/>
Bicara Bumbung
Perbezaan antara UPSI dan IPG.
Jumaat, Mei 15, 2015 | 11:05 PTG | 0 comments
(pada situasi saya la..)


Assalamualaikum guys.

Wazzup?
Bajet ada orang jawab lettew.
T_______T
*duduk peluk kaki di bucu katil*

Oh pls I have no time for these.
*kembali garang*


At this time, I have a confusion. Yes it is CONFUSION -rootword: CONFUSE. Not that confession. Helelele.


Saya berada dalam kapal dilema antara:-


IPG; kos bimbingan dan kaunseling        


VS
  


                      UPSI; kos pendidikan awal kanak-kanak




Before we argue, let's see the differences.





Ok, cukup la tu membuatkan aku terbuka mata. Korang pula bagaimana?

Memang la sebelum dapat UPSI, aku berharap pada IPG yang tak pasti.
(piwit berirama seh)

Sebab IPG ni menawarkan kos yang aku (sangat) minat. Lagipula, terjamin kerja dan ada elaun pulak tu. Boleh jumpa budak-budak (sekolah rendah)...ngee.

Kalau UPSI....... I'm not very sure. Aku taktahu aku boleh handle ke idok budak-budak tadika dan ke bawah ni. I myself don't know whether I do like kids or not. Kuang kuang. Tapi dok layan adik sedara boleh ja. Dan... teaching kids weh, aku rasa macam tak mencabar ja kerjaya ni. Cuma budak-budak memang honest dan penuh dengan kasih sayang I can't deny.

TAPI, at least lepas UPSI ada peluang nak sambung degree 2 tahun (I heard yang lepasan diploma buat degree 2 tahun ja. Kalau salah betulkan bah). Nanti degree aku boleh amek Human Science; Psychology. Tak da la terikat dengan kanak-kanak sahaja.

Cuma yeah, untuk kerja..... taktahu lagi. Apa yang aku nampak bukak nursery ja. Cetek sangat ke pemikiran aku? Waaa. Kalau korang ada pengalaman atau info tambahan, mari la share.


Korang ada nampak tak kecenderungan aku kat mana? Wahaha.


Ummi petang tadi, "Ummi kalau jadi aten, ummi tolak UPSI"

Tetiba tadi malam, "Eh cam menarik ja UPSI. Hihihi"

Uma si adik pun suruh terima UPSI. Bila tanya dia, apesal kau suka budak ke? Jawab dia tak pun. Aku yang fenin -________-

Baba pulak, terima ja UPSI nanti dapat IPG pergi IPG. Wahaha.

Orang sekeliling dia pun fenin, apatah orangnya. Lalala~

Apapun, nasihat terbaik mereka; istikharah la.
Minta petunjuk pada yang Maha Pemberi Petunjuk.


Kalau anda ada sebarang penambahan cadangan atau idea ataupun komen, boleh la ke ruangan komen. Terima kasih kerana membantu!

Btw, esok hari guru! Hehe SELAMAT HARI GURU buat semua pendidik.

I feel good when I'm writing.
Bagaimana aku(boleh) menjadi guru?
Sabtu, Mei 09, 2015 | 1:00 PTG | 0 comments
... (pst, yang tidak ditauliahkan)


Siapa sangka lepas habih STAM, kitorang dipertanggungjawabkan untuk ( photo 1z.gif) handle satu kem akhir tahun untuk adiks-adiks junior. Majlis makan-makan kecik akhirnya bertukar tragik dan dramatis apabila ianya berakhir dengan perbincangan awal fasal kem tu.

Bak kata MiraBat masa post-mortem; "Oh ini rupanya jamuan kita!" -Hahaha.

Siapa sangka awal tahun 2015 yang penuh dengan mimpi-mimpi kaca kelepakan dan ke-enjoyan (dah pegang title lepasan sekolah der) jatuh bersepai. Kah!

( photo 2z.gif) Kitorang (kena) buat game explorace untuk riadah bebudak ni masa minggu orientasi diorang. Walaupun kelam kabut sebab yelah seminggu je kot masa diberi, walaupun berlaku kacau bilau ketika explorace dijalankan, walaupun tetiba fasi dia blur (aku....T_T), boleh tak barang yang lepas jangan dikenang wakaka.

