/>
Bicara Bumbung
Hanya dia yang tinggal
Rabu, Disember 19, 2012 | 4:47 PTG | 4 comments

"Ten ninggal la sini lagi"

Kata maktok sebaik aje aku cakap aku dah kena pergi dah. Dah kena balik bandar yang sibuk itu dah..

A'at ketawa dengar ayat atok. Kureng gula! Sabor la, orang tak cukup baik lagi ni nak mati. Haih.

"Tok, orang mintak maaf mana salah silap kat sini"

"Iyelah. Atok pun mintak maaf jugak. Mana tau marah kau ke apa ke. Atok ni dah tua. Kekadang tak perasan marah-marah korang"

Geleng. Senyum bersama mata yang kabur. Rasa macam panas semacam je mata ni.

"Mana ada tok marah. Atok banyak buat kitorang happy je kat sini"


 Aku sempat jaga nenek dengan Kakcik yang dimasukkan hospital seminggu yang lalu. 2 hari berbekalkan baju yang sama pasal tak mandi-mandi (opsss) sebab aci je jadi grannysitter secara bidan terjun. Alhamdulillah 'ala kulli hal. Nikmat mana yang kau harus dustakan? [Ar-Rahman:13]

Nenek aku sangat kuat semaginya. Sangat. Kalau boleh semua doktor campur misi-misi yang comel lote pun beliau nak tegur. Siap ajak sarapan sekali. Maha beruntungnya kami mendapat nenek penyanyang macam maktok.


Hanya dia. Cuma maktok la satu-satunya nenek dan merangkap atuk untuk aku mengada-ngada.



Keluarga kami besar. Anak-anak maktok aje dah 16. Bila kira-kira cucu, mau sampai 70.
One Big Family bak kata Maher Zain.


Moga rasa syukur yang bertandang ni, bukannya hadir sekali cuma.
Ziarah la selalu ya.

May Allah bless!

KAMI, cucu-cucu Paktuk Omar sayangkan kamu.


"Tok, atok kena puasa tau doktor suruh. "

"Haa dah Ramadhan ke??"








 Tok: Inject? Takmau lah. Sakit.



Misi: Tak sakit lah nek. Macam gigit semut api je. (usap-usap tangan sambil nak masukkan jarum dah tu)



Tok: Aduh. Sakit! Sakit!


Misi: (.....................) Nek, belum masuk lagi nek. (-____-")





Satu masa tu sorang jururawat lelaki masuk ke dalam bilik sebab nak buat report. Tengah-tengah nurse selak report.......


"Apaa tuu...BIL API??"



Aku dengan kakcik gelak sakan oii. Jururawat pun join sekaki gelak seacar berjemaah.


Nampak sangat maktok rindu kampung.




Older Post | Newer Post





بسم الله الرحمن الرحيم

Selamat datang ke Bicara Bumbung kepunyaan NFatin Husna. Jemput baca entri mana yang suka. lepas tu, silalah tinggalkan jejak ya?


Template edit by: Faiz
Background by: Fazeera
Basecode by: Lettha