/>
Bicara Bumbung
Diari minggu ini
Ahad, Mei 01, 2011 | 12:17 PTG | 0 comments
Macam-macam cerita kot aku bawak minggu ni. Tambah-tambah pulak mukasurat diari dah habis. Kejap eh, tengah meng'recall' satu-satu benda.


Sabtu :


Sekolah buat Hari Puteri Pink. Macam tahun lepas, dah nama pun puteri mesti wajib ada memasak. Tahun lepas kiteorang kena buat nasi goreng. Tahun ni naik la level sikit suruh buat mee pastu kena ada air dan dessert. Huyoo takmau kalah sama itu hotel dan masa diberi hanyalah sejam. Memang menguji kesabaran sungguh la. Kelam kabut.

Apa yang penting? KERJASAMA. Eh tak boleh bagi nama Wonderpets, nanti ada orang terasa~

Kiteorang buat mee hong-kong (ala yg ada salut telur pastu luah pekat tu peh peh), dessert puding roti, air oreo milkshake & teh lemon ais. Slurpp! Aku yang tengah taip tertelan-telan air lioq. Yang dok baca ni tak terasa banjir ke? Percaya la. Puding roti tu aku gigih sungguh la cari resipi kat internet. First time pun buat kat hari pertandingan. Berani tanggung risiko sungguh la budak ni ^^'

Kiteorang :
 Tak ade seni perhiasan langsung. Alas meja takde. Lilin ala-ala hotel ngan tisu hapo pun takdak. Kiteorang guna suratkhabar je. Sob sob.
 Puding roti yang lembik. Nak sangat ikut bulat-bulat resipi internet. Terang-terang tambah susu dengan telur banyak, tapi part agar-agar kalau boleh nak ikut resipi. Haha cute kot kelam kabut buat puding sambil kejap-kejap tengok buku hafal resipi. Patutnya puding kan boleh potong-potong, kiteorang punya makan macam guna sudu. Macam makan bubur.
Orang lain air nak satu je. Kiteorang tamak sikit nak sampai dua. Satu oreo-susu satu teh-lemon. Aneh-aneh betul.

Alhamdulillah, kami menang motor eh silap dapat tupperware. Nanti boleh la bawak bekal pi sekolah. Kiteorang dapat tempat pertama :) Kawan cakap ramai cikgu suka mee hong-kong tu sampai mintak resipi haha. Puding roti pulak sebab lain daripada yang lain dan manis. Pastu ada rasa macam something like jelly gigit-gigit auww nyum nyum. Sebab agar-agar tu tak hancur betul-betul. Api slow sebab angin mendayu-dayu menari haha. Dugaan sungguh.


Lepas two, Puteri Warrior pulak. Ala-ala macam Fear Factor. Rancangan kegemaran aku dulu. Eee baru tau seh rasa dia bagaimana bila kena makan nasi petai + wasabe, roti belacan, air halia kot, tembikai, tiba-tiba durian! Bayangkan la, dah lari-lari round blok sekolah nak cari klu tapi syarat kena makan. Bila masuk klu last pulak, kena masuk satu bilik dan salam klon Mak Limah Balik Kampung. Wuuu sampai ada yang nangis tu. Tak kurang jugak ada yang gelak-gelak pi kacau.

Dalam banyak-banyak group, kiteorang yang kena denda sebab hilang barang amanah. Why must us? WHY? Nasib baik kena nyanyi Lagu Puteri je sambil harus buat tangan macam Usop.

Lepas three, Teng-teng - Khat - Galah panjang. Pilih salah satu dan ia berjalan secara serentak. Aku ambik teng-teng secara paksa sebab dah takde wakil. Aku langsung taktau peraturan teng-teng. Yang aku tau baling-baling batu je.

Jalan punya jalan, sampai la aku ke kotak yang ke empat. Dugaan jugak la nak sampai batu empat tu sebab rupanya melompat pun aku tak terer. Tangan nanti mesti cecah lantai untuk halang aku daripada jatuh.



Agak-agak rupa teng-teng tu macam ni. Rupanya kalu kotak semua dah penuh dengan batu lawan, boleh pijak tangga tu. OOOO baru tau~

Ni pun boleh kata dugaan lagi. Mula-mula main kat tanah lapang. Tiba-tiba hujan. Kena pindah kat koridor. Hujan makin lebat dan menempias. Pindah lagi kat kolong dalam. Ah finally! Tapi licin woo. Kak M nak tunjuk cara-cara main tiba-tiba zupp meluncur terjatuh. Macam jet skiiii hehe Comel.

Main benda ni lambat habis. Dah la 10 orang main. Punya lama tunggu turn. Disebabkan tu, teng-teng di'postponed' ke hari Rabu bila ko-kurikulum nanti. Ah finally!

Lepas four, pertandingan menghias kek pulak. Acara makan banyak tapi kempunan woo tak dapat makan mee.

You are a bad cake. Tettt tett takde la hehe sayang kek ni sebab sedap hoho


Cuba teka mana menang? 

Kek kiteorang la paling comot. Tapi cikgu-cikgu cakap sedap sebab krim tu campur jem strawberi haha. Dan kek tu kiteorang belah tengah dan letak Nutella koko tu pastu letak kacang tumbuk. Muah muah strawberi + coklat gandingan ideal. 

Fuu tamatlah Hari Puteri Pink hari Sabtu dengan jayanya. Sungguh la, penat tapi best hoho. Balik rumah, buat matematik tiba-tiba tak dapat jawab terus tertido. Memang baik ^^'

Jumaat kelmarin balik rumah terus mop lantai dapur. Sebab kucing-s budak gendut main-main najis. Haihh sabo je lah. Suka aku main-main air ni haha. Tak cukup lagi, malam tu kemas bilik dan tukar tempat almari. Luas sikit bilik aku jadinya

Sambung kejap lagi kot. Nak mandi. Ops aku masih wangi hehe :P


Older Post | Newer Post





بسم الله الرحمن الرحيم

Selamat datang ke Bicara Bumbung kepunyaan NFatin Husna. Jemput baca entri mana yang suka. lepas tu, silalah tinggalkan jejak ya?


Template edit by: Faiz
Background by: Fazeera
Basecode by: Lettha