Apapun, may Allah bless.. semua kerja kita =)


Nak dijadikan cerita, aku selamat diijabkabulkan diberi amanah untuk menjadi tenaga pengajar oleh ustaz aku yang kini merangkap boss aku, pada 20Januari yang lepas. Mulanya ustaz cuma cakap nak mintak tolong. Rupa-rupanya pertolongan yang berbentuk 'mengajar dalam kelas'. Aku sebenarnya acah paksa rela juga menerima tawaran tu........pada masa tu la.



 photo blockquote.gifSo, apakah persediaan yang telah aku buat untuk menghadapi cabaran sebagai seorang guru?


 photo pastel1.gif GOOGLING

Aku search 'cara mengawal kelas'. Maka terjumpa dan terjatuh cinta la aku pada blog Ustazah Siti Khadijah ni yang dikenali sebagai USK. USK ni seorang guru Quran yang menggunakan teknik-teknik Nabi dalam pengajaran beliau. So, nak tahu lebih lanjut? Go read her blog!

Aku siap khatam weh baca dan touching sebab ustazah ada citer pengakhiran anak-anak murid kelasnya cemana. Daripada dia tak boleh, lemah semnagat dan begitu begini, kepada boleh, yakin diri dan begitu begini. Ustazah siap screenshot result akhir tahun kelas 5 Ali tu. Masa ustazah tu nak pindah, anak-anak murid dia sedih dan macam berat nak melepaskan ustazah tu. Taching kan...taching la. Ikuti kisahnya di sini >> KLIK

Aku cuba apply pelbagai teknik dalam blog USK tu. Alhamdulillah, aku sendiri dapat rasa yang teknik-teknik tu menyenangkan hati aku sebagai seorang cikgu, dan jugak murid. Tapi aku perasan yang semua teknik tu semacam tak berkesan pada sesetengah murid dan keadaan. Sebab aku pun sendiri pun rasa ada budak yang tak makan saman dengan teknik tu huahua. So, kena cari teknik lain lagi ni.


 photo pastel2.gif READING BOOK(S)

Antara buku pilihan aku adalah; *drumroll*


How To Talk So Kids Will Listen & Listen So Kids Will Talk

Jatuh cinta pandang pertama seh pandang buku ni sekali. Pandang dua kali rasa nak memilikinya. Cewah. Bahasanya mudah difahami dan santai. Setiap akhir bab nanti ada satu nota rumusan. Selain tu, ada juga surat-surat pembaca beserta jawapan penulis. Yang paling best, diorang ada sertakan contoh dialog yang menggunakan semua teknik. I personally recommend you this book especially parents, teachers and the one who are into human science.


Lepas baca buku ni, kita akan faham kenapa kita marah budak selama ni macam tak beri kesan padahal pada hemat kita, kita macam dah mengajar mereka.


 photo pastel3.gif EXPERIENCES


Aku juga mengambil inisiatif untuk mencedok pengalaman guru-guru di sekolah tu hihihi. Sampaikan aku plan nak masuk kelas dan tengok guru tu mengajar. Tu agak luar tabiat ye kawan-kawan haha patut la diorang pakat menolak. Yelah siapa tak segan orang nak tengok cara kita mengajar?

Aku juga belajar daripada pengalaman. Setiap kali habis kelas, ada je benda aku belajar daripada diorang. Sesungguhnya mengajar ini juga satu pelajaran untuk aku.



 photo icon_arrow_sm-1.gif APA YANG AKU DAPAT SEPANJANG PENGALAMAN MENJADI SEORANG GURU...

Guru ni rupanya kena ada 2 sifat dominan;

 photo 20080605_470165.gif TEGAS + BERDISIPLIN
 photo 684b6812f5620fcd8e0d1f0c2ae560d4-1.gif PENYAYANG + PRIHATIN

Kedua-dua elemen sifat ini harus diseimbangkan. Ya, seperti kita balance-kan antara clutch dengan minyak. HAHAH sangat banyak aku belajar pasal balancing daripada kelas memandu kereta.

As for me, aku menunjukkan ketegasan+disiplin semasa di dalam kelas dan dalam perkara yang melibatkan arahan. So that budak-budak tu tahu aku sangat tegas dalam memastikan kerja diorang siap seiring dengan arahan aku. Tegas dan berdisiplin tak bermakna kita kena garang dan bersuara kuat ya. Kita boleh apply teknik mendorong, memuji dan memberi pilihan dsb untuk memastikan pelajar kita dapat mencapai objektif pembelajaran di dalam kelas. Untuk kes-kes seperti bergaduh, mengadu, tidur dsb, ha kita ada teknik lain pulak. Phewh *kesat peluh*


Di luar kelas barulah kita sebagai guru menunjukkan sifat penyayang+prihatin tu kepada anak murid. Sebagai contohnya, kami mengamalkan senyum&salam ketika bertemu. Aku percaya dengan ini boleh mengikat hati antara guru dan anak murid. Bila hati sudah terikat, guru tiada masalah yang besar untuk memastikan pelajarnya mengikut arahan.




