Khamis, November 24, 2011 | 11:18 PG | 2 comments
Cerkon yang bertajuk: Kasih Ibu Tiada Tandingan, Kasih Adik Menggeramkan. Okay fine saya lemah lemah tahap giga dalam memberi tajuk. Apa-apa tajuk ah. Anyone have idea? Angin petang dengan deras menampar pipi Tina seiring dengan kayuhannya yang semakin laju. Air mata juga tidak henti-henti meluncur di bawah kelopak matanya.
"Aku merajuk dengan ibu" Belakang tangannya mengesat mutiara jernih yang jatuh bercucuran itu. Rambut hitamnya yang separas bahu menari-nari seiring dengan hembusan angin petang.
"Aku buat semuanya salah. Adik je yang betul! Semua orang menangkan budak tu. Ayah dengan ibu tak pernah faham aku" Lintasan wajah adiknya terpampang di kotak minda.
"Bukan sekali ni je. Banyak bukti mereka tidak pernah sayangkan aku" Geram!
Kayuhan Tina bertambah laju. Tamparan angin terasa sejuk dan nyaman, Tina senyum nipis. Mengayuh laju begini buat dia tenang seketika.
Tiba tiba, sedang Tina leka mengesat sisa-sisa air mata seekor anak kucing lingkungan dalam umur 3 bulan melintas dihadapannya. Basikal buruk Tina hilang imbangan kerana terlalu laju memecut lalu terbabas ke dalam semak. Anak kucing itu juga terpelanting di dalam semak berdekatan dengan basikal Tina.
Melihat lutut kanannya yang berdarah, matanya terasa berpinar-pinar. Matanya terpejam sebentar. "Eee kenapa dengan aku ni". Tina terasa hendak menangis lagi.
Bola matanya tertumpu pasa satu objek yang kurang jelas. Telinga menangkap bunyi yang halu meraih simpati. Cepat-cepat dia meluru ke arah objek itu. Seekor anak kucing yang dilanggarnya tadi.
Mata Tina membuntang. Anak kucing itu cedera parah! Banyak tompokan luka yang bersalut darah pekat di badannya. Tina panik. Melihat darah sahaja membuatkannya terasa hendak muntah, inikan pula hendak merawat. Tina mengeluh.
Tidak lama kemudian, seekor kucing dewasa keluar dari semak iti mengiaw-ngiaw nyaring. Bunyinya itu menunjukkan ia sedang mencari sesuatu. Ya, anak kucing ini adalah anaknya! Tina terasa mahu menjerit. Bayangan rasa bersalah menyelubunginya.
Kucing dewasa itu hampir kepada anaknya. Ibu kucing itu dengan tenang menjilat darah luka anaknya. Sesekali terdengar ngiauan kasih sayang meminta anak kucing itu kuat dan bertahan. Melihat ibu kucing itu menggigit belakang tengkuk anaknya, Tina membuat keputusan.
"Aku mahu menjaga dua beranak ini sehingga sembuh!" Aina diserap dengan semangat yang tinggi!
Dengan sisa air mata yang tinggal, Tina mengayuh basikalnya dengan lebih berhati-hati. Sepanjang perjalanan dia teringat ibunya, Air mata terasa mahu jatuh lagi.
Setibanya di rumah, ibunya menyambut dengan wajah yang agak murung. Tina cepat-cepat menghulur tangan dan memeluk ibunya. Tina menangis semahu-mahunya dalam diam. "Tina sayang ibu selamanya!"
Ibunya mengangguk. Tina dan ibunya berpelukan dalam tangisan. Lalu mereka berdua segera membawa masuk kedua beranak kucing itu dan merawatnya bersama.
Baik, skema enough? Kehkehkeh. Ya I know the storyline tak berapa berat sangat, dan tak feeling pun. Jauh menyimpang lagiii macam Hlovate *menangis*
Actually cerkon ni saya curi from Buku Karangan PMR saya. HAHA pergh serius jujur mengatakan saya sangat suka baca balik those karangan dalam buku tu. Rasa macam nak buat jadi koleksi novel. Nampak tak? Nampak tak? Hiperbolaaaa
So, apa pendapat korang tentang cerita tersebut? Haha saja wanna know. Buat muhasabah and koreksi diri.. maybe. Nak tau saya ni sebenarnya orang otak kanan atau otak kiri. Mestilah tanya pendapat orang kan ^_^ Cuti-cuti panjang ni, buat la sesi suai kenal diri jap. Ecewah gitu.
Next time, saya janji akan share lagi karangan-karangan saya. Hakhakchuuum!
Cuti ni, saya memang ada plan nak buat cerpen pun. Korang doakan lah husna ni rajin serta mencurah-curah idea. Ngee..
Or, maybe korang ada idea cerita apa yang sesuai untuk husna tulis? Wah that's interesting! Parapapapapapa I'm lovin it!
This is my school holiday's planner. Harap harap dapat buat something yang bermakna untuk cuti panjang ni *sembur kanan sembur kiri*
Persis kata pepatah "Orang yang gagal merancang adalah sebenarnya merancang untuk gagal"
Saya mintak diri!