/>
Bicara Bumbung
Kenapa hantu tu menakutkan.
Sabtu, Disember 04, 2010 | 10:58 PTG | 3 comments
Bismillah.

hehehe senang je jawapan tu , sebab . NAK TAKUTKAN MANUSIA. jawapan simple sebab bukan dapat markah pun. Ikut logik akal je pun cukup.

Pernah Kakchik(sepupu) tanya saya tau. 


" Kenapa ten takut cerita seram ? "


Memang patut dia pelik , ada ke patut Kakchik tengok hantu story feel habis saya rilek je baca novel. Dia pi tekup-tekup muka dengan bantal , saya tekup telinga dengan earphone. hahaha sungguh comel sangat time tu walaupun feel baca novel terganggu habis dengan muzik konon seram la tu :P


Berbalik pada soalan. Kenapa ye saya takut ? Bukan takut , tak berani JE. Bukan tak berani, SERAM je kehkehkeh.

Mungkin la, saya ni jenis orang yang bukan kuat-kuat. Sebab bila tengok cerira seram macamni , psikologi seseorang akan berubah. Sebab imaginasi dah tambah satu lagi bayangan imaginasi yang kurang pasti sifatnya. Tak tambah pulak tu dengan muzik latar yang bukan main seram sifatnya.

Pelik tau saya kadang-kadang.
Kenapa orang sukaaaaa sangat cerita hantu ?



Saya tak suka cerita yang ciri-ciri seram macamni sebab saya ni bukan pemberani orangnya. haha aiyoo habis jujur ni saya mengaku. Sebab saya tak berani tu jangan tanyalah. Saya pun taktau kenapa. Mungkin memang semulajadi macam tu , ataupun saya ni tak cukup sifat nak jadi pemberani.

Takpe , saya pegang pada prinsip. Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan. Cuma wajiblah atasi kekurangan tu dengan usaha-usaha yang gigih.

Lagi kenapa saya tak suka cerira seram. Sebab akan buatkan saya ni lebih pentakut orangnya. Nak pergi dapur pun rasa 'semacam'. Ok ok , mintak maaf mesti dah rasa suspens sekarang kan haha.

Saya rasa kan , kalaulah imej hantu tu jadi macam comel cute2 sikit mesti orang suka hantu kan ? Ni tak , kalau HANTU je, mesti tersembul imej yang menakutkan, seram, hodoh, jijik dan sebagainya. Kenapa eh macamtu? Kalau saya cabar, berani tak korang anggap hantu tu macam orang korea ? KEHKEH mesti ada orang yang tak boleh berak malam ni. Oke tetiba.

bayang kan sekarang rupa hantu tu macamni :)

Hmm saya tak suka cerita seram-seram sebab nanti akan buat saya hidup terkongkong. Hidup macam dipagari. Rasa tak betul suasana hidup saya. Semuanya tak kena. Sebab kalau yang jenis penakut ni , mestilah rasa takut dengan bayangan hantu yang dikatakan menakutkan tu.

Bila takut, semua benda yang kecik pun jadi takut. Tak ke nama menyusahkan kalau nak ambikkkan kueh bahulu kat dapur pun suruh teman ?

NI YANG SAYA TAK SUKA NI BILA TEMAN-TEMAN NI !

Cehh! Cakap macam saya berani je kan. Sebenarnya tak pun. Kadang-kadang orang lain yang takut , kita sebagai orang sekeliling pun jadi takut juga. Sebab rasa tak berteman.

Dalam hidup saya, tak pernah pun saya beranikan diri mentengok filem aksi seram-seram ni. Macam .... nothing pun yang saya akan dapat. Cuma pernah la dulu saya tertengok filem ' I Know What You Did Last Raya' filem dulu-dulu tu. Korang pun mesti macam , Hek eleh! apa kelas ceita tu ?? Haha ada ke saya kisah ? Sikit pun tak tergugat.

Tapi sejak tu, siryes tak berani langsung nak tengok jenis-jenis filem seram macam tu. Saya rasa, keluarga saya pun memang jenis tak layan pun cerita seram. Fahamlah bahawasanya dimana tumpahnya kuah kalau tak ke bawah. :D

Eheh, korang perasan tak kenapa method saya menulis macam Whaaa apsal skema sungguh ?! Sebab saya sebenarnya ragu-ragu nak post benda alah ni. Entah, saja cipta kelainan. Yang pasti, saya tak dirasuk hantu ye hehehehe.

Bloggers , siryesly kenapa eh suka cerita-cerita seram ? if and only if kalau korang suka :)

Otak macam tak dapat berfungsi dengan baik sangat. Saya macam blurr slenge2 gitu tau sekarang. Semua macam kat awan dah heheheh. Agaknya culture shock ni. Tapi takpe, alhamdulillah baba n ummi usna dah selamat mendarat 10:50 pagi tadi =)

Kejap ! Terlupa satu benda yang penting sebenarnya.

http://www.youtube.com/watch?v=-cJMHtE6NZc
kalau macamni takpe. teman pi bilik air je ^^

http://www.youtube.com/watch?v=vs-PIazctFE
macamni ?

post tak cukup syarat. nak isi-isi je. mood blogging tengah jatuh merudum ni. 


Older Post | Newer Post





بسم الله الرحمن الرحيم

Selamat datang ke Bicara Bumbung kepunyaan NFatin Husna. Jemput baca entri mana yang suka. lepas tu, silalah tinggalkan jejak ya?


Template edit by: Faiz
Background by: Fazeera
Basecode by: Lettha