/>
Bicara Bumbung
ADD-MATH
Rabu, November 20, 2013 | 7:49 PTG | 3 comments
Haha..gaya cam pilih kasih je. Pilih kasih pada subjek. Kehkehkeh.

YA MEMANG!

Subjek ni laaaa. errrgh. SUBJEK ni lah.
Yang buat aku berada di sini sekarang.
Haha memori setahun lalu berputar di kotak ingatan. Nak aje aku coretkan buat tatapan bersama, takpa ada rezeki+masa+kerajinan+ilham daripada Dia, ada lah tu.

Aku tak belajaq subjek ni pagi-pagi, masa PnP.
Kelas dia start pukul 4 petang sampai laaa 6 petang; setiap Isnin + Selasa.
Dengan seorang bekas engineer. Ya profesyen seorang guru bukan lah into him sangat pun.
Tapi beliau redah je menggalas tanggungjawab nak ajar kami, kanak-kanak minor yang dahagakan variance serta differentation.
Waktu-waktu kritikal camtu...kekadang hujan. Gelap ada la. Peeeergh angin masyuk kot. Bebudak lain pakat main bola sepak kat bawah. Kami?? Tersengguk menghadap graf dan menumbuk kalkulator.
Dah la tu, MINORITI pulak tu.

Setiap Khamis petang pulak, aku merantau cari tuisyen dekat-dekat rumah. 2 jam. Sampai pukul 5.
orang lain pasang t-shirt dengan track suit, aku tersarung jubah sekolah koot. Dengan hamis masham lagi.
Haha..

Pernah ork rasa, satu benda tu susaaah. Tapi kita punya minat tuu sampai tak heran dah susah yang berlaku. Enjoy jeee walaupun banyak duri. Hahahaha ala rasa nak gelak je bila ingat. I'll story it later.

Aku nak ADDMATH aku cun.
Pastu harap2 ilmu ni diberkati. Amiin.
Moga Allah rahmati guru-guru + sifu+sifu aku...semuanya lah.
HOW WAS YOUR WEEK LOOK ALIKE?
Khamis, November 07, 2013 | 8:52 PTG | 1 comments
ENGLISH tadi...

In my opinion, tuition class is a yes and necessary to students. It can widen their friend circle, backup information, and it is one of the method of learning in a fun wayyyy.

Baru tahu yang saya ni tak reti tulis cerita. Hahah kompem tak best. So tulis fakta dan membebel je la saya tahu.
Masa tulis karangan ni otak berterbangan ke pusat tuisyen.
Daaan gak, punya pemalas buat latihan karangan. Tapi kalau ekzem boleh pulak jadi satu muka esei tu. Haih seperti bakat yang terpendam. Ke tersia-sia? Ngaa.

USTZH Haida. Dialah ibu, dialah guru, dialah bunsen burner kami~

OK nilai dan pengajaran yang saya dapati daripada minggu ini ialah;
Tolong JANGAN percaya soalan spot.
Taubaaaaat haku kahkah. Katakan tidak kepada soalan ramalan!
Beza orang study forecast question dengan yang tak....
Student yang study ramalan akan terkujat kalau tetiba soalan yang diramalkan tak keluar. Dah jem kaya dah kat situu. Kalau keluar pulak, proses nak ingat balik fakta yang dihafal tu...perit kot nak bawak keluar balik. Sebab kita terlalu depend.
So here, don't rely too much on spot question. Okay geng?




Perasaan yang saya rasa sekarang ialah;
TERKILAN kot. Haha
Sebab macam nampak gak study hard last minute. Ye hard....tak smart.
Baru tau banyak benda best last minute... Aiseh.
Gaya buat karangan, ayat bombastik bagai...baru je tahu.
So PERASAAN dia macam study sebab ekzem.
Perghhhh rasa yang tidak enak.
Apply kat ekzem...then pasni tak belajaq dah. Hilang begitu jaaa??

So kekanak sekalian, korang kena start belajaq sesungguh sekarang tauuu!!
Haha siryesss talk wei.
:-)

Kalau saya ada kesempatan dan diberikan peluang, nak sangat bagi apa yang saya dapat sekaraang ni kat dierang. Tanak benda ni jadik sia-sia camtu je.
Kita pun boleh ingat.....apply gak dalam life.
Phew.



Apapun, refresh niat selalu.



LAGI 13 JAM...
Selasa, November 05, 2013 | 7:02 PTG | 4 comments
Sekarang pukul 6:40 petang.

Saya sedang berada di atas talian...
Chat dengan member. Borak fasal karangan.
Tet tet..tet tet...

Kejap lagi nak Maghrib.


Iron uniform
SLIP
IC
Alatulis

Tinggal fail je.

Malam ni masa untuk rileks. *senyum*

Sesungguhnya la, kalau flashback balik zaman UPSR, PMR dulu, saya tak pernah serileks begini.
Jantung berdegup kencang tu perkara yang mesti.
Tidur kalau boleh nak terjaga je.
Tu zaman mesolitik tu lah.

Ironi gila.
Selamba je tadi saya qailullah.. (ye qail laa sangat) pukul 2 petang. Masa tu tengah baca karangan. Bijaksana jugak membaca sambil jogging atas katil. Haha.
Terjaga pun sebab KekWe call. TU PUN SELEPAS 2 MISSCALL. Betapa lenanya saya dibuai mimpi???

KekWe call sebab nak tanya fasal BM. Profitnya saya ada kawan yang mengingatkan.
Saya ni jenis pemalas. Dia pulak jenis yang super rajin.
Patut hang sujud syukur sekarang weh.

Apapun, jangan pernah luput ingatan kepada Tuhan.
Sebab Tuhan tak pernah lupakan kita.

Ironi lagi sekali, saya tak berdebar...langsung. Tak tahu kenapa. Ngaaaa.
Jumaat masa sesi bermaafan pun setitik air mata pun tak keluar.
Risau jugak kalau tetiba hati menjadi keras.

Alhamdulillah harini sempat lari-lari anak sebanyak 3 pusingan di tasik.
Kami sarapan bersama-sama...ummi perangat sup daging. Ahhh sedapnya wei sup panas. Terimakasih ummi wa baba wa adik wa kucingzzzz.
Then, study mana patut dalam bilik. Dalam keadaan tingkap terbuka dan angin menerobos masuk sepoi-sepoi bahasa.
Petaaang pulak, langit gelap!! Bau hujaan yang masyuk dinikmati begitu saja.



I feel blessed.

Hai geng. BITTAUFIQ WANNAJAH!!! May Allah bless.

Aku nak habaq, aku bersyukur aku dapat kawan macam kalian.
Entah dapat jumpa lagi dak kawan macam korang........bak kata sorang tuu haha.


Nanti bila-bila saya post gambaq orait. SALAM PERJUANGAN. SALAM PEPERANGAN.



Older Post | Newer Post





بسم الله الرحمن الرحيم

Selamat datang ke Bicara Bumbung kepunyaan NFatin Husna. Jemput baca entri mana yang suka. lepas tu, silalah tinggalkan jejak ya?


Template edit by: Faiz
Background by: Fazeera
Basecode by: Lettha