Budak-budak ni permata. Permata ni la yang guru kena gilap supaya bercahaya. Kalau permata ni berhabuk atau retak, guru adalah insan yang kena muhasabah kembali.


Aku pernah ada cita-cita untuk taknak menjadi guru. TAKNAK. Siryes. Hamek, last-last jatuh hati dengan  profesion guru. Firman Allah,

Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah: 216)


 photo bullet4.gif HUSNA, AWAK AJAR BUDAK MANA NI DAN AJAR SUBJEK APA?


Sebenarnya, aku mengajar pelajar jurusan Tahfiz; yang hafal Quran tu. Diorang ni ada belajar akademik setiap minggu. Diorang ada 4 kelas mengikut tahap; Tahun1, Tahun2&3, Tahap2(tahun 4,5,6) dan Tahap3(Menengah).

So yieh Alhamdulillah syukur, secara tak langsung aku belajar mengenai manusia daripada yang kecik molek 7 tahun sampai la yang dah besar-besar ni. Pelbagai ragam, pelbagai keletah, pelbagai latar belakang.


Pada 3 bulan pertama, setiap kali lepas kelas je rasa nak nangis hahaha dan lenguh badan. Aku macam nak give up layan bebudak ni dari yang kecik (yelah budak hyper gitu), sampai la yang besar (sebab silibus tinggi). Apapun semua tu ngajar aku jadi manusia.


Sekarang; aku sedang menunggu jawapan IPG. Doakan aku yeh dapat buat pilihan yang tepat sebab aku dapat tawaran UPSI jugak; dalam kos pendidikan awal kanak-kanak.


Picture by HzmWhb
Pengalaman Temuduga PISMP 2015
Jumaat, Mei 01, 2015 | 6:14 PTG | 4 comments
Sekarang aku dah paham perasaan orang yang google pengalaman ke tips ke pastu hasilnya tak memberangsangkan. Jadi, aku berharap dengan post ini aku menyumbang kepada keyword carian temuduga PISMP. Tehee. Sebenarnya post ini inspired by Anis Diyana di mana dia memberikan aku gambaran awal tentang interview IPG ni dan sangat membantu okeh. Bukan ke Allah akan memudahkan jalan bagi orang yang membantu orang lain hatta mengalihkan halangan di jalanan, yes?

Aku cuba bercerita dengan detail supaya aku dapat merasai kembali detik tu, dan korang pula dapat membayangkan citer aku ni. Haa kan 2 dalam 1 tu.


Alkisahnya, aku bangun sangat awal pagi iaitu pada jam 3 pagi. Bukan sebab takleh tido, tapi sebab rasa dah puas+nyenyak tido so macam dengan riangnya bangkit daripada tidur dan menuju ke bilik air dan berkata dalam hati 'woh aku ada interview harini' sambil membayangkan benda-benda best (cover gemuruh ya kawan-kawan)

Interview tu start pukul 8, tapi kena berkumpul untuk taklimat 30minit sebelum. So baba dan aku keluar rumah jam 7. Hujan renyai-renyai wehhhh can you explain the good feeling(s) when you smell the  acid rain? Nani Arianty dan kakAqilahAzam adalah antara orang yang suka bau hujan hak hak. We start the journey with bismillah and smile.. (cewah)

Selawat dan istighfar to the max sepanjang di dalam kereta. YA, itu tips pertama daripada saya (jikalau anda Muslim). In Islam, kami percaya bahawa dengan berzikir dapat menenangkan hati.

(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tentram dengan mengingat Allah SWT. Ingatlah! Hanya dengan mengingat Allah –lah hati menjadi tentram. (QS. Ar-Ra’d: 28)
So for you non-muslim, buatlah sesuati bagi menenangkan hati. I truly believe that every religious has their own way to keep calm.

Betapa aku bersyukur aku terpilih untuk menjadi antara organisma bagi menghadiri temuduga. Sebelum ni ada Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG). Lepas pass UKCG, laluan anda adalah temudga. Jikalau anda pass interview, anda diterima secara automatik menjadi calon guru (yeyy).

