0 comments
Aku di sini kan, (di Tanjong Malim, Perak) tinggal di rumah sewa. Kami ramaiiii dalam satu rumah ni. Rumah teres 3 tingkat (wow?). Dalam 18 orang tak silap. Memang sangat padat macam milo sebenarnya satu rumah tu. Kami dah macam family.

Aku yang tak pernah merasa duk ramai-ramai satu rumah (kecuali kalau balik kampong) (lagipun sebab adik beradik sikit kah), memang ni the first time ever experience laaa. Ko bayangkan dulu duduk rumah sendiri (baca: family), bilik kita punya, katil kita punya. Masuk rumah boleh lepak-lepak kat ruang tamu sebab takde orang. Sekarang ni kat rumah sewa, haaa satu bilik aku berkongsi dengan 2 orang kawan. Kami tak guna katil, tapi guna toto je (sangat sederhana kan). Di rumah ini, aku belajar hidup berkongsi dan tolak ansur. Dan juga marah-marah haha. And kitorang amalkan solat jemaah dan jugak mesyuarat untuk bincang hal rumah.

Nak dijadikan satu cerita, ada satu housemate kami tu, sudah kehilangan ayah. Dan sekarang Allah uji emaknya ada sakit dan tak boleh aktif bergerak. Tambahan lagi, dia seorang anak tunggal. Jadi, nak tak nak tanggungjawab jaga emak tu ada pada bahu dia lah kan? So, bermulalah episod baru dalam rumah sewa kami. Kami menerima kedatangan seorang wanita yang berumur dalam lingkungan 50-an yang kami panggil ummi.

Aku tengok ummi memang teringat maktok. Siryes. Dari segi putihnya kulit, raut wajah dan cara jagaan. Sekali sekala aku bertegur sapa jugak lah dengan ummi. Balik kelas je, "Ummiii! Dah makan?" dan bermulalah kami bercerita. Ummi masih kuat ingatan lagi so banyak benda yang boleh dia cerita mengenai masa silamnya.

Satu hari, ummi nak mandi. Sorang housemate panggil aku untuk tolong dia mandikan ummi. Kena bukak pampers, lap  badannya, angkat ke kerusi roda, bawak ke bilik air dan mandikannya. Masa aku mandikan tu kan, aku betul terbayang macamana nanti kalau parents aku dah tua. Like, sanggup tak aku jaga macam yang aku tengah buat sekarang? Yelah sekarang sebab ada orang tolong, nanti kalau masa mereka dah tua, kemungkinan aku sorang-sorang jer sebab adik-adik ada keperluan lain.

Peristiwa tu buat aku bertekad dan berniat jugak, untuk jaga ummi dan baba aku masa mereka tua nanti. Moga Allah izinkan inshaAllah. Amiin!

Aku teringat jugak satu perjanjian yang pernah aku dan Uma (adik) buat satu ketika dulu. (harap kau masih ingat)

Nak tunggu gambar begini lagi; masa dua-dua grad degree.
Ngee.


Esok birthday ummi! Tapi kami adik beradik plan buat surprise delivery. Hope benda ni boleh laa jadi benda yang happy-kan dia walaupun kami jauh.


Older Post | Newer Post





بسم الله الرحمن الرحيم

Selamat datang ke Bicara Bumbung kepunyaan NFatin Husna. Jemput baca entri mana yang suka. lepas tu, silalah tinggalkan jejak ya?


Template edit by: Faiz
Background by: Fazeera
Basecode by: Lettha