Jumaat, Mei 01, 2015 | 6:14 PTG | 4 comments
Sekarang aku dah paham perasaan orang yang google pengalaman ke tips ke pastu hasilnya tak memberangsangkan. Jadi, aku berharap dengan post ini aku menyumbang kepada keyword carian temuduga PISMP. Tehee. Sebenarnya post ini inspired by Anis Diyana di mana dia memberikan aku gambaran awal tentang interview IPG ni dan sangat membantu okeh. Bukan ke Allah akan memudahkan jalan bagi orang yang membantu orang lain hatta mengalihkan halangan di jalanan, yes?Aku cuba bercerita dengan detail supaya aku dapat merasai kembali detik tu, dan korang pula dapat membayangkan citer aku ni. Haa kan 2 dalam 1 tu.
Alkisahnya, aku bangun sangat awal pagi iaitu pada jam 3 pagi. Bukan sebab takleh tido, tapi sebab rasa dah puas+nyenyak tido so macam dengan riangnya bangkit daripada tidur dan menuju ke bilik air dan berkata dalam hati 'woh aku ada interview harini' sambil membayangkan benda-benda best (cover gemuruh ya kawan-kawan)
Interview tu start pukul 8, tapi kena berkumpul untuk taklimat 30minit sebelum. So baba dan aku keluar rumah jam 7. Hujan renyai-renyai wehhhh can you explain the good feeling(s) when you smell the
Selawat dan istighfar to the max sepanjang di dalam kereta. YA, itu tips pertama daripada saya (jikalau anda Muslim). In Islam, kami percaya bahawa dengan berzikir dapat menenangkan hati.
(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tentram dengan mengingat Allah SWT. Ingatlah! Hanya dengan mengingat Allah –lah hati menjadi tentram. (QS. Ar-Ra’d: 28)So for you non-muslim, buatlah sesuati bagi menenangkan hati. I truly believe that every religious has their own way to keep calm.
Betapa aku bersyukur aku terpilih untuk menjadi antara organisma bagi menghadiri temuduga. Sebelum ni ada Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG). Lepas pass UKCG, laluan anda adalah temudga. Jikalau anda pass interview, anda diterima secara automatik menjadi calon guru (yeyy).
Carta alir untuk PISMP
Sepanjang dalam kereta, berbual lah juga dengan baba. Ceritakan sikit tentang bentuk interview tu kat baba based on apa yang saya baca di blog Anis Diyana. Saya citer jugak fasal video tu keh keh and kitorang briefing tentang nilai dalam video tu dan wahh ternyata baba lebih tinggi KBAT daripada saya hakhak. Bila baba cakap pasal pendapat beliau dan saya tukang tambah sedikit daripada point beliau, it made me feel good. Sebab baru la kita bertambah paham.
ini video Anis dapat
Baba tinggalkan aku ja di IPG Temenggung Ibrahim tu kerana keperluan mencari rezeki. Tengok calon lain belaka bersama parents hiks so sweet. So oyeah I have to be independent. Keluar je daripada kereta, aku macam dapat melihat watak cikgu dimana-mana. Wakaka semuaaa calon ada rupa cikgu weh! Kalau lelaki dengan bercermin mata dan kot, manakala perempuan berbaju kurung pesak dan kasut bertutup dan bertumit. And I am one of them..
Tips seterusnya saya dapat daripada guru-guru saya; Pakai kasut gelap bertumit dan handbag tepi (bagi perempuan) manakala berbaju kemeja dan bertali leher serta berkasut formal (bagi lelaki). Dua bendealah ni membuatkan rahang aku jatuh. Aku tak ada kedua-duanya kah kah maka kasut bertumit tu pertama kali la tersarung dalam kaki ni. Handbag pulak pinjam beg ummi; tali dia panjang so tak menyepit celah ketiak and i like it.
Menjadi guru menuntut pengorbanan.
Di tempat baru yang kita pergi, sesuaikan diri dengan keadaan kalau boleh. Sapa je sesiapa yang korang terjumpa and make a formal introduction. At least tahu umur, asal dan kos yang dipohon. Nama jangan lupa pulak. Suasana macamni buat kita rasa belonging dengan situasi dan menghilangkan gementar. Mana tahu tengah borak tu kawan share sedikit tips kan who knows.
Interview ini hanya dijalankan secara berkumpulan tetapi markah adakah mengikut individu. Satu group/sesi tu ada dalam 8 orang. At first, kami diminta untuk memperkenalkan diri masing-masing. Panel kami seorang lelaki cina dan wanita melayu. Untuk sesi kami, video ini telah dipertontonkan kepada kami;
Bukan exactly video ni la.. kitorang siap ada video belakang dia beserta lirik
Ada 4 soalan yang diajukan kepada kami;
Ini soalan individu-
Ini soalan perbincangan- (20minit)
. Pada pendapat anda, apakah cabaran guru pada zaman kini dan apakah langkah yang efektif untuk menangani gejala menghisap dadah di kalangan pelajar sekolah.
Baba pesan, JAWAB SOALAN APA YANG DITANYA DULU. Baru la huraikan jawapan kita tu beserta contoh dan fakta. Tak guna berhujah panjang dan nampak macam wauu tapi sebenarnya seperti tin kosong yang berkeletuk di jalan berbatu. Jangan cakap laju-laju seperti keretapi keh keh baba pesan lagi.
Ini sebab aku ada perasan, dia tak jawab soalan yang ditanya lepas tu tambah fakta-fakta baru. Yang bagus memang la dia menghafal tu semua, tapi tak jawab soalan apalah ertinya kan? Ibarat bertanya "Awak dah makan?" -- Jawabnya "Makan nasi kerabu sambal sotong". Contoh lain, "Awak makan apa tuu?" -- "Ya, saya tengah makan la ni".
Ohye nota tambahan, segala sijil pun korang kena fotostat tau sebenarnya. Aku kelam kabut sikit sebab tak fotostat lagi kuang kuang Alhamdulillah dia kasi masa lepas interview tu untuk pergi koperasi. Masa jumpa panel untuk serah semua salinan sijil, dia sempat tanya "Awak betul-betul minat ke nak jadi cikgu?" --"Ye, saya minat"
Bila aku citer kat baba, baba jawab. "Cuba tanya cikgu tu; kenapa, cikgu nampak saya tidak berminat ke?" Aku macam..ahaha ha ah ek lol saja nak psiko balik.
Alhamdulillah, got a few friends. Harap kita sama-sama dapat; Nurulain, Teha & Hanis. Keep on praying. Selepas dQ, aku rasa jiwa aku sudah ke arah pendidikan.