/>
Bicara Bumbung
cerita haiwan gedik
Sabtu, Julai 31, 2010 | 3:05 PTG | 8 comments
Assalamualaikum.

Always remember you're unique , just like everyone else.

ok FINE husna gagal post entri pendek huahua :P so jom let's go kita post entri yang panjangggggggg. ^_^

soalan pertama , korang pernah tengok movie Underdog ? kalau sape-sape yang follow up friday movie 9 malam dah masuk 2 kali dah masuk tivi Underdog ni. apepun friday movie tak pernah mensesalkan. semuaaa best. Nancy Drew , Jurasic Park , The Game Plan , King Kong , The Big Mama pastu Rush Hour 3. superb lah semua. dah seminggu tak tengok tivi , jadi hari jumaat malam je la tengok cerita ni. ha kira berbaloi la di situ ye.

ok , tak payah nak gatal masuk pasal movie. eh tapi kejap.

hensem je kan ?

Underdog atau nama betul nye Sunshine gitu jenis anjing beagle tak silap. tapi takkan bangle kot. tu nama gelang muahaha :P usna rekemen tengok lah movie ni lalala. sebab bukan pasal lawak semata , lebih daripada tu ehehehem.



antara aksi comel beliau.

sejak tengok movie ni , rasa makhluk anjing makhluk spesel tau. kita memang tak boleh pegang dia tapi takkan nak seksa pastu benci pulak kan. dia haiwan jugak peee. tak salah saling sayang menyayang kan kan auwwww.

ok baru masuk tajuk jom miahaha.

petang hari tu , husna cycling cycling ronda taman perumahan petang-petang lepas sekolah. best woo sambilsambil boleh mengkendurkan perut buncit dan menkeluarkan peluh. cubalah hari ini. 

tengah husna cycling dengan gembira sambil pasang lagu bagi menghilangkan debar gitu ecewah. masa kayuhkayuh tu husna pandang bawah je tak pandang depan sebab nak elak kemalangan ecece. bila belok kiri masuk lah satu lorong kecik kat belakang rumah yang ada limaribu satu macam bau masakaan boleh terdapat kat situ. muehehe.

sambil cycling cycling sambil pandang bawah , tiba tiba ada WOOF WOOF bunyi anjing yang comel. terkejut rasa nak jatuh tergolek tu memang maha dahsyat lah. husna dah lah jenis cepat terkejut lalala. rupanya dua ekor anak anjing dia nampak je basikal kampung husna terus dia lari sembunyi. hah bayangkan. how cute it is kan?


bila pandang depan je tengok terkocoh kocoh dua ekor ni lari kat tempat ni. sembunyi kata nye. usna pun macam excited lah kan dah la tak penah tengok anjing dekat-dekat. pastu penakut pemalu pulak tu alangkah comel. muehehe terus turun basikal.

cak cak ! cakap HAI semua

ada dua ekor sebenarnya. satu comel satu hitam. dua beradik agak nye. badan pun kecikkecik je. tengok orang pun buat muka innocent pastu macam mata besar berair air tu wahwah tergoda ma.

sape kata anjing tu selekeh ? dalam selekeh2 pun tetap haiwan yang comel.

hah baru jelas sikit. uuuu gaya diorang ni kan buat orang geram. memang betul macam gaya nak fren fren ha.

sejak jumpa diorang , makin semangat semangat nak jumpa diorang tiap hari. tiap petang kalau sempat takde banyak homework cepat cepat kayuh jumpa diorang. wah bunyi macam pertemuan sulit muahaha :P sebab diorang pun suka jumpa husna lalala. disebabkan diorang kecik lagi , diorang main 2 ekor kat belakang lorong tu je tak pegi jauh-jauh. senang la hehehe.

dekat taman perumahan usna memang menseramkan sikit. sebab banyak anjing. majority chinese ha gitu. ada je perangai-perangai dorang ni buat orang tak senang baring. nasib baik kuncing berak mereka tak sepah dekat halaman rumah. ada tempat khas gitu.

ingat lagi , dulu dulu rumah pagar tak tutup. tibatiba anjing muncul duduk buat muka tak bersalah depan rumah gaya macam datang nak raya je. secara drastik lagi dorang masuk pulak dah halaman rumah. dah kata pun duludulu mesti lah kecik kemetot lagi. sifat penakut pun masih mentebal dalam diri.

