Sabtu, Disember 24, 2011 | 5:21 PTG | 4 comments
Alhamdulillah ^__^
Tak, kita tak berakhir di sini. Perjalanan still jauh.Macam-macam menanti kat depan tu,
Get ready! 'VE A FAITH!
Aiseh.. gonna miss those moments. Rindu nak PMR. Rindu nak lari-lari kejar ustazah. Rindu tak turun rehat. Ghinduuuu
Cakap pasal next year, still dalam proses kerjasama minda dan akal nak buat keputusan. Bukan kakak cantik dan abang hemsem lepasan SPM je rasa dunia baru bermula, kita orang pun rasa kehangatannya jugak tau tak. Sikit je lah kut tapi. Doakan tau!
So.. I still do not have a solid answer yet. Semua lah. Doakan kita orang dapat buat keputusan yang paling baik ^^
Bytheway,
Tunggu punya tunggu posmen. Akhirnyaa, sampai pun. TelagaBiru sangat awesome! Berambu mata tengok buku banyak. Macam tau je lama tak pegi kedai buku.
Yang best, ni majalah Gen-Q untuk remaja. Tak sabar nak hadam satu-satu. Digest slow slow masuk dalam jiwa.
Rindu camp ^__^ Rindu budak omei ni
Jumaat, Disember 16, 2011 | 10:05 PTG | 10 comments
+
=
ENTRI
(macamlah ada orang hairan)
kwang kwang
Lirik: Kita Berbeza - Demascus
Jika Tuhan mahu Dia boleh cipta
Kita semua sama langsung tiada yang berbeza
Tapi sebaliknya dia ciptakan
Tiap manusia pelbagai perbezaan
Sebagai ujian buat kita semua
Tinggal kita cari hikmahnya ada di mana
Moga jumpa jalan sebenar untuk ke sana
Kita sering tak sama
Rupa paras, minat, citarasa
Tak serupa pemikiran
Banyak yang berbeza
Kau suka ini dan itu
Aku mahu begini begitu
Banyak sisi dalam hidup
Yang kita berbeza
Dan itu semua
Tak semesti bisa jadi
Konflik yang membarah
Jika kita bisa tuk memahami
Beza kita untuk melengkapi
Antara satu dan yang lain
Hidupmu lebih warna warni
Jika perbezaan kita hargai
Hidup berseri bak mentari
Jika kita semua bisa mengerti
Kita tak pernah sama
Rupa paras, minat, citarasa
Tak serupa pemikiran
Banyak yang berbeza
Dan bila diuji
Keteguhan kita miliki
Sejauh manakah
Kita sinergikan kepelbagaian
Semua manusia kan berbeza. Kita kan pong berbeza. Setiap orang ada kelebihan dan kekurangannya masing-masing. Tapi tu tak bermaksud kita kena bermusuh-musuhan and pandang serong antara satu sama lain.
Semua perbezaan kita tu, tujuannya untuk saling melengkapi. Kami tau buat nasi lemak. Hang terror bikin sambal ikan bilis. Dia tukang goreng teloq. Boleh bukak gerai sebijik. Tak semuaaa orang, reti buat semuaaa benda. Impossible.
So please, jangan bezakan diri sendiri dengan orang lain. PLEASE. You know who you are. Saya cakap dengan diri saya sendiri sebenarnya ^_^
Baidewai,
BlOOOPs
Main air pada pagi hari yang agak terik sangat... FUN! Parapapaappa I'm lovin it
Now I'm wondering apa lah bebudak seusia saya buat time cuti sekolah ni. Kadang-kadang rasa macam banyak sangat benda yang nak dibuat time cuti ni tapi tak terbuat, sebab banyak sangat. Adakah itu cuma.. alasan?
Thankyou... a lot Mr. Matahari
Terima kasih.. Allah
FYI, result PMR kita orang dah melambai-lambai untuk minggu depan, 22hb tak silap. Maka.. faham-fahamlah. Bahawasanya kami di sini memohon doa daripada kakanda dan adinda sekalian. Wuuu shahdu nyaKena siap siapkan jiwa raga. Terima semuanya dengan hati yang terbuka dan percaya itu ialah yang terbaik untuk kita. Berfikiran optimistik, guys!
Rabu, Disember 14, 2011 | 11:48 PTG | 0 comments
Lagi 15 minit jarum nak ke pukul 12...pagi. Merasa lah kejap jadi Slowest Kid Wednesday. Ada ke.
Ada sape-sape punya adik tertinggal list barang nak dibeli dalam trolley Giant supermarket?
Haila dik.. You made our night.
Haha! Saya nak.. my future son and daughter pun acamtu. Bolee?
