Ahad, November 01, 2015 | 11:52 PTG | 0 comments
Dalam Melayunya; contoh/ikutan yang baik.Tu bahasa arab ye kawan-kawan.
Dalam Al-Quran, Allah ada sebut perkataan ni-
Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang). "Oh, Assalamualaikum yo!
[Surah al-Qalam, ayat 4]
Aku tak ada sentuh lagi fasal kawan sepanjang pengajian di tanah pedalaman ni kan? Malam ni terasa nak bercerita mengenai seorang kawan. Boleh kata dia antara kawan pertama di UPSI sini. Masa rasa takde kawan, terus rasa nak cari dia hihi ada vibes gitu. Dan kamceng sampai la sekarang setelah pelbagai onak dan duri ditempuhi bersama.
As you know, she's not-yet-Muslim. Guna ni instead of non-Muslim. Method doa jugak lah kan. Amiin! Currently, dia menganut agama Kristian dan tinggal di Sabah. She's Sabahan dan aku punya beriya nak kamceng mula-mula tu dah cakap macam Indon dah wakaka u r trying so hard la.
Apa yang aku boleh cerita, dia super baik orangnya. Kalau seseorang minta tolong, dia tak teragak-agak untuk bagi bantuan. Hatta sekecil kuman pun pertolongan. Contoh kecik tu, kita baru je cakap "Alemak sudu takda" -- Dia terus cakap "Takpa saya ambilkan"
Apatah pertolongan yang besar, dia sanggup datang bilik untuk lepak eh teman kita buat kerja tu.
Pastukan, dia tak guna saya-awak. Instead of that, she uses name to present herself. Bhahaha cute isn't? Nama dia shentele. Pronoun as hazaf (silent) second e tu- Shentel.
Suatu hari pada bulan Ramadan, kitaorang berbuka sama-sama di bilik. Then kami yang Muslim ni tunaikan la kewajipan lepas habis makan berjemaah tu. Pada mulanya, shentel bercadang nak stay saja dalam bilik.
Tiba-tiba usai solat, aku terpandang nota kecil atas meja,
Betapa lembutnya hati dia, tengok orang solat pun membawak dia nak sembahyang jugak. Kitaorang selalu jugak tukar-tukar info pasal agama masing-masing. It's so nice to know that every religion teaches us to be good.
Tuhan telah menguji kami dengan dugaan friendship. Alah adat berkawan la kan mana yang kapal belayar tak diuji dengan ombak. It's quite tough but Alhamdulillah we managed it. Allah nak bagi rasa je. Lagipun, kita boleh nilai sendiri kejujuran masing-masing lepas satu dugaan ini.
And we were both happy for this sem. Macam-macam kami belajar. Ya! Dan bermacam juga aku belajar daripada dia. Kadang-kadang rasa dia sangat baik, melebihi kami Muslim. Hmpff.
Tapi paling best, kitaorang perasan dia dah jadi budak kuat church lepas kami pun jadi budak masjid. Pastu kalau ahad buat discussion dan dia ponteng pergi church, dia akan tanya "Berdosa tak saya ya?"
Nanti minggu depannya dia akan ponteng diskusi pulak utk gi sembahyang.
Ahahaha saya lupa nak bagitahu shentel ni lawak juga budaknya. Cara dia cakap macam anak kecil -relaks dan tiada kelam kabut.
Tapi peh, otak sikit punya laju.
Sekian cerita tentang seorang kawan. Saya juga berhasrat untuk tolong dia kembali kepada agama fitrah. Doakan kami, yes?