tanpa berfikir panjang , terus amek kayu hoki celah tangga buat halau anjing tu haha. cara menhalau tu gaya dia taknak kalah macam acu pedang :P tibatiba anjing tu gigit ke jilat kat hujung kayu tuh. terus simpan takut ayah marah lalala. najisssss trang trang.

dulu dulu kat kawasan sini banyak anjing terbiar. ada satu anjing hitam tau nama glemer TamTam. kalau nak pegi sekolah je kereta lalu tepi dia nanti dia kejar. tak cukup kejar , dia serang kereta guna kepala wahaha. ktukk ktukk! bunyi hentakan berlaku. sekarang TamTam kat mane entah. lama tak nampak dia , beralih kat jalan lain la kot.

ok tutup cerita pasal anjing. hehehe atau korang ada pengalaman bersama anjing ? jom sharing is loving.

siyes , kat kantin sekolah dah bape puluh ribu tan dah kucing. hwaaa banyak betul membiak terlalu subur. terbaru sekor mak kucing putih beranak LAPAN ekor. wakaka sulung koko , kedua en ketiga oren , then lima ekor wane putih sume. acik kantin cakap kalau nak amek , amek je. kawan semua suruh amek wahaha. banyak la , mau gaduh nanti dengan budak gendut kat rumah. atas sebab kekurangan kasih sayang. muehehe faktor cemburu ha gitu. tibatiba kawan usna Ad pulak beria ambik. katanye nak belajar menjadi ibu :P tapi esok pagi terus pulang balik cepat cepat sebab dia berak cair atas cadar hahaha.

cute isn't it ?

teringin sangat nak capture time menyusu moments. comelcomelcomel. dengan lapar ekor sekaligus tu mensusu.

oh ye , masak-masak-masak dah dapat result. muehehe third prize aje ^__^
p/s ; eh lama kan tak cakap pasal budakbudak gendut ni :)

Label:

keraguan kejantinaan
Isnin, Julai 26, 2010 | 9:41 PTG | 5 comments
Assalamualaikum.

apa reaksi korang bila tengok benda ni?

 cool ? ke hot ? :P

korang pun teruja tiba-tiba. Merah Hitam la whoaaa !

lagi , perasaan bila ADIK perempuan korang sebenarnye yang punya kasut rock ni. muehehe! *gelak tak beretika.

husna pun macam , biar betul adik aku ni ? kasut lelaki nih. warna merah pulak tuh. nak biar kena kejar lembu darat ape. dah la nampak saiz besar. wakaka

husna tak ikut masa diorang beli kasut nih. bila dorang sampai je rumah , mula lah uma berlagak lagi angkuh tak ingat dunia tunjuk jee kasut dia. ngelleh tak heran eh eh ? tak , husna terkejut sangat sangat sangat ni. biar betul adik husna ni ? bila tanya tanya , ummi jawab " entah lah. tadi kat kedai sume geleng geleng je kat kasut perempuan. nak jugak kasut tuuuuu. biar je sebab kalau paksa kang kang tak pakai pulak. "

bila husna tanye dia . taknak jawab pulak dah. bila sebut pasal ni... " hah nanti kalau baba tanye nak jawab ape ? " terus dia gelabah hahaha. tau takut pulak dengan ayah. sebab takut ? entah lah ....

tapi semalam husna ikut ummi keje. baba en uma dok rumah. hehehe dorang pegi shopping tak ajak ! jengjengjeng uma pakai kasut rock tuh dengan baba pegi jusco.

" baba tanya pape tak pakai kasut ni ? "
" ade , mula mula baba tanye nape suka kasut ni ? pastu tak jawab. pastu baba tanye lagi , nape beli kasut ni ?"       korang tau dia pandai-pandai jawab ape ?




" KASUT NI TUTUP AURAT " 

ok , fine. sape kalah sekarang ? whaaaa~ baik punye alasan. hesh hesh hesh. kalau korang , nak sumbat tak kasut ni masuk dalam mulut dia ? eee , korang kejam! :P

pliss.. jangan soalkan saiz ? hehe lalala. * sensitip nih

ummi sampai cakap husna en uma ni memang beza perangai. tak tau pulak ape yang beza lalalala. :P

p/s; elleh post entri ni sebab jeles kan kan dia beli kasut baru ??!!
ha ' ah jelessss sangat sangat. kaki husna kecikkkkkkkk. huahuahua

motif tulis entri; nak cuba cuba buat entri pendek tapi padat penuh maksud. hah pass tak nih ?

