/>
Bicara Bumbung
Membesaq bersama masa
Ahad, Februari 10, 2013 | 9:57 PTG | 6 comments
Tangan terasa gatal nak mengereview post-post lama yang berhabuk. Saja nak tengok apakah kemerepekan telah aku lakukan pada zaman kemetot dulu.

Pergh, rasa kekok ni menulis siyes tak tipu! Mwahaha (motif gelak tetibe? Menutup getar di dada ecewah)


 Oktober 2009 - form 1

Tahun pertama menulis belog. Peeeeergh lagi sekali. Boleh jadi koma tengok. Titik koma berbilion dalam satu ayat. Lepastu nak tekan enter setiap habis perkataan hahaha apa ke skema? Pelik kan, kat sekolah kita sangat la tak diajar menulis camni. Tetibe kat blog pulak boleh pulak buat undang-undang sendiri. Ingat setailo? Ok diam ini sejarah! Jangan lupa sejarah... kelak anda rugi.



Julai 2010 - form 2

Time ni dah start era zaman kegemilangan blog. Haha siyes kelakar. Aku merepek semuaaaa fasal sekolah banyak je bebel then kawan-kawan blog seangkatan comotnya pun komen. Time ni la wujud Cerita Kedai Kopi kononnya ni kedai kopi tempat citer-citer ala mak jemah dengan jiran sebelah. While kita si pencerita serve kopi blablablah ahhh sangat kelakar!!
 
Masa ni tak kenal apa itu caps lock. Cer tengok bantai jeee takde titik caps lock entah ke mana.

Tapi it's just nice to be remembered. Ngaaa
Haha jujur la, aku dah rinduuuu! Zaman aku boleh borak sebebas-bebasnya berciter fasal citer zaman anak kecik. (Sesungguhnya ayat ni kan sangat terang lagi bersuluh nampak sangat macam aku ni orang tua mengenang zaman silam. Ughh)

Tahun ni la aku dengan Uma (sesorangnya adik) berhadapan dengan dunia asing. Which is dunia tanpa baba and umi. FOR A MONTH!! Waaaa. Mana pernah camtu kot dalam hidup.


 Disember 2010 - form 2 lagiik (masa ni ummi&baba dah balik dah)

And aku pun baru perasan jugak dalam blog ni......method writing aku terus berubah 180 darjah!!! I can't believe it aha aha. Yeah sejak sebulan bertapa kat kampung, kat rumah makcik tu lah segalanya berubah. Proses kematangan mungkin? Perghhh lagi hahaha (muntah) Kelakor je kan?

Julai 2011 - form 3

Pasca PMR tengah berlangsung dengan penuh gayanya. Based on my stalk review, (cara taaak stalk blog sendiri lalala) aku dah start kureeng update masa ni. Comment pun dah menurun so do i care. Cewah hahaha kiranya menulis untuk diri sendiri je la. Pencarian jati diri anak manusia pun dah bermula dah masa ni.

Dah pandai pakai caps lock dan membuat karangan. Seeee the different? Anything can happen in 3 years. Piwiit! Nak aje tenyeh-tenyeh mata tak caye adakah ini Husna, in 3 years? Orang yang sama dalam 3 tahun? Waaaaa hahaha.

2012 - form 4

Waktu ni lagi laaaaa. Gilaa? Waktu ni lagi leeee. Gile? Waktu ni lagi lah. Zaman curang dengan blog. Ai pandang sebelah mata je tauuu tak kenyit mata pun. Update sikit sikit.....sekadar cukup makan.
Dah pandai rasa yang sumeee benda yang remeh temeh cam bebudak tu takyah la citer. Wakaka. 
Tapi tauuuu pulak rindu. Apekah?

Bahasa pun dah bombastik. Sangat. Terlalu sastera waaaaaahaha (muntah)

Pakcik Mario (pakcik ni la yang dari dulu aku kemetot comot berhingus bagai, dia la yang pantau blog ni apa la budak ni bebel haha) sampai perasan.....perasan yang post aku semakin matang. Hahahahahaha kelakar wei!! Aku sedih bila dia cakap camtu.... Sebab? Maksudnya aku dah tinggalkan zaman bebudak ituuuuu~

Oh ayat. Pelis la.

SEKARANG??? Lari jap carik post 2013.

Phewww (tarik peluh) Ada la seketul. Tu pun tak bermoral (baca: takde benefit apa-apa kepada peminat) Wachaaa!

2013- form 5. Eh jap. FORM 5. APAA????! *sawan*

Apa yang aku nak simpulkan sebenarnya??

In a nutshell (ceyy ceyy ayat english), kita semua membesar bersama masa. Tengok ah, blog ni pun nak masuk 5 tahun kot. Kata orang-orang lama, rumah kata pergi kubur kata mari. Dah tua ni, takkan tak tau apa makna hidup meh? Aku pun tak tahuuu, tengah belajar la ni. Peace!

Harapan kepada blog yeh? Ehem ehem (betulkan tie dan lipatan tudung) Aku harap dapat bagi something untuk people yang menjajah blog. Nak stalk, stalk laaaaa sampai lebam. Haha asalkan dapat something yang boleh bagi benefit kat kauorang. Boleh la dapat saham sikit kan. And untuk masa yang mendatang, aku menyimpan azam untuk teghuiiih hapdet blog!! Oyeahhh semangat gila. Wakaka. Hapdet yang boleh inspire orang, yeaaaa inshaAllah.

Moga aku dapat terus memaknai hidup. Korang jugak.

And you, JANGAN BERHENTI MENULIS OK?

Meh panaskan balik dunia blog!!!!! (baling pom pom)





Older Post | Newer Post





بسم الله الرحمن الرحيم

Selamat datang ke Bicara Bumbung kepunyaan NFatin Husna. Jemput baca entri mana yang suka. lepas tu, silalah tinggalkan jejak ya?


Template edit by: Faiz
Background by: Fazeera
Basecode by: Lettha