/>
Bicara Bumbung
Kalau anda bosan, jom cuci mata
Isnin, November 28, 2011 | 10:43 PTG | 8 comments
Maap jika anda tertipu ekau memang debom yang saya akan tunjuk laki hemsem buat cuti mata haha.

Like seriously, saya ingat cuti sekolah saya boleh update banyak-banyak penuh memory blog ni. Ahaa tapi sesungguhnya baru saya tau, cuti sekolah doesn't mean kita kena berkepit dengan internet 24 hours. Kann? Sebenarnya, banyak sangat benda interesting at our real life yang boleh dibuat bersama keluarga, sahabat handai, jiran sebelah, depan, kiri kanan and sape-sape je lah.

Mukadimah yang... macam roller coaster saya kira. Hahaha K forget it.

Saya sedang minum Horlick. Lalala

Anyway, I have to tell you that I have watched an awesome movie! Kejap.. Nak promote ni!



TAARE ZAMEEN PAR

Ah sukahati limpa korang lah nak sebut macamana. Saya pun main taram aje. Yang penting tau makna; every child is special.

Saya sekeluarga dah mentengoknya beramai-ramai. Kami jadikan laptop yang kecil tu sebagai panggung wayang. Ah sesedap oren jek kan haha. And, we love it. Sangat suka! Muah

Here the synopsis, 

The movie is about an 8 year old boy Ishaan Awasthi (Darsheel Safary) who finds it difficult to match his world of colors, kites and animals to that of the others in his age group, who are more into studies and homework. When complaints start to pour in, Ishaan’s parents decide to set him off to a boarding school. His life is no different at the boarding school, oppressed and insulted by his teachers, he remains the laugh stock of the class. Now that he is away from home, he feels even more dejected, inferior and finds it tough to cope up with his inabilities.

Ram Shankar Nikumbh (Aamir Khan) gets appointed as a temporary art teacher of the boarding school. Unlike other teachers who follow definite norms in educating children, Ram makes them think out of books, outside the four walls of the classroom and paint their imaginations. Every child in class responds with immense enthusiasm except Ishaan. Ram takes effort to understand Ishaan and his problems. He makes Ishaan’s parents and other teachers realize that he is not abnormal but a very special child with talents of his own. With time, patience and care Ram succeeds in boosting the confidence level of Ishaan. He helps Ishaan in overcoming his inabilities and re-discover his lost confidence.
Credit; Here



Korang wajib tengok movie ni kalau:

 Korang suka budak-budak. Sangat sangat!

Korang akan dibawa masuk ke dalam dunia sorang kanak-kanak. Bukan kanak-kanak yang biasa. Tapi KANAK-KANAK YANG BERMASALAH. Selamilah kisah mereka. Selami lautan yang dalam.

Macam saya, minat nak ambik psikologi kanak-kanak for future insyaAllah. This one help me..though.


 Korang teringin mencuba something yang baru from arena Hindustan kecotahe ni.

Yea adakah anda tahu filem Hindustan amat sinonim dengan tari menari golek-golek dan tukar pakaian dua belas kali itu? Tak tahu? Ha ni saya bagitau lah. Or.. sekarang dah lain yeh?

Tapi tak pada Taare Zameen Par (ecewah dah fasih dah haha), filem ni takde tari menari macam selalu! Ini serius? Terkejut kan? Tak terkejut ke okeh fineeee.

Sebab jujur ah, saya anti sikit dengan filem Hindustan. Maybe tak terbiasa sejak kecik. Asyik kartun kartun kartun kartun kartun sampai habis. So kalau ada citer best camni macam katak keluar daripada tempurung. Excited tengok orang Hindustan berlakon ni wei! Hakhak


 Untuk korang jugak yang maybe tak beberapa clear kerjaya seorang guru. Yeah for me this one really help! Ataupun..

Korang bercita-cita untuk jadi cikgu yang dah la hemsem, eh hemsem pulak tu. Hemsem lagi, penyanyang pulak dengan budak-budak. Sampai nangis tengok budak-budak susah tepi jalan. Extra, cikgu yang terer lukis woo. Untung jugak ni sape dapat, boleh suruh lukis potrait simpan bawah bantal.


See see, dalam kartun pun chomel lagi. Please don't call me rabun.