Label:

apa beza dulu en sekarang ?
Sabtu, Julai 24, 2010 | 3:51 PTG | 5 comments
Assalamualaikum.

 dulu lain sekarang lain

A man who carries a cat by the tail learns something he can learn in no other way.
kan kan , dah bukan 7 dah. waaa rase macam kejap je berperasaan form 2. hohoho dah tua nak besar dah aku ni. ada satu time tu kan , husna ternampak gambar gambar ni.

cuba teka ?

ada je cut cut bila turn nak masuk gambar husna. pandai2 lah korang teka mana haha.

macam zupp zupp whaa lain nye muka member member ni ! siyes tak percaya. dulu pendek comel comel , sekarang tinggi makin hensem. dulu kecik pendek suci , sekarang dah lebarrr lebarr suara pecah. serius , bila pandang je gambar-gambar ni , ter rewind balik semuaaaa memori.

korang tau bila tak gambar ni ? yeah first day amek UPSR exam. upsr exam memang membawak banyakkkk sentimental value lah dalam tu.

apa yang husna ingat sepanjang exam hari tu ;

baba en ummi wish good luck. buat betul-betul en baca selawat. dengar wish aje dah macam debar menggila.
dalam kereta , duduk diam diam baca Yasin.
sampai sekolah , kat kantin (gambar) dah ramai member kumpul. husna sempat lagi berbual dengan Ipah yang ayah dia beli kan pencilcase baru. how sweet , sengih-sengih husna. yang Uno pulak , bawak pencilbox pink kotak yang 20sen tu. haha ada je.
tengah tengah husna beratur , ada ustazah salam. tak , bengang ni. iym kat belakang senyum-senyum sebab ustazah ni ada anak. ok abaikan. semangat ni semangat ni nak exam.
nak masuk je dewan , sorang senior yang tak reti reti bagi salam dulu nak tegur. haish nak bagi semangat pun main redah je laung-laung. sakit hati tak ? 
sepanjang exam , husna tak pernah pergi toilet. hish orang tuuu orang tuuuu ikut sekali. seram aiii takde  privasi langsung nak membuang.
hahaha , ada cikgu perempuan ni terjatuhkan barang kat depan. bila dia nak keluar untuk ke dewan atas , sorang cikgu lelaki bagi nasihat secara berhemah " hah nanti naik tangga elok-elok. kala jatuh bangun sendiri " habis bantai satu dewan gelak. padahal takde lah lawak mane , cuma nak menghilangkan debar di dada. tak gitu ? muehehe.
ada cekgu laki nih pakai baju pink-pink sikit , dia suka bagi jawapan wakaka. nampak orang blurr sikit , nanti bagi jawapan.  eh tak lah jawapan direct , dia bagi hint jee. baik kan ?
dalam dewan , kami macam dalam kereta kat jalan raya. bila pusing kanan kiri , senyum-senyum pastu buat mimik mimik muka angkat kening dan sewaktunya. hah macam ginilah adab kat jalan raya. tak stress memandu.
last paper , paper English 2. bila habis paper , Ama' cakap husna buat esei tu kelam kabut. kejap terangkat tangan , kejap amek pemadam padam laju laju , bila dapat idea konon konon angkat tangan sambil bunyi haa! tuu. terkejut kejut Ama'.

siyes memang banyak sangat sangat memori nye. tak campur lagi dengan hari hari bersejarah sebelum exam. so meaningful. hwaa time time macamni yang rase nak ulang balik. sekali seumur hidup je beb. lepas ni pmr pulak. waaa~

thank a lot to nilee , the junior. touch sangat sebab something yang berharga dulu-dulu kita baru tengok sekarang

oh ye , sekarang dah bulan julai. nak masuk ogos dah. eh Ramadhan nak sampai ! ngeengee~ bila masuk bulan bulan akhir macam ni , memang banyak lah exam exam akan bersiaran langsung dengan jayanya. upsr , pmr , spm , smra , sma , stam , stpm hah tak masuk lagi exam final year. nak nak akhir tahun jugak di pilih nak buat exam.

esspecially buat yang dekat sangat sangat nih , the little sister. Uma ~ wish her all the best untuk trial minggu depan. wakaka eh tetiba gelak. usna pun exam jugak. secara drastik tu exam nye sebab tak inform pape langsung. zupp terus cakap next week exam. 

saye suka main tapi saye nak berjaya.