Assalamualaikum
Khamis, Disember 01, 2011 | 2:48 PG | 13 comments
Bismillah. (Saya menaip entri ni sambil mendengar mp3 di site Wijdan Hawani. Thanks a lot, dear)Entri ni berbau serta berperisa kasih sayang. Saya dah bagi warning awal-awal tau ni.
RT @HilalAsyraf Pagi ini bangun,kita tidak fikir mahu jadi orang lain. Berbanggalah dengan diri sendiri. Dan berusaha mempertingkatkannya lagi
This morning, after Solat Subuh berjemaah terus zup kus kus tanpa mandi dan sarapan (tapi sempat minum Horlick), ayah saya mengajak kami sekeluarga melawat Klinik Haiwan. Ecewah karangan mesti taknak kalah dengan esei BMelayu tau dia ni.
KENAPA? Sebab kita nak sunat. Bukan kita yang nak sunat wei. Kita.....punya kucing. Kata klinik haiwan kan. For your information, ni first time saya menjejak kaki ke klinik haiwan so teruja tahap menara mesti kena ada.
Oh sunat di sini bermaksud memandulkan. Ayah cakap kita sunat kucing jantan ni untuk takmau bagi dia kencing tak bertos dan merata-rata. AYAH SAYA YANG CAKAP. Ngihehe sebat je ah ayah sayang yang panggil sunat so anak solehah kena menurut perintah.
Kiteorang punya semangat nak jadi orang first for the day sampai klinik belum bukak lagi kiteorang dah terpacak kat depan pintu. Sambil-sambil tu tunggu je lah kat luar sambil ambik angin. Seriously sangat fun. Sebab dengar bunyi ayam berkokok, pastu bunyi burung bercicip-cicip segar dan yang paling penting ada matahari pagi. Pergh sangat nice you know.
Parappapapapapapa
SEBELUM :
This; Panda (betina solehah)
Serius, saya takde alasan yang kukuh apepasai nama dia Panda
Wajah budak dua ekor yang blurr serta innocent apepasai tetiba bawak kita orang pegy sini bah
Kucing nowadays *rolling eyes* Siap berisi borang lagi tau. Kucing dulu-dulu korek tulang ikan kat tempat sampah je
Lepas isi borang, dan disebabkan kiteorang ni first customer so kiteorang lah yang kena serve dulu! Persis idiom omputih kata, first come first serve.
The veterinar suruh kiteorang pergi ke halaman belakang (bilik rawatan) untuk memulakan ops sunat kita. Saya dukung Panda while ayah saya mendukung Simba. Kat luar bilik rawatan tu ada bank haiwan. I mean.. ada penjara kucing. Yea tempat yang selalunya orang simpan kucing2 diorang kalau nak pergi bercuti. Takpun, kucing tu kena duduk penjara tu kejap pasai lepas kena bedah. Kinda macam hospital haiwan gitu. Got it? Something like that lah
Okeh fine fine nak bukti jugak tu. Nah
Ah senang terus je pergi channel youtube saya. Takut ter-lambat loading kat sini je
Acane? Dah terasa masuk ke alam kayangan kucing? Hakhak
Bila dengar bunyi kaum-kaum dia mengawan mengiau sume, pakat ah gelabah je Simba & Panda ni. Dasar pentakut anak tekak saya ni. Diorang boleh je tu meronta-ronta nak keluar daripada dukungan belaian saya yang mesra ni. Aiceh overr. So saya kena siap siaga! Kuatkan pelukan dan tingkatkan penyaluran semangat untuk diorang. Saya tahu diorang ni nervous. First time tu wei pergi klinik. Macam kita kecik cenonet dulu takut jumpa doktor gigi haha.
K ni part klimaks. Baca betul-betul!
Bila melangkah masuk je ke dalam bilik rawatan tu, korang akan bau satu bauan yang kuat. Bau apa tu? Bau hospital yang sangatt kuat. You know kan bau dia macam mana. Kimia wei tapi sedap. Sedap je masuk dalam hidung kita. Sebab..entah segar kot.
Serentak tu jugak, my Panda and Simba tu double triple gelabah to the max! HAHAHA (bagi saya ketawa jap) Punya lah gelabah sampai saya pun tak larat nak tahan budak Panda ni bebas from my pelukan mesra. Sakit bahu saya kena tekanan kuku beliau. Simba pun. Diorang lari tanpa arah tujuan dalam bilik rawatan yang kecik tu. Kejap naik tingkap kejap lompat naik cermin kejap langgar dinding. Pendek kata memang tak keruan ah kiteorang. Sampai terbentuk bulatan O di bibir kiteorang. Punya la hiperbola.
Ni gara-gara diorang terbau benda kimia tu lah. Sangattt bijak kan makhluk kucing ni?
