Khamis, April 14, 2011 | 7:41 PTG | 9 comments
Maybe ramai yang taktau nama penuh aku, sebab... aku ni kan perah-sia ehem.Nama penuh aku? NurulFatinHusna. Cukup panjang kan? Haha ayah yang tambah Nurul kat depan. Fatin Husna dah dok comel dah kat situ.
Nama bukan main panjang. Tapi Husna je panggil?
Nak comel part mana lagi? Tolong bagitau aku. Dah cukup molek lagi comel dah nama Husna ni. Ish perah-san lagi.
Aku tak nafikan, ramai orang kenal aku dengan nama Husna. Tapi lagi ramai kenal aku dengan nama Fatin. Tak faham? Takpe tak masuk PMR pun.
Semuanya terjadi bila masuk je sekolah rendah, nama Fatin macam popular masa tu. Ada NurFatin, FatinNabilah, dan tak lupa FatinHusna. Jadi kitorang telah terjadi kembar tiga secara semulajadi. Panggil 'Fatin!' je, tiga-tiga pandang pastu salah sorang mesti bangga sebab kira dia la budak bertuah yang kena panggil. Bengang pulak rase. Tercalar kredbiliti tau tak?
Kawan-kawan aku pun mengambil inisiatif untuk panggil aku dengan nama Husna. Unik ah sikit. Lagipun takde langsung nama Husna kat sekolah masa tu. So, untuk pangkat kawan-kawan aku lagi selesa dengan nama Husna. Bila je panggil nama Husna, aku akan jadi NurulFatinHusna yang bertindak sebagai kawan. Sampai sekarang =)
Lain pulak dalam famili, semua memang panggil Fatin. Comel sikit Aten. Lagiii aneh, Fai-Fai.
Ada orang pernah tertanya, " Kenapa tak suka dengan nama Fatin? Sebab tak popular eh nama tu? "
[ maksud nama Fatin ada banyak je. Geliiii sikit la dengan maksud nama aku ni haha ]
Husna? Berapa kerat je kot. Husna-theGadisMelayu, HusnaAdnan ptsone, CheHusnaAzahari-Bunga Telur and The Bally Shoes dan jugak.. ehem FatinHusna. Takdelah.
Ni bukan pasal popular, ni pasal keselesaan~
Sebenarnya aku tak kisah je orang nak panggil apapun, asalkan comel. Bukan nama batu, bukan nama kayu. Dan bukan nama binatang. Kalau comel takpe~ Haha sebab lain orang lain pandangan. Macam bekas cikgu tuisyen aku, ingat lagi dia lagi suka panggil aku dengan nama Fatin sebab kata dia, nama Fatin nampak manis. Dia kata, bukan aku eh :P
Apapun, aku tetap sayang nama aku. Samada Fatin ataupun Husna. Cuma maybe la aku rasa janggal sikit je bila tak kena tempat dan waktu. Tapi takpe aku tak kisah pun. Nama aku jugak kan~