APA BEZA SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH ?

tengok lah , kalau masuk secondary je konfem sedara mara kakak papat sepupu sume tegur " e ' ehh dah besar dah anak teruna / anak dara ni " kenapa , tak masuk menengah tak besar la eh ? haha pastu kalau dah menengah ni tak boleh main main macam dulu. jumpa sepupu kat kampung , dah kena jadi macam kakak kakak begitu. warghhh tak boleh join budak budak main masak masak belakang rumah. nak mandi parit pun maluuuu agaga. drastik sume benda yang keanak-anakan memang malu lah nak buat. 

kalau kat sekolah pulak , sekolah menengah macam exposed benda yang hampir kepada dewasa. kan ? sebab kat sekolah lah semua benda ni belajar muehehe. sebab , selalunya teens ni nak tau en cuba semua benda. nak mentiru pun. jujur , bila dengar macam ni rasa macam dah lali tau masa dulu sekolah rendah. siap angkuh lagi tuuu " elehh jadi diri sendiri je. buat ape nak kisah sangat. kan dah ok dah hidup macam ni "  tapi masuk je secondary dan lalui semua benda yang macam teens lalu , ha'ah benda ni semua tak boleh elak. tengok hati en iman kuat ke tak tu je. sebab tu selalunya teens yang berjaya buat macam-macam. yang baik pun ye , yang jahat pun ye. sebab time macam ni , diorang semangat semangat sumenya.

--eh apesal tetibe masuk bab ni ahaha.

tapi jujur kan , sekolah menengah ajar jadi naik matang sikitttt. 

kalau husna , sekolah rendah en menengah pun husna suka. fair en square. sebab dua-dua ada kelebihan tersendiri. apapun , semua benda yang kita lalui memang sangat-sangat istimewa. jangan pernah menyesal. semua pengalaman.
sekolah menengah juge mengajar husna buat blog. LALALA~

eh sape sape faham entri ni ? ni fast en action je. tak plan pun. huaa~okeh , rasa macam matanggg sangat post ni EHEM :p .
sesungut punya angkara
Sabtu, Julai 17, 2010 | 4:24 PTG | 13 comments
life memang susah.


sape jumpa budak ni sila lempang secara berjemaah. sedar kan dia banyak banyak. degil ni budak ni.

 rasa macam nak pergi cuti je. hwaaa~

korang , doa kan husna sokmo ok. apepun keadaannya , biarlah rahsia. haha doa yang penting :)

---------------------

rasa macam nak berhenti blogging je hahaha :P mood under construction

Label:

tuto ; highlighted text
Isnin, Julai 12, 2010 | 11:07 PG | 10 comments
salam && hello coffeemateTM



hari ni kita belajar eh. tambah pengetahuan. yelah husna tak sekolah harini haha LALALA. eh sekolah memang cuti eh. ummi en uma siap pegi shopping tuh senyap senyap tak bagitau time husna tengah tido. ahaha tersedar pun masa diorang tengah siap siap bukak kereta tutup pintu dung dang dung dang. sangat JAHAT ok ? ok ok , tak jahat. husna yang taknak ikut.

oh ye , di sebabkan harini husna tak sekolah tapi korang sekolah, so jom ucapkan takziah. :P so jom kita belajar secara tak formal dengan tak mandi lagi. jommmmm layan.

kita belajar pasal highlighted text ye.

highlighted text ni kalau dekat perkataan , cuba korang picit butang kanan kat mouse pastu seretkan sampai kebawah and select la ape yang patut. ha nanti nampak satu sign tanda yang dia dah kena highlighted macam ni ;

warna highlighted text ni warna biru. ha macamane nak jadi warne lain ?

dengan excited yang melampau lampau kita pergi ke Edit Html then picit  lepas tu search ;

a:link {
dah jumpe ? kalau dah jumpa kita letak kod ni kat atas a:link { ituuu
::-moz-selection{
background:#000000;
color:#FFFFFF;
}
haa tukar kan yang 000000 dengan warna background dan yang FFFFFF untuk warna teks bila select tu nanti.

diana tanya husna , cemana buat selected text yang ransparent ? yang macam kat blog ni haaa.

