/>
Bicara Bumbung
Diberi masalah, selesaikan dong!
Sabtu, Mei 17, 2014 | 8:43 PG | 0 comments
Alkisahnya, anggap ja watak uatam (alaaaahai takda auto correct ke pls) utama adalah hangpa sendiri, iaitu pembaca blog ni.

Sila imagine anda berada dalam suatu suasana, iaitu dalam satu majlis ilmu yang dinaungi malaikat; ceramah perdana der. Majlis dimulakan pada waktu maghrib; jadi solat maghrib dulu.

Anda bersama kakak sepupu, yok panggil beliau kak Pupu (Popo ialah nama sebenar). Kak Pupu diminta teman.

Bagi pihak anda pulak, anda sebenarnya dah TERjanji dengan sorang kawan untuk bersama sepanjang majlis ni. Ala-ala perjanjian yang tak dizahirkan, batin lah ye. Let's called her kaWan. Nasib baik Wan datang berteman, so takda la rasa anda pinggirkan dia kot.

Nampak tak arah masalah saya ni?? Haha eh eh. Arah masalah anda okay. (Sarkastikus habiss)

Sejurus selepas itu, anda terlihat kelibat...........kawan lama anda! Kawan semeja kot masa primary school dulu. Anda pun tevurlah err tegurlah dia, sebagai penyambung silaturrahim. Orang yang menyambungkan tali kasih sayang panjang umurnya tau. Borak tanya kabor sikit, dan fokus pada ceramah. Ini ceramah ya adik-adik, bukan laman web sosial. Tempat duduk dah bertukar. Wawawa. Penuntut majlis ilmu semakin ramai, tu yang semakin sesak. Kak Pupu dan kaWan berada jauh sehasta.

Ceramah. Fokusssss. Ceramah. Walaupun agak tenggelam timbul suaranya dek kerana speaker yang echonya agak tinggi. Ditambah pula dengan suara-suara anak kecil yang turut sama membuat ceramah mini.

Ustaz ada berkongsi satu doa ;
" Ya Allah, kurniakan aku ilmu yang bermanfaat dan juga kefahaman......."
Ceramah Israk Mikraj, tentang peri pentingnya solat dalam kehidupan kita.

Ceramah pun habisss. Anda kembali duduk sebelah kakPupu kerana tadi menemaninya mengambil ayaq (air).

Telah ditakdirkan, anda bertemu pula kaksenior. Salam dan berbual pendek dan plan nak ke kantin bersama untuk jamuan makan. KaWan dan kakPupu ikut serta jalan secara berjemaah.

Di kantin, ustazah ada panggil, "Awaaaaak tolong jagakan anak saya jap" Anda mengiyakan je sebab ala bukan susah hendak mengendong baby. Yang susah nak makan sambil mengendong. Hihi. Takkesah la lagipun anda suka baby.

OK, mari tamatkan telenovela ini secara drastik. Tetiba pengarah besar dah mengajak sarapan. Persoalannya adalah, dalam situasi yang ramaaai kita kenal dan memerlukan perhatian anda, anda tau anda layan mereka sehabis baik tapiiii......

Entah aaa rasa macam tak sedap hati. Rasa macam, eh takpe ke aku layan camtuu?

Tapi kata hati, NIAT DI HATI NAK DENGAQ CERAMAH TUNTUT ILMU KAAAAN. Pikiaq orang boleh, tapi jangan dok overthinking. Ianya anooying ye wahai diri sendiri!

Senangg kata, setiap masalahcpastu ada jalan oenyelesaiannya yang berbeza. Mesti ada banyak jalan punyaaaa. Macam soalan Math la.

Sekian, saya sudahi telenovela ini dengan surah Al-Asr. Demi masa hanggg tau dak. AssalamualIkum.


Older Post | Newer Post





بسم الله الرحمن الرحيم

Selamat datang ke Bicara Bumbung kepunyaan NFatin Husna. Jemput baca entri mana yang suka. lepas tu, silalah tinggalkan jejak ya?


Template edit by: Faiz
Background by: Fazeera
Basecode by: Lettha