Sir Ram Shankar Nikumbh.. you dah ter'inspire' ai tau. (loya please)

Cerita Hindustan yang ada makna and berat sikit, yet still FUNNY. FUNNY FUNNY FUNNY tahu. Boleh buat stok ketawa untuk 2jam 43 minit. Heyya, me is so serious. Tell me, sape jek kat dunia ni yang tak suka benda benda funny. TELL ME! (penegasan)

Tapi masih mengamalkan movie bermoral movie bermutu, tetap ada part yang boleh buat jatuh air mata. Bukti? Ayah saya. Serius, saya tak sangka beliau sendiri cakap dengan saya beliau menangis. Menangis bukan meraung weh. Pleaseee. Ni jenis menangis macho, menangis yang bertakung air mata di sebalik tubir mata je haha. Naa, saya harus mengakui. Lelaki yang menangis sangat chomel. Oh my dear father..

Sampaikan, taktau naper ayah saya suka benar bukak citer tu balik at youtube and tonton part yang beliau suka. Aiseh.. sebagai anak comel we are like oh my father why so cute hah.


 Akhir sekali! Korang wajib tengok kalau korang ni....














sedang baca post ini. HAHAHA yahuuu!

Nah saya rasa korang mesti nak tengokk kan! Haha klik hidung Aamir Khan di bawah ni dan anda akan dibawa ke panggung youtube untuk menyaksikan wayang ini. Parappapapa! Sediakan popcorn tau.





Saya sekarang mendambakan movie Diary Of A Wimpy Kid!! Dan juga... 3 Idiots (lakonan Aamir Khan jugak :p)

DAN, SAYA SUKA NI

The dancing letter!!!!

Sape yang tonton movie ni sure paham ;)

Tahun baru, personaliti pun baru
Sabtu, November 26, 2011 | 10:54 PTG | 10 comments
Tajuk mesti bombastik.

Saya tak rasa nak berbual panjang hari ni. Lately asyik penat jek. Sakit pinggang, sakit kepala, kepala berdenyut sume ade lahh (Secara tak langsung dah berbual yeayy)

Kita dah masuk tahun baru kan. Tahun baru Hijrah. Korang sedar tak ni? Cepat-cepatlah wake up daripada lena yang panjang. Ngihehe

Pagi tadi, bangun pagi jek dengar alarm yang mendamaikan. Ni yang buat stok senyum sehari ni!




Tak seperti bintang di langit
Tak seperti indah pelangi
Karena diriku bukanlah mereka
Ku apa adanya

Dan wajahku memang begini
Sikapku jelas tak sempurna
Ku akui ku bukanlah mereka
Ku apa adanya

Menjadi diriku
Dengan segala kekurangan
Menjadi diriku
Atas kelebihanku

Terimalah aku
Seperti apa adanya
Aku hanya insan biasa
Ku pun tak sempurna

Tetap ku bangga
Atas apa yang ku punya
Setiap waktu ku nikmati
Anugerah hidup yang ku miliki

I just love this song... So much!!!

Ever wonder... why people hate themselves? Hate their life? WHY??! Why people selalu terikutkan pengaruh-pengaruh yang negatif?

Sebab...simple jek. Mereka takde keyakinan diri sendiri. Mereka tak percaya diri sendiri. Yet, masih keliru antara baik dengan yang buruk :)

Jadi, sempena tahun baru ni.. Meh meh join kempen menjadi diriku! Menjadi diriku dengan penuh sifat mahmudah. Sangattttt manis~

Tolong ummi cuci pinggan, tolong baba urut badan, tolong kejutkan adik pagi hari, tolong memenuhkan perut kucing. Indah kan?

May Allah bless us.

I made a cerkon! Bukan popcorn
Khamis, November 24, 2011 | 11:18 PG | 2 comments
Cerkon yang bertajuk: Kasih Ibu Tiada Tandingan, Kasih Adik Menggeramkan. Okay fine saya lemah lemah tahap giga dalam memberi tajuk. Apa-apa tajuk ah. Anyone have idea? 

Angin petang dengan deras menampar pipi Tina seiring dengan kayuhannya yang semakin laju. Air mata juga tidak henti-henti meluncur di bawah kelopak matanya.

"Aku merajuk dengan ibu" Belakang tangannya mengesat mutiara jernih yang jatuh bercucuran itu. Rambut hitamnya yang separas bahu menari-nari seiring dengan hembusan angin petang.

"Aku buat semuanya salah. Adik je yang betul! Semua orang menangkan budak tu. Ayah dengan ibu tak pernah faham aku" Lintasan wajah adiknya terpampang di kotak minda.

"Bukan sekali ni je. Banyak bukti mereka tidak pernah sayangkan aku" Geram!

Kayuhan Tina bertambah laju. Tamparan angin terasa sejuk dan nyaman, Tina senyum nipis. Mengayuh laju begini buat dia tenang seketika. 

