/>
Bicara Bumbung
Beberapa adegan sebelum cuti raya.
Selasa, Julai 05, 2016 | 10:53 PG | 0 comments
Hai assalamualaikum people.

Harini maybe last day puasa jika ketemu anak bulan malam ni maka malam ini sudah takbir raya yiey ALHAMDULILLAH.

SO FAR ceewaaah so far eh betullah dah jauh perjalanan kita dalam bulan Ramadhan; so far how was your RAMADHAN? Hendaknya amalan kita diterima Allah S.W.T dan kita memperoleh taqwa sebagai natijah kepada 1bulan yang mulia ini. Harusnya kita bermuhasabah diri apakah cukup amalan kita sepanjang 1 bulan ini di mana Allah telah buka seluas-luasnya pintu keampunan dan kasih sayang. Hurr sedih tu tak tipu lah kan kalau cakap bab amal ni hukhuk (T_____T) Doa la banyak-banyak wey semoga terus diberi kekuatan.

OKAY ghase nak berciter panjang ngan korang semua harini sebab dah lama kan ai tak menaip macam boleh kira berapa ketul entri je untuk setiap sem keh keh at least hado lah kan. Ini semua sebab terbakor bila baca entri-entri lama Fatin Liyana. Dia sudahpun beranak satu you knowww wah how time flies kalau dilihat secara kasar, purata blogger pemes semuanya dah beranak pinak. This including Cik Epal, Yuyu Zulaikha, Nadia Irene Marcello and Hanis Zalikha.

Sebenarnya kan bila baca blog and life orang ni, ada je inspirasi yang aku dapat daripada diorang tau. Like after all those hardship, they still managed their life sebab tu diorang still menulis hahaha buat aku teringat jugak kepada hardship yang aku lalui tapi tulah sayang aku tak menulis hmmpf :(

Apart from that, aku buat benda alah ni untuk elak tido lepas subuh haha marilah kita berpesan-pesan ke arah kebaikan.

Oyeah pagi tadi siap jugak forum aku yieyyyy I managed it. Forum online tu salah satu task kitaorg untuk subjek Muzik & Pergerakan Kreatif Awal Kanak-Kanak.



Pagi Rabu lepas, PDPAKK ada buat AGM yang mana dalam perjumpaan tersebut sidang lepas telah dibubarkan dan akan diganti dengan yang baru. Kali ni Penasihat kitaorang saja buat style lain sikit iaitu dengan cara pengundian dan kena buat manifesto bagai untuk meraih undi. Ok sebelum panjang aku bebel, meh aku bagitau PDPAKK tu Persatuan Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak adoi semputt. Aku dah macam calon pilihanraya yang nak meraih simpati wehh undilah saya hakhak.

Yang klimaks, aku mohon untuk bertanding jawatan Exco Akademik&Kerjaya sbb aku pun still baru dlm persatuan ni. Tup-tup lecturer tolak aku untuk bertanding ! Beliau pi tolak aku ke jawatan Setiausaha! Dah la time tu jugak dia announce, dan tu jugak la kena bermanifesto. Tak ke kecut salur darah? Cakap je la pape yang patut haha yang penting point out benda penting sahaja. Aku just cakap pasal pengalaman aku dalam jawatan setiausaha and "saya rasa anda patut pilih saya sebab saya murah dengan senyuman maka anda tidak perlu takut untuk bercakap dengan saya".. Terus rasa krik krik sebab bunyi macam pewasan ngat. And aku berharap sangat persatuan ni dapat mengeratkan lagi hubungan junior-senior; like kalau berjumpa tu boleh bertegur sapa beramah mesra macam kat sekolah oh plis laa buang jurang senior-junior tu. Sebab masa aku sem 1 aku tak dapat merasa camtu sikiiit la maybe faktor aku yang kurang keramahan kihkih. Tapi kalau dah start ramah habisss la semua orang balun ditegurnya.

Hasilnya aku dapat undi majoriti haha padan mukaaa yiey. Tahniah wa takziah untuk diri sendiri, ummi siap cakap habisssla kena hadap fail lepas ni. It's okay anggap laa itu semua pengalaman yang mematangkan diri ecece btw best what hidup busy tak sunyi hidup. Furthermore, bila ada kuasa kau rasa berkuasa nak buat apa. Kau akan buat apa yang kau nak masa kau rakyat marhaen dulu. Dan ye, kau harus dengar apa rakyat bawahan nak. One word from kawan aku; EXPERIENCE!

We should be a leader, not the boss okay ;)

Tahniah jugak kat team-mates kitaorang; Faris, Fathini, Fajriah and meh Fthsna. Peh 4F! Macam FANTASTIC FOUR! Fajriah ni menang tanpa bertanding untuk exco Akademik; haha patutnya kami dua berentap tapi dah lawan dia pergi lari :p Ni nama member kasi can ok. Faris pun sama menang tanpa bertanding untuk exco Publisiti&Dokumentasi; benda alah yang dia minat. Fathini punya persaingan boleh tahan jugak lah and in the end dapat jugak exco Kebajikan. Siap dia reka-reka skrip lagi malam sebelum hahaha. 

Aku ni kalau cakap kalau boleh ada point so that ada something yang korang dapat dari entri ni.
The main point is; BE HUMBLE and before cakap secara public banyakkan selawat.  Skill komunikasi tak semua ada secara semulajadi but we have to learn and benda tu sememangnya boleh dipelajari. Pure your niyyah (niat), bahawa dengan kuasa ni aku boleh belajar, timba pengalaman and yang paling penting to contribute something to people =)

Aku pun asalnya seorang yang pemalu okeh *tak tipu* siap ada genetik pemalu lol but I love to challenge myself. Kalau ada peluang, aku akan grab. Biau lew menggeletar ke apa, asalkan aku buat haha that's my principle. Kawan aku cakap aku pucat sangat ok masa bermanifesto.




Pastu adegan hantar kertas kerja pulak.

Aku jadik S/U (kan dah kataaa s/u dan aku takleh terpisah) untuk satu projek kelas ni, so kena buat kertas kerja and dapat pengesahan segala la kan. Bila dah dapat pengesahan lecturer, kena hantar kat Pusat Pelajar pulak untuk dapatkan dana. Masa dok hantar tu, aku TERjujur yang ni projek kelas wahaha padahal kat kertas kerja dah tulis projek under persatuan. So terpaksa patah balik. Kalau dah under persatuan, kena dapatkan tandatangan YDP pulak. Then dapatkan sign lecturer balik dan guna orang lain untuk hantar kertas kerja tuu haha tercungap-cungap sebab target nak siapkan petang tu jugak semua pakat nak balik raya dah. Thanks to Fajr, Badrul & Eizhan untuk misi operandus hantar kertas kerja sebelum rayo. Haaliau settle benda tu dan tunggu approval naik cuti nanti.

Event, quizzes & kerja menanti wuiyooo lepas raya nanti (-_________-)


Ada lagi... tapi aku sudah futur ahah. Post dulu laa nanti ada masa+mood kita sambunggg. Take care and selamat hari raya!


Older Post | Newer Post





بسم الله الرحمن الرحيم

Selamat datang ke Bicara Bumbung kepunyaan NFatin Husna. Jemput baca entri mana yang suka. lepas tu, silalah tinggalkan jejak ya?


Template edit by: Faiz
Background by: Fazeera
Basecode by: Lettha