Sikit punya rilek je veterinar tu. Kite dua orang macam tengok aksi ganas haishooo.
Then, we start with injection. Panda(betina solehah) kena inject elak cacing. Settle sudah part Panda. Kejap je. Yang best diorang bagi chance kat kita pegang sendiri kucing tu while diinject sebab diorang faham kucing ni ada sense yang percayakan tuan dia je. Diorang tak percaya bendasing. Hakhakchuum *kesat hinguih*
Saya sebagai penjaga Panda kena la tenangkan dia kejap. Serius diorang terkejut tau. Degup jantung Panda pun laju semacam. Muka pun risau gilaaa macam fobia gitu. Serius ah, banyak sangat sangat sangat sangat sangat sangattttttttttttt beliau punya bulu gugur. Penuh satu baju. Saya pergi pasar dalam keadaan berbulukan Panda hekhek.
SELEPAS:
Ni part Simba pulak. The interesting part for me. Sebab pengalaman baru ni wei.
Simba diinject dengan ubat bius. Then kita pergi luar sementara nak tunggu budak Simba tu tido. Kiteorang tengok bank haiwan and duduk berbual-bual kejap je, tetiba kena panggil masuk bilik rawatan.
Badan beliau terkujur lemah terbaring sepi :'D
Badan Simba... lemah sangat. Lembik pulak tu. Kalau dukung kan, kepala dia lembik ke bawah. Imagine je macam heroin citer Thailand kena dukung kalau pengsan pastu kena dukung kan, mesti kepala terkebelakang. Harap sangat korang faham haha. Time tu kiteorang macam.. aiseh tengah dukung heroin ni! Hakhak maklumlah first time kan, serius jakun.
Pelukan hangat daripada kami sebagai salah satu bukti kesayangan kami kepadamu
Cakk! Simba in the car~
Effect ubat bius boleh tahan dasyat. Saya pun terkejut tengok mata Simba terbukak je and nampak kesan macam.. air bertakung kat tubir mata
Simba........... nangis ke?
Saya pun taktau the real answer
Ambik feel sikit tengah pening ni
Simba tak sedar-sedar lagi. Let him rest
Korang tak tertanya-tanya ke apepasai asyik Simba jek dari tadi? K for your information, Simba is our main actor now in my movie *penegasan*
OKAY ni good news. Ada lagi satu klimaks! Entri ni kan, sangat kaya dengan klimaks. So tu satu pencapaian..mungkin?
Lepas sarapan, kiteorang main-main dengan 'patung bernyawa' Simba ni. Dukung2 and feel kejap macam hero dukung heroin pengsan dalam citer apa-apa je lah. Sesekali tengok gigi dia sebab kalau dia bangun nanti confirm Simba ni tak kasi kiteorang tengok gigi taring mahal dia.
My little sister, Uma tengah dukung Simba ni tau. TETIBA,
"SIMBA KENCING!!!"
Saya pun terpandang satu pancutan air keluar. Adoyai, tinggi jugak ah pancutan tu. Secara drastik tak fikir apa-apa, saya terus tadah dua telapak tangan untuk menadah pancutan itu....
DARURAT NI. Memang kalut ah time tu. Serius.
Jangan risau, bukannya takboleh basuh tangan pun kan. Please cakap saya pembersih :p
Simba terkencing dalam keadaan tak sedar dibius cinta lagi tu. Sempat aje Simba ngompol (gelaran orang Jawa tak silap untuk orang yang kencing malam) Banyak jugak dia kencing dalam keadaan terbaring tu.
Totally, we have a very good morning.. tadi. Alhamdulillah :'D
Harga sebuah pengalaman tidak dapat dilihat secara jelas, tetapi bagi yang merasakan akan tahu nilai (Sir William Osler
Nampak tak? Rupanya kucing pun mengalami pemodenan arus globalisasi. Siap ada ubat dengan syringe lagi. Betul-betul menggamit kenangan saya bersama ubat dulu.
Simba kena kuarantin sat sementara still mamai. Kang tak pepasai dia pergi luar jalan raya sape yang susah
Simba ni tengah jalan terhincut-hincut pastu terjatuh terbaring kat dulang makanan dia. Pastu terus tertido. CHOMEL SANGAT GRR
Tengok lah cara dia jalan acane ngihehe
Alhamdulillah I got one day untuk siapkan entri ni dan botol air kat sebelah tanda penyalur semangat di kala kehausan. Seriusly, sekarang rasa legaaa :O Nak bersara kejap ah tulis entri. Sebab entri ni saya rasa sangat fun menulisnya. Ngee..
Secara tak rasmi kami beradik tercalon menjadi baby(meow)sitter. Alorh gediknya.