

Straight to the point.
1. Masa

Time cuti bersenggang masa ni la time nak praktikkan arrange masa sendiri. Kalau tak, beronline je. Buku ke mana , otak pun tepu dah. Hish~ Bila nak sekolah , semua jadi blurr. Tu la , otak tak dibenarkan bekerja time cuti sekolah. Siapa yang susah ? Diri sendiri jugakkk. Jadi saya rasa patut saya biasakan diri urus masa secara matang mulai sekarang. Walaupun dulu pernah je ada jadual waktu ummi buat tapi TAK IKUT LANGSUNG. Dasar pelajar contoh betul la. Setakat ni, takde jadual waktu pun takpe la. Asalkan ada kesedaran nak buat benda-benda yang berfaedah.
2. Study / Membaca

Yang ni, bukan harus plan bahkan WAJIB lagi. Huh kenapa la liat sangat nak bukak buku ? Kalau online tu, cepat aje. Nak masak telur pun sempat duduk depan laptop. Sedih tau tak

3. Belajar masak

Sedar tak sedar , umur makin meningkat. Rumah kata pergi, kubur kata pergi. Eh, tersilap bagi peribahasa hahaha. Semangat sangat nak bagi peribahasa kan ? Dalam tak sedar, makin mendara kita ni ye kehkehkeh. Taktau kenapa kan, bila kata anak dara je mesti kena reti masak. Tak boleh ke reti blogging

Sape ha kata perempuan je kena reti masak ? Lelaki pun sama je. Dahla lelaki lagi kuat makan. Nak suruh perempuan aje masak sedap-sedap. Mana aci

Saye ni jenis suka ambik resipi je tapi kalau nak bukak gas amatlah liat. Agak-agak sebab takde kawanlah kot. Kan kawan tu penyeri kehidupan ? Adik perempuan pun sorang je. Dia tu kecik lagi. Nehiiiii.....
Setakat ni saye pernah masak telor, kentang goreng, sambal kicap, kek, kueh donat & karipap. Hehehe pass tak ni ? :P

Cuti-cuti ni mesti dok rumah je. Paling kurang pun, jalan-jalan dengan keluarga ambik hangin la kan. Tup-tup mesti banyak makan

Maka, di sinilah masalahnya bermula. Pertambahan berat badan atau lebih menakutkan , PENGOBESITIAN ! Warghh~ Mula nak stress ni. Apa penyelesaiannya ?
Ya betul. Bersenam! Haha ini dia....perkara yang paling haku benci.
Nak lagi best , ajak member teman bersenam sekali. Tak lama , 20 minit tapi berterusan. Takpun sumbat telinga dengan earphone

5. Menjadi pembersih
Bukan pembersih lantai. Cendawan betul korang ni

6. Cari duit.
Zaman sekarang duit dah macam ikon kepada remaja masa kini. Chehhh. Betul apa , semua benda pun perlu duit. Dah , tak payah suruh saye terangkan lagi lebar. Macam korang taktau pulak duit tu ape kan ? Jadi , kalau duit penting. Apa kata try buat duit sendiri ? Korang jangan dok fotostat duit pulak eh. Jengjeng macam kerja sambilan. Jadi cashier , tolong member punya parents punya perniagaan. Takpun korang ni kreatif , buat hasil kraftangan pastu jual. Tak ke menguntungkan ?
7. Belajar benda-benda baru
Menjahit , memandu , melukis , gardening


8. Paling penting...
KEHKEHKEH.
Alah. Senang cerita , buat apa-apa yang korang tak boleh buat time busy bersekolah. Asalkan berfaedah. Gitu dong.
Macam melampau je kan sampai 8. ~,~ Harap dapat jadi benda berguna satu hari nanti. Sobss.Korang , buat apa time cuti sekolah ni ?
Ada orang tegur saye Kenapa blog macam lain. Macam ada feel sedih je. Ok tak ? Maybe pada method writing la kot. Wei, nampak saye sedih ke ? HUU~