Carta alir untuk PISMP


Sepanjang dalam kereta, berbual lah juga dengan baba. Ceritakan sikit tentang bentuk interview tu kat baba  based on apa yang saya baca di blog Anis Diyana. Saya citer jugak fasal video tu keh keh and kitorang briefing tentang nilai dalam video tu dan wahh ternyata baba lebih tinggi KBAT daripada saya hakhak. Bila baba cakap pasal pendapat beliau dan saya tukang tambah sedikit daripada point beliau, it made me feel good. Sebab baru la kita bertambah paham.


ini video Anis dapat


Baba tinggalkan aku ja di IPG Temenggung Ibrahim tu kerana keperluan mencari rezeki. Tengok calon lain belaka bersama parents hiks so sweet. So oyeah I have to be independent. Keluar je daripada kereta, aku macam dapat melihat watak cikgu dimana-mana. Wakaka semuaaa calon ada rupa cikgu weh! Kalau lelaki dengan bercermin mata dan kot, manakala perempuan berbaju kurung pesak dan kasut bertutup dan bertumit. And I am one of them..

Tips seterusnya saya dapat daripada guru-guru saya; Pakai kasut gelap bertumit dan handbag tepi (bagi perempuan) manakala berbaju kemeja dan bertali leher serta berkasut formal (bagi lelaki). Dua bendealah ni membuatkan rahang aku jatuh. Aku tak ada kedua-duanya kah kah maka kasut bertumit tu pertama kali la tersarung dalam kaki ni. Handbag pulak pinjam beg ummi; tali dia panjang so tak menyepit celah ketiak and i like it.

Menjadi guru menuntut pengorbanan.

Di tempat baru yang kita pergi, sesuaikan diri dengan keadaan kalau boleh. Sapa je sesiapa yang korang terjumpa and make a formal introduction. At least tahu umur, asal dan kos yang dipohon. Nama jangan lupa pulak. Suasana macamni buat kita rasa belonging dengan situasi dan menghilangkan gementar. Mana tahu tengah borak tu kawan share sedikit tips kan who knows.

Interview ini hanya dijalankan secara berkumpulan tetapi markah adakah mengikut individu. Satu group/sesi tu ada dalam 8 orang. At first, kami diminta untuk memperkenalkan diri masing-masing. Panel kami seorang lelaki cina dan wanita melayu. Untuk sesi kami, video ini telah dipertontonkan kepada kami;

Bukan exactly video ni la.. kitorang siap ada video belakang dia beserta lirik


Ada 4 soalan yang diajukan kepada kami;

Ini soalan individu-
 photo 1z.gif. Apa yang anda perolehi daripada video tersebut?
 photo 2z.gif. Bayangkan kembali guru-guru zaman sekolah anda. Ceritakan sifat-sifat guru anda yang anda kagumi.
 photo 3z.gif. Apakah kelebihan diri anda dan apa yang ingin anda pelajari di IPG ini.

Ini soalan perbincangan- (20minit)
 photo pastel4.gif. Pada pendapat anda, apakah cabaran guru pada zaman kini dan apakah langkah yang efektif untuk menangani gejala menghisap dadah di kalangan pelajar sekolah.


Baba pesan, JAWAB SOALAN APA YANG DITANYA DULU. Baru la huraikan jawapan kita tu beserta contoh dan fakta. Tak guna berhujah panjang dan nampak macam wauu tapi sebenarnya seperti tin kosong yang berkeletuk di jalan berbatu. Jangan cakap laju-laju seperti keretapi keh keh baba pesan lagi.

Ini sebab aku ada perasan, dia tak jawab soalan yang ditanya lepas tu tambah fakta-fakta baru. Yang bagus memang la dia menghafal tu semua, tapi tak jawab soalan apalah ertinya kan? Ibarat bertanya "Awak dah makan?" -- Jawabnya "Makan nasi kerabu sambal sotong". Contoh lain, "Awak makan apa tuu?" -- "Ya, saya tengah makan la ni". 

Ohye nota tambahan, segala sijil pun korang kena fotostat tau sebenarnya. Aku kelam kabut sikit sebab tak fotostat lagi kuang kuang Alhamdulillah dia kasi masa lepas interview tu untuk pergi koperasi. Masa jumpa panel untuk serah semua salinan sijil, dia sempat tanya "Awak betul-betul minat ke nak jadi cikgu?" --"Ye, saya minat"

Bila aku citer kat baba, baba jawab. "Cuba tanya cikgu tu; kenapa, cikgu nampak saya tidak berminat ke?" Aku macam..ahaha ha ah ek lol saja nak psiko balik. 

Alhamdulillah, got a few friends. Harap kita sama-sama dapat; Nurulain, Teha & Hanis. Keep on praying. Selepas dQ, aku rasa jiwa aku sudah ke arah pendidikan. 



Older Post | Newer Post





بسم الله الرحمن الرحيم

Selamat datang ke Bicara Bumbung kepunyaan NFatin Husna. Jemput baca entri mana yang suka. lepas tu, silalah tinggalkan jejak ya?


Template edit by: Faiz
Background by: Fazeera
Basecode by: Lettha