Tiba tiba, sedang Tina leka mengesat sisa-sisa air mata seekor anak kucing lingkungan dalam umur 3 bulan melintas dihadapannya. Basikal buruk Tina hilang imbangan kerana terlalu laju memecut lalu terbabas ke dalam semak. Anak kucing itu juga terpelanting di dalam semak berdekatan dengan basikal Tina.

Melihat lutut kanannya yang berdarah, matanya terasa berpinar-pinar. Matanya terpejam sebentar. "Eee kenapa dengan aku ni". Tina terasa hendak menangis lagi.

Bola matanya tertumpu pasa satu objek yang kurang jelas. Telinga menangkap bunyi yang halu meraih simpati. Cepat-cepat dia meluru ke arah objek itu. Seekor anak kucing yang dilanggarnya tadi.

Mata Tina membuntang. Anak kucing itu cedera parah! Banyak tompokan luka yang bersalut darah pekat di badannya. Tina panik. Melihat darah sahaja membuatkannya terasa hendak muntah, inikan pula hendak merawat. Tina mengeluh.

Tidak lama kemudian, seekor kucing dewasa keluar dari semak iti mengiaw-ngiaw nyaring. Bunyinya itu menunjukkan ia sedang mencari sesuatu. Ya, anak kucing ini adalah anaknya! Tina terasa mahu menjerit. Bayangan rasa bersalah menyelubunginya.

Kucing dewasa itu hampir kepada anaknya. Ibu kucing itu dengan tenang menjilat darah luka anaknya. Sesekali terdengar ngiauan kasih sayang meminta anak kucing itu kuat dan bertahan. Melihat ibu kucing itu menggigit belakang tengkuk anaknya, Tina membuat keputusan.

"Aku mahu menjaga dua beranak ini sehingga sembuh!" Aina diserap dengan semangat yang tinggi!

Dengan sisa air mata yang tinggal, Tina mengayuh basikalnya dengan lebih berhati-hati. Sepanjang perjalanan dia teringat ibunya, Air mata terasa mahu jatuh lagi.

Setibanya di rumah, ibunya menyambut dengan wajah yang agak murung. Tina cepat-cepat menghulur tangan dan memeluk ibunya. Tina menangis semahu-mahunya dalam diam. "Tina sayang ibu selamanya!"

Ibunya mengangguk. Tina dan ibunya berpelukan dalam tangisan. Lalu mereka berdua segera membawa masuk kedua beranak kucing itu dan merawatnya bersama.



Baik, skema enough? Kehkehkeh. Ya I know the storyline tak berapa berat sangat, dan tak feeling pun. Jauh menyimpang lagiii macam Hlovate *menangis* 

Actually cerkon ni saya curi from Buku Karangan PMR saya. HAHA pergh serius jujur mengatakan saya sangat suka baca balik those karangan dalam buku tu. Rasa macam nak buat jadi koleksi novel. Nampak tak? Nampak tak? Hiperbolaaaa


So, apa pendapat korang tentang cerita tersebut? Haha saja wanna know. Buat muhasabah and koreksi diri.. maybe. Nak tau saya ni sebenarnya orang otak kanan atau otak kiri. Mestilah tanya pendapat orang kan ^_^ Cuti-cuti panjang ni, buat la sesi suai kenal diri jap. Ecewah gitu.

Next time, saya janji akan share lagi karangan-karangan saya. Hakhakchuuum! 

Cuti ni, saya memang ada plan nak buat cerpen pun. Korang doakan lah husna ni rajin serta mencurah-curah idea. Ngee.. 

Or, maybe korang ada idea cerita apa yang sesuai untuk husna tulis? Wah that's interesting! Parapapapapapa I'm lovin it!



This is my school holiday's planner. Harap harap dapat buat something yang bermakna untuk cuti panjang ni *sembur kanan sembur kiri*

Persis kata pepatah "Orang yang gagal merancang adalah sebenarnya merancang untuk gagal"

Saya mintak diri! 
Terselak sehelai sejarah
Rabu, November 23, 2011 | 12:36 PG | 12 comments
For those sape-sape yang mengikuti perkembangan saya from cenonet innocent seorang nfHusna ni sure tau punya pasal [Cerita Kedai Kopi] ni. Kompem! Yaa.. dulu-dulu galok saya namakan belog terchenta ni sebagai Cerita Kedai Kopi. Atas sebab? Lek luuuu.. Mukadimah tak habih lagi ni.

Ah, disinopsiskan kisah. Bak sini saya bagi pautan link. http://una0una.blogspot.com/2009/12/cerita-kedai-kopi.html Siyes ni wei saya yang tulis mende alah tu! Hahaha *pengsan* I miss that moment. Kalerful kalerful lagi tau.

