/>
Bicara Bumbung
My STAM journey
Sabtu, Oktober 25, 2014 | 5:01 PTG | 4 comments
Assalamualaikum. Ladies and gentlemen, boys and girls wa muslimin wa muslimat. Serta tak lupa kepada para hadirin hadirat sekalian.

#FaktaSTAM: Kita akan didedahkan dengan bahasa arab. 100%. Seratus peratus. Kita akan menengok huruf-huruf arab yang bersambung dan belajor dari kanan ke kiri. Hah! Mula-mula memang la lidah terkehel sebab tak biasa. Bila dah biasa, bak kata pepatah 'alah biasa tegal biasa' youu! Secara tak langsung di pertengahan cerita, komunikasi harian pun kita nak jugak berbahasa arab. Ha cantik kan. Kitorang ada 3 kawan duduk taman nama dia Cahaya Baru tau. Punya la nak tunjuk kita ni belajor arab, kalau nak tanya dia nak balik rumah bila, ayat kami jadi cemni;

"Awak dah sampai Nur Jadid belum?"

Nur- Cahaya
Jadid- Baru

Kesengalan tu memang terserlah tidak saya nafikan. Mwahaha. Tapi sangat menambah kosa kata la. Like..takyah berat nanang sangat nak hafal kamus, kita amek je word arab tu masuk dalam daily conversation. Dia lebih lekat kat otak la bagi saya.

Tapi jangan la dok bergantung dengan perkataan tuuu je. Haih.

Matlamat saya untuk entri ni memang nak dedahkan kat korang pasal STAM. Hiks. Kita bercerita santai, satu persatu ye.


APA TU STAM?

Ianya akronim bagi Sijil Tinggi Agama Malaysia. Ya ianya sebuah sijil. Sijil je. Hak hak. Duniaaa semua ni. Ustaz Anuar selalu sebut frasa ni yang buat kitorang gelak super spontan.

STAM ni boleh kata setaraf STPM. Ya ianya tingkatan 6. Tapi STPM 2 tahun dan more to academic. Tapi STAM hanya la setahun (tu pun tak sampai) dan more to diniah (agama).

Ya, setaraf jugak dengan asasi, matriks dan diploma.

Maka, dapat disimpulkan bahawa lepasan STAM ni akan terus sambung ijazah/degree.
Selalunya pi Mesir la. Sebab kurikulum STAM ni pun ambil dari Universiti Al-Azhar, Mesir jugak.


SUBJEK APA JE DALAM STAM NIH?




OK, total ada 10 subjek. Tapi sebenarnya kalau perasan satu subjek tu ada dua subjek. Sebenarnya la. Cuma saling berkaitan antara subjek tu. Contoh mcm kod S105 [Hadith dan Mustolah]; Hadith kita akan belajar mengenai teks hadith tu. Hadith ni pasal niat contohnya. K kita akan tahu la apa Nabi sebut pasal niat. Apa pengajaran dia semua. Perawi pun kita akan kenal.

Mustolah pulak, kita akan belajar mengenai Hadith tu sendiri. Contoh, apa fungsi hadith, kepentingan hadith. Apa istilah-istilah untuk orang(s) yang berkaitan dengan Hadith. Ada banyak woo. Hadith pulak ada banyak jenis. Ada sohih, hasan, dan dhoif. And so on.

Tu antaranya. Harap tak memeningkan kalian. Kalau korang pening, maknanya saya lemah dalam explain. Lewlz.


Banyak jer info fasal STAM kalau kalian rajin search google dan rajin bertanya. Antaranya;



So, STAM ni untuk bebudak sekolah agama yang berkopiah tudung labuh je eh eh?

*terjelopok* Itu mentaliti yang dhoif ye sedara. Terimakasih sebab bertanya. Ianya beri peluang kepada saya untuk menjernihkan kembali keadaan yang sedia keruh ni.

Tidak sama sekali! Hiyak. STAM ni terbuka bebeh. Antara syarat permohonan dia; ada sijil SPM or umur 18  pada Januari tahun amek STAM.



