/>
Bicara Bumbung
Rumusan sem-break 2.
Jumaat, Mac 25, 2016 | 11:54 PTG | 1 comments
Assalamualaikum, Hi!



You know what, saya akan balik ke Tanjung Malim esok. Pergh guna 'balik' instead of 'pergi' untuk negeri selain Johor. Nampak ler saya ni banyak merantau, yedak? Dah la diri sendiri pun celup 2 negeri, eh 3 negeri (Johor, Kedah, Terengganu) okay pastu ditambah dengan negeri belajar pulak, wah banyaknya tempat saya pergi. Tapi satu je yang saya setia (ini bukan pikapline ok), iaitu SEKOLAH. Dari darjah 1 sampai laa form 6, saya ada satu sekolah je tau. Haa nampak tak kehebatannya?

Esok bertolak dari rumah pagi inshaAllah. Pergi dengan baba- 2 orang je kot (kalau takda sapa nak follow) dengan Myvi. And Myvi tu nak bawak pi sana terus. Then baba cemana? Balik Johor naik bas. That was his idea hokay. I sampai nanges dengar idea ni sebab brilliant sangat wahaha. Takde la, just feel like baba sacrificed a lot.

Hmpff, terasa sangat ke-hambar-an intronya. Ya saya tahu dan sedar diri. OK next.

Sebelum saya berceloteh panjang, saya nak citer jap masa still kat Perak lagi. Masa tu dah habis final paper daaah oyea~ Saya balik Johor masa tu naik flight dari KLIA. Tapi sebelum tu nak singgah UIA to pay a visit kawan-kawan lama. Mau 2 malam jugak saya curi-curi tido kat mahallah maryam tu HEHE (muka redha takda penempatan). Nak dijadikan kisah, saya pergi dengan kawan untuk ke UIA tu. Kawan tu ada kakak belajar UIA so dia yang fetch kitaorang dari UPSI ni ha.

Cerita-cerita dengan kawan sebelum balik, Ayu terkejut la saya ke KLIA nanti guna public transport. Dia pelik laa takkan kakak tu tak hantarkan saya kan. Dia siap berani jamin yang akak tu akan hantarkan saya ke KLIA. Yela dah saya tak mintak, takmau la susahkan orang. Lagipun saya rasa dia ada class juga pagi Khamis tu.

Oyeah so pagi Khamis tu, memang saya sendiri la yang naik rapid KL dari KLIA tu, pastu naik LRT dengan terkocoh-kocohnya beli token (first time katakan), dan turun KL Sentral. Fiuh amek bas dan bergerak la ke KLIA 2. Dengan beg roda yang berat tu haha kalau imagine kelakar sangat. Tak padan dengan badan kecik. There you are husna, you managed it. Berdikari juga kau akhirnya :')

Ok tutup cerita. Boleh selak langsir tu.

Sempena malam terakhir second sem-break kat Johor ni, saya nak buat listing sikit benda-benda yang saya dah buat cuti ni. Yela sejak dah masuk U ni memang idok la saya buat diari panjang2 macam dolu-dolu. Harapkan planner dan buat list je. Jom check it out!!


1. KENDURI KAHWIN
Sekarang bukan sahaja dapat jemputan daripada teman-teman baba ummi yang anaknya kahwin, malah kawan sekolah juga jadi raja sehari. Ah dah terasa bahangnya aura-aura tu. Dulu tengok para pengantin macam hakak kita, sekarang kita dengan pengantin nak dekat sebaya -___-

If you ever asked me about this, I don't feel to answer it. Fikir pun kalau boleh taknak. Huu rasa macam ada banyaak benda lagi nak capai for myself and family. Diri sendiri pun banyak kena betulkan huahua. Tapi nak la jugak kahwin. Nak ada anak-anak kecik auw. Tapi calon aja yang belum ada. Takpa saya doakan dari jauh ye. Awak jaga dan improved diri okeh. Nanti dah ready jumpa je terus baba saya.


2. HANG-OUT
Ni kan acara wajib untuk anak-anak generasi-y sekarang keh keh. Sejak ada lesen kereta ni lagi la, agak tak lekat juga kat rumah. Sehari lepas sampai Johor dah pergi sekolah bagi talk sikit kat hadek-hadek. Rindu sekolah tu sampai tahap takleh describe la. Bayangkan, satu tempat yang penuh dengan kenangan masa kecil kau. Suka duka jatuh bangun kau, saksinya sekolah tu la.

Then, keluar dengan kawan-kawan dan cikgu. Catching up each other. Menyambung kembali silaturrahim yang kian terputus. Mendengar cerita-cerita dari sisi hidup masing-masing. Mencari inspirasi di celahan rasa.

Keluar dengan adik. Haa hat ni kena paksa sikit. Taktahu si adik ni ada peel susah keluar rumah. Kena buat ugutan cakap yang kita akan bawak laptop keluar baru dia nak ikut. La ni dia tengah layan harry potter.

Keluar dengan ummi. Membeli dan belah barang dapo laa nampaknya. Harapan si ummi nak anak dara sunti beliau ni belajor memasak sepanjang cuti ni. Tengok laa apa yang dimasak yee haha.

3. MELUKIS
Disebabkan tak ada kerja, saya try develop new hobby, Yipee! Pertama, sebab teringat dulu darjah 6 boleh je lukis-lukis Pooh tukar dengan kawan. Kiranya ada la bakat terpendam tu kan. Kedua, suka sangaaat tengok hasil lukisan orang. Macam argh kepuasan je bila dapat melukis. Walaupun saya ni jenis bila melukis kena tiru orang punya.

Antara lukisan yang saya cuba - doodle. Doodle ni macam senang sikit sebab dia conteng-conteng je. Kalau nak tengok antara hasil mahsul saya, ada kat setagram. Ho laa, tak follow pun tak apa.

4. MEMASAK
Hmm, agak memalukan kalau nak cerita hihi. Tak banyak pun saya memasak. Saya ni masih tak ada passion la dalam masak uhuks. Kalau benda manisan tu ada la jugak rasa seronok nak buat sebab diri sendiri jenis sweet tooth. Bukan sweet talker ye.

Antaranya ; sotong masak kunyit, lempeng, jeli konyaku, roti bakar. Spaghetti tu tolong ummi je ngeh2. See tak banyak pun nak banding cuti yang ada. Saya ngaku memasak memang senang tapi tinggal rajin atau tidak je. Kerajinan pulak terletak pada orang yang nak makan. Kalau ada yang minat nak makan, maka semangat nak buat tu mesti bertambah.

5. READING
Ada la buat pembacaan sikit-- buku Kanvas by Muharikah, Coklat Tarbiah by Aiman Banna, How To Get Things Done, Kompilasi Cerpen Sarkas, blog-blog.


Hmm, that's all for now. Rasa kena buat brake mengejut. Dah pukul 11:52 malam. Esok baba cakap nak gerak pukul 7:30 pago 0___0

Apapun, saya masih berharap ada passion in writing lagi. I wanna be a usefull person in the world for ummah :/ Pray for me okeh! Semester 3 pun akan menjelang datang. Semestinya dengan pengalaman dan cabaran baru. Phewh.

Till then, harap kita jumpa lagi!
Assalamualaikum

Stick to ganti diri saya. Sebab saya sedar dalam blog ni saya bukan cakap sensorang. 


Older Post | Newer Post





بسم الله الرحمن الرحيم

Selamat datang ke Bicara Bumbung kepunyaan NFatin Husna. Jemput baca entri mana yang suka. lepas tu, silalah tinggalkan jejak ya?


Template edit by: Faiz
Background by: Fazeera
Basecode by: Lettha