blog ni kan kalau korang highlighted dia jadi pelik kan. nampak bertukar kaler je. korang pun macam eh eh pelik nya. whaaaaa. wakakaka :P


the real is , takde yang pelik sayang. tukar je yang "background #000000" dengan warna background blog korang.
 
p/s; percaya tak ? buat tuto sebenarnya paling rumit sebab takut orang tak faham apa yang kita membebel. HAHA

Label:

Jumaat, Julai 09, 2010 | 8:25 PTG | 0 comments
macam yang selalu digembar gemburkan , 10 Julai adalah hari yang tak ditunggu tunggu. LALALA~

tetibe terbang semua semangat dulu nak masak yang sampai siap masuk blog tu haaa. angkara demam. eceh drama.

esok , 10 Julai 2010 hari penentuan bagi memastikan usna ni layak untuk menjadi isteri orang atau tidak. peh ayat! suka over. ok ulang lagi sekali, 10 Julai 2010 esok bersamaan hari Sabtu , berentap lah husna dengan kawan kawan yang lain untuk melayakkan masuk ke peringkat FINAL gadis melayu. tengok ? over lagi.

dah lah , malas nak terang panjang panjang. esok husna dah nak kena paksa MASAK. serius takut. macam zupppp wah dah tiba masa eh ? terkejut ni terkejut ni.
korang pun macam ; hek elehhhh tu je !?

ok lah ok lah , mari menuju dapur. nak kemas kemas periuk semua. doa kan husna selalu okeh ? kalau menang ecece menang lah sangat kiteorang bagi bau je tau. INGAT. oh ye , macam syok sendiri. pertandingan ni berkumpulan , bukan individu. :)

tengah relek relek , semua kawan dah sibuk mesej mesej pasal esok. belacan dah ambik ? kangkung kene bawak ke ? eh esok kite tak bawak papan pemotong mak kite nak guna.  haha comel ^^ tetibe perasan , eh semua kawan dah bizi kemas barang , husna relek je makan makan sambil tengok tivi pada petang jumaat yang indah. ye lah , baru baik sakit ni. korang pun macam ; hek elehhh , tu pun nak bising ?

ok , selamat berjaya. iringi perjalanan kami dengan selamat dengan , petrol PETRONAS. sekian. hei doa kami cepatttt! lambai lambai sikit.

tengah practise practise , tetibe cikgu H tegur ,  eh husna baru demam kan ? disebabkan masa tu blurr, angguk angguk je lah. cikgu M taknak kalah jugak dengan menyampuk elehhh aku pun demam jugak, katanya kepada cikgu H. Cikgu H lagi la taknak kalah terus je dia jawab balik eh aku pun demam jugak. haha kenapa lah comel sangat cikgu2 ni ?
jemputan ke majlis ? jengjeng
Khamis, Julai 08, 2010 | 10:50 PG | 6 comments
salam.
 
alalala comel nye. siapa nak jenguk husna sekarang ?


semalam kat sekolah lepas kokorikulum , mula rasa tak sedap badan. sakit kepala en mata tak macam taknak terbukak sangat. eceh menyampah. muehehe biasa lah , husna kan kalau cerita semua nak hot je. padahal takde lah teruk sangat. siap boleh je gelak gelak then buat senaman masa  ustaz suruh kat kelas.

so , trademark husna pada hari semalam kalau orang suruh buat keje ialah , aaaa sakit kepala sakit kepala. wah sangat tipikal. sampai Ad pun cakap , " eee tipu lah sakit kepala. nampak tipu. nampak macam biasa je "

aish sampai hati Ad. doa orang sakit senang dimakbulkan tau tau. kepala dah rasa sampai pusing pusing dah. sekeliling mata pun panas. ngaaa~

sampai satu tahap , nak tunggu member kat toilet pun husna kena duduk kat lantai kat luar toilet tu. cikgu F lalu boleh sempat lagi dia perli , " haa ada duit syiling tak ? ada tak ? kesian budak ni duduk nak mintak sedekah "  aiyooo cikgu F sangat comel. * tetibe

semalam pun yang sepatutnya ada tuisyen , husna skip. kesian ustaz :(

am siap ejek beramai ramai lagi , husna serak husna serak !

sampai rumah je , masuk bilik terus tido dengan baju sekolah yang tak bukak bukak. 

