/>
Bicara Bumbung
Masih ada yang sudi mendengar doamu.
Ahad, Jun 10, 2012 | 3:16 PTG | 10 comments
Dengan nama Allah yang Maha Mendengar doa.



Around 2 weeks before cuti, spectacles hakmilik saya telah menyorokkan diri dari pandangan. Mogok agaknya kerana saya pernah cancel nak pakai dia bawak pergi jogging. Kekal misteri. Disebabkan time tu exam and macam tak ada keperluan sangat untuk pakai, saya ignore je lah. Lagipula, saya pun pakai benda alah kaca lutsinar berpetak yang digunakan oleh mata rabun untuk fokus cahaya ni waktu dalam kelas je. Pastu bila luar kelas mata jadi kabur, nak intai makcik kantin dari jauh dah jadi satu masalah.

Eh kat mana tadi.

Saya punya laaa cari. Bawah almari, bawah kerusi, celah sofa, celah bakul serta segala ceruk telah saya jajahi. Tak jumpa jugak. Dah mula cuak ni. Ada ke makcik cakap kucing pakai. Saya bela spect tu sejak saya cenonet form 1. Itu la spect pertama saya. Itu la mata air kepada air mata saya. Rasa tak sampai hati pulak nak mintak buat baru kat inche AO merangkap ayah saya. Sebab salah sendiri kan, careless sangat. Haiyoh..

Takpe la, kalau sampai naik cuti ni tak jumpa jugak.. I have to la. Kena la beli sendiri. Korek duit tabungan.

 Kita pause kejap.

" Teringin nak demam. " 
Terpacul keluar ayat ni secara tetiba dari bibir gadis itu. Sebab rasa macam lamaa sangat tak demam.
Rindu nak kena tepek dengan tuala basah, mimpi abstrak malam-malam sebab kepala dah macam kena tindih dengan batu bata, dan muntah bila makan ubat.

Tak lama. Kejap je Allah bayar cash.

Malam esoknya, saya menapak masuk rumah je... Bersin. Bersin lagi. Eh bersin lagi. Ngee.. Bulu kucing kena virus ke apa. Ambik tisu sekotak, sumbat dalam hidung, tarik selimut dan lelap.

Esok pagi-pagi bangun terus rasa pahit semacam. Sah. Dia mai dah.. Ini simptom nak demam! Dahinya berpeluh kecil. Bibir ditarik senyum segaris.

ALLAH dengar luahan aku. ALLAH makbulkan apa yang aku mintak. ALLAH terasa sangat dekat waktu tu. Rasa heaven, yes? Biarpun tekak perit, kepala macam kena tindih dengan batu bata, tetap rasa bahagia. Tenang je. Bukan ke aku yang mintak semua ni? 



Puncak keyakinan saya memuncak. Berbekal sikit nasihat Rancho kepada Raju yang penakut dalam 3 Idiots, saya mengorak langkah.

Sesungguhnya Rabb kami yang Maha Berkah lagi Maha Tinggi turun setiap malam ke langit dunia hingga berbaki sepertiga akhir malam, lalu berfirman ; barangsiapa yang berdoa, maka Aku akan kabulkan, barangsiapa yang memohon, pasti Aku akan perkenankan dan barangsiapa yang meminta ampun, pasti Aku akan mengampuninya.
- Sahih Al-Bukhari

Nak kata tak risau, takde la sampai macam tu. Cuma kadang-kadang perasan tak, makin kita kejar, makin dia lari. Kalau kita tak cari pulak, tak alih-alih jumpa. 

Semalam sebelum tido,
YA ALLAH, saya percaya Engkaulah yang memberi saya bahagia.
YA ALLAH, saya percaya Engkau akan makbulkan doa saya.
YA ALLAH, saya percaya Engkau sedang dengarkan doa ini.
Have a faith, Husna.
Aall iz well.

Saya betul-betul mengharap. Senyum.






Daan tadi pagi, sedang saya mentouch-up kan beg sekolah nak kemas-kemas buku untuk sekolah kan.... Bila angkat je beg, terpampang satu objek yang dirindui. Buat drama mata bercahaya. Muka macam baru lepas delivered baby kucing. Terlompat-lompat. Bibir macam nak terkoyak sengih.

Terima kasih ALLAH 

Tak nangis pun. Tapi hati kembang.

Sengih kecil. Yep, benda kecik je pun. Cari spectacles. Tapi boleh apply bila-bila kan? Doa tu universal tahu. Coverage dia luas.

Semalam marathon movie '3 Idiots' dengan ummi dengan adik sampai pukul tiga pagi. Saaaangat inspiring, I told you. Tak pasal-pasal TERsearch Aamir Khan kat Youtube. Beliau ni Muslim ke idak?

Aal iz well~


Older Post | Newer Post





بسم الله الرحمن الرحيم

Selamat datang ke Bicara Bumbung kepunyaan NFatin Husna. Jemput baca entri mana yang suka. lepas tu, silalah tinggalkan jejak ya?


Template edit by: Faiz
Background by: Fazeera
Basecode by: Lettha