Tapi ada la certain pusat peperiksaan/sekolah yang dia buat syarat hok ketat sikit. Seperti di Maahad Johor (pusat STAM yang pemes di Johor), diorang recommend yang ada sijil SMA dan pra-STAM. Ha ko mana nak cari sijil dua tu? SMA tu ekzem yang ada kat negeri Johor (amek time form 4) and beberapa negeri lain di Malaysia (yes ianya ekzem agama). Manakala pra-STAM tu tengok la sekolah agama mana nak buat (saya tak berapa faham requirement sekolah agama cane yang ada pra-STAM ni)*. Pra-STAM ni diorang dah belajar masa form 5 lagi. Yep, memang akan bertembung dengan subjek SPM.

*Antara sekolah agama (yang saya tahu) di Johor ni yang ada pra-STAM;
Maahad Pontian
SMAKJ (Sekolah Menengah Agama Kerajaan Johor)
Sekolah Darul Irfan
Sekolah Agama Waddin
Maahad Islam Tarbiyyah wat-Tahfiz (MITT)
SMA Al-Khairiah Al-Islamiah Mersing


Tapi kalau untuk MITT [my current school], dia tak meletakkan syarat yang terlalu ketat. Malah longgar dan selesa. Ok lol. No need pra-STAM mahupun SMA. Memang kami bagi chance la kepada sesiapa pun anda samada dari sekolah agama mahupun sekolah kerajaan untuk cuba mengambil STAM ni.

Tapi tu ah, nasihat saya la kan. Nak amek STAM ni hati mau kental + sado + liat banyak la. #FaktaSTAM
Ini langsung saya tak boleh nafikan. Peh *kesat peluh*
Terfikir dua tiga kali jugak nih nak dedahkan atau tak. Rahsia terbesar abad ini. Bhahaha.

Pertama, macam dalam #FaktaSTAM tadi, ianya full arabic. Ada profitnya jugak kalau sekolah agama sejak form one. Lagi untunglew kalau belajar alifbata wahid isnani salasa since darjah 1. Itu bonus untuk awak kalau nak amek STAM ni.
Sebab, imagine la. Masuk-masuk class je terbentang kitab semua dalam arab woi. Cepat la imagine. Heh heh. Ustaz/ustazah memang ajar + explain dalam Melayu pun. Tapi semuaaanya take time. Nak translate satu persatu lagi. Nak faham satu hal lagi. Ada banyak aspek yang kena cover. STAM ni pun bidang lapangan dia dalam hafalan ye. HAFALAN. Saya pulak ni, bab menghafal memang agak ke pulau sedikit. Kui kui.



PINGU.
Pi pi pi, pingu pingu~

OK, sudah sejam saya menaip. Ini hanya la se per lapan daripada cerita sebenar. Hak hak. Jumpa di entri akan datang. Doa-doa la saya dapat kekuatan nak sambung balik menulis + kerajinan.
Lirik: RAEF - Home
Khamis, Oktober 23, 2014 | 6:35 PTG | 0 comments
Assalamualaikum sedara. Cak cak cikebum.


Nak tahuuuu tak STAM dah tamam alhamdulillah. Alhamdulillah 'ala kulli hal wa nikmah. Syukur ya Tuhan atas segala nikmat dan perasaan yang Kau kurniakan. Peh indescribable. Bebel boleh la haha tu dah jadi kepakaran saya. Saya juga pakar dalam mebangkitkan kebebelan kawan saya yang bernama Aisyah serta warden asrama iaitu kak-eQin.

SO pekabor semua?

Krik krik kan. K fine.

For this time being, nak share lagu + lirik je ah. In love dengan album THE PATH hasil karya Raef weh. Terimakasih ummi sebab mengeluarkan duit dan uma kerana mengecek ummi untuk beli. Huahua bahagia je kan bila balik daripada asrama tu dengar lagu-lagu dalam album ni. Semua lirik + lagu dia sangat kena dengan jiwa saya la.



Terimalaaaaah, HOME.







Kehidupan saya baru je bermula. Kui kui kui. Ayat tak perlu sebenarnya nak skema sangat nih.


Doakan yang baik-baik untuk saya dan kengkawan ok. Tata.


STAMittz bersama pengawas peperiksaan; bertempat di dalam dewan selepas last payperrrr.



Older Post | Newer Post





بسم الله الرحمن الرحيم

Selamat datang ke Bicara Bumbung kepunyaan NFatin Husna. Jemput baca entri mana yang suka. lepas tu, silalah tinggalkan jejak ya?


Template edit by: Faiz
Background by: Fazeera
Basecode by: Lettha