FINAL RESULT ; kita ponteng sekolah secara berjemaah beramai ramai yeay yeay. pagi tadi ummi kejut " nak pegi sekolah tak ? " husna jawab , " entah taktau lah ". rasa memang nak pergi tapi macam penat. husna terus sambung tido siap mimpi dah sampai sekolah ahaha. padahal bangun bangun je , eh dah sunyi dah rumah ? huwaaa~

tengah tengah tido semalam , terjaga la dalam 3 pagi kot. tengok tengok tivi terbukak. bising. ayah tengok BOLA rupanya. hahaha comel :)

kalau demam , mesti mimpi pelik pelik. macam abstrak. tak suka tak suka.

harap tak bertimbun homework :(
eh KEJAP , husna nak buat jemputan ni.

JOM RAMAI RAMAI MERIAHKAN SEKOLAH MITT AHAD NI

ada majlis anugerah cemerlang katanya. cikgu kata , kali ini kita buat besar besaran punya! jadi cikgu siap pesan jemput je jiran jiran dengan nenek sekali.

eh siapa yang nak datang kalau tak bagi alamat kan ?

Lot PTP 697 , Jalan Masjid , Taman Mawar , 81700 Pasir Gudang , Johor.
yang best , ustaz kata ada tayangan yang pasal Gaza tu. yang lagi best , sukarelawan pun ada datang. waaa nice :)
nak lagi best ? ada makanan woooo.

kehadiran amat dialu alukan. terima kasih ^^

sekolah dekat dekat dengan balai polis en balai bomba. shopping kompleks pun dekat. menara aqabah pun dekat. bank pun ada. masjed jamek lagi lah ada. ha nak ape lagi ? lengkap semua nyee.
 p/s; husna jemput siyes tau tau. bukan main main. hehehe cikgu yang suruh jemput , husna jemput la bloggers sekali.
konon boleh masak lah KONON
Ahad, Julai 04, 2010 | 5:01 PTG | 12 comments
salam && hello coffeemateTM

memasak itu mudah ecece. * ini quotes untuk hari ini ye kawan kawan

phew. husna baru lepas meraup muka ecewah. baru lepas fuhh fuhh penat. baru lepas tarik tarik baju macam berpeluh lepas lari keliling kampung. baru lepas sengih sengih ngeeee~~!

wah bergaya ok ? gojes dan seksi. bulu dia macam Chicky kan ?

alhamdulillah ada jugak masa nak update. siyes malassssss sangat nak update. dah lah hari ahad pastu nak siap kan homework pastu ada orang gedik sangat nak main game kan. so macam malas. muehehe rasa nak buat azam baru tetibe.

oh ye , selamam kan eh semalam kan ada orang tuuuu wedding kat kampung. wah dah besar kan kan kawin kawin ni. mangsa nya ? anak anak muda remaja seperti kita kena tolong tolong kat dapo en depan. bungkus nasi , basuh pinggan , sambut tetamu , senyum kat orang , en salam bersalaman. sangat EMAK EMAK. hahaha :P tetibe buat , laa baru sedar saye dah besar rupanya sebab tu kena tolong. nanti saye kawin takde sape kang kang nak datang. tak ke naya ? eh kejap , nanti husna kawin nak guna lagu hepy besday boleh tak ? tak suka la lagu kawin. annoying lalala.

tengah husna basuh pinggan kan ,

Cik Di ; amboi anak dara ni ha. rajin nya blablabla
diam kejap. tetibe secara drastik husna balas , haah , kene practise dari sekarang. * sambil senyum senyum 
nak tau Cik Di balas apa ? ; amboi , Su tengok anak awak ni. dah pandai dah blablabla

ahaha nak gelak husna :P nasib baik ummi tak reply apa apa. entah kot kot ummi reply haah pandai menjawab budak tuh. padahal kat rumah malas membuta tido je. kat sini ha tetibe rajin. sangat statik lagi annoying berangan sampai macam tu haha :P apapun , super letih tapi puas lah semalam. terima kasih :)

oh ye , husna dah sampai rumah. hari ni hari ahad. lepas siapkan esei bahasa Melayu kerja sekolah en buat latihan Sains. mari menuju dapur. nak tau tak ? nak tau tak ? eceece :P secara drastik kita pergi bukak peti ais secara rakus yeay yeay. cari something sambil tengok satu buku tulis husna tulis. husna sebenar nya tengah semangat ni haaa.



ummi , bawang merah kat mane ??? tanya husna.

