Khamis, November 09, 2017 | 4:25 PTG | 0 comments
Assalamualaikum sume!Sekarang nii tengah era SPM untuk hadek-hadek umur 17 tahun yang lahir pada tahun 2000. Wow dak era 20 dah amek SPM. Budak-budak era 90-an dah lama dah say bye bye to zaman sekolah.
Nak citer pasal kenangan masa SPM dulu. Aku amek 10 subjek; termasuk BahasaArab, Syariah, PQS, dan seketul Add Math.
Padahal Add Math tak diajar tau kat sekolah. Sebab sekolah aku dulu jenis sekolah swasta Agama; so subjek ni memang tak ada lah. Tapi siapa nak daftar untuk amek no problem. Cuma kena belajar sendiri ah. Gittew citer dia.
APESAL AMEK ADDMATH?
Saja gatal. Hohoho. Takdelah, sebab basa form 4 berimpian nak amek Sains Tulen (nak bedah katak kononnya), tapi bila belajar sume subjek tu; memang tak boleh bawak masa form 4. Dengan keadaan belajar time petang (macam kelas tambahan), sebab kat sekolah tak diajar subjek ni. Seminggu pulak sekali berjumpa dengan subjek tu semua. Result tak berapa cantik. Fizik fail teruk kot. Asal nak study fizik je mata bergayut alahai. So, Biologi, Fizik and Kimia memang ditinggal awal-awal. Tapi kenangan belajar ngan Ustzh Maizan, Ustzh Aisyah, Ustzh Hafizah memang tak dilupakan :)
So, Add Math je rasa nak bawak sampai ke form 5 sampai ler SPM.
Ya, semuanya aku belajar time luar waktu sekolah.
Alhamdulillah, ada ustaz ni bekas engineer yang willing nak ajar kitorang Addmath masa form 5. Dia bukan originality amek pendidikan, so dia ajar macam as an engineer haha. Masa form 4 dahsyat jugak addmath, sebab tak habis class pun. Ustazah yang ajar tu mengandung tak silap, so tak dapat nak belajar betul-betul. Serius belajar Addmath masa form 5.
Setiap Rabu petang AddMath Form 4, Khamis petang pulak AddMath Form 5.
Pastu aku pergi tuisyen AddMath jugak dekat-dekat rumah Jumaat petang.
So this is my life masa form 5. Hectic weh. Tapi taktau nape setiap kali balik kelas Addmath seronok gila. Dia macam ada serapan semangat yang tinggi. Maybe sebab soalan-soalan yang mencabar pastu tumbuk kalkulator, then tingggg! Dapat jawapan, sekali betul. Wah heaven rasa dia. Siapa yang otak atau minat Matematik sure faham perasaan gini ;) Geng!
Kalau jawapan salah pun, berpatah balik ke tempat la pastu struggle cari jawapan balik.
Kelas kitaorang ni sikit je; dalam 8 orang kot yang amek subjek ni.
Nani, Eykin, Najwa, Syifa', Syazani, Agung, Amer, _____?
(and the rest tak ingat)
Memang kalau tak paham, dengan tebal muka aku angkat tangan tanya. Takpun pergi depan tanya ustaz. Kadang-kadang bincang dengan member. Ustaz selalu jugak buat set soalan kat whteboard, then mintak sorang wakil untuk buat and explain kat depan. Dengan tu, kita faham dan memahamkan orang lain jugak.
Kat tempat tuisyen pulak, fuhhh mencabar jugak la sebab bercampur dengan budak-budak terer. Diorang pulak dari sekolah sama so memang riuh habis dalam kelas. Cikgu sporting jur memang pakar dalam Math dia tu. Banyak kasi tips mudah la nak faham formula and so on.
Selalu dapat duduk sebelah Aina; budak genius dalam kelas tu. Pendiam ngat tapi pintar amat! Kat sini aku pemalu sikit nak tanya open haha sebab ramaaai orang pastu aku ganjil kat situ sebab pakai baju sekolah lol. So selalunya last class baru aku terkedek-kedek approach cikgu.
Banyak kenangan gak kat situuu. Pernah sekali aku nak solat Maghrib (tak silap) kat tempat solat, habis solaat je tengok beberapa budak laki duk intai buat aucak kat pintu yang bercermin. Terkujat aku masa bagi salam belah kanan.
Paling klimaks dalam citer aku ni, malam before paper AddMath tu aku tido dari kol 11 sampai kol 2, pastu bangun then sambung study. Sambung study lak dengan kawan thru whatsapp. Sampai kol 5 pastu stop terus siap-siap mandi and solat subuh. Dalam 3 jam tuu berapa soalan je pun dapat cover ahaha. Add Math memang panjang betul cerita dia.
A few hour before paper, sempat lagi kitorang borak-borak and tanya ustaz pasal soalan.
And surprisingly, aku mintak banyak extra sheet. Rahsianya? 1 soalan 1 page ahaha. Tapi memang jalan kerja dia panjang pun. Seingat aku banyak jugak lah soalan tak habis wuhuu sebab tak tahu. Tapi tawakkal alallah. Dah usaha habis baik, maka bertawakkal.
Hasilnya, aku dapat B dalam Add Math. Alhamdulillah, berkat Allah tolong dan sokongan cikgu-cikgu. Tanpa mereka siapalah aku.
If you don't try doing what you haven't do, how would you know you can do it better?
Ini secebis kisahku dengan Add Math. Rindu nak belajar numbers!
Moga jadi pengajaran dan isnpirasi pada korang semua.