/>
Bicara Bumbung
"Berdoalah!,
Khamis, Julai 11, 2013 | 10:49 PTG | 0 comments
Dan Tuhanmu berfirman: “Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu.
(Al Qur’an surat 40. Al Mu’min ayat 60)

Doa tu coverage dia luas, anytime and anywhere. Peh, free pulak tu. Mintak lah apa pun tanpa had!


Alhamdulillah, tengahari tadi bumi Pasir Gudang di mana bangunan MITT bertapak telah menumpahkan air mata. Lebat woo. Bau pun enak ja. Lubang hidung rasa lapang dan dingin untuk mensedut oksigen. Kilat sabung menyabung juga, tapi tenang. Kelas dah rasa berubah 180 darjah seperti bilik tidur. Tambah keuntungan lagi, cikgu Selamat tak masuk. Beliau tinggalkan kami dengan sekeping kertas.

IT'S A SCHOOLWORK! Fasal lukisan kejuruteraan tu ha, bab terakhir sekali.

Ops aku baru saja terbersin tadi. Alhamdulillah. Replykan yarhamukillah pelis.

Melukis lah kami dengan gumbira, walau dikala guruh berdentum.
Kelas bising dengan sahutan skala-skala lukisan kotak tu bagaiii haha. Ada je budak yang melilau keliling kelas mengintai lukisan orang lain.

Tetiba,

"Ehhh korang, cepat doa masa hujan!"

Lebih kurang begitu.

Sorang kekanak lain menyampuk,

"Ha ah ye, ustaz kan ada ajar doa hujan." Dia cepat-cepat grab marker, mentulis di whiteboard.

Allahumma soyyiban naafi'an, wa la balaa an.

"Amende makna dia?"

"Ya ALLAH, jadikanlah hujan ini bermanfaat bagi kami dan bukannya bala"

Kami pun membacanya secara berjemaah.

Automatik satu kelas menadah tangan.

"Koraang, doa jom. Waktu ni kan mustajab doa."

"Cepaaat lah doa. Apa-apa je permintaan korang."



YA ALLAH,

murahkanlah rezeki kami.
 Amiiin.

Jadikanlah kami anak yang solehah.
Amiin.

Satukanlah hati-hati kami dan jangan memecah belahkan kami.

Jadikanlah kami sahabat dunia dan akhirat.

Pertemukanlah kami di syurga nanti.
Amiiin.

Berikanlah kejayaan yang cemerlang kepada kami, calon SPM 2013 ini.
Batch kami dan batch selepas ini.

Terangilah hati-hati kami.

Panjangkanlah umur kami....
"Eh oii janganlah mintak camtu tanak jumpa dengan Allah ke??"

*tercengang*
Orang lain menyampuk, "Eh takpelah, kalau umur nanti boleh beribadah banyak-banyak"

"Kalau ibadah banyak....kalau lama hidup tapi buat dosa??"

"Sapa suruh buat dosa........"

Gurau tengah-tengah hujan. Hahaiiii.

Perkenanlah. Amiiin!

Doa tu semua macam sahut-bersahutan.

 

Tuhan, betapa besar pengharapan kami. Pandangilah kami.

Sengih manis.

Waktu-waktu doa mustajab -----> http://www.zuhairinopiah.com/22-waktu-mustajab-doa/


Older Post | Newer Post





بسم الله الرحمن الرحيم

Selamat datang ke Bicara Bumbung kepunyaan NFatin Husna. Jemput baca entri mana yang suka. lepas tu, silalah tinggalkan jejak ya?


Template edit by: Faiz
Background by: Fazeera
Basecode by: Lettha