* blurrr kejap ada eh bawang kat bawah sinki :P haaa ?
nak buat apa ?
nak masak..
ummi terkejut , haa ape ??
nak masakk. boleh ke ni ?
ha boleh la try je.
 sekian perbualan dari telefon. muehehe ummi husna takde kat rumah. telefon semata mata nak tanya bawang kat mane haha. nampak lagi terserlah kau tak pernah cari bahan , husna. sebenarnya husna takut takut dah masa mula mula tu. siap berdebar berdetak detuk lagi tu haaa macam tengah menyelam. takut takut masak terbakar kebabom dapur jap lagi sebab husna tak tutup api. hahaha sila maklum sebelum sebelum ni selalu husna tak tutup api. tu kelemahan husna hehehe. en husna tak reti bukak api. bukak api mesti 3 kali keatas. kalau tak konfem tak menyala. poyoss tetibe.

ok jom mula berendek di dapur ! husna siap bawak buku tulis resepi yang husna tulis sendiri ha tu. semangat tak ni ? tak sabarrrr. ok ok , sebenarnya husna masak ni bukan ape , ingat tak husna ada cakap 11 Julai ni ada pertandingan masak tu ? ha ni kira practise la ni ecece. padahal sebelum ni nak masak telor pun malas ok. rela makan roti cecah jem. cecah air kosong pun sanggup ok ?

Tiger yang bajet. ingat dia terer masak la konon ? ecewah gaya macam dah expert je pandang pandang macam tu. tiger bajet tiger bajet !

Apin yang bizi body. ni tak bajet ye kawan kawan. haha dia nak belajar tu. lautan sinki Apin sanggup redahi demi memasak acik husna ! janji apin tinggal janji.

masa menghiris bawang merah yang ada kat bawah sinki hahaha. eh gegaran berlaku gara gara kerakusan husna.
gegaran berhenti. cuba teka husna nak tunjuk apa ? saje nak tunjuk husna malas nak potong comel comel. 
ha gini ha potong sebelah tangan pun boleh je macam tepis tepis ha gitu je ok. ecewah gaya nak menang je.

tiger terpegun tengok husna potong wah ada gaya. :P

opin duduk macam straight je. ikut gaya . err slipar pink hello kitty. ah comel.
masa tumbuk tumbuk ikan bilis. cuba tengok penumbuk lesung pipit tu kan macamanatah husna kelam kabut sangat sampai ketuk pun boleh terbalik guna punggung dia. haha
ha ni baru betul kawan kawan. jangan buat silap lagi okay ?
oh ye , mulamula memang nak buat nasi goreng. tapi nasi tak masak lagi. pastu macam malas nak masak sebab dah lewat ecece lewat lah sangat. * alasan tipikal. biasa la , pemalas orangnya sokmo begitu. ye tak ? cari punya cari , husna terjumpa kuehtiaw kat dalam petisejuk. ingat nak buat mee tapi mee pun takde. haha terpaksa lah jugak guna kueh tiaw walaupun husna tak minat sangat kuehtiaw. takpe , akan saye buktikan saye buat kuehtiaw pun boleh sedap :P

so walaupun guna kuehtiaw , husna guna resepi nasi goreng. HAHA pandai tak ? budak over excited memang begini. ok , kita mula memasak sekarang !

* bukak api tak boleh boleh sampai 4 kali T___T

tips memasak kali ini * tips lah sangat. husna memang excited masak tak guna minyak. nak tau guna apa ? kita guna lemak sapi. alah dalam bahasa moden mentega. ha jom kecek kecek ibu kita masak guna mentega ? cakap husna yang ajar makkk ! :P cakap dengan mak , guna mentega ada perasa sikit nanti masak konfem sedap. ha gitu bodek lagi bodek lagi sampai dapat!
 masa memasak husna takde snap snap. hesh buang tabiat apa pegang kamera sambil memasak. masuk tivi baru tau kang kang. berita utama , seorang budak pelajar perempuan MEMASAK MENGGUNAKAN KAMERA BERSAKSIKAN KUCING.

tengah masak masak tu , cari kicap jap. aaaa mane kicap neh. terus jerit jerit macam dapo tu saye yang punyaaaa. " Umaaa ! mane kicap ? " " dalam icebox " terus je husna lari lari. siyes masak memang letih. wah gaya macam dah terer ye kawan kawan. gaya je pun. tengah tengah lari , boleh pulak ayah husna balik. huwaa malu je anak ayah lari lari macam ape. buang tebiat apa anak saye exercise kat dapo :P

pastu husna terus kan gorengan , kejap macam ada something yang takde lah. tengok buku kejap.
haa SAYUR ! hesh ni yang lemah neh. sekian husna tak suka sayur. ok gelak lah.

