Selasa, September 12, 2017 | 6:25 PTG | 0 comments
Assalamualaikum. Hai!Fuh, dah setahun rupanya tinggalkan blog. Jenguk tu jenguk jugak, cuma hanya baca entri lama je. Tengok la entri terakhir, update pasal tukar url blog. Last-last tukar balik ke url asal sebab url baru yang ditukar tu macam annoying. Haha.
OK, Alhamdulillah baru je lepas touch up blog ni. Rupanya skill meng-edit masih tak berkarat lagi *tiup kuku* Boleh survive la kalau nak belajar subjek programming. Haha gelak kuat. Perasan lebih, belajar teori pun menangis di bucu katil. Hadohai.
Latest update? Oyeah Alhamdulillah thumma Alhamdulillah, saya baru je menamatkan Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak hasil keluaran UPSI. Akhir bulan Oktober nanti saya akan bergraduasi. Bulan Mac-Ogos haritu dah penat lelah berpraktikum bersama anak-anak Rawang sampai berat badan turun mendadak. Such a 'great' moments at there.
Gambar yang sempat ditangkap waktu bertugas di TASKA.
Phew.. bertugas dikau!
So apa saya buat sementara tunggu tawaran untuk ke degree pula?
Hmm, asalnya memang saya nak bekerja. Maklumlah bila umur meningkat ni, rasa untuk memiliki duit hasil titik peluh sendiri. Dah ada perasaan malu daah untuk bergantung sepenuhnya pada parents. Gittew. Tapi almalangnya, ada kerja nak pekerja yang tetap, ada kedai pulak waktu rehat 2 kali saja, celah mana saya nak rehat solat Maghrib pulak tu? Solat 5 waktu bukan 2 je kan? Bijak~ *nada kakak puji adik kecik*
So, nak ataupun tidak saya mulakan bisnes kecil-kecilan secara online. Mula-mula buat preloved bussiness di instagram @prelovedbynfhsna. Ini timbul kerana kesedaran terhadap banyaknya benda-benda berharga yang masih elok di dalam rumah ini. Maka saya berkata dalam hati "Why not I try this bussiness?" Yelah, daripada kita terus buat bisnes yang memerlukan modal yang besar. Kita start dulu dengan apa yang kita ada. Buku dengan baju yang saya tapi masih elok semua saya lelongkan. Alhamdulillah, kebanyakan kenalan rapat kita la yang jadi customer. Well, it's a good start anyway? Tak lama pastu ada kawan pula yang offer untuk jualkan pakaian preloved mereka. Saya setuju je huhu sebab tolong promote je.
Tapi tu lah, mungkin kekurangan dari segi kualiti gambar atau promosi kot apa, sebenarnya tak menggalakkan sangat pun jualan dia. Tapi ada lah customer dia. Ha gittew. Mungkin kena update sikit kualiti gambar dan sebar luaskan promosi dia.
Lepastu,, jeng jeng jeng. Saya try buat bisnes dropship edutoys pulak. Dah lama saya fikirkan nak buat bisnes tau tapi memang I don't know where to start and what I am going to sell. Lagipun, dengan pengaruh orang sekeliling yang macam buat bisnes ni ibarat cendawan tumbuh selepas hujan, lagi la saya membara-bara nak try. Saya memang macamni, excited buat benda baru.
So yea, I decided to sell edutoys di Facebook dengan hashtag #unaedutoys. Luckily senior yang saya percaya saya jadikan beliau sebagai sifu pertama saya dalam bisnes ini. Here you Kak Atikah Shafie. Dia pun berniaga edutoys juga. Memang banyak communicate dengan dia lah pasal stok itu stok ini. Tambahan pula! Saya kan lepasan Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak, felamak memang sesuai sangat saya buat bisnes edutoys ni sambil educate parents tentang perkembangan anak-anak. Kadang-kadang saya share jugak apa yang saya tahu and belajar masa diploma. So that parents ada kesedaran pasal anak-anak kecil diorang. Boleh la nak usha FB saya untuk tengok edutoys yang saya jual. Pastu pm atau whatsapp kalau confius untuk carikan mainan yang sesuai.
InshaAllah bisnes ni bukan sekadar masa sebelum masuk degree. Akan diteruskan inshaAllah.
Masa sekarang fleksibel sangat. Pagi bangun subuh sarapan semua lepas tu bersiap kalau ada nak hantar order ke bank in duit ke. Lepastu free pergi beli barang. Then balik rumah dan masak untuk tengahari. Sekarang baru ada kesedaran nak masak secara serius tau. Dah boring agaknya makan kat kedai lama sangat masa belajar. Lagipun dah terbiasa masak masa duduk rumah sewa. Rasa macam ni la kehidupan yang diidamkan. Waktu kerja fleksibel. Hahah itu yang penting.
Next project; ingatkan nak buka kelas mengaji pulak. Tapi takut sibuk sangat sampai penat dan terkejar-kejar. Tapi tengok orang lain buat bisnes macam-macam elok aje. Tapi ada kawan cakap lagi agus fokuskan pada satu bisnes dan buat betul-betul. Banyak pulak TAPI nya. Hah apa pendpat korang? Sebab contoh kalau nak fokus dengan bisnes ni betul-betul, maybe kena buat flyers edarkan kat taman perumahan ni pulak. Huahuahua *verangan* Oh untuk preloved pulak, kena amek gambar bagi cantik sikit.
Apa kata korang?
Al-fatihah untuk Sultan Kedah.