/>
Bicara Bumbung
Budak baik pun kena jugak ke ?
Jumaat, Oktober 15, 2010 | 9:55 PTG | 4 comments
In the name of Allah Ar-Razzaq.

Sempena hari Jumaat yang mulia , maka balik sekolah boleh enjoy :P Maka.............. yeay kita ke shopping mall. Untuk apakah ? Haha ya mari kita beli waffle untuk perut. Yelah , dalam perut ada kantin. Nak buat macamana AN AN. Wafffffle untuk perut ditaja oleh , ummi kami yang baik hati.

Mula mula , memang usna taknak turun dari kereta. Niat dihati nak tunggu je macam raja menunggu makanan. (Ceyhh dengar macam sakan nak enjoy je tadi) Tapi kan boleh pula tadi nampak kembar tak seiras di tepian meletak kereta.

Wah nampak macam gah je. Nampak macam konvoi Alza secara berjemaah untuk ke kenduri kahwin tapi lapar sangat maka harus beli waffle kejap.

KORANG, JANGAN TEKA ALZA MANA. YANG PALING COMOT ADA KESAN BULU DEBU TU KITEORANG PUNYA. DAH TAHU SHH SHH AJE.

Ceyhh dah alang menyeluk waffle , biar masuk ke mulut. Jadi , haruslah usna ikut sekali ke shopping mall yang rahsia sangat tuuu semata-mata nakkan wafffffle. Apakah ? Demi waffle sanggup pergi ke shopping mall padahal banyak lagi gerai jual apam balik kukus special -.-

MOTIF BELI WAFFLE : SENGAJA NAK SINGGAH SHOPPING MALL TU. -.-



Warung waffle tu kat bahagian luar , tapi......


Tiba-tiba kan !

Alamak menghilang pulak dah ummi dan uma ni. Lain tak bukan mesti masuk dalam tengok barang. Adik usna tu dari hari Selasa mengidam nak beli seluar track. Dia tu cerewet , taknak yang ada getah kat pangkal. Eh tiba-tiba perasan kita serupa lah =="

Dalam shopping mall , paling usna suka ialah : MELIHAT KASUT. sebab kasut zaman sekarang macam macam jenis. Ada bertali , terbukak , kasut mulut buaya , kasut mulut itik , jenis yang kena masuk dari bawah dan jenis yang zip. Nasib baik tak ada talipinggang. Perkara terang di sini ialah ; usna mentengok je kasut tapi tak beli ye. Merengek nak beli tapi tak beli ye. TERINGIN nak beli tapi poketnya ya ampun nipis ye.

Lagi satu rahsia keseronokan shopping mall ni , dalam tu ada akuarium ikan untuk saja tayang percuma untuk pelancong yang tak pernah tengok ikan besar. Tapi sampai sekarang usna pelik kenapa akuarium dia hijau :P Buat mata macam samar-samar nak nampak ikan tu HEHE. Bak simpulan bahasa , mata ikan. EH (?)

Sebelah akuarium tu pulak , ada restoran haiwan kesayangan. Macam-macam menu haiwan ada kat situ. Contohnya burung , landak , rabbit serta kucing. Tidak lupa juga spider. Eh ha ada juga ikan tau kawan-kawan. Rugiii kawan-kawan tak datang. Haziq dah pergi , kawan bila lagi ?


Hobi baru : record video. Sebab sifat video ni macam snap kejadian tu sendiri. Rasa macam lebih feeling kalau tengok balik. Rasa aura tu muncul cehcehceh. Kenyataan : dah lebih 40++ kot video dalam henfon. Kandungan dirahsiakan. Ada masa kita cerita lagi.
Ceyhh maksud tersirat : TERINGIN NAK ADA HANDYCAM :)

Untuk makluman tuan dan puan , usna record video tu macam restoran haiwan tu usna yang punya. Sampai ummi & uma naik tak suka. Ye , diorang pergi tinggalkan usna yang keseorangan innocent je cakap sorang-sorang dengan menatang-menatang tu macam diorang jawab balik je kan -.- Rasa eeeeeee bengang wooo bila toleh toleh belakang " Ehh ehh err err mi .. mi... ma... " Macam anak kecik kesesatan ibunya :*( Siyesly rasa malu sebab orang pandang slack okay.