terus husna lari lari lagi kat petisejuk. alaa sayur semua layu kuyu lagi monyok je muka. husna terus sambar satu ikat sayur pastu secara drastik haa ambek husna cabut yang hujung je sayur tu. then tabur kat kuali. wah ada gaya. korang jangan ikut tau , nak cepat ni lah KONON. annoying.

terus kan gorengan lagi. kita kacauuu kacauuu kacauuu lagi, yeah. haa husna nampak tuu saye nampak tu baba jenguk intai intai kat dapo nak tengok kuehtiaw husna. ahaha alahai COMEL ayah saye mengintai. terus baba tegur " macam sedap jeee " EHEM wah terus sengih sampai hidung. eceh drama. pastu konon nak cover cover " hm macam masin lah. masin ikan bilis " baba terus jawab , " takpe tambah je lagi kuehtiaw biar banyak pun takpe. nanti boleh habis kan. api biar kecik je " wah terus bersinar sinar husna. orait baba! demi mu aten sanggup. terus kan gorengan lagi ;)
ngantuk ok dengar husna membebel ? ahaha.

ok DUMM DUMM DUMM ~
..
...
^
^^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
WAH hancur ye hancur. kuehtiaw yang panjang comel boleh kontot pendek je bila husna goreng. ok maaf kan saye , first time ni lalala.

masa hidang , ayah husna cakap lagi " kuehtiaw mana ada ikan bilis la ten" ahaha takde eh ? MALU! terus cover lagi " ha ni ikut resipi nasi goreng saje je hehehe " husna bantai je. boleh ? kata nak jadi surirumah eceh. tetibe, takde kaitan.

masa makan , baba senyap jee. takut sangat sangat sangat kalau masin. husna kalau masak konfem masin. dah bape kali dah masa tu. " masin tak ? "   " tak de ah. ok je " ngee ngee nak sengih kambing boleh ? siyes kalau kita buat sesuatu even penat pun tapi dihargai. it wahhh precious beb. nak nak orang tersayang ni ha EHEM. Uma budak kecik tu buat muka menyampah konon nak ejek lah kan. elehhh sekali tambah 2 kali. sayang uma ! ^_____^

habis makan , baba cakap. " ok , sedapppppp :) " sambil picit picit telinga. ahaha motif ? AMARAN mungkin ? uma sekali lagi buat muka gelis gelis. oh ye , masa basuh pinggan. semua 5 ekor budak budak ni sondol sondol. wah motif sekali lagi ? ambooi orang masak je sondol sondol. nak ape ? CAKAPPP.

ummi balik rumah , terus jerit jerit excited. " ummi dah makan belum ??! "  ha cepat lah cepat lah rasa. cepattttttt. ummi makan secara comel. ahaha kunyah slow slow bagi menikmati perisa. ummi bagi 4 bintang per lima bintang. ngee ngee~~ terima kasih ummi.

apa yang saye belajar hari ini ? saye belajar memasak. tapi saye tak ikut resepi. jadi jom lah gelak. dah ramai dah rasanya budak sebaya husna terer masak tapi husna baru mencebur kan diri. alahai loser. husna takmo ketinggalan yeah. saye belajar buat sendiri. selama ni saye asyik bergantung. jadi saye belajar berdikari. hehehe saye belajar untuk potong bawang secara sebelah tangan je eceh penipu. apepun, SAYE BELAJAR SESUATU HARI INI. en its precious. sangat sangat bernilai :)

eceh budak tu. sekarang dia suruh husna goreng keropok warne warni pulak dah. ok husna nak masuk dapur lagi huhuhu. sangat EMAK EMAK :p
oh ye kejap , saye belajar mensebut KUALI bukan PERIUK. selama ni panggil periuk nak goreng.


Older Post | Newer Post





بسم الله الرحمن الرحيم

Selamat datang ke Bicara Bumbung kepunyaan NFatin Husna. Jemput baca entri mana yang suka. lepas tu, silalah tinggalkan jejak ya?


Template edit by: Faiz
Background by: Fazeera
Basecode by: Lettha