/>
Bicara Bumbung
The way we treat.
Sabtu, Disember 21, 2013 | 4:43 PTG | 2 comments
CAK!

Embedded image permalink

#SebenarnyaSayaSedangTungguBuburMasak

Jap. Gigit biskut jap.

Rumah ni sunyiii. Sebab ummi dan baba takda, keluar rumah mencari rezeki. Ops cliche bunyinya. Mereka keluaq pergi berjuang demi negara dan agama! Wohaaa eh?

Nak cerita apa ya?

Meh kita perhati perbezaan situasi di bawah. Situasi mengejut adik kecil bangkit daripada tidur.

SITUASI 1:

"DIK, BANGUUUUUUUN!"
Macam pakai healer. Kucing jiran selang 5 buah rumah pun boleh dengar. Agak hyperbola di situ.

HMMPF.
Si adik...kecik lagi kan..mana la nak sekali kejut terus bangun. Ye tak.

"BANGUN LAA!"
Tak cukup jerit, tangan si kakak hinggap di lengan dan kaki si adik pulak. Geraaaamnya.

Niatnya cuma satu, nak suruh si adik bangkit untuk solat berjemaah.

"Taknak! Orang cakap taknak, taknak laa!"
Selimut dicampak dah. Ditendangnya sedas si kakak. Adoi.

Weii apa salah aku. Nak kejut dia bangun je kot.
Jauh di sudut hati..sedih dan perit berbekas di ulu hati. Ye ah takkan sukacita pulak kan.

At last si kakak pun fed-up.
"Ishhh taknak bangun cakap je la. Takyah guna kaki!"



"BUKAN SEBAB TAKNAK, SEBAB CARA HANG!"


Subuh pagi tu..memasing solat sendiri. Peh hening je.


SITUASI 2:

"Dik, ooo dik. Bangun ah"
Digerak-geraknya lengan si adik. Pehhh gua harus sabar dan tabah. Nafas ditarik dalam-dalam.
KENA. WAJIBUN. Sebab aku tau..kalau tak sabar dan buat loglaq ja, natijahnya gua juga bakal terguris hati.

Hmpfff.
Haha si kakak dipaksa ketawa kecik. Saja buat penenang hati. Cer tengok sikit muka tido dia, ala lalala kembang kempis hidung panjang dia.

"Dah zuhur dah ni. Kita jemaah la"
Pinggang si adik dicucuk.

"Cepaaaat. One two three."
Lengan kena jugak ditarik secara paksa.

Phew.. Lama jugak. Betul lah penantian itu satu penyiksaan~

Akhirnya, si kakak dan si adik zuhur berjemaah. Tadi pagi memasing beroleh 1 pahala. Kini berganda 27kali setiap seorang.


The key is,
SABAR.


Situasi yang entah ke berapa juta kali pernah berlaku kat dunia ni. Dan penulis tidak terkecuali.

Pernah tak terfikir ataupun termenung sejenak,
"Kita ni dengan kawan sahabat atau taulan bukan main mesra sopan santun bertepuk tampar wah inilah sabat sejati dunia akhirat,
tapi kenapa dengan keluarga....ah senang betul nampak kebajetan si kakak. Mudah mengata si adik ini tidak boleh mengalah.

Oh tak lupa jugak,
titisan air demi air pun boleh melekukkan sang batu yang keras.


Renungan bersama.


Bubur dah siap masak rasanya. Ada orang dahi panas dalam rumah ni~


Iklan sat!

Embedded image permalink 
Sebelum tekan clutch dan enjin, kena terer mengayuh dulu.


Older Post | Newer Post





بسم الله الرحمن الرحيم

Selamat datang ke Bicara Bumbung kepunyaan NFatin Husna. Jemput baca entri mana yang suka. lepas tu, silalah tinggalkan jejak ya?


Template edit by: Faiz
Background by: Fazeera
Basecode by: Lettha