Time tu jangan cakap ah, kus semangat buat blog macam kedai. Tiap hari check stats tengok berapa customer bertandang. Setiap saat menghitung Coffee-Mate memenuhi kuota. Ni hao ma, aku rindu weh! *menangis* Tu zaman seorang nfHusna mengenal dunia belog. Dia ingat blog tu mainan buat tarik pelanggan. Wakaka ada gaya usahawan mithali tak?

Mario, Alia, Athirah, remember all this? Ngee.. Ha ah diorang antara customer yang selalu jenguk kedai pada zaman itu. Sekarang pun jenguk lagi apa. Kannn

Dengan tekad yang jitu lagi utuh, saya edit blog ni habih-habisan tadi! Yiiiiiiiiihaaah *kesat peluh* Dann, saje saya menggunakan balik nama [Cerita Kedai Kopi] untuk belog terchenta ni. Legend tuu wei. Maybe jugak, saya boleh gunakannya sebagai bahan untuk mencari diri saya kembali. EH? The rest is history.




Sungguh lah, edit blog tu umpama memotong rambut dan makeup muka. Teruss nampak segar dan selesa! Terus rasa semangat nak menaip. Ngee.. Haru betul. Oh saya start demam menulis. Tapi blank nak tulis apa padahal kat otak draft segala macam. Belum masuk fizik bio chem tu kak oiii.


Oh yes! Pasal lagu pula. Pergh sikit demi sikit saya singkap tetingkap rahsia sejarah blog ni. Dulu memang saya pakai dark colour je belog nun. Tapi lagu sikit punya kawaii; Best Friends - Kiroro. Konon-konon lagu dedicated untuk kawan-kawan tapi.. hmph dia orang semua mana tau blog saya kehkehkeh. Customer(s) yang datang tu lah dijadikan best friend. Now, I'm using (The Sound of Crying)Sieng Sa Eun's song. Gaya macam lagu dangdut je kan haha.  Ni lagu Thailand pulak. Sungguh tak berpatriotik ekau Husna. Lagu ni OST Mae Ai Ser Un. Kisah anak perempuan jelita yang derhaka kat ayah dia. Fully recommended. Dalam banyak citer Thai, citer ni jek saya tengok dari awal sampai habis. Sefamili pulak tu deoan tivi setiap petang. DULU. Gigih bukan?

Aisehhh.. tak cukup tanah dia bukak sejarah lagu pulak. Haila..

Kejap, teringat something.

Disebabkan nama [Cerita Kedai Kopi] jugak lah, dua orang sunbae sekolah yang tak bertauliah ni memerli dari jarak jauh dengan nama kopi di sekolah. Kuanghasam punya abang senior ni.



Maka, terlerailah segala kekusutan. Assalamualaikum to [Cerita Kedai Kopi]! Please being nice to us. Sesedap oren jek kan saya tukar-tukar nama belog macam gaya tukar lampin bayi.


This is my Tuesday's morning. How about you?


Aku dah semangat nak cuti ni! Sebab........... rahsia. Prittttttttt! *bunyi wisel*

Saya baru jek habiskan [tunas], Hlovate punya karya. Terbaik! Rasa macam nak berguru je dengan beliau pasal penulisan ni. Lepas ni nak bergelumang dengan Diary of A Wimpy Kid punya novel pulak. Tadi dah telan movie Taare Zameen Par dengan ayah. Betul la kata Addin, masa yang terlalu panjang sampai taktau nak buat apa. Redah!

Doakan saya, sentiasa :)
Pertama kali terharu tengok lembu
Jumaat, November 11, 2011 | 11:25 PTG | 8 comments
Orang update pasal 111111, kitew update fasal lembu. Nak join tak? Ngihehe. Oh ehm baidewei, hari ni 11 November sama jek macam hari yang lain. It's us yang conduct semuanya. Percayalaaaah oh oh. Dalam ontheway pi sekolah tadi pagi, baca novel Hero. Hamik ekau, sengih sorang-sorang masuk perkarangan sekolah. Tettt tu lah memori 111111 saya!

Oh ye, last Tuesday sekolah kiterang telah mengadakan majlis Hari Raya Korban. Sebanyak  ekor lembu hemsem telah dikorbankan. Serius, mereka hemsem dan gagah belaka. Jom layan gambo. Tu je lah yang ditunggu je kan sebenarnya.

