/>
Bicara Bumbung
Tip Wuduk Khusyuk
Rabu, Julai 01, 2015 | 11:03 PG | 2 comments
Assalamualaikum dan salam sejahtera serta salam Perak Aman Jaya. (tediaaa kata aluan daripada budak Perak celup. kah) Salam 13 Ramadan. Dah masuk kita ke fasa kedua kan kawan-kawan. Harapan saya amal ibadah kita bertambah kuantiti dan kualiti serta bertambah lemak manis rasanya.

Kenapa tip? Kenapa ditiadakan 's'?
Ini kerana saya ada satu tip je. Ha mudah jawapan.

Kalau sekarang ni umur kita 18 tahun dan baligh masa 12 tahun (contoh), ini bermakna sudah 7 tahun kita tanggung dosa pahala sendiri.
Persoalannya, buku catatan kat kiri dan kanan tu; MANA YANG LAGI BERAT?

Huks tertelan biji kurma.

Kita sama muhasabah diri sendiri lah yea.


Pada hari ini saya berasa terpanggil untuk berkongsi satu tip; iaitu cara untuk rasa seronok mengambil wuduk. Sebab perasan tak selama ni kita ambik wuduk macam main basuh je. Siap boleh lupa eh dah berapa kali eh ni basuh rambut? Ada orang tu siap aci redah basuh sekali je semua anggota badan ala sunnah je kot. SUNNAH JE KOT.

Bukan sunnah je. Tapi, eh sunnah ni kot!
Dapat tak nada dia dapat taaaaak ahaha ini la ayat remaja --''


(sumber: sini)

Tip ni saya pernah terbaca di WhatsApp. Sekarang kan zaman forwarded messages.

Tip-nya adalah;

 photo chat5.gif BERDOA KETIKA BERWUDUK

Ketika-

Kumur mulut; "Ya Allah, ampunilah dosa mulutku. Izinkan mulutku ini berbicara yang baik sahaja. Hindarkanlah mulutku ini berbicara yang sia-sia"

Basuh hidung; "Ya Allah, sembuhkanlah penyakitku. Permudahkan pernafasanku"



Basuh muka: "Ya Allah, sinarilah wajahku dengan nur. Jadikanlah wajahku penyejuk mata dan hati. Hindarilah aku daripada fitnah. Jadikanlah ehem ehem jatuh cinta padaku upss."

Basuh tangan ke siku (kanan): "Ya Allah, ampunilah dosa tanganku. Berikanlah buku catatan amalku pada tangan kiriku. Izinkan tanganku ini berbuat baik"

Basuh tangan ke siku (kiri): "Ya Allah, ampunilah dosa tangan kiriku. Jangan engkau kurniakan buku catatan di sebelah tangan ini. Jauhkanlah aku daripada perbuatan yang keji dan sia-sia"

Sapu sebahagian rambut: "Ya Allah, sejukkan kepala ini ketika di padang Mahsyar. Sihatkanlah rambutku."



Basuh telinga: "Ya Allah, ampunilah dosa telingaku zahir dan batin. Izinkanlah telinga ini mendengar ilmu dan benda yang bermanfaat. Jauhkanlah telinga ini daripada perkara yang Kau murkai"

Basuh kaki: "Ya Allah, ampunilah dosa kakiku. Izinkanlah kaki ini melangkah ke syurga-Mu. Jangan Engkau izinkan kaki ini masuk ke neraka. Mudahkanlah kaki ini pergi ke tempat yang baik"

Ianya permintaan kita kepada Allah untuk anggota badan kita kot. Mesti la mintak sungguh-sungguh kan? Selamat beramal kengkawan.

Sekian terima kasih. 

Saya balik Johor 14hb ni weheehe.

Hidup kat universiti ni memang melatih kita untuk plan dalam masa jangka panjang. Siyes. Duedate esaimen sekian blablabla *tick kat kalendar*, Isnin minggu depan takde kelas *tick*, Dua minggu lagi lecturer nak bagi forum *tick*, Bulan Ogos ada event sekian sekian tau *tick*, Lepas Raya puan nak tengok presentation *tick dan tersembur kuih raya*

Maka, next post saya akan bercerita tentang _____________?
*tick*
Ahaha.


Older Post | Newer Post





بسم الله الرحمن الرحيم

Selamat datang ke Bicara Bumbung kepunyaan NFatin Husna. Jemput baca entri mana yang suka. lepas tu, silalah tinggalkan jejak ya?


Template edit by: Faiz
Background by: Fazeera
Basecode by: Lettha