/>
Bicara Bumbung
Pengalaman study 7 minggu di KUIM
Sabtu, Jun 16, 2018 | 6:54 PTG | 10 comments
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

I tahu hari ni hari raya kedua and i baru sibuk nak update hihi sorry la uols busy dan tersangat la busy waktu kuliah. Laptop ni nak bukak selain daripada buat esaimen memang takkan laaaa. Okeh so how was your 2018 raya? Una balik Batu Pahat esok wehee. Semalam dan harini kita bertapa di rumah saja beraya di kawasan perjiranan dan menunggu orang beraya rumah. #teamrayajohor

So post kali ni una nak cerita tentang my recent experience studied at KUIM (Kolej Universiti Islam Melaka) selama lebih kurang 7 ke 8 minggu before mid sem. Then what happen next? Jengjengjeng. Una sambung balik ke UPSI after dapat tawaran ke sana.

But nak cerita nya di sini, I takleh move on lagi tau daripada suasana kat sana (KUIM). Missed a lot of things! Taktau lah sebab pengalaman yang sekejap atau tak puas lagi duduk sana atau memang seronok sebenarnya kat sana hehe. Una sampai menangis rindu kuim kot masa minggu pertama masuk upsi wuhuu kantoi lah pulak. Since masa nak masuk kuim una search and googled everywhere hanya nak tahu pengalaman orang kat sana tapi non hado, so I decided to post a bit about my experience there.

My first impression masa sampai;
"Keciknya tempat ni"
"Tak cantiknya tempat ni"

Sorry if it sounds menghina but tu my impression maaf. Next time I learned that don't judge a book by it's cover but i did judge huahua my fault. Tu yang nak kata pandangan pertama tak selalunya benar.

Then, una terasa sangat suasana dia seperti di asrama penuh di mana kamu harus mengikuti segala peraturan yang telah ditetapkan. Seperti tidak boleh pulang lewat melebihi 7 malam/sore. Lepastu harus ada pas keluar ke ya kalau tidak kamu tidak dibenarkan keluar dari kolej. MPP dia pun siap pesan pakai handsock, stokin and tak boleh pakai ketat sendat dan mampat which is a good thing sebenarnya. But I felt memang macam kat sekolah berasrama penuh ataupun maktab. Ummi pujuk je haa merasa la juga nak duduk asrama kan. Haha kat situ terpujuk sikit hati ni.

For the bright side, tempat yang kecik dikatakan kecil ni lah sebenarnya membuatkan warga-warga kat dalam ni jadi rapat. Like one family. Una pergi mana-mana ada je tegur orang and orang tegur kita sebab semua kenal. Sangat best suasana macam tu and perasaan dia lainnn lah. Furthermore, kolej ni kalau buat program dia akan wajibkan yang sem 1 join so memang semua akan join pastu lagi la kenal ramai orang and lagi bertambah circle friend pastu jumpa selalu. Ya Allah memang kita rasa sangat masuk dalam tempat ni dan tak asing. Semua jadi tak sombong malah peramah ya amat. So I can conclude orang-orang KUIM memang peramah belaka dan tidak sombong. Yang senior memang macam akak dan abang haa tengok walaupun ada certain orang Melaka kuat agaknya so hawau dia tu ada lah tapi hati mereka baik ehem.

Tambahan lagi, ni kolej Islam so subjek pun ada yang menghafal Quran dan ngaji agama. Sangat baik dan best! Memang una teringat zaman sekolah dulu bila masuk sini. Pastu program-program dia pun ke arah yang baik macam Kem Ibadah, Sambutan Maulidurrasul and so on.

Contra maybe kalau keluar ke dunia realiti nanti akan berlainan sekali dengan apa yang kita alami sewaktu belajar.

Apa lagi ekkkk oh ya pasal kawan-kawan sepanjang una di KUIM. First person I met and boleh lekat sampai sekarang adalah Fayizah. Budak diploma kaunseling (DPIK). Dia laa pi rajin tegur una then kami pun terborak dengan rancak tanpa sengaja. Sekali rumah depan-depan je memang senang nak selalu singgah sahur kat rumah dia dan jugak saya. Daripada dia, jumpa Nadiah and Atteelia and Nad which is from the same group masa orientasi. So many sweet moments lah dengan depa ni semua. Sekali tu pernah gi library UITM Lendu sebab nak cari bahan lain. Sampai ke maghrib baru sampai kolej haa nasib baikkk tak lebih kol 7. Tu pun nasib baik tak decide gi library U lain kat KL hahaha lawak ngat. Then, group assignment dengan Nadiah and Atteelia pun best. Buat keje sama-sama then tak faham salign top up. Una dengar dia ni berlatih present and betulkan apa yang patut. Ada sekali lepak bilik diorang untuk siapkan keje sampai kol 2 pagi baru una tidur. Nadiah tu tak tidur kot sampai ke pagi. Nasib sempat tido jap pagi tu. Then time jumpa lecturer pulak beliau boleh tiada di dalam surau... haiyaya.. sempat jugak lah merasa esaimen kena reject huahua. and the rest is history. Then apa lagi.. pernah main badminton dengan nadirah. Pastu sharing dengan dia una mian piano. Pastu gi library nampak dia kat library jugak. Seronok ada geng gi library hehe. Fay pulakkkkk haha tiap2 malam lepak bilik cerita tu cerita ni. Yang una ni, memang sokmo je kat meja belajar dia. And kat sana jugak una start buat bussiness topup. So rumah una dah macam toko topup haha.

Bilik dia cemana? Kalau tempat una kat tun teja, rumah dia ada 3 bilik and boleh memuatkan 10 orang. Katil semua double decker so memang lagi mengeratkan lagi lahh. Orang atas malas nak naik dia tumpang katil orang bawah hahaha sini la una belajau sharing katil selain dengan adik.


Apa lagi eh guys? Memang masa una dapat tawaran UPSI tu dalam dilema sangat. Berhari-hari kot pikir nak yang mana. Antara impian sendiri dan harapan ayah. And in the end.. I chose harapan ayah. Banyakalah ksiah di sebalik pemilihan tu. I have done my istikharah apa semua and inshaAllah ini jalan yang terbaik. Una yakin ada sebab una berada di KUIM walau sebentar cuma.

Maybe di KUIM una boleh dapat banyak benda islamik, but at UPSI I have to search for it and create it.

Oh ya, una kos psikologi waktu tu hehe. And inshaAllah ada rezeki una akan singgah situ nanti otw balik ke Tanjong Malim and ada cita-cita nak buat master Psikologi di situ. Doakan yeh!!

Oh ya, sape-sape yang tengah survey tempat belajar kat Melakau ke apa, i can recommend you this place. KUIM - Gerbang Psikologi Insan.
Aiwah!!! Haahha

Toodles. Ma assalamah.


Older Post | Newer Post





بسم الله الرحمن الرحيم

Selamat datang ke Bicara Bumbung kepunyaan NFatin Husna. Jemput baca entri mana yang suka. lepas tu, silalah tinggalkan jejak ya?


Template edit by: Faiz
Background by: Fazeera
Basecode by: Lettha