Unfortunately, saya tak menyempat nak snap the sembelih moment. Rugi gilaaa. Wuu tsk tsk. Saya sempat capture the lapah and bedah moment jek. JEK? MAHAL TAU Muahaha


Just imagine, kan ada  ekor lembu kan. Ikut turn tau nak sembelih. Jangan sesukahati hati dan limpa je potong line. Budi bahasa budaya kita~ Mula mula bawak turun lembu tu daripada lori, pastu tambat dia kat pokok supaya beliau tak lari. Dannnnn.. para lelaki yang gagah kepung lembu tu. Everyone has their own task.

Saat nak sembelih tu, ustaz takbir raya. Guna mikrofon tau. Purr kembang je rasa. Bukan kembang kena puji tapi kembang macam terharu. Macam... macam isk you know more.

Rasa macam, moga dosa lembu tu diampunkan. Wait, tapi lembu tu takde dosa. Then, moga pahala buat lembu tu sebab sanggup berkorban. Eh lembu dapat pahala ke? Ceh di tengah kehibaan sempat pulak saya berdrama jiwa. Macam nak cakap terima kasih sangat-sangat kat lembu tu. Seriously. People say tak boleh kesian dengan lembu yang nak disembelih. Betul ke?

Dan dan, bila dah tambat tu. Lembu tu meronta-ronta. Lompat naik lori. Lompat lompat meronta taknak kena sembelih. Lebih-lebih lagi lembu yang ketiga. The most ganas antara semua. Walaupun ganas, tapi comell

Mari, saya hanya boleh menjamu anda dengan gambo 'semasa', bukan gambo 'sebelum'. Ngeh



Pernah pi pasar tak? Kalau beli ayam sekor nanti dia bedah-bedah badan ayam tu kan. That's it. Ngilu kann


Pemuda gagah dan wanita tabah menjadi doktor bedah sementara, budak-budak main kat padang
Seriously, purr nice moment 


Apa yang penting? Kerjasama~


Ni! Membedah jantung. K serius scray wuuu


Plastik belakang tu isi daging akan diagih-agihkan kepasa semuaa student(s)






Kite lapoh kite lapoh kepala!


My favourite part wei. Bukan favourite makan, tapi favourite show. Scary sikit tapi, takde apa pun sebenarnya

Pernah dengar tak, bila binatang korban tu disembelih. Belum sempat darah tu nak jatuh ke bumi, dosa-dosa kita dah diampunkan dulu. Ha saya pernah jugak dengar, tengok orang korban ajeee dapat pahala. Phew, dulu saya memang anti ah. Bukak rakaman korban kat kampung, saya sembunyi tutup muka belakang sepupu. Punya lah pentakut kan.



Nampak tak pisau tu? Ngihehehehe *ketawa sinis*


Oh ya, saya jugak ketemu dengan kanak-kanak awesome lagi hardcore. Izzatul Uzma, Hana', Izzati, Fatihah, Amirah and all. You all kan made my day. Haha nak sayang boleh? Tak malunya saya. Yes, you may call me Husni. Unang-unang pun boleh. Cittt they're too cute right?


This one. We called her Anissa. Baru darjah lima hokey. I just love her teeth! Saya rasa saya orang pertama suruh dia bukak tunjuk gigi bila bergambo. So, bangga lah? 




Huarghhh. Anyone here yang pentakut darah? That was me. Indeed. Sebab tu tak pernah rasa nak jadi doktor

Haha! Now, saya cuba untuk tidak menjadi pentakut darah. Big yiey untuk saya!

Kata nak  bedah katak kan next year *kerlipan mata dua kali yang bermakna*


That's all for now. Banyak gambo je yang saya nak kongsi. Inilah yang dinamakan ASS iaitu aktiviti sosial sihat! Parappapa ianya sangat fun i'm lovin it! I'm lovin it! Ngeh

Have a chit-chat kejap dengan sorang guru. Dan.... she said i'm good in making karangan. Haha dulu form  beliau ialah guru BM saya even though beliau adalah orang enginnering youu. Hakikatnya saya in love with Math tapi beliau menggeleng. Tak semestinya kita minat, we did good kan? TAPI, dengan keminatan lah hadirnya semangat untuk kita explore lagi benda tu.

Yieyy benda baru kita belajo hari ni. Good night! Lailatun saidah

p/s: Miwiit watermark saya sudah menunjukkan kemajuan setapak. Alhamdulillah


Older Post | Newer Post





بسم الله الرحمن الرحيم

Selamat datang ke Bicara Bumbung kepunyaan NFatin Husna. Jemput baca entri mana yang suka. lepas tu, silalah tinggalkan jejak ya?


Template edit by: Faiz
Background by: Fazeera
Basecode by: Lettha