Selasa, September 26, 2017 | 6:12 PTG | 0 comments
Tadi pergi jalan-jalan ke Aeon Jusco. Sejak tanam anggur tak tumbuh-tumbuh ni kan, memang kerja saya berjalan aje mengukur tanah. I'm trying doing something that I can't do while busy studying. Contohnya? BACA BUKU!Serius cakap ah masa duk belajar dulu memang takda masa nak baca buku selain buku akademik. Masa tu sentiasa je ada untuk baca, tapi setakat isi masa lapang before tido. Kalau novel ni memang dah tolak ke tepi.
Seronok la jugak tadi lepak kat Harris Bookstore berjam lamanya. Duk belek satu-satu buku yang nak dibeli. Konfius nak beli mana satu. Haa baca la sikit-sikit. Pandang atas rak sikit, ehh buku ni macam menarik Tarik jap dan baca la. Dilema betul. Last-last yang duk baca tu bukan beli pun. Saja baca amek point. Yang beli tu memang nak simpan buat koleksi.
Nak citer benda sebenaunyaaa itu saja bagi mukaddimah panjang. Well i went to this bookstore for a purpose. Nak belikan buku untuk kawan guna baucer RM10 Harris bookstore ni kasi. Saya ada 2 baucer ni. And boleh guna every RM80 purchasing. Kiranya kena belanja lebih dari RM80 boleh pakai baucer. Ok la set. Buku camni dalam 3 bijik pun dah lepas RM80. So dapat jimat RM20.
Masa kat kaunter tu, akak cashier cakap satu baucer untuk RM80. Cehhhhhhh. Maknanya kalau 2 baucer kena belanja RM160. Hurm krik krik di situ.
Dasar marketing.
Cerita selanjutnya. Dah lepak baca buku saya gi BOOST pulak tempat jualan jus buah tu. Saya ada gak baucer satu dapat less RM2. Kira ok la kan. Then decide nak Wild Berry Juice saiz medium.
"Oh dia kena ambik original kak"
Hm, dasarrrrr. Krik krik.
Yeah itu dia adik-adik teknik marketing pada hari ini ya.