/>
Bicara Bumbung
Es Pi Yem
Ahad, Februari 23, 2014 | 8:59 PTG | 0 comments
Setailo habis kan sebut SPM camtu? Gini la generasi Z oiii. Ini menunjukkan pengaruh media massa dah makin berleluasa + kuat di kala zaman ini. Salahkan siapa?


Masa tu tengah menonong sensorang nak ontheway ke toilet, pandang sekeliliiiiing sekolah. Pastu senyum. Kelakor.

"Aku dah form 5"

"Ehhh nak masuk 10 tahun kot kat sini" *kira-kira guna jari*

Kelakor lagi. Dah berapa banyaaak lah masa dan saat serta minit dah aku laburkan kat tempat ini. Lap peluh dan daki. Hahaha sekolah ni la saksi segalanyaaaa.






Gigi patah kat sini lah. Gila kuasa menjalankan tugas sebagai sorang ketua lalu mencubit budak laki kat sini lah. Makan secara berjemaah bersila bagai di kolong kat sini lah. Belajar menyapu lantai guna pembaris kat sini lah. Menangis kat sini lah. Kawan tarik kerusi untuk aku terjatuh kat sini lah. Kena cubit sebab tak bawak Quran pun kat sini lah. Main surat-surat jugak kat sini lah. Petang-petang lari kat padang laaagi lah kat sini jugak sebab rumah takde padang.

---------------

Soalan pemes setakat ni.

"Awak ambik bape subjek?"

Phewhhhhhh. *lap peluh*


Cerita ini panjang. Mau kena bukak balik hikayat setahun yang lalu. Keh keh keh. 




Awaaaal form 4, aku sangat mengimpikan aku berpindah ke sekolah lain. Klise bukan? Asal form 4 je, nak pindah sekolah. Alasan? Cehceh inginkan suasana yang lebih baik lagi kondusif untuk belajo. Yea terimalah pandangan ini~

Orang kata.... form 4 adalah tahun pra-SPM. 
Form 4 tu.....tahun BUKAN honeymoon.
Ohoi form 4 dah boleh sila jadi qudwah hasanah [contoh ikutan yang baik] untuk adik-adik ye?
Form 4 jugak...tahun pramatang. Ye lah tu kot? Nyampah la cakap matang-matang ni hahaaa perasan sangat.



Nak tau tak...ni sebenarnya draft post. Wakaka. Bila baca balik... terdetik dalam hati.... eh eh aku memang plan nak blog pasal ni pun! So, sebagai langkah kekonon ala-ala misteri cececehwah, post ini di-publish dulu then kita sambung lain masa. Oraito?


Older Post | Newer Post





بسم الله الرحمن الرحيم

Selamat datang ke Bicara Bumbung kepunyaan NFatin Husna. Jemput baca entri mana yang suka. lepas tu, silalah tinggalkan jejak ya?


Template edit by: Faiz
Background by: Fazeera
Basecode by: Lettha