Cari punya cari , tudiaaaaaaaih tu ummi dan uma jauh di nun sana membelek baju. Ceyhh sampai hati hampa. Takmo kawan. Tengok baju lupa cheq. CISCISCIS ~ Disebabkan mereka terlalu jauh plus usna pulak memang jalan gaya wanita kedua terakhir agak lambat dengan baju sekolah, jadi usna sangat ketinggalan di belakang. Sampai satu part dekat pakcik-pakcik pengedar surat iklan yang kejar orang tu , tengok orang slack macam tak pernah tengok budak perempuan berpakaian sekolah. Tau tak diorang tegur apa ? Selang 3 saat diorang tenung slack , berkatalah satu daripada mereka...

" OOOOO PONTENG SEKOLAH YA ? "

Ceyh cakap macam orang luar negara tapi nak tegur jugak. Shin shinnn sana , tak baik menegur anak gadis berpakaian sekolah. Biasalah kan , terserlah malaysia ni sifat kemarahan keramahan. Jadi pak Tam ni bersifat nak jugakkk ikut gaya keramahan malaysia. Kejap, entah2 pak Tam orang Melayu utara wargh sia sia terTERTER beliau tadi -.- apapun , FIKIR POSITIF : dia ambil berat kebajikan pelajar sekolah yang dicurigai memponteng sekolah. betul tak ? AN! AN!

Isk , 

MALUUUUUU NYA kena tegur macamtu. Dengan pegang handphone hasil rakaman video menatang tadi , gaya macam betul-betul budak ponteng sekolah pegang hanfon bagitau member2 lokasi shopping mall tu kat mana. EHEM , gaya macam ada pengalaman. Eh tak tak , saya budak baik :P Angkat kain sidai sendiri lah pulak =="

Apapun , terima kasih ye pak Tam yang misteri sebab menegur walaupun saya tak salah pun -.-





Soalan minggu ini : muka innocent macam ni ada iras-iras macam budak pemonteng sekolah ke ? Apela , sikit punya baik ni cakap ponteng sekolah. Taknak kawan pak Tam.

Sebab taknak habis-habisan dicop pelajar ponteng , sanggup tulis panjang kat blog sendiri ==" anak siapakah ini ? anak ummi dan baba :) usna memang jenis suka cerita panjang tau. harap maklum hihihihihi. :P
Korang , due date ummi dan baba terbang makin melambai. Kertas exam pun macam terselak-selak kena angin girang dekat husna. Seram betoiii lah. Usna memang jarang update tau sekarang. ^^ terima kasih. Anggap entri ni usna ingat sangattttt kat korang. Siyesly , blog sentiasa tersembul sembul kat tingkap imej otak usna. Cuma tangan tak berkesampaian je nak tekan butang 'Sign in'. Apapun , ingat husna dalam doamu tau tau ^^

p/s ; korang , kalau ada cerita motivasi atau motivation quotes kan emel kan kat izumi_donut@yahoo.com boleh ? usna tengah cari kata-kata semangat ni. thanks ^^

p/s; gaya method tulisan usna dah lain sikit. siap caps lepas titik -.- jenuh betoiiii. korang suka macamni atau yang dulu ? jengjengjeng.

Label: ,



Older Post | Newer Post





بسم الله الرحمن الرحيم

Selamat datang ke Bicara Bumbung kepunyaan NFatin Husna. Jemput baca entri mana yang suka. lepas tu, silalah tinggalkan jejak ya?


Template edit by: Faiz
Background by: Fazeera
Basecode by: Lettha